Tuesday, November 27, 2012

Kurang lebih sebulan lagi genap 2012 dan muncul purnama 2013.  Orang politik tak sabar menunggu  PRU 13. Pemegang Dinar pula menanti penuh harapan akan RV Dinar Iraq.  Hidup memang sentiasa menanti. Macam-macam yang dinantikan. Bak kata P.Ramlee, :"saat bahagia akan datang jua". Woooo.

CBI ada menyatakan tentang tukaran note dinar tetapi hanya kepada note 250 dan 1,000 Dinar sahaja. Note lain tidak terlibat pun. Maka, janganlah anda khuatir akan pertukaran note.

Sepanjang November dan Disember ini hujan sahaja. Orang muda eloklah try produk ini  Nak jadi agent, modalnya RM 240.00 sahaja.

Friday, November 16, 2012

1DINAR = 1 USD?

Kini Amerika mengalami kemelestan ekonomi. Penyimpan wang di Bank semakin pening kepala kerana kebanyakan bank perdagangan tidak memberi pulangan faedah ke atas penyimpannya. 

Para pelabur Amerika   sedang mencari altenatif lain  selain menyimpan wang di bank. Antara alternatifnya  ialah memiliki Dinar Iraq.  Mereka yakin dengan keazaman Bank Pusat Iraq yang menyatakan nilai Dinar Iraq akan bernilai 1 USD pada satu masa nanti.  Dengan membuat bandingan Kuwait dan Arab Saudi selaku pengeluar minyak, nilai matawangnya yang lebih "nilai", maka Dinar Iraq pun akan menjurus ke arah itu juga satu hari nanti. 

Cerita lanjut di sini.




Friday, November 2, 2012

DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!

Bagi peminat Dinar Iraq, janganlah risau jika blog ini tidak dikemaskini.  Saya diberitahu, tahun ini, Dinar tidak akan diapungkan. Suasana di Amerika, Syria dan Iran  pada  masa kini  tidak memberi rangsangan yang  baik kepada ekonomi Iraq.  Tambahan pula kes Shabibi yang perlu diatasi oleh CBI.

Dalam tempoh 2 bulan lagi sebelum berakhir 2012, marilah kita bercuti dengan mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat.  Ilmu dunia untuk hidup sehingga ...rasanya tak sampai 80 tahun. Susah-susah pun kata orang setakat pulohan tahun sahaja.  Yang penting ilmu akhirat kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan yang tiada kesudahannya... infiniti kata orang matematik. Woooo.

Insyallah saya akan sms kepada penyimpan Dinar jika  tiba-tiba Dinar   diapungkan. Ha ha. Saya masih simpan no talipon saudara semua. Maklomlah selepas ini kita akan menubohkan kelab jutawan Dinar dan kita berumarah beramai-ramai. Jika ada hajat nak pasang satu lagi, cukuplah simpan dalam hati. Jika tidak,  jenuh ke seberang mencari sijil nikah "terbang".  Ha ha. Ini pun satu bisnes juga, mengurus kes poligami. Wooooo.  Saya tak reti tetapi ramai kawan saya di Kelantan, pakar dalam bab ini. Ha ha.

Penganalisa dinar Iraq seperti Just Hopin dan Adam Montana masih berkeyakianan tinggi bahwa Dinar Iraq bakal menguat, dan diapungkan. Mana mungkin matawang asing bernilai kurang 1 sen dari USD. Tambahan pula bagi sebuah negara pengeluar minyak nombor wahid di dunia. Masyaallah, Insyallah, Tawakkaltu alallah. Jika tak jadi juga, nauzubillah, syusahlah kita.....he he.

Ya, 2 bulan lagi kita akan masuk ke game final, menunggu Dinar diapungkan. Ketika Dinar baru  ini  diterbitkan pada 2003, penganalisis meramalkan tahun 2013 adalah sebagai tahun yang ditunggu-tunggu. Bersedialah.