Thursday, September 30, 2010

MAKNA APUNGAN DINAR IRAQ - 3

Antara soalan menarik yang sering ditanya oleh pemilik dinar Iraq ialah adakah  Iraq mampu membeli balik semua dinarnya yang kini berada di serata dunia?

Apungan sesuatu matawang memberi implikasi seperti berikut:

1. Matawang itu  layak dijual beli di dalam pasaran dunia. Maka pasaran yang membel dan menjualnya. Jika ramai yang berminat dengan matawang tersebut, maka  ianya akan naik dan sebaliknya. Jika negara itu beroriantasi ekspot, maka matawangnya amat diperlukan dan akan meningkatkan  nilainya. Dalam kes Iraq, ia adalah sebuah negara pengekspot minyak yang ketiga terbesar dunia pada masa kini, maka permintaan mata wangnya adalah tinggi. Maka tak hairanlah  setiap kali Bank Negara Iraq menjual dinarnya, ianya dibeli oleh banyak bank komersil. 

Ada negara yang sanggup membiarkan nilai  matawangnya ditentukan oleh pasaran. Tetapi ada juga negara yang tak sanggup. Ini mengikut strategi negara masing-masing. China dan Jepun adalah antara negara yang berusaha  mengawal nilai matawangnya TIDAK NAIK supaya harga produk ekspotnya berdaya saing  di pasaran. UK dan US lebih suka membiarkan  matawangnya ditentukan oleh pasaran.   Malaysia.... jeng jeng.  TSTlah.  Apa yang berlaku pada 1998 telah   memberikan jawapannya. Kalau tak tahu juga, belanja saya nasi Arab kalau mahu tahu  jawapannya.   Ha ha.

2. Matawang yang telah diapung adalah satu komoditi. Ia boleh digunakan sebagai alat tukaran dan reserve oleh negara lain. Jika kita di Malaysia, kita boleh gunakan Yen Jepun dan dollar USD untuk membeli produk dari negara China. Begitu juga dengan dinar Iraq. Selepas diapungkan maka ianya boleh digunakan untuk membeli barangan dari negara lain.  Maka tak berbangkit cerita Dinar Iraq perlu dihantar ke Iraq semula selepas ianya diapungkan.

Dengan huraian ringkas diatas, maka tak timbul isu mampukah Iraq membeli balik semula matawangnya  yang kini anda simpan.  Ha ha. Adalah  tak berperaturan  bagi sesuatu negara yang tak menerima dan menukar matawang yang telah diapungkan.

Seperti yang saya nyatakan dahulu. lebih senang menerangkan hal dinar dengan bercakap. Taliponlah saya atau jom minum bersama. Saya bayar, apa mahu risau weiii! Woooo.

MARI kita menunggu   keputusan mesyuarat antara IMF dengan  Bank Negara Iraq. Manalah tau jika secara tiba-tiba sahaja dinar diapungkan. Dikatakan IMF mahu 1 dinar bersamaan USD 1.47 dan Iraq mahu USD 3.20. Bagi kita 30 sen USD pun tak apa!!!.


Kaya kaya kaya. Jangan lupa Tuhan sudahlah yeeee.


Tuesday, September 28, 2010

ANWAR PM IRAQ?

Pelbagai pihak sedang membuat lobi akhir untuk memilih PM Iraq. Ianya hingga ke tahap perjumpaan dan rundingan dengan banyak  pihak seperti Amerika, Iran, Arab Saudi dan Syria. 

Politik dan ekonomi Iraq menarik perhatian negara-negara jirannya dan juga  negara  kuasa besar  dunia.

Perlantikan PM Iraq adalah penting sekali menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Pusat Iraq pada 8 hingga 10 Oktober 2010 ini. Sebarang keputusan besar berkaitan dengan apungan Dinar Iraq sewajarnya dengan pengetahuan dan restu PM baru Iraq. Ramai yang  sudah   menyampah betapa sukarnya hendak melantik PM ini sehinggakan mencadang supaya Anwar Ibrahim di ekspot ke sana untuk menjadi PM Iraq!!. Wooo.

Sejak 6 bulan lalu Iraq mengalamami kerugian kerana banyak perjanjian perdagangan tidak boleh dibereskan kerana ketidaktentuan PM Iraq.

Dan yang saya tak boleh tahan ialah semakin ramai yang meramalkan nilai Dinar akan naik pada USD 1.47, walaupun saya masih beriman pada harga USD 0.30.

Ramai juga yang bertanya konsep apungan dan mengapa perlu apungan sesuatu matawang. Ini memerlukan satu jawapan akademik. Tetapi alangkah seronoknya kalau boleh dijawab dengan minum teh bersama. Ha ha. Ada yang tak percaya akan keperluan  apungan ini. Saya hanya boleh menjawab berapa kerat negara yang tak mengapungkan wangnya? Apungan merupakan satu syarat  bagi  sebuah negara mahu berniaga secara internasional. Apakah Iraq yang menjual minyaknya berbilion USD, tidak memerlukan apungan ini? Mustahil tak perlu. Dan Jordan yang tidak ada sumber minyak pun, nilai Dinarnya bersamaan RM 5.00. Inikan Iraq pula. Anda fikirlah sendiri.



Friday, September 24, 2010

MENGAPA SUKARNYA PM IRAQ DILANTIK

Mengapa sukar sangat nak memuktamadkan siapakah PM Iraq. Jika banyak calunnya, bukankah  mudah  buat sahaja undian di Parlimen, habis cerita. 

Dalam politik, mudah berkata berjuang untuk rakyat. Tetapi perhitugan kuasa dan benda tetap diambil kira. Mana  pernah kita  dengar bahawa orang politik yang sudah berkuasa, sanggup menurunkan gaji dan  elaunnya. Bagi naik adalah. Ha ha.

 Selepas saya renung-renungkan kes Iraq ini, semalam saya terfikir dan bertanya mengapakah sukar sangat nak melantik PM Iraq ini. Ini mesti bab wang punya hal.

Tepat sekali. Kalau saya tahu tentang gaji Presiden, PM dan Naib Presiden Iraq, sudah lama saya berhijrah dan menjadi warga negara Iraq dan bertanding memegang jawatan tersebut di atas.

Gaji Presiden dan PM Iraq dikatakan sebanyak USD 700,000 setahun, tanpa mengambil  kira lain-lain kemudahan.  Gaji Naib Presiden dikatakan sebanyak USD 600,000. Malah ada sumber dalaman mengatakan USD 1 juta. Wau. Jika benar, tentu gaji Presiden dan PM Iraq juga melebehi USD 1 juta setahun. 

Apa nak hairan  dengan gaji tersebut   kerana  Iraq kini  adalah negara OPEC yang ketiga terbesar dalam pengeluaran minyak. 

Yang hebat dan dahsyatnya, pemegang jawatan di atas berhak mendapat pencen sebanyak 80% daripada gaji akhir  dari jawatan mereka selepas berhenti.  Di Malaysia,  kadar  pencen tertinggi adalah  60%  daripada gaji.   Wau, siapa tak mahu bersengkang mata merebut jawatan ini.

Gaji yang mewah  ini membayangkan betapa kayanya Iraq.  Maka  tak sepatutnya nilai Dinar kurang dari harga sekupang, bak kata orang Kedah. Sesungguhnya nilai Dinar Iraq   sepatutnya  bersamaan paling kurang sama dengan RM 1.00 atau USD 0.30. Itu pun sudah terlalu lumayan. Tetapi orang Amerika mahu paling kurang USD 1.47. Dan terbaiknya pada nilai USD 3.40. Namun ada yang gila nakkan USD 6.00. Ha ha.

Cakap banyak pun tak guna. Jom pindah  ke Iraq untuk bertanding jawatan Ahli  Parlimen di sana. Elaun MP Iraq ialah USD 129,800 setahun. Wau. Bertanding kat Monceh pun ese kalah. Baik bertanding kat Iraq. Woooo. 

Baca berita di sini   dan di sini.  

Thursday, September 23, 2010

NO PROBLEM NAK TUKAR DINAR

Ramai yang risau bagaimana nak tukar wang Dinar Iraq jika ianya diapungkan  dalam tempoh terdekat ini. Sebenarnya saya lebih risau "bila nak apung", daripada memikirkan "bagaimana nak tukar Dinar ini". Ha ha.

Dari segi teori dan perundangan,  sesuatu  mata wang  yang  telah diapungkan di pasaran, maka ianya boleh ditukarkan di mana-mana di dunia ini dan sebanyak mana pun. Tetapi anda akan dapat pertukaran itu dalam matawang negara mana yang anda tukarkan. Jika di Malaysia dapatlah RM. Jika di Singapura dapatlah Dollar Singapura. Jika di Indonesia dapatlah rupiah. Dan seterusnyalah.

Hanya jika anda menukar Dinar di negara lain, maka anda tertakluk kepada perundangan negara itu yang hanya membenarkan wang di bawa keluar pada had tertentu  sahaja.  Misalnya kita  boleh bawa keluar setakat USD 30,000 dari Singapura. Di India pula,  boleh bawa keluar setakat USD 10,000.00. Lain negara lain hadnya. Kena periksalah sebelum anda membawa wang keluar wang dari sesuatu negara. Kalau tak, jadilah macam Mohammad Taib kita tu. Nasib baik  mengaku tak reti Inggeris. Ha ha. Yang penting selamat kan.

Jika dinar Iraq  sudah berada di tangan anda dalam negara ini, apa yang perlu dirisaukan. Kalau dah apung, dan jika ada Money Changer tak mahu menukarnya, memang banganglah Money Changer tu. Jika 10,000 Rupiah Indonesia pun Money Changer melayan pertukaran kita, takkan sejuta dinar, depa tak mahu melayan kita. Bangang sungguhlah kalau ada Maney Changer macam tu. Sebenarnya Money Changer menanti anda menukar sejuta dinar kerana itulah peluang bisnes mereka. Soalnya sekarang, Dinar belum diapungkan, maka depa eksyen tak melayan anda!!!!!

Harap anda faham dan boleh senyum sebelum tidur malam ini. Bukan berdosa pun berangan nak jadi jutawan. Jika mimpi jutawan pun takut, macam mana nak jadi jutawan ya????

Wednesday, September 22, 2010

AL MEHDI PM IRAQ?

Sudah ada persetujuan awal bahawa Abdul Mehdi akan menjadi PM Iraq. Manakala Sayyid Allawi akan dilantik sebagagai Presiden dan wakil Kurdis sebagai Speaker Parlimen.

Jika ini terjadi, barulah dikatakan politik ini  serba mungkin. Parti yang diwakili oleh Al Mehdi  adalah ketiga terbanyak yang menang dalam pilihan raya lalu  tetapi wakilnya dilantik sebagai PM. Agaknya depa belajar dari politik Sabah satu masa lalu, yang menggilirkan jawatan KM Sabah. Wooo.

Namun selagi belum disahkan secara rasmi, maka jawatan PM ini masih lagi dalam misteri. Ha ha. Manalah tahu tiba-tiba saya dipanggil menjadi PM Iraq. Baru cepat dinar diapungkan. Woooo. Gurau aja ya sheikhhhh.

Oh ya, setakat ini  dinar Iraq belum diapungkan, maknanya ia belum dijual beli di pasaran secara rasmi. Tetapi di Amerika, kerajaannya mengadakan satu undang-undang khas supaya dinar boleh dijual beli secara legal.   Maka bertrilion dinar terjual di sana.  Malah ada beberapa syarikat  public listed di US  yang menjadikan Dinar Iraq sebagai potfolio pelaburannya.  Kalau di Malaysia, kira pelik tu.

Maka tak hairanlah, Amerika adalah negara yang amat berkepentingan jika Dinar diapungkan. Dan mereka mahu harga yang lebih tinggi dari satu USD, barulah ummph. Kalau setakat bawah satu dollar, kira sama saja dengan nilainya buat apa?  Inilah logik yang diberikan oleh penganalisa Dinar. Jajaran harga antara USD 1.47 ke USD 6.00 tu macam manasabah pulak, walaupun saya masih beriman pada harga USD 0.30 sahaja.

Sesiapa nak buat belian sehingga saat terakhir pada 5 Oktober sila booking melalui sms kepada saya  supaya mudah menyediakan stoknya.

Satu lagi ingatan saya ialah penyimpan Dinar mesti ada kekuatan kesabaran.  Wang belian Dinar Iraq adalah dari reserve yang tak digunakan dalam tempoh yang   terdekat ini.  Penganalisa Dinar Dunia meramalkan tempoh Dinar diapungkan adalah antara 5 ke 10 tahun sejak 2003. Kini, sudah 7 tahun. Maka bila-bila masa Dinar akan diapungkan. Tetapi ada 3 tahun lagi untuk genap 10 tahun. Jangan tak tak tahu lak. Ha ha ha. Malaysia pun dah tukar PMnya jika 3 tahun lagi.  Woooooo.


Tuesday, September 21, 2010

BERAPA BANYAK MAHU BELI DINAR

Apabila berita apungan dinar semakin hampir, maka ramai yang bertanya berapa banyak sepatutnya dinar dibeli dan dimilik oleh seseorang?

Jawapan paling mudah ialah berapa  banyak  risiko atau  kerugian yang anda sanggup terima dengan senyum, senang hati  dan gelak ketawa sambil minum teh dengan saya. Ada orang tak sanggup kehilangan walau sepuluh sen pun. Ada orang tak kesah hilang RM 100,000.00 kerana duit seperti janggut katanya; walau dicukur tetap tumbuh lagi. Ha ha.  Tanyalah hati anda sendiri, berapa RM yang anda redho jika terjadi sesuatu kepada pelaburan anda. Lain orang lain jumlahnya. 

Jawapan yang berhemat ialah seperti berikut. Setiap pelaburan perlu diback-up dengan suatu pelaburan lain yang dianggap sebagai paling selamat atau hampir 100% selamat berdasarkan rekod lalu. Kita tak boleh katakan sesuatu  pelaburan selamat 100% kerana sifat pelaburan tetap mengandungi risiko. EPF hilang duit pelaburannya. Sime Bank ditutup. Bank Bumi 2 kali bankrap sehingga hilang dari bumi Malaysia. Perwaja yang kononnya hebat di bawah Eric Chia pun hancur. Tabung Haji pun kehilangan wang pelaburan dengan Ahmadi Hasan. So, tak ada satu pelaburan yang boleh dikatakan selamat 100%. Hanya kita boleh katakan hampir 100% selamat.

Ya, di sini kita andaikan  pelaburan yang hampir 100% selamat dan tinggi dividennya ialah  ialah di ASB, Bank Rakyat, KPF dan Bank Persatuan Seberang Prai. Anda perlu menyimpan atau melabur dalam institusi berkenaan. Andaikan anda menyimpan RM 100,000.00. Jika dividennya ialah 10%, anda  bakal mendapat sebanyak RM 10,000.00. Maka anda hanya boleh membeli Dinar Iraq sebanyak RM 10,000 sahaja. Logiknya, jika terjadi apa-apa kepada Dinar Iraq, maka kerugian anda akan ditebus oleh keuntungan dari ASB, Bank Rakyat, KPF atau  BP Seberang Prai. Maka taklah anda menangis  atau kesal  sepanjang hayat.    Woooo.

Bagi sebahagian  orang,  ASB bukan pilihan pelaburan kerana soal kehalalannya Tepuk dada tanya iman. Ha ha.

Ringkasnya,  ini adalah strategi potfolio pelaburan. Setiap pelaburan anda perlu di back-up dengan pelaburan lain yang dilihat terjamin pulangannya. Dan dalam Malaysia, ada beberapa pelaburan semacam itu. Bertanya-tanyalah kepada yang pakar.

Sunday, September 19, 2010

38 NEGARA MENANTI DINAR DIAPUNGKAN

Saya melupakan terus berita antara bangsa sepanjang cuti aidil fitri lalu. Maka tiada sebarang update dalam blog ini. Walaupun sedang beraya, banyak sms kepada saya bertanyakan berita terkini hal dinar. Nampaknya masing-masing sudah tak sabar menjadi jutawan. Wooo.

Ya, 10.10.10 adalah tarikh semakin panas untuk dinantikan. Menurut beberapa orang sahabat saya yang mempunyai rakan dikalangan banker   di Hong Kong pun menyebut tentang kemungkinan tarikh tersebut  dinar bakal diapungkan.    Maka tak silaplah kiranya saya memberhentikan penjualan dinar buat sementara waktu  mulai 5hb Oktober 2010. Yang paling kelakar para Money Changer pun sedang mencari sumber bekalan  Dinar Iraq ini untuk buat simpanan mereka. Ha ha. Depa nak beli Dinar dari anda yang ada dinar. Ha ha.

Dikatakan ada 38 buah negara sedang membuat persiapan menunggu dinar diapungkan. Harga yang dijangka ialah USD 6.38 atau USD 7.39. Mak oi, tingginya. Jika RM 6.38 pun sudah terlalu tinggi. 38 buah negara itu hanya menanti pengistiharan dari Iraq sahaja. Moga tak  ada yang pengsan apabila mendengar RV atas harga USD 6.38 itu. Tetapi jika betul, tak ada siapa pun nak marah, malah bersujud syukur adanya. Ha ha.

Insyallah saya akan menghantar dinar mulai esok kepada pembeli  yang telah   membuat bayaran  pada cuti raya lalu. 

Pesanan belian Dinar Iraq dibuka semula mulai esok sehingga 5 Oktober sahaja. Berapa banyak mahu beli Dinar Iraq? Saya akan beri  formulanya esok!!!!

MENGAPA MEMILIKI DINAR IRAQ

Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 ke USD 3.30.
Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq. Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq. 

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik dan bersistem dalam pemerintahannya. 

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac lalu, Iraq dijangka akan mempunyai Perdana Menteri baru dengan  barisan kabinetnya.

Tentera Iraq pula sudah bersiap sedia mengambil alih peranan tentera Amerika yang bakal keluar pada 31hb Ogos ini. Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Fasa pengeluaran tentera Amerika pada 31 Ogos merupakan satu tahap membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan Iraq untuk membolehkan Iraq dilihat sebagai "negara emas"  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga. Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan sehingga pada awal bulan ini untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq. Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya. Mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar? Mereka membeli antara USD 100 ke 200 juta setiap bulan. Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Soalan seterusnya ialah bila Dinar Iraq akan naik. Faktor ekonomi merupakan faktor terpenting untuk membolehkan Dinar Iraq untuk naik. Pada masa sekarang pengeluaran minyak Iraq ialah antara 2.7 juta ke 3 juta tong sehari. Apabila paras pengeluaran hariannya melepasi 3 juta sehari dan menuju ke 5 juta tong sehari, maka tidak mustahil pada bila-bila masa nilai Dinar akan dikaji semula dan dinaikkan  secara perlahan-perlahan. Pihak Iraq akan mengapungkan Dinar Iraq dipasaran dengan penetapan harga awal. Mungkin USD 0.10. Atau mungkin USD 0.30. Walaupun ada yang meramalkan harga awalnya ialah USD 1.47, tetapi saya tak menjangka seperti itu. Paling manasabah pun, selepas ia diapungkan beberapa bulan, maka ianya mencapai ke paras USD 1.47.

Dengan latar belakang ini, saya berharap pemilik dinar kenalah rasional dan bersabar. Walaupun tak bersalah anda mengharapkan dinar naik pada bulan September ini selepas tentera Amerika berundur dari Iraq, tetapi faktor  ekonomi kena diambil kira. Jika pada akhir tahun  ini, pembentangan Baget Iraq menunjukkan prestasi ekonomi yang   memberansangkan, barulah kita boleh berangan-angan nak kaya. Ha ha. 

Oh ya, info mengenai lelongan Dinar Iraq oleh Bank Negaranya juga perlu diketahui. Jika Bank Negara Iraq sudah tidak melelong matawangnya, maka barulah kita yakin bahwa Iraq sudah cukup pendapatan dari hasil  minyaknya tanpa mengharapkan wang lelongan lagi.

Pemilikan  Dinar Iraq (saya tidak mengistilahkan sebagai "pelaburan") adalah skim lambat kaya, bukannya skim cepat kaya. Hanya, kalau  dinar naik, pulangannya terlalu berbaloi walaupun masa yang diambil lebih 10 tahun. Untungnya beribu-ribu peratus. Wau.

Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:

5,000 Dinar Iraq pada harga RM 90.00 berpotensi menjadi RM 5,000.00

10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00

 25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00

 50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00

Saya hanya menjual note 10K dan 25K sahaja.

Boleh beli Dinar dengan cara on line atau datang terus kepejabat saya.  Belian melalui  kad kredit  boleh dilakukan di pejabat saya.  

Anda mempunyai masa yang terhad sehingga akhir tahun ini untuk menyimpan dinar secara beransur-ansur kerana seawal-awal dinar bakal diapungkan ialah pada Janurai 2011. Tetapi jika lebih awal lagi atau secara tiba-tiba - TAK DAPAT SAYA MENOLONGNYA. Ha ha

TEL SAYA:  ALI : 012-2104244

ALAMAT PEJABAT SAYA DI SEBELAH KANAN BLOG.

Tuesday, September 7, 2010

BELUM NAMPAK BAYANG PM IRAQ LAGI

Sayyid Alawi bersedia menarik diri dari dilantik menjadi PM Iraq. Mungkin Abdul Mahdi bakal menjadi PM. Tetapi Nouri Al-Maliki  belum memberi isyarat untuk memberi laluan kepada calun lain.

70% Iraq adalah berbangsa Arab yang bermazhab syiah. Tetapi ada syiah sekular, syiah moderate dan syiah fundamentalis pro Iran. Lantaran itulah tarik tali perlantikan PM ini amat hebat sekali  di Iraq.

Ada berita mengatakan isu perlantikan PM ini hanya akan selesai pada bulan Oktober. So, rayalah kita puas-puas dahulu. Ha ha.

Dalam keadaan kita  masih belum  tahu siapa PM Iraq sekarang, tetapi rakyat Malaysia sudah boleh tahu siapa PM Malaysia pada 2012 nanti. Ha ha. Sila sms kepada saya kalau anda tahu siapa PM Malaysia pada 2012. Wooooo.

Sunday, September 5, 2010

PERCATURAN PM IRAQ

Kini tiga nama sedang dipertimbangkan sebagai calun PM Iraq iaitu Nouri Al Maliki, Sayyid Allawi dan Abdul Mahdi.

Al Maliki dan Allawi pernah menjadi PM. Apakah kini giliran orang baru iaitu Abdul Mahdi  sebagai  PM pula. Abdul Mahdi dilihat sebagai pro-Iran dan kini sedang menunaikan ibadah  umrah dan sempat bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. Apakah Abdul Mahdi sedang melobi Raja Arab untuk menyokongnya menjadi PM Iraq.

Perlantikan PM Iraq sentiasa  diber perhatian oleh negara luar khususnya Amerika, Iran dan Arab Saudi.

Bagi kita, kita mahu PM yang pro kepada usaha-usaha mengapungkan Dinar Iraq.  Penat dah menanti  Ha ha.


Friday, September 3, 2010

MISTERI 10.10.10

Bank Pusat Iraq akan bersidang bersama IMF pada 8-10hb Oktober di Washington. Antara perkara yang bakal dibincangkan ialah berkaitan dengan matawang Iraq.

Apakah di akhir mesyuarat pada 10.10.10 itu akan menggemparkan berita apungan Dinar?

Apakah seminggu selepas persidangan itu, Dinar akan diapungkan.

Ada yang meramalkan 17 Oktober 2010 Dinar akan diapungkan. Tarikh ini ada "aura"nya, kata sebahagian orang. Ha ha. Penuh misteri kan.

Dunia perlu apungan Dinar Iraq  untuk memudahkan urusan perniagaan dengan Iraq. Iraq merupakan destinasi utama pelabur yang mencari "emas hitam" atau minyak.  Iraq  merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak  terbesar dunia

Kegagalan tertubuhnya kerajaan secara rasmi sejak 6 bulan terakhir ini, telah menyebabkan  kegagalan tanda tangan perjanjian pelaburan yang bukan sedikit jumlahnya. Inilah yang menyebabkan Amerika "tidak senang" dengan situasi ini. 

Semua mengharapkan PM akan dilantik sebelum 1 Syawal  ini.  Tanpa PM, apa yang nak dibincangkan dalam parlimen?

Bukan Amerika sahaja yang gelisah, tetapi pembeli Dinar dari saya pun gelisah bukan main. Ha ha ha ha. Orang Malaysia pun sudah bersiap sedia menjadi jutawan....

Ada seorang sahabat saya mengatakan : "cukuplah  Aidil Fitri tahun ini sahaja, aku menjadi penanti Dinar". " Tahun hadapan nak beraya sakan", tambahnya lagi   Sikit   punya haru bib.....


Wednesday, September 1, 2010

PAYAHNYA NAK LANTIK PM IRAQ

Isu perlantikan Perdana Menteri Iraq masih belum selesai lagi. Walaupun pelbagai rundingan telah dilakukan dengan pandangan dari Amerika dan Iran, ianya masih terbantut sehingga semalam.

Berita Iraq boleh diikuti setiap hari di sini.

Apapun usaha-usaha ekonomi Iraq berjalan seperti biasa. Namun untuk dinar diapungkan, ianya memerlukan restu politik. Maka kita berharap sangat isu PM ini dapat diselesaikan. Ada sebahagian pemerhati berpendapat, dinar akan diapungkan pada 17 Oktober. Tetapi jika lantikan  PM pun tak selesai, mana mungkin Dinar diapungkan.

Ya, dunia sedang memerhati Iraq dengan penuh ghairah!!!!! 

Nota: Sempena ketibaan cuti  Aidil Fitri,  pesanan belian online hanya boleh dibuat sebelum atau pada 6hb September  bagi memudahkan proses hantaran sebelum cuti panjang mulai 9hb September sehingga 19hb September 2010.  Jualan di kaunter sehingga 8hb September.  Urusniaga seperti biasa selepas 19hb September.