Thursday, May 16, 2013

CATUABA PEMBERI TENAGA

Sudah penat berpolitik.

Hiburkan hati dengan isteri.


Wooo.

Jika nak sangat cerita Dinar, klik inilah

Wednesday, May 15, 2013

UBAT KUAT LELAKI - CATUABA

UBAT KUAT LELAKI - CATUABA

BACA DI SINI:

SUDAH CUBA BARU TAHU.

WOOOO


Friday, May 3, 2013

UBAH SEKALI

Mahu tol dihapuskan

Mahu harga minyak diturunkan

Mahu hutang PTPTN dihapuskan

Mahu harga kereta diturunkan

Mahu kerajaan yang telus dan bersih

Undilah PAS, PKR dan DAP

Ubah sekali dalam seumur hidup anda!!!!!

Tuesday, April 30, 2013

5 MEI MENGUNDI BUKAN RV!!!!!

Ada juga yang tak siuman rupanya. Ha ha. Ada yang mengatakan Dinar Iraq akan RV pada 5 Mei ini. dari sumber mana depa dapat infi ini, tak tahulah saya. 

Yang benar  pada 5hb Mei ini ialah HARI MENGUNDI RAKYAT MALAYSIA.

Jangan lupa undi PR. untuk turunkan harga minyak, hapuskan tol dan mendapat pendidikan percuma melalui penghapusan PTPTN!!!!

Ok jumpa lagi selepas 5 Mei. Jika PR tak menang, saya mogok dari blog ini. Wooooo

Thursday, April 18, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: MASANYA SUDAH TIBA

Akhirnya yang ditunggu-tunggu tiba jua. Lima tahun daku menunggu. Bukan RVlah bib. Tetapi hari mengundi. 5 Mei ini kita  akan mengundi untuk mendapat kerajaan baru.  Hutang PTPTN dan harga minyak akan diturunkan. Lebih mewah dari BRIM bib. Syaratnya undilah PR. Baju lama kena diganti bib. Tak sedap langsung memakainya.  Woooo.

Saya sibuk di Tampin, kampong lamanku. Nak kena semak borang pencalonan kerana kawan-kawanku yang bertanding. Maklomlah ada pengalaman bertanding dua kali. Woooo.

Beberapa hari terakhir ini, Iraq semacam sibuk untuk mengeluarkan note note dinar yang berangka kecil dengan membuangkan 3 kosong. Mereka bercadang melaksanakan pada awal 2014.  Saya masih tidak mendapat gambaran  jelas  berapakah nilai sebenarnya jika dibanding dengan nilai USD, selepas note itu ditukar. Dan berapa pula nilai note baru yang bakal diperolehi dengan menukar note yang sedia ada pada masa kini. Suspen.

Oleh kerana saya sibuk dengan kempen pilihan raya,  saya tidak berapa kerap muncul di blog ini.  Yang saya boleh hiburkan saudara hanyalah dengan mengajak untuk merasa  nikmat catuba, perangsang sang anak jantan.  Ha ha. Kalau awang tu tak boleh berkhidmat dengan baik, bukan anda sahaja kecewa, tetapi orang sebelah pun masam muka. Wooo. Baca ini.

Tuesday, April 9, 2013

DINAR IRAQ TERINI: INDIA SIMPAN USD

Saya pernah ke India, jalan jalan cari makan. Apabila pilihan raya, matawang USD cukup laris di India. Dalam pilihan raya banyak wang digunakan untuk perbelanjaan kenpen pilihan raya. Kontraktor atau pembekal tidak menerima matawang Rupee, sebaliknya mahu matawang USD. Mengapa?   Matawang rupee tak stabil. Maka ahli perniagaan lebih selamat menyimpan USD. Jatuh naik matawang Rupee setiap  hari dilaporkan di muka hadapan akhbar utama India. Begitulah prihatin sekali  rakyat India terhadap matawang rupeenya.

Di Malaysia pun rakyatnya prihatin dengan kenaikan matawang. Tetapi bukan prihatin dengan RM. Depa amat prihatin dengan kenaikan Dinar Iraq. Ha ha. Ada yang  yang talipon saya jika saya tak update blog ini. Woooo. Baik punya rakyat Malaysia, yang peka dengan  matawang Iraq sahaja.  Ha ha. 

Apa pun kini, pihak berkuasa Iraq sudah mula risau dengan aktiviti  lelongan dinarnya secara kerap. Jika matawang Iraq kuat, lelongan ini tidak diperlukan lagi, kerana nilai matawangnya mampu punya kuasa beli yang lebih tinggi lagi di luar negaranya.  Tak taulah berapa lama jangka masa yang diperlukan oleh Iraq untuk menguatkan matawangnya. Donal Trumph pun dah naik risau juga kerana beliau pun turut sama menyimpan Dinar. Tetapi risau dia taklah macam risaunya kita. Risau kita sampai merajuk-merajuk tak hendak usik isteri. Jika anda cool dengan isteri, wajib mencuba catuaba. Wooo. Baca di sini.

Jangan lupa undi Pakatan Rakyat. Tol dan hutang PTPTN dihapuskan. Lagi banyak dari BRIM. Woooo.

Thursday, April 4, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: RV KETIKA HARI MENGUNDI?

Wau!!

Akhirnya terbubar jua parlimen kita. Hanya RV sahaja  yang  belum tiba.

Tiba-tiba saya menerima  menerima sms yang kelakar. Kononnya RV akan berlaku ketika hari mengundi. Ha ha. Apa kena mengena RV dengan hari mengundi Malaysia. Langsung tak  masuk logiknya dalam kepala otak saya. Woooo.

Apa pun  Ahli Parlimen Iraq tidak puas hati dengan kadar tukaran Dinar Iraq yang rendah dengan USD. Mereka marahkan Bank Negera Iraq yang lemah dalam mentadbir polisi kewangannya. Ini sudah cukup baik. Jangan jadi Ahli Parlimen yang tidur. Di Malaysia pun ramai Ahli Parlimen yang bisu juga. Woooo. Ada yang sepanjang lima tahun jadi MP, tidak bercakap dalam parlimen. Apa punya turr da. Baik aku yang jadi MP. Woooo.

Sepanjang tempoh kempen nanti, saya akan kurang menulis dalam blog ini kerana... tau sama tahulah ya. Ha ha.  Ramai betul kawan saya menjadi calon. Ada yang pernah satu sekolah seperti Mustafa Kamil Ayub. Ada yang pernah satu exco Pemuda Pas Pusat seperti Mohamad Sabu, Mahfuz Omar  dan  Salehudin Ayub. Jenuh cari duit untuk bantu mereka. Engkau orang dermalah  sikit. Woooo.

Ok, jangan lupa mengundi PR. Asal Bukan Umno. Woooo. Gua caya lu.

Sambil menunggu hari mengundi, panaskan panas dengan Catuaba. Jantan bukan sebarang jantan. Jangan biarkan harimau mengaum. Anda pun kena mengaum sama. Esok masih ada!!!

Stok dinar ada sikit sikit untuk dikongsi sama. Jangan sampai puteh mata.

Wednesday, April 3, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: KUWAIT - IRAQ CUKUP BAIK

Yang gila nak jadi calon pilihan raya, tak boleh tidur malam kerana menunggu pembubaran parlimen oleh PM Najib.  Biarlah depa syok dengan kerja itu. Jika tak ada orang gila nak jadi calon, tak ada pula orang yang nak bertanding dalam PRU 13 nanti. Wooo. Bagi kita, undi kita suami isteri akan dibahagi dua. Satu untuk PR dan satu untuk BN. Biar depa menang atau kalah sikit. Ha ha. Barulah yang menang akan takut kepada  rakyat dan yang kalah, tetap  bersemangat  dalam politik lagi. Wooo.

Kita pula tetap bersemangat. Semangat apa. Semangat RVlah. Ha ha. Jika tak bersemangat, nanti semua saraf kita lemah. Jika saraf lemah, bahaya bib. Kok hilang syurga dunia. Jenuhlah minum catuaba. Ha ha. Jika nak minum, kena minum sekarang. Jika minum pada bulan puasa, ada sikit bahaya. Kok kena denda puasa 60  hari. Maklomlah "awang" tu bukan boleh dikawal jika dah nak mengamuk. Wooo. 

Kini, hubungan Iraq dan Kuwait intim, harmoni dan mesra sekali. Kuwait sudah banyak bertolak ansur dan puas hati dengan Iraq. Isu chapter 7, macam boleh dibereskan. Jika isu ini beres, masa depan dinar pun semakin mudah dan cerah.  Jika kita baca berita-berita dari US, lagi gila kita dengan Dinar Iraq. Macam esok sahaja akan RV. Ratenya pula sampai USD 3.40. Wooo. Boleh tak tidur malam  dibuatnya. Bagi saya, tetap dengan matlamat USD 0.30.

Dalam beberpa minggu terakhir ini, berita di Iraq amat positif sekali berkaitan dengan sistem perbankannya. Bank Iraq sedang mengemaskini dan mengupgradekan sistem banknya supaya bertaraf internasional.  Sebagai sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia, Iraq wajar memodenkan sistem banknya.  Ianya akan memberi keyakinan kepada dunia dan sekaligus menaikan nilai Dinar Iraq. Itulah harapan anak Malaysia yang menyimpan Dinar. Wooooo.

Stok dinar adalah sikit-sikit lagi untuk dikongsi.

Tuesday, April 2, 2013

DINAR IRAQ: READY TUKAR...

 Semalam 1 April, saya tak menulis di blog ini kerana takut dikatakan sebagai April Foll, walaupun budaya April Fool itu mengarut!!!

2013 adalah tahun mendebarkan kita selaku penyimpan Dinar Iraq.  Ada dua kemungkinan besar yang bakal kita hadapi dan hendaklah bersedia sepanjang masa. Ha ha. Tetapi janganlah sampai tak tidur malam pula. 

Pertama, Iraq semacam sudah bersedia menilai semula nilai pertukaran dinarnya dengan matawang asing. Kini, pihak berkuasa kewangan Iraq sendiri bercakap soal ini. Mereka sedang memperkukuhkan asas ekonominya  untuk membolehkan nilai dinar naik setara dengan taraf ekonomi semasanya.

Kedua,  Iraq mahu menukar kepada note barunya yang dikatakan lebih berteknologi tinggi. Tidak pula disebutkan soal note yang dibuang 3 kosong. Dikatakan Iraq memberi tempoh masa selama 3 bulan untuk note sedia ada  ditukarkan. Selepas itu, pertukaran boleh dilakukan terus ke bank dengan setiap orang yang menukarnya perlu mencap jari. Ha ha. Apa macam bib, terpaksa pergi ke Iraqlah kita ya.  Jangan khuatir, agen kita akan membereskan soal teknikal kita. Yang memiliki dinar kenalah berhubung semula dengan agent masing-masing. Wooo. Kok agen dah lesap. Ha ha. Bagi pembeli dinar dari blog ini, saya masih menyimpan no talipon anda, kecuali mereka yang selalu tukar no hp. Ada orang yang sering tukar no hp kerana depa tak berani tukar isteri. Woooo.

Apapun saya berharap rakan penyimpan Dinar janganlah panik apabila sampai masa pertukaran itu dikehendaki  nanti.  Rakyat US lagi berbilion dinar  yang dimilikinya. Tentu ada satu cara yang teratur akan dirangka bagi memelihara kepentingan pemilik Dinar Iraq. Tambahan pula,  di Mekah pun Dinar Iraq sudah  dijual.

Akhir sekali, pesan saya, jaga ancaman HP  anda.   Baca di sini.




Friday, March 29, 2013

DINAR IRAQ: IKLAN JUALAN RUMAH KEDAI DI GEMENCHEH

IKLAN:


RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH  ALI 012-2104244.


Wednesday, March 27, 2013

DINAR IRAQ: SENTIASA TEROKA YANG BARU

Dr M mengikat atau menambat  RM pada tahun 1998 pada harga RM 3.80/USD. Jika tidak, RM akan terus merudum lebih teruk lagi. Pada ketika itu RM sudah merudum ke RM 4.20/USD. Ramai pengimpot Malaysia mengalami kerugian kerana kos pertukaran USD meningkat hampir sekali ganda.

Tahun 2005 barulah Pak Lah membebaskan RM ke pasaran semula.  Dalam suasana tak perang, Malaysia menambat matwangnya selama 7 tahun. Inikan Iraq yang punah ranah dek serangan Amerika!!! Kuwait sendiri mengambil masa 13 tahun. Bagaimana dengan Iraq?  Kita harap antara 10 ke 13 tahun. Bulan Oktober nanti genaplah 10 tahun.  Kita harap akan berlaku RV sebelum akhir tahun ini. Dengan tekanan Bank Dunia, kita berharap sangat  RV berlaku dengan segera. Berharap tidak sama dengan ramalan. Ha ha. Mana mungkin kita meramalkan. Kita hanya mampu berharap berdasarkan senario yang berlaku di Iraq.

Ada yang tak tidur malam menunggu RV Dinar. Apa ke tidaknya, semuannya mengharapkan keuntungan Dinar untuk memenuhi angan masing-masing. Ha ha. Dinar Iraq merupakan salah satu cara menjana wang. Bukan satu-satunya cara menjana wang bib. Eloklah kita meneroka peluang lain. Banyak sekali peluang di sekeliling kita.  Jika orang Nepal, Indonesia dan Pakistan datang jauh beribu batu ke sini mencari makan, takkan kita tak nampak peluang lain yang ada. Ha ha. Paling kurang buatlah kerja part time. Jika menjual produk kanak-kanak - juallah produk  untuk pintar. Produk untuk perempuan - untuk slim. Produk untuk lelaki - untuk kuat. Ha ha.


Tuesday, March 26, 2013

DINAR IRAQ: SIAPA BAKAL UNTUNG?

Siapakah yang paling untung jika dinar Iraq naik nilainya?

Anda mesti merasa andalah yang paling untung  sekali kerana anda menyimpan Dinar Iraq. Ha ha. Walaupun ada 10K Dinar pun sudah terasa kaya bib. Maklomlah jika Dinar naik ke USD 0.30  pun, ia akan menjadi RM 10,000.00. Woo. Paling kurang pun sudah ada tambang ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.  Bagaimana pula jika ada 1 juta Dinar?  Jangan cakaplah  betapa syoknya anda. . Surat letak jawatan kerja sudah lama disiapkan untuk dihantar le bos, sebaik sahaja dinar RV dan naik ke USD0.30. Woooo.

Ya, siapakah yang paling untung jika Dinar Iraq naik? 

Jawapannya ialah pembeli minyak atau negara pengimpot minyak Iraq. 

Negara yang paling banyak memiliki Dinar Iraq ialah Amerika dan Israel. Sudah barang tentu mereka akan bekerja mempastikan dinar Iraq naik nilainya. Jika Bank Dunia sudah bersuara supaya Iraq berusaha menaikan nikai Dinar, faham faham sahajalah.  Saya ada sedikit rizab untuk jualan. tetapi minima jualan ialah satu juta Dinar sahaja. Woooo.  Alang alang membeli, biar menjadi jutawan bib. Kalau tak jadi, tak akan mati. Ha ha.  Masih banyak peluang yang boleh diteroka. Kini saya ada AP impot daging beku. Mau kongsi. Modal  impot RM 300K. Mahu kongsi minima RM 50k seorang. Sudah ada RM 100K. Perlu RM 200K lagi. Talipon saya 012-2104244. SMS tak layan, letih menekan jari. Woooo.

Monday, March 25, 2013

DINAR IRAQ: BANK DUNIA DAH MARAH IRAQ

Semalam buat pertama kalinya  Bank Dunia membuat pengumuman untuk menyusun semula dua buah bank kerajaan Iraq iaitu Rafidain and Rasheed  Bank  bagi meningkatkan dinar Iraq. Ha ha. Bank Dunia pun dah letih menunggu dinar naik agaknya sehingga mereka mengambil langkah untuk campur tangan dalam urusan bank di Iraq. 

Saya tidak hairan jika beberapa hari lalu, pihak berkuasa Iraq menangguhkan percetakan matawang barunya pada tahun hadapan kerana sepatutnya Iraq lebih  menumpukan kepada usaha-usaha membangunkan institusi ekonomi, kewangan dan perbankannya yang secara tidak langsung  akan  meningkatkan nilai matawangnya. 

Pertukaran matawang bukanlah strategi bijak atau tepat untuk menaikan nilai Dinar Iraq. Apabila Bank Dunia mulai campur tangan dalam urusan perbankan Iraq,  maka usaha itu bukanlah pelik sangat kerana Bank Dunia pun simpati dengan pemilik Dinar  yang tak naik-naik itu. Wooo. Tetapi janganlah perasan oi, Bank Dunia bukan kesian kat Ridhuan Skudai atau Hanapi Kemaman  tetapi depa  kesian kat Amerika yang memiliki Dinar Iraq bertrilion itu!!!!

Nampaknya "hasrat" saya   difahami oleh Bank Dunia. Ha ha. Siapapun yang ada sedikit pengetahuan ekonomi dan kewangan, akan berpendapat sesebuah negara hendaklah memperkukuhkan matawangnya melalui usaha memperbaiki urus tadbir kewangan dan sistem perbankan  negara masing masing. Kini pihak berkuasa Iraq sudah respon dengan teguran Bank Dunia.  Hanya Najib sahaja yang masih kuat membuat hutang negara kita. Ha ha. Najib buat hutang negara dalam tempoh 5 tahun ini  hampir 300 bilion mengalahkan jumlah yang dibuat oleh 5 orang PM terdahulu, hanya sebanyak RM 220 bilion sahaja. Wooo. wajib tukar... tukar kerajaanlah. Dok ingat tukar dinar sahaja. Tarak patut u  orang. Bila talipon daku, tanya bila RV, bukannya ajak makan nasi Arab. Wooooo.

Moga-moga dengan campur tangan Bank Dunia, dinar Iraq akan segera naik. Ada yang tak sanggup tunggu tahun 2014. Siapa? Engkau orang le. Woooo.

Kaya pun  tarak guna jika tak kuat bib. Harga tawaran sehingga 31 Mac sahaja sebagai agen. Dapatkan  segera di sini.






Wednesday, March 20, 2013

DINAR IRAQ: HUTANG IRAQ

Hutang negara memberi kesan kepada kadar pertukaran wang asing sesebuah  negara. Lagi tinggi hutang luarnya, akan memberi implikasi kepada kejatuhan nilai matawang negara itu.

Mengikut data di web CBI, hutang Iraq pada 2010  ialah USD 92.3 bilion  berbanding dengan KDNKnya  USD 82.2 bilion.  Hairan juga kenapa tidak ada rekod hutang negara Iraq  yang terkini. Bank Negara Malaysia mampu memberi data hutang negara yang terkini. Wooo. Bab ini Malaysia hebat.

Kalau mengikut amalan Malaysia, nisbah hutang negara dengan KDNK adalah tidak melebehi 55%.  Kini Malaysia, pada paras 53.5% - 54%. Wau tinggal sedikit lagi untuk mencecah paras yang  ditetapkan. Woooo.

Namun Iraq lagi hebat dan dahsyat, kerana kadar nisbah hutang negara  dengan KDNK adalah melebehi 100%. Ha ha. Patutlah nilai dinarnya  tak naik-naik lagi.

Maka kita berharap data 2011 hingga 2013, rekod hutang luar Iraq akan menurun  supaya membolehkan nilai Dinar naik secara fundamental. 

Cukuplah catatan saya pada pagi ini setakat ini. Kok berat kepala memikirkannya. Ha ha. Jika saya  keluarkan data hutang Malaysia pula, ramai yang tak selera untuk sarapan pagi pula.  Yang pasti anda akan berazam untuk menukar. Bukan tukar dinarlah. Tetapi tukar kerajaan. Woooo.

Jika kawan sebelah terkena kencing manis, ini penawarnya.  Maklomlah kuat sangat minum teh mamak. Ha ha.


Tuesday, March 19, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JIKA NOTE BARU...

Jawatan kuasa Kewangan Parlimen Iraq bersetuju note matawang Dinar Iraq diganti dengan yang baru supaya edarannya dapat dikurangkan di pasaran.  Namun beberapa isu teknikal  masih perlu diselesaikan terlebih dahulu. Hanya pihak berkuasa Iraq memberi jaminan pertukaran note ini tidak akan merugikan penyimpannya dan pemberi hutang.  Pihak berkuasa Iraq tidak menyebut pun usaha-usaha mengapungkan dinarnya di pasaran seperti kehendak ramai.

Agak suspen juga untuk mengetahui bagaimanakah tatacara Iraq menukar matawangnya kepada note baru dari segi "nilai"nya.  Dikatakan usaha ini akan mengurangkan jumlah edaran note iraq sebanyak 4 kali ganda dari sekarang. Kalau dulu ada 4 bilion dinar, maka ianya akan menjadi 1 bilion sahaja. Dengan nilai 1 bilion itu  tetap sama seperti  nilai 4 bilion dahulu, bagaiamankah proses memahamkan orang ramai kepada nilai dinar itu.  Dalam kes Turki, ia mempunyai 2 jenis note dalam masa serentak. 1 juta Lirar note lama sama nilai dengan 1 Lirar note baru.  Setiap kedai akan memaparkan harga barangan dalam 2 nilai iaitu 1 juta Lirar lama dan 1 Lirar baru.  Akhirnya selama 7 tahun proses ini dilakukan, matawang Lirar yang lama dilupuskan di pasaran secara perlahan lahan.  Syarat utama proses pertukaran note baru ialah, negara berkenaan hendaklah mengawal inflasi dan nilai pertukaran asingnya tidak jatuh.

Bagaimanakah modelnya di Iraq  nanti. Kita perlu  pantau dengan serius. Maklomlah  masing-masing ada sejuta Dinar. Jika note Dinar lama ada 1 juta  jadi 250,000 Dinar dalam note baru  dan kemudianya RV pada harga RM 1.00 pun, kita masih tetap menjadi kaya juga. Wooooo.

Ya, jika belum kaya shoping di sini.   Jika dah kaya, kita shoping bersama Rosmah di London. Woooo.

 


Saturday, March 16, 2013

DINAR IRAQ: SELAMAT TUKAR....

Pembaziran dan agihan yang tidak adil adalah punca utama kemiskinan. Demikian kata Saidina Ali, 15 abad yang lalu.  Dalam bahasa sekarang, pembaziran dan ketidakadilan adalah punca ketidak seimbangan ekonomi sebuah negara. Isu ekonomi bukan kerana kekurangan sumber pendapatan negara sahaja tetapi faktor awalnya ialah isu akhlak atau  moral sang pengurus ekonomi.

Bayangkanlah peruntukan BRIM sebanyak RM 4 bilion diagihkan kepada lebih 8 juta orang tetapi subsdi kepada 3 syarikat IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang membekal tenaga kepada TNB  adalah RM 19 bilion!!!. Walhal TNB sendiri  mampu mengeluarkan tenaga tanpa IPP tersebut. IPP tidak  mampu menghasilkan tenaga yang murah untuk dibekalkan kepada TNB sehingga menyebabkan kerajaan memberi subsidi kpd IPP sebanyak RM 19 bilion. Nampak sangat BN memberi wang dengan senang kepada kroninya. Bukan RM 500 oi. Tetapi RM 19  bilion. 

RM 19  bilion itu boleh bagi pendidikan percuma pengajian tinggi  kepada rakyat Malaysia yang hanya diperlukan RM 4 bilion sahaja setahun!!!!

Bukan tak ada wang, tetapi salah urus keutamaan kepada rakyat sebenarnya. Itulah moral atau akhlak sang pemimpin negara...Tepat kata Saidina Ali. Ali Maidin hanya mengingatkan kembali kata-kata yang berharga itu.  Woooo.

SELAMAT MENUKAR KERAJAAN!!!!  Lepas tukar kerajaan,  kita tukar dinar Iraq pula. Ha ha

Cerita lanjut di sini, sini, dan sini.

Friday, March 15, 2013

DINAR IRAQ: MONOPOLI MUSOH NEGARA

Monopoli adalah antara isu ekonomi  dalam sebuah negara. Lazimnya monopoli hanya dibenarkan kepada syarikat milik penuh kerajaan sahaja dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat khususnya seperti kawalan harga.  Perkhidmatan tenaga (LLN), lebuh raya (Plus), telekomunikasi (Telekom), air (JBA), pos, bekalan beras (Bernas)   dan lain lain telah  dikorporat dan diswastakan oleh Dr M secara monopoli. Akhirnya syarikat ini  bukan lagi milik kerajaan 100%. Mereka  tidak  mementingkan kebajikan rakyat. Ianya sudah dijadikan bahan dagangan di BSKL untuk kepentingan kaum pemodal dan pemain saham.

Hujah utama pengkorporatan dan penswastaan syarikat kerajaan adalah untuk tujuan kecekapan.  Itu hanya alasan  yang paling lemah kerana semua pekerja ayarikat ini adalah dari jabatan kerajaan yang lama juga. Sebenarnya isu biroraksi, latihan, skim gaji dan insentif yang memangkinkan kecekapan pekerja.  Semua isu ini boleh dibuat juga dalam syarikat  milik kerajaan  100% tanpa dijual kepada rakan kongsi baru -  yang akhirnya dianggap sebagai kronisme

Apabila kadar letrik, air, talipon dan pos naik secara mendadak, ianya mengurangkan pendapatan benar rakyat.  Di dalam sebuah negara, rakyat  sepatutnya  mendapat subsidi bagi perkhidmatan ini.  Jika syarikat-syarikat ini memberi dividen beratus juta ringgit  kepada pemegang sahamnya, ianya memberi makna bahwa kos yang dikenakan bagi perkhidmatan adalah berlebihan sehingga mampu memberi pulangan  kepada pemegang saham.   Jika perkhidmatan ini tidak diswastakan, maka rakyat akan mendapat harga perkhidmatan tersebut dengan lebih murah lagi!!!!

Lainlah kalau kita dah jadi jutawan dinar Iraq, tak kesah sangat jika harga barang naik. Tetapi itu pun tak boleh, kerana hak rakyat mesti dituntut.

Jika kencing tawar tak apa. Tapi jika kencing manis, ini penawarnya.




Thursday, March 14, 2013

DINAR IRAQ: FAEDAH MATAWANG TINGGI NILAINYA

Jika sebuah negara banyak mengimpot,  adalah satu kebaikan jika matawangnya bernilai tinggi.  Dengan ini kos bahan untuk penggunaan rakyat adalah murah berbanding dengan negara lain. Maka pendapatan benar rakyat lebih meningkat lagi. 

Dalam kes Iraq, nilai Dinarnya rendah. Maka kos impotnya adalah mahal. Maka masalah inflasi lambat ditangani. Jika dinarnya kuat, maka kos bahan makanan  akan lebih rendah. Bahan makanan menyumbang 30% wajaran kepada Indeks Harga Pengguna.   Bayangkan rakyat Kuwait yang datang berbelanja di negara kita yang membawa Dinar Kuwait. 1 Dinar Kuwait bersamaan RM 9.00. Mereka joli sakan dengan hanya membawa 2,000 Dinar Kuwait sahaja. Tetapi jika rakyat Iraq datang ke Malaysia, mereka terpaksa membawa beratus juta Dinar Iraq untuk berbelanja.  Ha ha.

Langkah strategik yang perlu dibuat oleh Iraq ialah mewujudkan satu senario ekonomi  yang membolehkan dinarnya dibebaskan di pasaran dan menguat secara perlahan-lahan.  Dengan hasil utamanya dari minyak iaitu 95% daripada pendapatan negara, adalah diyakini nilai Dinar akan terus menguat ke nilai asal seperti awal 2003.

Ya, tiap malam menanti dinar naik. Tetapi yang wajib naik dan perlu naik bagi sang lelaki dilupa jangan. Penawarnya di sini.  Woooo. Jangan menyesal jika anda tak merasa  syurga dunia. Ha ha.






Wednesday, March 13, 2013

DINAR IRAQ: SATU RENUNGAN LAIN SEKEJAP

Antara isu dalam ekonomi  negara ialah agihan pendapatan rakyat.  Agihan pendapatan rakyat pula sering dikaitkan dengan jurang pendapatan  dalam kaum,  jurang pendapatan  antara kaum, jurang pendapatan antara wilayah (negeri)  dan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Apabila menyebut agihan pendapatan, maka isu monopoli akan diperkatakan.

Subsidi seperti   BRIM  adalah satu mekanisma segera membantu mengurangkan jurang pendapatan  rakyat, Tetapi  ianya bukan strategi  yang baik dan berkesan untuk jangka panjang.  Mesti ada perubahan struktur  ekonomi serta  peningkatan ilmu dan kemahiran rakyat  untuk membolehkan rakyat berpartisipasi dan merebut peluang ekonomi negara secara adil dan sama rata.  Tugas utama negera ialah mewujudkan prasarana peluang yang adil dan menyeluruh kepada rakyat untuk membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka.

Sebagai contoh,  pemberian permit teksi secara monopoli dan terpileh kepada syarikat kroni telah menafikan hak pemandu teksi perseorangan  mendapat permit teksi. Tak fasal fasal sang pemandu teksi terpaksa menanggung kos tambahan menyewa permit teksi dan sewa teksi. dari syarikat pemilik permit teksi.  Ini sudah tentu bukan sahaja membebankan pemandu teksi peseorangan,  malah mengurangkan pendapatan mereka.  Saya pun hairan bagaimana kerajaan BN tidak boleh melaksanakan idea yang paling mudah untuk membantu rakyat yang memandu teksi dengan memberi mereka permit teksi secara langsung tanpa orang tengah.  Nampak sangat kerajaan mengutamakan geng mereka sahaja.  Monopoli adalah musoh ekonomi tetapi  itulah yang diamalkan oleh BN.

Oh Allah, kau bagilah pemerintah yang sayangkan rakyatnya....

Tuesday, March 12, 2013

DINAR IRAQ: BANK IRAQ PERLU GLOBAL

Iraq sendiri berhajat sangat agar matawangnya kukuh dan menguat di pasaran seperti zaman kegemilangannya dahulu. Era Saddam Husin yang memerintah secara kuku besi sehingga tidak mematuhi standard antara bangsa menyebabkan matawang dinar jatuh merudum ke USD 0.30, sebelum Amerika menceroboh Iraq. 

Pakar Ekonomi di Iraq  sering mengingatkan Iraq supaya mewujudkan persekitaran sistem ekonomi dan perbankan yang bertaraf global untuk memungkinkan dinarnya stabil dan kukuh semula di pasaran. Lantaran itu, Iraq kini sentiasa menggubal pelbagai undang-undang untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem perbankannya.  Usaha-usaha ini akan menarik bank antara bangsa untuk membuka cawangan di Iraq.  Iraq semestinya menuju ke era perbankan yang global kerana itu keperluan bagi sebuah negara.  Tambahan pula Iraq adalah pengekspot minyak terbesar dunia!!!

Bank-bank yang sedia ada di Iraq mengambil tindakan yang cukup berani kerana sentiasa mengambil  peluang membeli matawang Iraq yang dilelong oleh Bank Negara Iraq setiap bulan.  Jika anda hanya menyimpan sejuta dinar sahaja, ianya hanya "celah gigi" sahaja kerana bank-bank perdagangan di Iraq menyimpan berbilion USD nilai dinar Iraq. Jika anda menunggu dinar naik, bank perdagangan disana, lagilah mengharapkan dinarnya naik supaya "kekayaan" bank bertambah dengan kenaikan nilai Dinar Iraq itu.

 Naik tetap naik. Soalnya bila. Jika parlimen Malaysia yang dah genap 5 tahun pun,  PM Najib masih belum jumpa tarikh pembubaran parlimen. Inikan pula Iraq, masih tak tau bila nak RV. Ha ha. Moga-moga anda diberi makam assobirin menanti RV.

Yang pasti, yang tak patut  sabar  bagi seorang lelaki  ialah  tak naik naik.... Opps rahsianya di sini.   Adalah pelik jika seorang lelaki terus bersabar jika tak naik-naik. Wooo.

Friday, March 8, 2013

DINAR IRAQ: BAJET IRAQ LULUS DAH

Dilaporkan Parlimen Iraq  telah  meluluskan bajet 2013nya pada sessi Khamis lalu  sejumlah USD 119 bilion.

Unjuran pendapatan Iraq masih berdasarkan jumlah pengeluaran minyaknya  1.8 juta tong sehari dengan harga USD 90 setong.

Walaupun Iraq berusaha mengeluarkan minyak ke tahap 3 juta tong sehari,  tetapi  anggaran pendapatannya   dibuat secara konservatif iaitu 1.8 juta tong sehari.

Dikatakan pada akhir 2003, jumlah pengeluaran minyak  Iraq  ialah 5 juta tong sehari  dengan kadar harga USD 30 setong.  Apakah Iraq perlu mencapai sasaran pengeluaran minyak kepada 5 juta tong sehari, barulah dinarnya kembali kepada USD 0.30?  Satu kemungkinan agaknya. Tetapi harga kini USD 90 setong adalah 3 kali ganda dari harga 2003.

(yang dah kuat, diperkasakan lagi. Bukan lelaki jika tak mencuba. Wooo. Klik di sini.)




Thursday, March 7, 2013

BAJET IRAQ BELUM DILULUSKAN LAGI

Bajet Malaysia 2013 sudah diluluskan pada Oktober lalu. Malah telah dibelanjakan sehabis mungkin menjelang PRU 13 ini. Ha ha. Tetapi malangnya di Iraq, bajet 2013 masih belum diluluskan. Apa punya turrr daaa.

Negara demokrasi hanya boleh berbelanja secara rasmi apabila Bajet diluluskan oleh Parlimen. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan mestilah berdasarkan Bajet.  Jika Bajet tak diluluskan, bagaimana hendak melaksanakan pembangunan negara.  Inilah antara yang pelik di Iraq - lambat benar  Bajetnya diluluskan. Woooo

Satu warisan terbaik dari penjajahjan British di Malaya ialah sistem dan strukur pemerintahannya  yang jelas  - yang mengandungi  pelbagai  kompenan/institusi  yang jelas fungsinya.  Yang mungkin lambat  sikit di Malaysia    ialah   lambat  bertindak ke atas pencerobohan di Lahat Datu sahaja agaknya. Wooo.


Jika lambat sangat derasnya - inilah ramuannya. Woooo

Wednesday, March 6, 2013

DINAR IRAQ: KEBAIKAN MATAWANG YANG KUKUH

Negara memerlukan matawangnya yang stabil dan kukuh di pasaran. Ini memudahkan aktiviti ekonomi  samada aktiviti ekspot, impot, pelaburan dan lain lain. 

Matawang yang kuat atau lemah berbanding dengan USD ada kelebihan dan kekurangannya.  Nilai pertukaran sesuatu matawang selalunya dibandingkan dengan USD, kerana dominannya pengaruh Amerika dalam ekonomi dunia. Suka atau suka, Amerika  menjadi pemacu ekonomi dunia. 

Jika matawang kita kuat, maka kos impot kita akan lebih murah.  Jika yang diimpot itu ialah bahan makanan, maka kita akan mendapat bekalan bahan Makanan pada harga yang   murah. Macamlah  orang Singapura yang beli  bahan   makanan dari Malaysia. Ringgit Singapura tinggi.   Sumber bahan makanan Malaysia pula murah.  Maka rakyat Singapura seolah-olah mendapat barangan yang berganda murahnya. Begitu juga  kita dengan Thailand; kita membeli  barangan Thailand dengan harga yang  murah  juga.

Begitulah dengan Iraq. Dengan kejatuhan matawangnya, maka Iraq mendapat sumber makanan dari luar pada harga yang relatifnya mahal. Tetapi jika dinarnya naik, maka secara otomatik, Iraq akan mendapat barangan dari luar pada harga yang murah.  Lantas Iraq perlu memperkukuhkan nilai Dinarnya. Bila. Allah jua yang tahu. Kita hanya meramalkan sahaja dan berharap sahaja terjadi dengan segera.

Lahat Datu, apa khabar hari ini??

Jika anak setahun ke atas, minumlah susu ini.

Tuesday, March 5, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JIKA NOTE BARU

Ramai yang khuatir jika note dinar semasa bertukar kepada note yang baru.

Lazimnya pemegaang sesuatu matawang diberi tempoh yang manasabah untuk menukar matawang sedia ada kepada note yang baru.

Pembeli dinar dari blog ini  bolehlah berurssan dengan saya nanti.  Jangan panik ya...

Kini, kita tunggu berita dari Lahat Datu dari masa ke semasa.

Selepas itu, tunggu parlimen dibubarkan.

Selepas itu lagi, tunggu hari mengundilah!!!!

Wooooo




Monday, March 4, 2013

SESEKALI TUKARLAH

Hidup di UK, pendapatan rakyatnya tinggi tetapi kos hidupnya rendah.

Hidup di Malaysia, pendapatan rakyatnya rendah tetapi kos hidupnya tinggi.

Maka tak hairanlah, lebih 8 juta rakyat Malaysia dapat BRIM. Moga-moga selepas dinar iraq naik, maka bilangan penerima BRIM  dapat dikurangkan. Ha ha.

Sudah lama makan laksa, sesekali makanlah yang lain pula. Sudah lama memangkah dacing, kali ini tukarlah. Wooo!!

Hidup satu penantian....

Wednesday, February 20, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: MATAWANG BARU?

Menurut satu sumber, Pihak Berkuasa Iraq akan menentukan keputusan berkaitan dengan percetakan matawang baru Iraq pada bulan Mac atau April ini.  Sukar ditentukan apakah bentuk matawang itu  dan kesannya kepada nilai Dinar Iraq.

Yang saya yakin, apa pun polisi dan perubahan matawang Iraq, ianya tidak akan merugikan penyimpan matawang Dinar Iraq kerana ianya bertentangan dan kepentingan awam. Apa pun undang-undang  yang dibuat, ianya tidak boleh menjejaskan atau merugikan  mana-mana pihak.

So,  kita tunggu sebarang perubahan pada bulan Mac dan April. Sekarang bersiap sedia untuk memangkah. Wooooo




Wednesday, February 13, 2013

DINAR IRAQ: BERITA PANAS

Sudah ada cerita dan gosip di Baghdad  supaya  nilai  Dinar dinaikkan ke  USD 1.00  = 1,000 Dinar,  tetapi pihak berkuasa Iraq berpendapat kenaikan nilai Dinar mestilah berdasarkan kekuatan asas ekonomi Iraq itu sendiri.  Maka tak dapat tidak Iraq akan terus bekerja memperkukuhkan ekonominya. Ianya secara tak langsung akan menaikkan nilai Dinar nanti. Tunggu sahajalah!!!

Sumber sahih nilai Dinar Iraq adalah di web Bank Negara Iraq. Lihat di sini.

Saya hairan kerana masih ramai lagi terpengaruh dengan cerita-cerita  yang tak logik berkaitan dengan Dinar Iraq. Antaranya Dinar sudah bernilai USD 1.00 di Singapura. Ha ha. Kalau betul nilai Dinar sudah naik, sayalah orang pertama yang akan menukarnya  dan mengajak semua makan nasi Arab di Jalan Semarak, KL. Wooooo

Saya berharap agar penyimpan Dinar duduk dengan tenang. Tak payahlah kecoh tak tentu arah. Jika lewat tukar dinar jika ianya sudah rv pun tak apa. Lewat sebulan, bukannya susut wang itu!!!!

Saya tak kemaskini blog ini jika tiada berita yang panas. Wooo. Jika nak panas minumlah ini. Woooo.


Saturday, January 26, 2013

CBI: BEBASKAN DINAR IRAQ

Ramai mengharapkan Dinar Iraq diRV pada bulan ini. Siapa yang tak mahu? Senua orang mahu!!! Ha ha. Kita nak tamatkan zaman penantian RV. Dan tamatkan penjengahan blog ini. Ha ha.  Saya pun tak perlu menjawab sms dari pelbagai orang yang tak dikenali. Wooooo.

RV boleh  melalui dua cara. Pertama, dalam keadaan Dinar masih ditambat (tanpa apungan).  Walaupun Dinar ditambat, CBI boleh menaikan nilai Dinarnya sedikit demi sedikit dari dari masa ke semasa. Nilai Dinar pada akhir 2003 ialah antara 4000-5000 Dinar bagi setiap USD. Ianya meningkat sedikit demi sedikit dan sehingga kini pada jajaran harga 1,166 Dinar pada setiap USD.  Cukup menghairankan   nilai Dinar naik agak cepat pada tahun 2003 ke 2007  tetapi amat perlahan antara 2007 hingga sekarang. Jika kadar kenaikan berdasarkan antara tahun 2003 hingga 2007,  maka  nilai Dinar sepatutnya sudah mencecah ke USD 1.00. Wau. Mengapa ini tidak berlaku.  Itu yang peliknya. Semacam ada misterinya.  Tanpa apungan, kenaikan nilai Dinar ditentukan dan dipengarui oleh CBI sendiri, bukannya pasaran.

RV kaedah kedua ialah CBI mengapungkan Dinarnya dan membiarkan pasaran menentukan harga  Dinar. Walaupun faktor asas ekonomi Iraq mempengaruhi nilai Dinar, tetapi pasaran yang akan memberi respon  secara muktamad. Jika ini berlaku, rasanya Dinar akan naik secara perlahan-lahan berdasarkan kekuatan ekspot minyaknya.  Cara ini pun OK juga. Kita mengharap sangat CBI mengapungkan dinarnya dan biarlah harga dinar ditentukan oleh pasaran, Tetapi jika CBI menetapkan harga mula  Dinar di pasaran  misalnya USD 1.00, lagilah baik. Meletuplah bib. Ramai rakyat Malaysia yang akan hantar surat notis berhenti kerja. Makin bertambah penganggur jutawan. Wooooo

Marilah kita berdoa kepada Allah swt dan menyeru  kepada CBI: BEBASKAN TAMBATAN DINAR IRAQ KE PASARAN.


Wednesday, January 9, 2013

Wednesday, January 2, 2013

RAHSIA PERTAMA DALAM PERNIAGAAN

Hari ini hari kedua tahun 2013. Ada yang sudah keluarkan dinar dari peti besinya  untuk ditukarkan. Ha ha. Sabar tuan. Kita kena tunggu pengistiharan rasmi dari CBI mengenai RV. Tak sesiapa berhak mengistiharkannya. Jangan dengar sebarang kabar angin, khususnya dari pelbagai sms yang tidak dikenali.


Insyaallah saya akan umumkan di dalam blog ini jika sudah rv. Berita baik mesti dikongsi bersama. Sementara itu, buatlah kerja macam biasa.  Banyak kerja yang perlu dibuat pada awal tahun. Paling kurang pun, buanglah  surat khabar lama  tu. Woooo

Saya ada peluang perniagaan bermodalkan RM 390.00. Sila hadir ke pejabat saya setiap Sabtu jam 11 pagi untuk keterangan lanjut.  En Yusof dari Kelantan dan En Shahril dari NS sudah join. Dalam seminggu sahaja, modal RM 390 sudah dapat semula, kerana barang boleh dijual dengan mudah. Wooo. Lepas ini, kaut untung sahaja. Jika nak berniaga, juallah barang yang wajib digunakan oleh orang ramai. Itu rahsia pertama dalam perniagaan!!!!  Kedua, barang itu "berlainan"  dan "unik"  sekali kualitinya  berbanding dengan produk yang sama dalam pasaran.  Jangan tak join bib. Kok menyesal seumur hidup. Isteri anda mesti suka produk ini.  Jom, kita bodek isteri tersayang kita.  Woooo.




Saturday, December 29, 2012

DINAR IRAQ: SUKSES 2013

Tinggal beberapa hari lagi berakhir 2012.

Moga mimpi indah 2013 akan menjelma. Ha ha.

Bagi yang tak memiliki dinar, janganlah susah hati. Anda tidak untong atau rugi jika dinar RV  atau tidak RV. Ha ha.  Kekadang, yang paling sibuk baca berita dinar ialah orang yang tidak memiliki dinar. Ha ha. Prihatin sungguh mereka dengan nasib sang pemilik Dinar.  Itu macam punya orang pun ada. Woooo.

Oktober 2013,  genaplah 10 tahun matawang Dinar yang baru selepas zaman Saddam. Kuwait mengambil masa 13 tahun  untuk  nilainya kembali ke USD 3.40.  Moga Iraq mengabil masa 10 tahun sahaja. Itulah ramalan kebanyakan ahli ekonomi.

Ada ramai yang sms kepada saya. Jika jawapannya setakat ya atau tidak, saya jawablah. Tetapi jika memerlukan huraian yang panjang, eloklah talipon saya. Jika tak jawab, cuba lagi. Mungkin saya ada mesyuarat atau urusan lain. Jika sms, bagilah salam dan nama anda. Kok jembalang mana pula yang sms, bolehlah saya tahu. Ha ha. Tambah-tambah  pula guna bahasa ala-ala kutu. Macam-macam ada. Saya adalah orang yang mengguna bahasa baku dalam sms. Maklomlah orang lama. 

Hidup kena buat macam macam kerja.  Makan gaji, niaga sambilan, aktif melabur, atau  aktif bikin MLM. Akhirnya kta akan jumpa peluang terbaik yang  memberi pendapatan. yang terbaik.  Teruskan usaha anda. Selagi ada hayat, bekerjalah. Mana ada pencen hidup ini.  Cerita pencen, hanya  nak bagi syok orang sahaja. Woooo. 


SELAMAT MENUJU 2013 DENGAN SUKSES!!!!!

Thursday, December 20, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: 2013 YANG CERAH

Dalam beberapa minggu terakhir ini hubungan ekonomi Iraq-Kuwait amat positif sekali.  Sebagai dua buah negara yang satu masa dulu nilai matawang masing-masing sama nilai dengan dollar USD,  ianya menggambarkan satu suasana yang positif.  Kita mengharapkan nilai Dinar Iraq akan bersamaan dengan nilai Dinar Kuwait.  Amerika pula, punya kepentingan  yang sama di dalam   dua buah negara ini.   Isu Dinar Iraq juga menjadi bahan berita di Amerika sejak akhir-akhir ini.  Apakah 2013 akan menjadi tahun bertuah kita   Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.  Ada orang bertanya saya, bila RV. Oh, bila pula saya menjadi pak nujum. Kita hanya bercakap berdasarkan senario politik dan ekonomi. Mungkin tepat atau kurang tepat. Yang kita perkatakan ialah prospeknya, bukan jaminannya. 

Dalam dunia pelaburan, selepas wang keluar dari akaun bank kita, maka ianya  terdedah dengan risko.  Terpulanglah kepada kita nak letak wang kita dalam kadar risko yang termampu.  Ada satu ketika, sesuatu pelaburan Ok, tetapi pada masa lain ianya merudum. Faktor "masa" adalah satu yang penting juga.  Satu masa dulu pelaburan hartanah merudum. Kini semacam meletup. Satu masa dulu, untung beli saham IPO.  Kini tak menjadi pula. Sehingga pelabur ASTRO mengatakan  "Ananda Sudah Tipu Ramai Orang" apabila harga IPOnya merudum ke RM 2-60 dari harga asal RM 3.00.  Dulu, harga emas naik gila-gila. Kini bergerak perlahan sahaja. Semuanya  dek  faktor semasa ekonomi.  Yang kerja makan gaji pun ada risko apabila majikan tak bayar gaji. Woooo.  Hidup kan perjuangan. "Esok masih ada"  kata Jins Shamsudin, yang kini dikatakan sedang uzur. 

Ok, jika nak mulakan perniagaan sambilan, jom jadi Pengedar Susu Biomil. Baca di sini.  Jika tak laku dalam tempoh 4 bulan, boleh kembalikan produk kepada pemborong utamanya. Mana mahu cari peborong macam ini wei.

Tuesday, December 18, 2012

RV DINAR IRAQ: DEBARAN SEHINGGA 31 MAC 2013

Abdul Basit Turki adalah Gabenor Bank Negara Iraq yang baru. Beliau telah diberi kuasa untuk meningkatkan nilai Dinar Iraq pada awal 2013.   Sejak dahulu pun, cerita-cerita indah semacam ini selalu tersebar tetapi tidak menjadi kenyataan. Sabar sahajalah. Ha ha.

Ada beberapa pihak memberi pandangan, jika RV berlaku, ianya adalah samada pada suku tahun pertama atau suku tahun keempat  dalam sesuatu tahun.  Just Hopin meramalkan sebelum akhir tahun ini. Ha ha. Jangan tidurlah kita  nampaknya dalam 15 hari terakhir bulan Disember ini. Woooo.

Sekarang kita ada 2 tarikh yang perlu kita awasi berkaitan dengan RV. Pertama, mulai hari ini sehingga 31 hb Disember 2012.  Kedua, mulai 1 hb Januari  hingga 31 hb Mac 2013.  Jika tidak berlaku RV dalam tarikh berkenaan, saya cadangkan kita petik buah  epal di Australia. Gaji sehari RM 450.00.  Wau. Baca di sini.   Jangan lupa belanja saya jika sudah dapat gaji memetik buah epal nanti ya....Wooooo



Monday, December 17, 2012

RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGi

Sementara menunggu  terbitnya sinar matahari 2013 dan RV, tatapilah tulisan Irfan Khairi mengenai  Rahsia Perniagaan Waktu Pagi:

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!


Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.

Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari. 


Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.


Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi. 


Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:   "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)
 
Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yansecukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

(Hidup ini kena waras, ada beras dan pastikan keras. Ha ha. Baca ini)

Thursday, December 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APA PUNYA TUUR DAA!

Beberapa hari lalu, tersebar berita kononnya dinar anda  tidak laku ditukar   jika no sirinya  tidak berdaftar sah dengan pihak tertentu. Sebenarnya semua wang Dinar yang beredar di pasaran adalah disah laku oleh Bank Negara  Iraq. Bank Negara Iraq tidaklah memantau kemana note itu beredar dari tangan ke tangan selepas berada di pasaran.  Suatu yang mustahil bagi CBI memantau setiap note yang beredar itu. Ha ha.

Adakah note RM yang anda simpan di Bank, akan disemak nombor sirinya. Tidak sama sekali. Bank hanya pastikan wang itu asli atau tidak sahaja. Mana mungkin wang berbilion mahu di semak satu persatu nombor sirinya. Logik logiklah sedikit jika nak buat berita. Bikin buang  masa saya sahaja untuk menjawab sms dan talipon penyimpan Dinar. Woooo.







Wednesday, December 5, 2012

DINAR IRAQ: BISNES PASTI TAK RUGI!!!!

Timbalan Gabenor Bank Negara Iraq, Mohamad Saleh menyatakan keazaman CBI meningkatkan nilai Dinar Iraq setara dengan nilai USD.  Dengan rezabnya kini sebanyak USD 60 bilion dan usaha-usaha mengawal   kadar inflasi,  beliau yakin matlamat ini akan tercapai dalam tempoh 2 tahun dari sekarang.

Walaupun Mohamad Saleh mengatakan dalam 2 tahun nilai Dinar Iraq akan bersamaan dengan USD,  bagi kita  memadailah nilainya setara USD 0.30 dalam tempoh terdekat. Ha ha. Itupun dah lumayan.

Ada beberapa orang sudah keletihan menanti RV.  Sepatutnya ini tidak berlaku. Buatlah kerja seperti biasa. Jika hendak pendapatan tambahan, carilah peluang-peluang baru. Di luar rumah kita banyak sekali peluang menambah pendapatan. Pokoknya mahu usaha sedikit.  Dengan modal RM 390 sahaja, anda sudah ada satu produk yang wajib dibeli oleh golongan wanita.  Dijamin tidak rugi. Wau. Dapatkan produk luar biasa Lexee  dari Realelite 03-40244859.  Lihat kehebatannya. Woooo.   Cerita lanjut di sini dan di sini

Jika mahu tahu macam mana nak buat income RM 10k seminggu, jumpa saya di pejabat NO 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, KL. Bikin temu janji 012-2104244. Yang pasti tidak rugi. Ha ha, jika nak mulakan perniagaan, cari perniagaan yang   pasti tidak rugi.






Tuesday, November 27, 2012

Kurang lebih sebulan lagi genap 2012 dan muncul purnama 2013.  Orang politik tak sabar menunggu  PRU 13. Pemegang Dinar pula menanti penuh harapan akan RV Dinar Iraq.  Hidup memang sentiasa menanti. Macam-macam yang dinantikan. Bak kata P.Ramlee, :"saat bahagia akan datang jua". Woooo.

CBI ada menyatakan tentang tukaran note dinar tetapi hanya kepada note 250 dan 1,000 Dinar sahaja. Note lain tidak terlibat pun. Maka, janganlah anda khuatir akan pertukaran note.

Sepanjang November dan Disember ini hujan sahaja. Orang muda eloklah try produk ini  Nak jadi agent, modalnya RM 240.00 sahaja.

Friday, November 16, 2012

1DINAR = 1 USD?

Kini Amerika mengalami kemelestan ekonomi. Penyimpan wang di Bank semakin pening kepala kerana kebanyakan bank perdagangan tidak memberi pulangan faedah ke atas penyimpannya. 

Para pelabur Amerika   sedang mencari altenatif lain  selain menyimpan wang di bank. Antara alternatifnya  ialah memiliki Dinar Iraq.  Mereka yakin dengan keazaman Bank Pusat Iraq yang menyatakan nilai Dinar Iraq akan bernilai 1 USD pada satu masa nanti.  Dengan membuat bandingan Kuwait dan Arab Saudi selaku pengeluar minyak, nilai matawangnya yang lebih "nilai", maka Dinar Iraq pun akan menjurus ke arah itu juga satu hari nanti. 

Cerita lanjut di sini.




Friday, November 2, 2012

DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!

Bagi peminat Dinar Iraq, janganlah risau jika blog ini tidak dikemaskini.  Saya diberitahu, tahun ini, Dinar tidak akan diapungkan. Suasana di Amerika, Syria dan Iran  pada  masa kini  tidak memberi rangsangan yang  baik kepada ekonomi Iraq.  Tambahan pula kes Shabibi yang perlu diatasi oleh CBI.

Dalam tempoh 2 bulan lagi sebelum berakhir 2012, marilah kita bercuti dengan mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat.  Ilmu dunia untuk hidup sehingga ...rasanya tak sampai 80 tahun. Susah-susah pun kata orang setakat pulohan tahun sahaja.  Yang penting ilmu akhirat kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan yang tiada kesudahannya... infiniti kata orang matematik. Woooo.

Insyallah saya akan sms kepada penyimpan Dinar jika  tiba-tiba Dinar   diapungkan. Ha ha. Saya masih simpan no talipon saudara semua. Maklomlah selepas ini kita akan menubohkan kelab jutawan Dinar dan kita berumarah beramai-ramai. Jika ada hajat nak pasang satu lagi, cukuplah simpan dalam hati. Jika tidak,  jenuh ke seberang mencari sijil nikah "terbang".  Ha ha. Ini pun satu bisnes juga, mengurus kes poligami. Wooooo.  Saya tak reti tetapi ramai kawan saya di Kelantan, pakar dalam bab ini. Ha ha.

Penganalisa dinar Iraq seperti Just Hopin dan Adam Montana masih berkeyakianan tinggi bahwa Dinar Iraq bakal menguat, dan diapungkan. Mana mungkin matawang asing bernilai kurang 1 sen dari USD. Tambahan pula bagi sebuah negara pengeluar minyak nombor wahid di dunia. Masyaallah, Insyallah, Tawakkaltu alallah. Jika tak jadi juga, nauzubillah, syusahlah kita.....he he.

Ya, 2 bulan lagi kita akan masuk ke game final, menunggu Dinar diapungkan. Ketika Dinar baru  ini  diterbitkan pada 2003, penganalisis meramalkan tahun 2013 adalah sebagai tahun yang ditunggu-tunggu. Bersedialah.

Wednesday, October 17, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: GABENOR CBI DIGANTUNG

Kabinet Iraq menggantung Al Shabibi  sebagai Gabenor Bank Negara Iraq kerana dikatakan melanggar prosidur melemahkan matawang Dinar Iraq berbanding dengan USD.  30 waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa anti rasuah ke atas pegawai CBI termasuk Gabenor CBI dan timbalannya.  Kebetulan Shabibi kini berada di luar negara.

Nampaknya isu ini menghambat proses RV dalam masa terdekat.   Atau mungkin selepas isu ini diselesaikan, RV akan menjelma secara tiba-tiba!!!

Makin panas Dinar yang berada di tangan anda semua. Woooo.

Kita tunggu berita selanjutnya.....

Sila likes




Thursday, October 11, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: CBI TANGGUH BUANG 3 KOSONG

CBI baru saja mengumumkan penangguhan  rancangan pembuangan 3 kosong untuk sementara waktu. Tidak pula dinyatakan berapa lama. Maka pelbagai analisa baru dibuat oleh peminat RV. Ha ha.

Bagi saya, usaha-usaha memperkukuhan asas ekonomi dan kewangan Iraq perlu diutamakan supaya nilai Dinar selaras dengan kekuatan ekonominya.  Iraq mesti membuktikan nilai matawangnya setanding dengan matawang asing. Kekuatan ekonomi  yang utama ialah negara bebas dari hutang luar dan rizab yang mencukupi. Singapura dan Australia adalah contoh dua negara yang bebas hutang luar dan kuat rizabnya. Maka tak hairanlah matawang kedua-dua negara ini lebih stabil dari USD atau RM!!!!

Peminat Dinar Malaysia suka sangat mengambil berita dari chating forum di internet yang kebanyakannya adalah bersifat khabar angin. Saya terima sms yang karut dan kelakar. Ada yang mengatakan Dinar sudah RV tetapi hanya untuk orang VIP sahaja. Ha ha. Berita macam ini pun ada yang percaya. Woooo.  Ada yang mengatakan Dinar dan RV tetapi di dalam Iraq sahaja. Ada yang mengatakan Dinar sudah boleh di tukar di Singapura. Saya rasa itu semua kenyataan dari mimpi orang yang menyampaikan berita itu sahaja. Ha ha.

Eloklah kita relax dulu. Tunggu sahaja apa nak jadi pada 2013.  2013 adalah tahun yang menjadi harapan kita. Kuwait mengambil masa 13 tahun untuk RV. Dinar Iraq baru 9 tahun!!!!

Saya habiskan masa  dua minggu menyelidik kononnya ada pihak mahu beli USD pada harga RM 3.50. Semuanya auta belaka. Ha ha. Perabis duit teh sahaja. Woooo.

Friday, September 28, 2012

PESAN IRFAN KHAIRI

3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
Oleh: Irfan Khairi

Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!

1.       Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan  kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.

2.       Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;) Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.

3.       Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.

Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati  sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya. 

Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!


Friday, September 21, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: DARI TRILION KE BILION

Jurucakap Iraq mengatakan cadangan penghapusan 3 kosong terhadap Dinar Iraq akan membolehkan jumlah edaran Dinar Iraqnya  yang bertrilion akan menjadi berbilion sahaja. 

Samada kekal trilion atau menjadi bilion, apakah nilainya berbanding nilai USD?  Itulah yang misterinya. 

Tak logiklah jika Iraq mahu mengurangkan  asetnya/kekayaannya  dalam  USD, hanya dek kerana mahu mengurangkan jumlah edaran Dinar Iraq dari trilion ke bilion. Iraq mestilah mempastikan sekurang kurangnya nilai Dinar Iraq tetap sama dengan USD, walaupun  jumlah edarannya menjadi bilion sahaja.

Cukup suspen proses pembuangan 3 kosong ini. Indonesia tak pula kecoh nak buang 3 kosong pada rupiahnya walaupun wang kertasnya juga berpuloh ribu rupiah. Ha ha.

Ada juga Ahli Ekonomi Iraq yang mengatakan pembuangan 3 kosong tidak memberi apa-apa  kesan  kepada Iraq.  Yang penting Iraq mengawal dan menguasai edaran mata wangnya.  Dan ada yang mencadangkan Iraq perlulah meminta  pembeli minyaknya  menggunakan Dinar Iraq.  Dengan ini matawang Iraq yang bersepah ke seluruh dunia akan kembali semula ke Iraq. Jika syarat ini yang Iraq tetapkan,  maka tidak dapat tidak Kerajaan Malaysia amat memerlukan Dinar Iraq yang ada  di tangan anda.  Woooooo




Thursday, September 20, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: REFORMASI SISTEM BANK

Lama rasanya saya tak muncul di blog ini. Ada yang resah gelisah, lantas sms kepada saya. Ha ha. Sibuk sekali dengan jamuan raya dan kenduri kahwin. Tak ada mood mengadap internet.  Sebenarnya saya menanti berita gembera yang Adam Montana nak nyatakan dalam tempoh 6 minggu. Sehingga kini tak ada apa yang dikatakan berita gembira tu. Sabar sahajalah. Nak marah pun, buang tenaga sahaja. Woooo.

Berdasarkan beberapa berita kewangan dan pelaburan di Iraq, pihak luar masih tidak puas hati dengan sistem perbankan Iraq. Mereka mendesak supaya satu reformasi kepada sistem perbankan perlu dilakukan bagi melicinkan aliran masuk dan keluar  sebarang pelaburan dan aktiviti kewangan. Ini merupakan cabaran utama Iraq pada masa kini.

Isu Bab 7, semacam mahu ditamatkan oleh Kuwait dalam beberapa hari lagi. Sudah acap kali penyataan semacam ini dikeluarkan. Tetapi apabila sampai masanya, masih tertangguh lagi. Arab oh Arab. Nampaknya bukan "janji Melayu" tetapi sudah menjadi "janji Arab" pula kali ini. Ha ha.

Bajet 2013 Iraq kini dalam proses pembentangan di parlimen. Ianya berdasarkan hasil pengeluaran minyak sebanyak 3 juta tong. Jika harga minyak dunia naik, maka pendapatan Iraq pun akan menaik. Rasanya Bajet 2013 Malaysia, lagi hebat agaknya. Maklomlah nak pilihan raya. Tak percaya, tunggulah 28 September ini.  Hidup Rosmah!!! Ha ha.

Jika saya terima berita gembira dari Adam Montana dalam sehari dua ini, insyaallah saya akan maklomkan dalam blog ini.  Saya masih mensasarkan 2013 sebagai tahun harapan dinar Iraq diapungkan sebagai memenuhi Teori Pusingan Ekonomi 10 Tahun. Jiwa mahu kental bib. Kok tak kental, boleh meroyan dibuatnya. Sambil  itu  tanamlah ubi kayu. Sekarang, tak cukup ubi kayu, fasal nak ekspot kerepek ke Timur Tengah. Ha ha. Orang pencen macam sahabat saya di Jitra bernama "Mat Belia"  bolehlah cari tanah sawah yang kering untuk di tanam ubi kayu. Yang di KL, tanam di pasu besarlah. Wooooo.




Wednesday, August 29, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: SYOKNYA RAYA

Rasanya masing-masing dah puas beraya di kampong. Mulai minggu ini, orang KL akan mula sibuk dengan pelbagai jamuan raya dan open house  pula. Ha ha. Inilah hebatnya Melayu Malaysia - raya sebulan. Wooo.

Pada pertengahan Ramadhan lalu, saya ada menerima emel dari seorang pemerhati Dinar dari Amerika bernama Adam Montana. Beliau mengatakan dalam tempoh 6 minggu, akan ada berita baik berkaitan dengan Dinar. Tidak pula dijelaskan  apa detailnya. Tunggu sahajalah. Namun, kekadang Adam Montana ini pun, kaki spekulasi juga. Maka saya lebih suka menunggu sampai masanya, barulah menghebohkan kepada anda semua. Takut, tak ada apa-apa pun!!!. Woooo.

Berita berkaitan dengan penukaran matawang Dinar dan penghapusan 3 kosong, semacam sudah reda sekarang. Agaknya pelbagai pihak di Iraq semakin bercelaru dengan idea tersebut dari segi pelaksanaannya. Kita disinilah jangan  memandai membuat pelbagai andaian pula.  Ha ha. Kok menambah huru hara perasaan lagi. Lebih baik bersabar dengan "tunggu dan lihat" dahulu.

Moga selepas Ramadan ini, hikmah Ramadan meresap ke dalam jiwa kita dan kekal sehingga Ramadan akan datang. 

Terima kasih yang sms SELAMAT HARI RAYA kepada saya. Saya dah ucapkan dalam blog ini, cukuplah ya. Ha ha.








Monday, August 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: RIZAB IRAQ MENINGKAT

Jika tak ada aral, Ahad ini hari raya. Ha ha. Orang Melayu, bukan sahaja sebulan berpuasa tetapi raya pun sebulan  juga. Hakikatnya Raya itu sehari sahaja pada 1 Syawal dan diikuti dengan 6 hari puasa sunat dalam bulan Syawal. Tetapi sudah menjadi "tradisi" Malayu, sambutannya sudah jadi sebulan. Semua nak berjamu pada bulan Syawal. Sepatutnya menjamu, terbaiknya pada bulan Ramadhan ini. Apa boleh buat, tradisi mengalahkan "ugama" kekadangnya.

Nampaknya cerita note baru dan kajian semula dinar Iraq semakin banyak dibicarakan  oleh ramai pihak di Iraq. Wau, apakah tahun 2013 akan memberi imbuhan seperti yang kita nantikan selama ini. Berkali kali saya coretkan dalam blog ini,  paling kurang pun nilai Dinar Iraq ini mestilah USD 0.10.  Sebagai sebuah negara utama pengeluar minyak dan gas dunia, apakah nilai sepatutnya bagi Dinar?   Jordan yang tak ada minyak itu pun, nilai dinarnya melebehi RM 5.00.

Rizab luar Iraq pun sudah melebehi USD 68 bilion. Salah satu faktor kenaikan nilai Dinar ialah Iraq perlu menambahkan rizab luarnya dari masa ke semasa. Disamping itu inflasi mesti dikekang pada kurang 2 angka.  Dalam kes pelaburan luar, tak siapa menafikan ianya menarik minat semua negara dunia untuk datang ke Iraq. Baik Amerika atau China, minyak merupakan faktor yang menggamit mereka ke Iraq!!!!

OK, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Baik baik memandu kereta. Saman had laju, minima RM 2,000.00  sekarang. Boleh bangklrap kita wei!!!!!

 

 


Wednesday, July 25, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APUNGAN SEMAKIN HAMPIR

Diam tak diam, sudah masuk 6 Ramadhan, malam ini. Masa,  jika ditunggu memang lama. Tetapi jika sudah berlalu, terasa sekejap sahaja.  Walau terlewat, saya ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ini. Moga jangan tinggalkan solat. Tidak ada makna puasa, tanpa bersolat. Solat asas  segala ibadah untuk diterima oleh Allah SWT. Opps, sedikit ingatan sahaja.

Ketika  CBI mempekenalkan note baru pada akhir 2003, sebagai mengganti note  lama  di era Saddam Husin - tidak pula kita mendengar pelbagai kecoh dan spekulasi. CBI dengan tegas mengatakan note lama perlu ditukar dalam tempoh 6 bulan sahaja. Note baru, yang kini kita pegang sekarang - dilihat lebih berkualiti dan dicetak oleh Syarikat De La Rue, UK.

Ada dua sebab, mengapa Iraq  mengganti note lama ke note  baru pada akhir 2003.   Pertama:   Kualiti wang kertas zaman Saddam tidak menepati piawaian antara bangsa. Iamya mudah dipalsukan dan diciplak oleh sesiapa   pun.  Namun begitu, nilai teredahnya ialah USD 0.30  bagi setiap Dinar. Hebat juga kan...

Sebab kedua mengapa Iraq perlu megadakan note baru adalah kerana Iraq memerlukan satu note yang mempunyai angka yang besar. Lantaran serangan Amerika ke atas Iraq, Iraq  mengalami kejatuhan matawang, kenaikan inflasi yang melampau  dan sekaligus kenaikan harga barang yang tinggi. Maka  tidak dapat tidak satu note yang besar diperlulan untuk memudahkan bayaran kepada harga sesuatu barangan. Jika tidak, sesorang kena membawa note kecil yang banyak.  Bayangkan satu barangan dulunya  1 Dinar, kini telah menjadi 1000 Dinar. Jenuhlah kena bawa note 1,000 keping jika masih menggunakan note lama.  Logiknya mudah, apabila matawang jatuh, maka sesuatu negara akan menggunakan note yang berangka besar. Sebaliknya, jika matawang negara itu kuat, maka negara itu menggunakan note yang berangka kecil.  Contohnya Malaysia dan Indonesia. 

Kini  sekali lagi kita mendengar ura-ura Iraq mahu  menukar notenya. Apakah tujuan  Iraq mahu menukarkan note Dinarnya.  Adakah kerana note ini   tidak  menepati  piawaian antara bangsa, Rasanya perkara ini tidak relevan sama sekali.  Atau adakah kerana "nilai" Dinar akan menaik sehingga memerlukan satu note yang kecil semula seperti zaman Saddam atau sebelum zaman Saddam  dahulu.  

Bagi saya,  kenaikan sesuatu  matawang adalah secara evolusi dan bertahap-tahap.  Logiknya nilai Dinar mestilah menuju ke nilai satu sen USD terlebih dahulu. Kemudian barulah kita bercakap soal nilai yang lebih besar lagi dari nilai satu sen USD  itu. Jika ini yang CBI fikirkan dan rancangkan, ianya tidak akan menggemparkan dunia.  Jika sudah mencecah nilai satu sen USD, maka sudah pasti nilai USD 0.30 akan mudah ditujunya!!!!!!
 
Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:
  • 10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00
  • 20,000 Dinar Iraq pada harga RM 300.00 berpotensi menjadi RM 20,000.00
  • 25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00
  • 30,000 Dinar Iraq pada harga RM 450.00 berpotensi menjadi RM 30,000.00
  • 50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00 (note 10K, 5 keping atau note 25K, 2 keping)

Ya, APUNGAN SEMAKIN HAMPIR....

Tuesday, July 10, 2012

DINAR IRAQ: TEORI PUSINGAN 10 TAHUN SEMAKIN HAMPIR

Hanya tinggal enam bulan lagi tahun 2012 akan tamat. Teori Pusingan Ekonomi  10 Tahun Iraq (2003-2013) akan bermula tidak  lama lgi.  Kini, pelbagai berita berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Iraq yang positif  diterima setiap hari. Maka tidak mustahil nilai matawang Dinar Iraq akan kembali semula kepada nilai asalnya iaitu USD 3.30.  Kalau pun tidak USD 3.30, dapat USD 0.30 pun terlalu ok juga. Ha ha.

Pendapatan dari dinar Iraq merupakan salah satu strategi kewangan kita. Namun, ada banyak lagi cara yang boleh kita pelajari.  Antaranya ialah memulakan perniagaan. Jika nak berniaga, maka asasnya ialah menjadi salesman. Ikuti kesah Warran Buffet yang memulakan hidupnya sebagai salesman di sini.

Mulakan jadi agen Realshoope, tanpa modal. Klik di sini



Tuesday, July 3, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: IRAQ LOBI AMERIKA UNTUK WTO

Ada perkhabaran mengatakan Bank Negara Iraq menangguhkan cadangan membuang 3 kosong pada Dinarnya dalam tempoh 2 tahun lagi. Sebelum ini dilaporkan Iraq  akan memperkenalkan note baru dan digunakan bersekali dengan note lama. Macam macam cerita  yang kita terima  berkaitan dengan matawang  Iraq.  Kekadang lebih baik jangan baca berita hal matawang Dinar ini. Boleh naik pening kepala kita dibuatnya. Asyik berubah sahaja laporannya. Ha ha.  

Terbaru, dikatakan Menteri Perdagangan Iraq sedang melobi Amerika untuk menyokong Iraq menyertai WTO. Cerita Iraq dan WTO pun satu hal lagi. Dulu, dikatakan Iraq dalam proses akhir diterima sebagai anggota WTO. Setelah lebih 12 bulan pun, tak nampak bayang yang Iraq akan diterima sebagai anggota WTO. Kononnya sistem perbankan dan kewangan Iraq belum ke tahap melayakkan mereka diterima sebagai anggota WTO. 

Ada penyimpan Dinar yang berhasrat memulakan perniagaan tetapi langsung tiada modal.  Ha ha. Kalau tak ada modal, kenalah cari modal. Modal bergantung jenis perniagaan. Apa pun seseorang itu mesti memulakan simpanan. Ada orang buat sumpanan paksaan ke atas dirinya. Setahun dua cukuplah memulakan satu perniagaan kecil. Tetapi ada juga, malah mungkin yang ramai macam ini - iaitu tak ada wang lebihan untuk disimpan!!!!  Untuk golongan ini jawapannya ialah buat kerja lebih masa atau buat kerja tambahan yang lain  sehingga memungkinkan anda boleh membuat simpanan.

Janganlah terasa pelik sangat jika dikatakan kena  buat kerja tambahan. Seorang Doktor perubatan di hospital kerajaan pun bertugas di klinik swasta. Seorang guru  pun  buat kerja tusyen. Seorang polis biasa  pun buat kerja pelayan di restoran. Seorang pembantu pejabat pun  berniaga di pasar  malam. Seorang kerani  pun  buat kerja memesin rumput di hujung minggu di taman-taman perumahan. Pokoknya halal dan sesekali jangan makan rasuah!!!!! Inilah yang dirumuskan oleh Azizi Ali dalam bukunya "Pesara Jutawan" - Anda perlu menyimpan  dari  kerja tambahan anda!!!!

Moga mulakan hari ini - kumpul modal dengan kerja tambahan. Jika malas, hapah pun tak merasa. Woooo.  Tiada lampu ajaib Aladdin.

Jika malas makan ini.   Insyallah ringan badan.


Tuesday, June 26, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: JUTAWAN DENGAN MODAL 1 SEN

Sidang parlimen Iraq telah bermula. Banyak isu yang dibincangkan. Isu politik, ekonomi dan kewangan menarik perhatian semua pihak. Dikatakan kerajaan Iraq sedang memperuntukkan USD 60 bilion untuk membuang 3 kosong pada Dinarnya. Tak jelas, apakah Iraq akan memperkenalkan satu matawang baru yang nilainya sama dengan nilai sekarang atau nilai yang lebih tinggi lagi. Jika matawang baru tetapi nilainya tetap sama, apalah gunanya matawang baru dibuat. Bak kata orang Rembau - perabis boreh yo?. Ha ha.  Ini yang memeningkan ramai penganalisa Dinar. Ha ha

Penyimpan Dinar menyimpan impian. Impian nak kaya. Ha ha. Bukan sekadar kaya sahaja, tetapi mahu jadi jutawan!!!!.  Namun hidup ini bukan sekadar ada satu cara mencapai impian. Kena pelbagaikan strategi dan cara. Siapa tak mahu jadi jutawan. Jual kacang pun boleh jadi jutawan. Bagaimana?  Nak tahu kena bayar "fee"lah. Setakat secawan kopi Radix, takkan tak boleh kot. Wooo. 


Ada penganalisa mengunjurkan dari wang satu sen pun boleh jadi jutawan. Syaratnya buat gandaan 100% dari setiap transaksi niaga. Cuba buat kiraan bermula dengan satu sen dan gandakan 100%. Pada kiraan yang ke 27, gandaan telah menjadi 1,342,177!!!!!  Apa bisnesnya ya?   Kata orang - projek perumahan!!!! Kata geng motivasi - Impian biar besar, tapi mulakan dengan kecil-kecilan. Kalau secara kecil-kecilan pun tak boleh nak mula, berdoalah agar Allah memberi kita hati yang baru - hati yang berjiwa besar!!!!. 

Ya, untuk pembesaran dan pelaburan jangka panjang yag baik, ada di sini.

Monday, June 18, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: SIDANG PARLIMEN BERMULA

Parlimen Iraq akan bersidang semula mulai minggu ini. Kita mengharapkan pelbagai resolusi pembaharuan ke atas sistem kewangan Iraq. Ada semacam perbezaan pendapat antara CBI dan pimpinan politik dalam menghadapi pembaharuan  sistem kewangan.

Saya pun rasa pelik kerana ada rakan penyimpan Dinar yang mengatakan RV pada bulan Jun ini.  Malah ada yang mengatakan mereka mendapat info  sahih dari Singapura bahwa RV pada bulan Ramadan ini. Ha ha.  Kalau betul, siapa nak marah. Wooo. Bagi saya  isu Bab 7 perlu diselesaikan terlebih dahulu, barulah  laluan ke RV semakin cerah.  Setakat ini, isu Bab 7 masih kelam lagi mahu diselesaikan. Dari bulan Mac beranjak ke Jun. Kemudian beranjak ke Disember pula. Naik letih kita dibuatnya. Sabar aja le.

Bagi sesiapa hendak mulakan satu bisnes kecil  bermodal tidak sampai RM 10K, samada di pejabat atau rumah, bolehlah melihat potensi  perubatan alternatif secara hideroterapi. Ianya berasal di German dan dimajukan melalui teknologi Taiwan. Mendapat sambutan hebat kerana berubat melalui mandian sahaja. Klik di sini.

Persiapan di bulan Ramadhan bagi selalu gastrik, baca ini.