Thursday, October 28, 2010

LEBIHAN BAJET IRAQ PADA 2012

Mengikut perundangan Iraq, Bajet Tahunannya hendaklah diluluskan oleh kabinet, parlimen dan Majlis Presidennya.

Deraf Bajet Iraq  2011 sebanyak USD 86.4 biliion menunggu untuk  diluluskan oleh tiga institusi diatas. Jika PM dan kabinet Iraq  gagal dilantik dalam masa terdekat ini, bagaimanakah  nak laksanakan Bajet Iraq?  Nampak gayanya Iraq akan mencipta sebuah rekod dunia yang baru lagi, selepas menjadi negara yang paling lama gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Apa mahu jadi daa.

Bajet Iraq 2011 dikatakan masih mengalami defisit lagi sebanyak USD 18.6 biliion.  Hanya pada tahun 2012 sahaja, Iraq akan mempunyai lebihan dalam bajetnya. Maka tak hairanlah jika ada pendapat mengatakan  masa yang paling rasional Dinar diapungkan ialah pada 2013. Ha ha. Sudah tentu ramai yang tak suka dengan kenyataan ini kerana semua mahu kaya pada bulan November ini atau Februari 2011.

Namun, kita kena ambil perhatian tentang kemungkinan  dinar akan diapungkan pada akhir tahun ini atau pada awal tahun tahun 2011. Ianya mungkin bermula  pada harga permulaan sebanyak 1 sen USD. Secara perlahan-lahan Dinar akan naik sehingga USD 0.30. Berdasarkan kes RM yang ditambat pada 1998 dan diapungkan semula pada 2005; memang banyak khabar angin yang bertiup yang  mengatakan RM akan diapungkan  sebelum benar-benar diapungkan. Akhirnya selepas setahun khabar bertiup, maka RM pun diapungkan. Apakah nasib Dinar Iraq pun akan jadi macam tu. Heboh dinar akan diapungkan pada 2010. Dan adakah ianya akan terjadi pada awal  2011?  Kita kena ambil perhatian serius terhadap sebarang info yang melanda pasaran kini. Amerika dikatakan sedang mendesak agar Dinar segera diapungkan kerana Amerika memerlukan tunai dan nilai pelaburannya di Iraq adalah yang tertinggi sekali.

Berdasarkan Bajet 2012 yang dijangka akan berlebihan, maka  nilai Dinar akan  meletup ke USD 1.00 atau USD 3.00 adalah suatu yang wajar dalam hukum ekonomi.  Tentulah sebuah negara  yang surplus bajetnya akan memberi kesan kepada matawangnya  secara positif. Pada ketika itu, jika matawang Iraq tidak naik, maka kita boleh katakan 'gila' kepada matawang Iraq.

Maka strategi menjual atau menukar Dinar secara berfasa kenalah diaturkan supaya  kita berpeluang menikmati nilai Dinar pada nilai USD 1.00 atau USD 3.00.  Ketika Dinar diapungkan pada harga 1 sen USD pun, anda sudah untung 100% sebenarnya. Jika naik USD 0.30 pula, anda akan untung beribu-ribu peratus.

Yang saya tak tahan, ramai yang mengadu kepada saya bahwa mereka tidur dan bermimpi air bah melimpah di sekeliling rumah mereka. Kata peramal mimpi, jika mimpi air bah, tandanya rezki  akan datang dengan banyaknya.  Yang saya tahu dan yakin ialah semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak rezki yang diganjari oleh Allah SWT. Kalau tak percaya buatlah selepas membaca blog ini. Ada  beranikah?. Yang mimpi tadi, tak tahulah saya, adakah sebelum mereka tidur, sudah berwuduk ke tidak. Wooo.

Bagi saya mudah aja. Tunggu ajalah. Buatlah kerja lain dulu. Bacalah blog saya seminggu sekali. Kalau terlewat tahu Dinar diapungkan pun, anda masih sempat menukarnya. Woooo.

Tuesday, October 26, 2010

NOVEMBER: BULAN YANG MENDEBARKAN

Saya sibuk beberapa hari ini kerana mahu ke Galas, Kelantan. Bukan nak berkempen sangat tetapi nak menonton pesta politik. Kalau saya berceramah nanti, kok geng politik tak boleh berceramah lak nanti, kerana semua mahu saya berceramah. Ha ha.

Minggu ini dan minggu depan, kita hanya perlu memantau  apakah  PM dan kabinet baru Iraq dapat dibentuk atau tidak kerana ini adalah kunci kepada lonjakan dinar. Pembentangan Bajet Iraq  adalah penting sekali kerana iamya membentang prestasi ekonmi Iraq dan sekaligus memperakukan rancangan masa depan Iraq. Ianya juga akan melihat apakah polisi kewangan Iraq pada masa hadapan.

Suatu yang tak perlu kita risaukan ialah saban hari Iraq dilapurkan membuka telaga minyak yang baru termasuklah Petonas yang telah berjaya mendapat tender mengoperasi 2 telaga minyak. Dalam tempoh 5 tahun ini, Iraq dijangka mengeluar minyak 7 ke 9 juta tong sehari. Ketika itu Iraq akan menjadi sebuah negara terkaya dunia. Seorang sahabat saya yang bekerja di hotel mengatakaan Pak Arab yang datang ke Malaysia membawa tunai satu beg untuk dibelanjakan, Ha ha. Apa ke tidaknya,  10,000 Dinar Kuwait yang sekeping itu sahaja bila ditukar di sini menjadi RM 100,000.00. Wau. Tak hairanlah nanti jik  Pak Arab Iraq yang bawa sekeping 10,000 Dinar Iraq ke sini,  akan bernilai  RM 33,000.00.

Jika ada berita panas. saya akan sms sahaja kepada semua pembeli dinar dari blog ini. Jika sms tu pada jam 3 pagi, tanda dinar dah naik. Ha ha. Bangunlah bersujud syukur. Wooo.

Ok jumpa di Galas wahai Cikgu Mohd Faizku. Urusan Dinar seperti biasa kerana operasi hantaran akan dilakukan  oleh  staf di pejabat saya.

Saturday, October 23, 2010

PM IRAQ MINGGU HADAPAN?

Pimpinan parti-parti politik  utama  di Iraq akan bertemu dengan Presidennya  pada minggu hadapan untuk membincangkan kes perlantikan PM Iraq. Sudah kerap kali parti politik di Iraq mengatakan akan memuktamadkan perlantikan PM tetapi tetap tertangguh. Moga-moga kali ini benar-benar  dapat diselesaikan kes PM ini.

Bank Negara Iraq dilapurkan menunggu PM dan kabinet baru untuk memutuskan apakah keputusan   kerajaan baru Iraq untuk  menilai semula (RV) dan mengapungan  Dinar Iraq.  

IMF telah meminta Iraq membuat RV  sebelum Bajet Iraq 2011.  Manakala Menteri Kewangan Iraq telah memberi komitmen untuk menilai semula Dinar Iraq.   Pemilik Dinar pula  dah tak sabar menunggu Dinar di apungkan. Hanya kerajaan baru Iraq sahaja yang belum dibentuk untuk menentukan nasib Dinarnya. Wooo. Sabar ajalah. Ha ha.

Ramalan Dinar diapungkan  pada bulan November kerana itu adalah tarikh sebelum Bajet Iraq, selaras dengan permintaan IMF. Manakala ramalan pada bulan Febuari 2011, adalah   berdasarkan tarikh selepas Bajet Iraq . Berdasarkan rancangan Global@1 di TV 1, pada Ahad lalu; jika apungan  pada November 2010, nilai apungan ialah USD 1.49 dan jika diapung pada Februari 2011, nilai apungan ialah USD 3.80.

Para tokoh kewangan berpendapat lagi lambat dinar diapungkan, lagi rugilah Iraq. Jika sekarang Iraq mahu  USD 1 juta,  ianya perlu membayar lebih 1 Biliion Dinar. Tetapi jika diapungkan dan bernilai 1 Dinar = 1 USD, maka Iraq hanya memerlukan 1 juta USD  sahaja. Maka tak timbul isu Dinar Iraq terlambak dipasaran sehingga 35 trillion.  Jika dinar naik nilainya, maka barangan impot Iraq akan lebih murah lagi. 

Yang berat bagi kita ialah MENANTI. Jangan ada yang isem sudah le. Ada yang dah kena perli "bila mahu kaya bib?". Ha ha. Fasal  apa  kasi heboh sama orang lain, yang u nak kaya oiii.  Depa tu memang  suka sangat kalau u tak kaya kaya.  Woooo.

Friday, October 22, 2010

MENILAI MATAWANG - 2

Jatuh dan naik nilai sesuatu  matawang boleh dilihat dengan dua cara. Cara pertama telah  saya perkatakan pada posting semalam.

Cara kedua  ialah dengan membandingkan nilai matawang negara berkenaan dengan matawang  beberapa buah negara lain.  Lazimnya  sesebuah negara membandingkan nilai matawangnya dengan USD.   Misalnya Malaysia membandingkan RM dengan USD    Jika kecil kadar pertukarannya, maka tinggilah nilai RM. Sebelum tahun 1998, kadar pertukaran ialah USD 1.00 = RM 2.50. Pada 1998,    RM jatuh merudum   ke  RM 3.80. Kini USD 1 = RM 3.10.

Jatuh naik kadar pertukaran ini kena dilihat dari dua aspek, samada RM yang meningkat atau  USD yang  jatuh.  Pada 1998, kadar pertukaran berubah kerana nilai   RM yang jatuh.  Kini kadar pertukaran  berubah kerana nilai USD yang  jatuh merudum.   Dalam hal ini untuk mengetahui kekuatan matawang  RM, kita kena buat semakan silang dengan matawang lain pula misalnya dengan Dollar Singapura. Kadar pertukaran RM dengan Singapura tidak menunjukkan perubahan yang ketara.  Tetapi pertukaran RM dengan Riyal Saudi sekarang dapat dilihat betapa Riyal Saudi merosot nilainya. Kalau dulu RM 100 sama dengan 100 Riyal tetapi hari ini RM 100 sama dengan 163 Riyal.   Kita boleh katakan RM menguat atau Riyal yang jatuh.

Saya masih teringat teori Ekonomi Ghafar yang kedua. Apabila pembangkang mengatakan RM melemah akibat dasar ekonomi Mahathir yang banyak membuat  pinjaman luar,  maka Ghafar Baba pun menjawab " bukan duit kita  yang jatuh tetapi duit negara luar yang naik". Ha ha. Sepintas lalu jawapan  itu  betul. Namun kita   kena lihat dari sudut yang lain juga.

Secara ringkasnya kalau nak tau nilai matawang sesebuah negara, ianya perlu membandingkan  dengan matawang USD dan negara-negara lain. 


Thursday, October 21, 2010

MENILAI MATAWANG

Jatuh dan naik nilai sesuatu matawang boleh dilihat dengan dua cara.

Pertama - Dengan melihat kuasa beli matawang dalam negara tersebut. Ianya berkaitan dengan inflasi dan indek harga pengguna negara berkenaan. Dulu, harga ikan kembong RM 1 sekilo. Sekarang RM 7 atau RM 10 sekilo. Maka  nilai wang kita seolah-oleh merosot 1000%. Maka cara mengatasinya ialah  pasaran atau kerajaan  akan menaikkan kadar upah atau gaji pekerja untuk menampung kos hidup dalam negara. Dulu, gaji mula  seorang pagawai berijazah ialah RM 900. Sekarang RM 1,800 ke RM 2,000.00. Sebenarnya tak ada perbezaan hakiki gaji dahulu dengan sekarang kerana ia berkaitan dengan kos hidup dan kadar upah/gaji. Jika inflasi  dan harga barang   naik  tanpa kawalan, maka pendapan benar atau pendapatan hakiki  tahunan kita  sebenarnya tidak naik.

Saya pernah melawat ke Turki pada pertengahan 1990an. Kadar bunga (intrest) banknya ialah 100%. Saya tulis lagi - 100%,  supaya jangan  anda  kata saya silap menulisnya. Saya pun bersemangat nak buat deposit di Istanbul. Ha ha. Macamlah ada duit RM 1 juta. Wooo. Beberapa hari  duduk di Istanbul, maka barulah saya tahu, rupa-rupanya kadar inflasi di Turki ialah 100% setahun. Maka dividen deposit anda itu hanya untuk cover kejatuhan nilai wang anda sahaja. Walaupun pendapatan anda bertambah 100% tetapi kos hidup anda pun bertambah 100% juga. Tak ada maknanya. 

Berdasarkan petunjuk ini, anda boleh mengukur kekuatan wang negara  anda dengan negara lain berdasarkan harga  sesuatu barangan. Berapa harga sebiji burger king di Malaysia dibanding dengan Indonesia. Jika anda tahu, maka anda akan tahu nilai sebenar wang anda.

Saya  akan sambung perbincangan isu ini pada esok hari. Ha ha.  Isu ini berkait  dengan isu pembuangan 3 kosong pada Dinar Iraq. Sebelum anda faham  isu 3 kosong, maka isu ini perlu difahami  terlebih  dahulu.  Kalau tak, boleh pening kepala  bib.    Setakat nak jawap melalui sms, lagilah tak  payah. Ha ha.

Beri peluang saya nak tengok gelagat pejuang Melayu di PWTC  hari ini. Wooo. Namun kawan-kawan dari Gunung Semanggol dah tahu hal ini kerana mereka 3 jam bersama saya  pada petang semalam, makan nasi Iran sebagai persediaan menjadi JUTAWAN DINAR. Ha ha.

Proses pembuangan 3 kosong perlu mengambil masa yang panjang. Baca di sini 

Tuesday, October 19, 2010

DINAR IRAQ: TUKAR DI MANA

Ramai bertanya Money Changer mana yang akan menerima pertukaran Dinar Iraq selepas ianya diapungkan. Pada lazimnya semua Money Changer di KL ini menerima pertukaran semua matawang yang digunakan di pasaran. Maka Dinar Iraq pun sepatutnya  begitu  jugalah apabila telah diapungkan nanti.

Tak timbul isu mampukah Money Changer menukar 100,000 Dinar nanti yang bakal menjadi RM 100,000.00. Kalau anda bawa USD 10 juta pun mereka mampu menukarnya. Jangan anda pandang ringan kemampuan Moner Changer. Mereka ada konsortium yang kuat sekali untuk mengurus pertukaran matawang dalam nilai yang besar. Tak percaya boleh cuba sekarang.  Sesiapa yang ada USD 10 juta, jom tukarkan ke RM sekarang. Mesti mereka belanja anda muruku pedas. Mereka memang kedekut wei!!!

Kadar pertukaran di Money Changer adalah lebih baik dari Bank Komersil. Bank komersil itu ialah bank-bank biasa seperti May Bank, CIMB dan Public Bank.

Selepas apungan nanti, saya akan maklumkan kepada anda Money Changer mana yang bersedia   menerima tukaran  Dinar. Lepas tukar wang Dinar belanjalah saya Nasi Iran. Woooo.

Monday, October 18, 2010

NOVEMBER ATAU FEBRUARI ?

Bunga-bunga harapan menjadi jutawan kembali segar selepas menonton TV1 dalam  rancangan Global@1 pada jam 11 malam tadi. Berpusu-pusu sms masuk ke hp saya memberi maklom ke atas rancangan itu. Ada yang tak sabar menunggu bulan November 2010  atau Februari 2011, dikatakan tarikh dinar akan  diapungkan. Tarikh tersebut lebih kurang sama dengan tarikh jangkaan saya dalam blog ini.

Yang menggerunkan saya ialah nilai apungannya. Jika pada bulan November ini, maka nilai apungan ialah USD 1.49. Jika bulan Februari 2011, nilainya ialah USD 3.80.  Bukan USD 0.30 seperti yang saya ramalkan. Kalau lebih siapa nak marah kan. Ha ha.

Krisis perlantikan PM, merupakan hambatan utama kepada apungan dinar ini. Iraq sudah bersedia membentang Bajet 2011 sebanyak USD 86.4  billion. Tetapi apakah kerajaan sementara yang akan meluluskan Bajet ini? Tak sewajarnya. Maka kes PM Iraq perlu dibereskan sebelum pembentangan Bajet 2011. Setakat ini hanya Bajet Negeri Perak sahaja dibentang dan diluluskan dalam 30 minit sahaja. Wooo. Nasib kaulah Nizar oi...

Nampaknya kesah pembuangan 3 kosong pada Dinar iraq sudah tidak berpanjangan lagi. Ianya tak logik dan merugikan Iraq sendiri. Bukan kaedahnya bagi sebuah negara itu membuang angka kosong kepada matawangnya sebagai salah satu strategi memperkukuhkan ekonomi dan matawangnya.

Dari ulasan TV1 semalam, sesungguhnya Amerika yang memerlukan dinar ini naik kerana untuk membayar kos peperangannya di Iraq. Itulah doa Bush. Pertama kali doa anda sama dengan Bush, dek kerana Dinar. Ha ha ha ha.

Oh ya, saya tak mampu menjawab soalan sms yang memerlukan jawapan yang panjang. Maka talipon saya sahaja. Ha ha. Boleh patah jari menjawab sms macam tu. Takkan nak kaya, kedekut bayar bil talipon. Wooooo.

SELAMAT MENANTI MENJADI JUTAWAN.

Nota: Jualan Dinar dibuka semula sehingga ke satu tarikh yang akan saya nyatakan. Kok ramai yang terkilan nanti. Woooo.

Sunday, October 17, 2010

RELAXLAH WAHAI PEMINAT DINAR

Banyak benar khabar angin dan spekulasi tentang Dinar Iraq sejak akhir-akhir ini. Banyak sms yang bertanyakan kepada saya tentang berita tersebut. Kekadang berita itu tak rasional langsung. Malas saya nak menjawabnya. Menguntungkan telco sahaja nanti. Ha ha. Jari pun dah letih menjawabnya. Kalau tak jawab, eloklah  anda talipon saya sahaja. Kalau tarak hal, saya jawab le. Tapi bersedia mendengar gelak saya dulu. Woooo.

Saya mengharapkan pemilik Dinar bertenang. Ada 3 tarikh apungan iaitu:

  • Oktober 2010
  • Disember 2010 (selepas Bajet Iraq)
  • November 2013.

Kalau anda lewat tahu pun selepas dinar  diapungkan,  anda masih selamat dan ada masa  untuk menukarnya. Takkanlah anda hendak melompat terjun secara tiba-tiba sahaja apabila  dinar  diapungkan. Boleh sakit jantung bib. Relax. Solat syukur dahulu.

Saya akan bagi tau dalam blog ini  jika dinar telah diapungkan. Bacalah blog ini selalu. Tak kena bayar pun. Tak payahlah sms kepada saya  di  tengah malam bertanyakan   hal dinar ini. Sms tengah malam ini kalau ada orang mati je. Ha ha. Tu yang suspen bila dengar  sms tengah malam.   Kasi peluanglah saya nak peluk isteri. Woooo.

Perebutan PM Iraq semakin hebat lagi. Kumpulan Alawi dan Maliki makin sukar berkompromi nampaknya. Tak tahu apa nak jadi Pak Arab ni!!!!!

Nampak gaya kena hantar Sheikh Anwar ke sana untuk coolkan kepala Pak Arab ini. Anwar bekas Presiden WAMY, baik dan dihormati oleh Pak Arab. Kalau dia PM Malaysia, berapa billion pun  duit Pak Arab tu akan masuk ke Malaysia. Ada betul ka wahai  Hj Ahmad Ghazi Al Nibong Tebal?  Woooo.


 

Saturday, October 16, 2010

IRAQ ANTARA NEGARA TERKAYA

Saya belum menerima lapuran forum anjuran Bank Negara Iraq pada dini hari semalam. Mungkin Isnin nanti akan ada lapurannya. Tunggu sahajalah.

Forum pada dini hari semalam ialah membincangkan isu pembuangan 3 kosong pada dinar Iraq. Apakah maksud kenyataan itu sebenarnya. Ramai yang risau jika benar terjadi. Tak gila namanya apabila  25,000 Dinar akan menjadi 25 Dinar sahaja. Pada saya logiknya tidak ada. Bukan saya bankrap tetapi bank-bank di Iraq pun akan bankrap. Sahabat-sahabat kita yang ada 10,000 Dinar pun tak tidur malam dibuatnya. Ha ha.

Jika bukan pada  bulan Oktober ini Dinar diapungkan, maka saya lebih cenderung kepada tarikh selepas Baget Iraq pada akhir tahun ini. Setia Usha Negara Amerika telah membuat kenyataan bahwa Iraq adalah antara negara yang terkaya di dunia ini sekarang.  Takkanlah negara terkaya, wangnya bernilai di bawah satu sen USD. Tak logik langsung. Iraq hanya menunggu masa terbaik memukul gendang untuk mengapungkan dinarnya. Bila?. Bila-bila masa dari sekarang. Tempoh antara 5 ke 10 tahun yang diberikan oleh peramal ekonomi, kini adalah masanya. Kini sudah 7 tahun Dinar menunggu diapungkan.

Supaya anda jangan tension, zikirlah kepada Allah. Kalau tak boleh gila nanti oi. Klinik Satu Malaysia tak ada ubat untuk orang yang sakit ism Dinar. Ha ha.

Jangan lupa menonton TV 1 setiap malam jam 11 malam. Cerita Iraq mesti ada punya. Hari Ahad ini cerita best. Semalam pun ada cerita best - KEBANGKITAN EKONOMI IRAQ SUDAH BERMULA. Wauuu.


Friday, October 15, 2010

DINAR IRAQ - KEARAH JUTAWAN BERIMAN

Jika anda memiliki  sejuta Dinar Iraq dan diapungkan  pada harga USD 0.30, maka anda terus mendapat RM 1 juta. Alangkah baiknya jika anda menjadi jutawan beriman.

Apa syarat jutawan beriman?   Senang sahaja iaitu patuhlah kepada semua perintah Allah dan menjauhi larangannya. Akidah kena betul. Kena yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Jangan perlekeh hukum Allah. Kena sokong kepada sesiapa yang nak tegakkan hukum Allah di muka  bumi ini. Jangan sesekali bersimpati dengan penentang hukum Allah. Nampak senang bib. Tetapi bila pilihan raya, bagi sekampit beras pun dah belot. Ha ha.

Yang kedua, solat jangan ditinggalkan. Jangan sesekali ada istilah  qadha. Kerja macam mana pun, solat jangan tinggal. Naik kapal terbang  pun jangan lupa solat. Para sahabat Nabi, ketika perang pun boleh solat. Orang Melayu ada sedikit majlis pun, dah tak boleh solat. Ikutlah iman Bilal bukan iman Melayu.

Yang ketiga, keluarkanlah   zakat atas pendapatan kita. Untung dinar tak perlu haul. Cukup dengan syarat nisab sahaja. Ia ibarat untung jual saham. Apung je dinar Iraq, keluarkanlah zakat  Dinar   Iraq tu.

Moga rezeki kita melalui Dinar Iraq diberkati dan dirahmati  oleh  Allah  jua. Dah dekat tu....

Thursday, October 14, 2010

Oh PM Iraq

Jangan pelik, jika kes perlantikan PM Iraq akan tertunda sehingga tahun hadapan. Saya tak tahu adakah Menteri Kewangan kerajaan sementara boleh membentang baget Iraq pada akhir tahun ini. Jika nak apungkan Dinar itu kuasa Gabenornya sahaja. Maka saya tak risau sangat. Tentu tak wajar jika kes apungan Dinar tanpa ada satu kerajaan yang sah, bukan sebuah kerajaan sementara sahaja.

Sejak beberapa minggu terakhir ini,  berita berkaitan dengan sumber minyak yang menyumbangkan pendapatan Iraq mendapat liputan luas di media massa. Iraq dikatakan mempunyai 30% lebih reserve minyak dari seperti yang dijangkakan pada sebelum ini. Maka ekonomi Iraq akan lebih laju dan memberi keyakinan kepada dunia.  Maka isu apungan pun semakin panas. Di Amerika, penyimpan Dinar telah diajar bagaimana nak menguruskan tunai selepas Dinar diapungkan. Maklomlah mereka sudah menjadi jutawan. Ha ha. Kita di sini masih bertanya apa nak jadi pada note dinar ini jika Iraq menerbitkan note baru pula?  Malah ada yang mengatakan  adakah ini satu sendikit penjualan   Dinar palsu!!. Begitu sekali hebatnya rakyat Malaysia  dalam pengurusan pemikiran risko, sehingga terlepas peluang untuk memiliki Dinar Iraq. Apa boleh buat. 

Sebenarnya usaha-usaha mengapungkan dinar ini telah bermula sejak tahun 2007 lagi. Pihak Bank Negara Iraq sedang mengkaji apakah kesannya kepada semua pihak jika Dinar diapungkan  dan dinar kembali   kepada harga lama semula iaitu  1 Dinar = 3.20 USD. 

Wahai Bank Negara Iraq, kami rakyat Malaysia akan bersyukur jika nilai Dinar itu  naik ke  USD 0.30 sahaja. Maka 50,000 Dinar yang kami ada ini akan menjadi RM 50,000.00. Woooo. Yang memiliki kurang  50,000 Dinar itu, eloklah tambah lagi sehingga menjadi 50,000 Dinar. Kok ralat nanti.  Yang dah ada sejuta tu, cukup le.  Ha ha.

Wednesday, October 13, 2010

DOSA BUSH DI TEBUS DENGAN DINAR

Bukan anda sahaja yang menunggu Dinar Iraq diapungkan. Bush bekas Presiden Amerika pun mengharapkan Dinar diapungkan juga. Bush yang menyerang Iraq pada 2003. Dia telah membelanjakan USD 900 bilioin untuk kos  perang di Iraq. Majoriti rakyat Amerika marah kepada   Bush kerana  perbelanjaan  perang ini  telah  menyebabkan ekonomi dan kebajikan rakyat Amerika terjejas.

Namun, Bush mengatakan perang ke atas  Iraq itu sendiri  yang akan membayar   balik kos peperangan  tersebut.   Bagaimana?.  Ya,  dengan keuntungan dari  kenaikan dinar dan  perolehan  minyak oleh  Syarikat  Amerika di Iraq   pada masa  sekarang dan akan datang, itulah yang akan menebus dosanya sebelum ini  terhadap Amerika.

Perbendaharan Amerika sendiri telah membelanjakan USD 400 juta untuk membeli Dinar Iraq, disamping rakyatnya sendiri membeli USD 100 juta. Wau, kita baru beli setakat nak buat rumah banglo sahaja. Ha ha.

Sejak minggu lepas, pemain  pasaran wang sedang berusaha membawa dinar ke pasaran kerana keyakinan kepada nilainya yang akan kembali ke harga sebelum Perang Teluk iaitu USD 3.20.   Wau. Ini berita paling panas  kerana bukan setakat Iraq sahaja mahu menaikkan nilai dinarnya,  tetapi pasaran wang dunia juga yang mahukan dinar masuk ke pasaran wang. Yang tak hendak mungkin seorang dua Money Changer Kota Bharu yang tak tahu langsung hal dinar Iraq ini.  Ha ha, Kesian kawan saya yang tanya hal Dinar kepada Money Changer di Kota Bharu. Manalah depa tahu semua hal dalam dunia ini....

Jika dinar naik ke USD 3.23, maka Amerika akan meraih USD 15 trilion. Maka Amerika mampu membayar balik semua hutangnya dalam tempoh satu malam sahaja. Dan anda pun akan jadi jutawan segera. Ha ha. Yang lama ialah MENANTI. Woooo.

Bacaan lanjut  di sini.

Tuesday, October 12, 2010

TUNGGU 15HB OKTOBER INI

Hari ini kebetulan saya sibuk urusan di luar pejabat dan apabila masuk ke pejabat, ramai pula tetamu yang datang berkunjung. Maka lewatlah saya  mengupdate blog ini sedangkan peminat  dinar  sudah membara menunggu berita panas dari  blog ini.   Ha ha.

Malah ada yang menghantar  sms kepada saya mengatakan dinar sudah diapungkan dan sudah  boleh ditukar di Money Changer KL   pada hari ini. Ha ha. Begitulah apabila cerita khabar angin disampaikan dari seorang keseorang, maka banyaklah rempah ratusnya.

ANTARA beita dinar yang manarik untuk dilapurkan oleh saya  pada hari ini ialah  tentang Isu pembuangan 3 kosong pada dinar Iraq. Isu ini akan dibincangkan dalam satu forum  pada 15hb  Oktober,  jam 10 malam di Baghdad.

Apakah maksud pembuangan 3 kosong itu? Samada:

PERTAMA:

Menaikkan nilai Dinar Iraq  sehingga hilang 3 kosong pada nilai Dinar Iraq. Jika sekarang 1,1170 Dinar bersamaan 1 USD, maka ianya akan menjadi 1 Dinar bersamaan 1 USD. Maka 10,000 Dinar yang anda miliki sekarang  akan menjadi USD 10,000.00 atau RM 33,000.00. Jika ada 500,000 Dinar akan menjadi USD 500,000.00 atau 1,650,000.00. Wau, kaya kaya kaya tu.

Atau  KEDUA

Note Dinar yang ada akan dibuang 3 kosong, misalnya note 10,000 Dinar akan jadi 10 Dinar sahaja. Jika ini terjadi, semua orang akan bankrap dan ramai yang bunuh diri. Ha ha.  Jika Dinar naik ke USD 3.00 pun tak ada faedahnya lagi kerana 10 Dinar akan menjadi setakat USD 30.00 sahaja atau  RM 99.00 sahaja. Siapa mahu bib!!!! Tu yang tak logiknya.

Maka marilah  kita menantikan 15hb Oktober, jam 10 malam, waktu Baghdad. Rasanya waktu Malaysia ialah 16hb Oktober jam 3 pagi. Jika betul  analisanya seperti andaian pertama di atas, saya ucapkan SELAMAT MENJADI JUTAWAN KEPADA ANDA SEMUA. Ha ha.

Kepada sesiapa yang sms kepada saya, saya minta maaf kerana tak mampu memberi jawapan yang panjang lebar dalam sms. Maka tunggu sahaja posting terbaru saya dalam blog ini. 

Kepada Ridhuan Johor, Khairul Sarawak, Wan Zainal  Perak, dan lain-lain  -  "bila mahu  belanja  aku minum kopi  ha?" Penat dah aku menjawab sms engkau orang. Ha ha.  Kalau tak hendak bayar, aku  pun  boleh  bayar le. Gurau sahaja ya sahabat.

Monday, October 11, 2010

DINAR DAH APUNG?

Semua menanti 10.10.10 dengan penuh debaran. Siapa tak mahu kaya bib. Ha ha. Sebenarnya waktu Amerika lewat 12 jam dari waktu Malaysia. Maka 9 pagi di sana adalah sama dengan jam 9  malam  di Malaysia. Maka berita di sana akan sampai lewat mengikut jam kita. Orang main forex, taulah hal ini. Ha ha. Kita dah nak masuk tidur, depa  baru nak mula kerja.

Ada web berbahasa Arab,  melaporkan kenyataan Menteri Kewangan Iraq di Washington  semalam   bahawa hasrat Iraq menghapuskan tiga kosong pada matawangnya.  Terjemahan ke Bahasa Inggerisnya tak berapa lengkap pula. Maka   info lengkap  gagal diperolehi.  Mungkin dalam sehari dua nanti, akan dapat info lanjut.

Daripada kenyataan tersebut, apakah ianya membawa maksud 1,170 dinar kini yang  bersamaan dengan USD 1.00 akan menjadi  kepada 1.17 Dinar bersamaan  dengan  USD 1.00? Atau ianya membawa maksud 10,000 Dinar akan menjadi 10 Dinar sahaja. Ramai yang pening mendengar ucapan Menteri Kewangan Iraq itu. Namun ramai penganalisa meramalkan 1 Dinar  akan menjadi  1 USD.

Sudah  banyak kali Menteri Kewangan Iraq mengeluarkan kenyataan sebegini. Tetapi Bank Negara Iraq tentu ada formula dan strategi bilakah masa yang paling sesuai  untuk menilai semula Dinarnya   supaya ianya memberi faedah dan keuntungan  kepada  ekonominya.

Perkembangan dinar perlu diberi perhatian  sehingga  tarikh baget Iraq   yang   dibentangkan  pada akhir tahun ni  kerana itulah masa yang paling sesuai   bagi  Iraq mengistiharkan pencapaian ekonominya  dan menilai semula Dinarnya. 

Moga mandi anda basah dan tidur pun lena. Selepas 17hb Oktober baru saya membuat keputusan samada dinar masih boleh ditambah lagi atau tidak. Yang seronoknya beberapa Money Changer di KL sudah pasang notis- " Dinar Iraq boleh tukar di sini". Ini isyarat baik kepada kita semua. Tentu mereka sudah terbau sesuatu.

Friday, October 8, 2010

RASIONAL MENGAPUNGKAN WANG

Sistem ekonomi bebas yang diamalkan oleh dunia pada masa kini menerima konsep pasaranlah  yang berhak menentukan  sesuatu harga matawang. Maka wang   wajar diapungkan dan harganya ditentukan oleh pasaran. Pihak berkuasa negara hanya akan campur tangan apabila dilihat  keadaan  nilai matawang itu boleh mengancamkan ekonomi negaranya.

Pada peringkat awal pemisahan Malaysia dan Singapura, RM Malaysia sama dengan Dollar Singapura.  Selepas itu  Dollar Singapura semakin menguat dari RM Malaysia  secara  perlahan-lahan.  Pada peringkat awal,  Malaysia membelanjakan wangnya untuk menjaga  dan mempertahankan  nilai RM bersamaan dengan Dollar Singapura. Ketika itu Menteri Kewangan Malaysia ialah Tun  Tan Siew Sin.

Namun  ketika  Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan, Malaysia tidak lagi mempertahankan nilai wangnya  sama dengan Dollar  Singapura. Maka  nilai RM dan  Dollar  Singapura  ditentukan oleh pasaran dan  kini 1 Dollar Singapura = RM 2.30.   Malaysia ketika itu mengambil langkah berani, walaupun nilai  dollar  Singapura terus menguat berbanding RM Malaysia, Malaysia terus membiarkan pasaran menentukan  nilai RMnya.

Tetapi pada 1998, RM merudum sehinga ke tahap 1 USD = RM 4.80. Maka Dr Mahathir menarik RM dari pasaran atau dari apungan dan mengikat RM 3.80 = USD 1.00.  Walaupun Malaysia tidak diserang oleh tentera  Amerika, matawangnya merudum. Mahathir menudoh Soros punya angkara. Hakikatnya, pada masa itu asas ekonomi yang lemah memudahkan sebarang spekulator atau penyangak matawang membuat strategi mengaut keuntungan.

Apabila matawang Malaysia ditambat pada RM 3.80, strategi menarik pelaburan asing mengalami sedikit ganguan kerana para pelabur tidak tau berapa nilai sebenar RM di pasaran. Maka lahirlah sang broker under ground yang membawa masuk pelabur asing dengan memberi tukaran RM yang lebih menarik kepada mereka..  Para broker menawarkan USD 1.00 pada nilai RM 4.20. Win-win. Pelabur dapat RM yang lebih. Malaysia pula  dapat USD dan  pelaburan asing. Begitulah senario ekonomi ketika wang Malaysia ditambat pada 1998 hingga 2005.

Ya, situasi Iraq pun macam itulah juga. Ketika serangan   Amerika ke atas Iraq, dinarnya jatuh menjunam. Maka ianya tidak dijual di pasaran. Selepas sekian tahun, negaranya pulih, maka dinar akan naik dan wajib diapungkan semula. Bila?. Ya, makin dekat dah......

Pilihan tarikh apungan saya ialah Oktober ini, atau selepas pembentangan Baget Iraq 2011 atau 2013. Lagi cepat lagi bagus. Doa sahaja kita bersama.  Ramai yang menebus kegagalan pelaburan dengan Dinar Iraq. Woooo.

Nota panas: Menteri Kewangan Iraq, Al Zubaidy,  diberi penghormatan oleh IMF dan World Bank untuk berucap mewakili Gabenor Bank Negara Arab serantau pada pagi ini di Washington. Maknanya - orang banyak wanglah yang dihormati!!!!

Wednesday, October 6, 2010

IMF PERCAYA IRAQ

Ketika Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir pada 1980an dahulu, antara isunya ialah berkaitan dengan hutang luar Malaysia yang makin meningkat lantaran Malaysia terlibat dengan industeri berat. Walaupun pelbagai hujah akademik pro dan kontra dilontarkan oleh pelbagai pihak, Ghafar Baba muncul dengan jawapan yang paling klasik sekali. Ha ha. Apa Ghafar kata? Mudah sahaja Ghafar menjawabnya - "kita boleh   berhutang kerana orang percaya  kita boleh bayar hutang" . Para    CEO dan tokoh korporat melopong   mendengar  hujah   Ghafar   di dalam  satu majlis perasmian di PJ   pada  akhir 80an dahulu.

Ada dua  lagi teori ekonomi Ghafar yang sesiapa pun tak boleh  lawan dengannya. Ha ha. Nak tau kena bayar sepuloh sen sahaja. Wooo.

Saya ceritakan kisah lama ini kerana sahaja nak kaitkan dengan  Iraq yang  juga dipercayai oleh IMF sehingga sanggup memberi pinjaman dan geran berbilion dollar USD.  Pada awal Oktober ini, Iraq diberi geran sebanyak USD 741 juta, sebahagian dari pakej USD 3.7 biliion. Malah IMF memuji Iraq dalam landasan ekonomi yang baik dan terkawal walaupun kini dunia mengalami cabaran yang hebat. Baca di sini.

Manakala dalam kenyataan yang lain,   IMF telah meminta agar nilai matawang  Iraq  dinaikkan sebelum baget 2011. Wooo. Kalau bukan  10.10.10, apakah pada  bulan Disember nanti? Suspen bib. Apa pun,   cahaya di  terowong semakin jelas.   Ramai  yang dah mimpi air banjir datang kepada mereka. Woooo.



Tuesday, October 5, 2010

ISU-ISU DINAR - 2

Antara isu popular dalam komuniti Dinar ialah tentang penghapusan tiga kosong dalam note Dinar Iraq. Kononnya penghapusan tiga kosong itu akan memudahkan kiraan, meningkatkan nilai Dinar dan mengurangkan sirkulasi Dinar di pasaran.

Sebenarnya Bank Negara Iraq pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tentang rancangan penghapusan tiga kosong itu. Dalam bisnes dan ekonomi, logik dan rasional adalah elemen terpentig dalam pemikiran dan rancangan sesuatu perkara. Maka kes penghapusan tiga kosong   adalah suatu yang tidak logik dan tidak   rasional. Apakah Bank Negara Iraq bersedia membankrapkan rakyat Iraq dan bank perdagangan di Iraq dengan menjadikan nilai 25,000 Dinar ke 25 sahaja. Ini sudah jutaan peratus kerugiannya.     Saya rasa bank-bank komersil di Iraq menyimpan Dinar bertrilion banyaknya. Maka bankraplah mereka jika penghapusan tiga kosong itu dilaksanakan.

Kononnya jika Dinar  Iraq  naik ke USD 1.00, maka note 25,000 Dinar akan bersamaan dengan USD 25,000.00. Mereka takut dengan "nilai"  itu, besar sangat, katanya. Tetapi semua mahu nilai sebanyak itu. Ha  ha.

Cuba kita lihat note Dinar  Kuwait yang terbesar iaitu 10,000 Dinar Kuwait. I Dinar Kuwait bersamaan USD 3.40. Maka nilainya bersamaan USD 34,000.00 atau melebehi RM 112,000.00. Tak timbul langsung cerita Dinar Kuwait akan dibuang tiga kosong. Logiknya buang tiga kosong akan  merugikan negara berkenaan. Takkan satu negara nak buat negaranya RUGI. 

Yang logiknya dalam cerita ini ialah buang tiga kosong dari 1 Dinar yang kini bersamaan USD 0.00085 kepada USD 0.85. Barulah kita KAYA bib. Jika strategi ini, nampaklah  logik, manasabah dan rasional.

Tentang isu sirkulasi Dinar,  lagi terbalik hujah para pembawa khabar angin. ini. Kononnya Iraq nak kurangkan jumlah dinar dari 35 trilion ke 25 biliion sahaja. Mana ada dalam dunia ini, sebuah negara akan mengurangkan wangnya di pasaran. Malah sesebuah negara  akan  berusaha  lebih untuk menambahkan kekayaan negaranya. Kekayaan negara bertambah ditunjukkan dengan bertambahnya pusingan atau sirkulasi matawangnya dalam dunia. Tak tahulah saya kalau negara Monggolia buat macam tu. Jika ya, patutlah Altantunya kena bom fasal nak kurangkan RM di negara ini. Woooo.

Monday, October 4, 2010

ISU-ISU DINAR IRAQ - 1

Sejak note Dinar Iraq baru dipekenalkan pada akhir 2003 yang mengikut standard antara bangsa, isu pertukaran note sentiasa diperkatakan oleh ramai pihak, walaupun Bank Negara Iraq tidak menyatakan sebarang rancangannya. Pertukaran sesuatu note oleh sesebuah negara,  lazimnya memerlukan  strategi berikut: 

  • Note lama akan terus dibenar untuk penggunaan dalam satu tempoh yang manasabah misalnya enam bulan ke setahun  di samping menggunakan note baru. Maka penyimpan note lama ada masa membuat pertukaran.

  • Jika sampai tempoh akhir penggunaan note lama, ianya tidak boleh digunakan  lagi  dalam urusniaga harian tetapi boleh ditukar terus ke Bank Negara masing-masing. Misalnya jika anda ada note lama (versi terakhir) RM 1,000.00. anda masih boleh menukarnya terus  ke Bank Negara Malaysia. Saya pernah melihat seorang yang mendapat kelulusan dari Bank Negaranya untuk membawa masuk note lama untuk ditukar ke note baru. Biarlah saya merahsiakan negara mana.

Bank Negara Iraq akan mengumumkan secara rasmi jika ada rancangan menukarkan note yang lebih baru. Maka, janganlah anda risau, kerana banyak Money Changer di sekeliling negara Iraq yang menyimpan Dinar Iraq seperti kita juga.

Bagi pembeli dinar dari blog ini, akan saya akan uruskan pertukaran note itu jika ianya berlaku. Moga anda tidur dengan nyaman mulai malam ini dan tunggu sahaja masa apungan yang semakin hampir. Berita terbaru mengatakan Dinar akan naik terus ke USD 1.03 pula. Kita tak marah jika itulah beritanya. Ha ha.


Saturday, October 2, 2010

IRAQ CIPTA REKOD DUNIA!!!!!

Iraq mencipta sejarah dan memecah rekod dunia sebagai satu negara yang gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya.  Sebelum ini ialah negara Belanda yang gagal membentuk kerajaan selama 207 hari selepas pilihan raya  pada tahun 1977. Engkau orang belum lahir lagi pada masa tu wahai anak muda Reformasi. Ha ha.. Semalam Iraq sudah memasuki hari yang ke 208 tanpa kerajaan.

Pakatan parti poltik di Iraq sedang berusaha mengenepikan Syed Allawi sebagai PM Iraq kerana Allawi dikatakan sekular dan pro Amerika.

PM Iraq wajib dibereskan kerana Kerajaan Iraq pelu merangka dan membentang   Baget 2011 pada akhir tahun ini. Jika mereka tak berjaya melantik PM, terpaksalah kita menghantar Anwar Ibrahim membentang Baget di sana kerana sebuatan huruf "ain"  oleh  Anwar  begitu merdu sekali. Wooo.

Kumpulan Syiah sudah bersetuju mencalunkan Malik An Nuri sebagai calun PM. Maka kini ada dua calun pilihan PM samada Maliki An Nuri atau Syed Allawi. Dua-dua syiah. 70%  yang bermazhab Syiah di Iraq  adalah berbangsa  Arab,  berbeza dengan Iran yang hampir 100% berbangsa Farsi. Jangan tak tak tahu bib. Oh ya Syiah pun macam orang Melayu juga - ada yang islamik dan ada yang sekular. Ha ha.

Kita tunggu Isnin ini apa akan jadi pada Iraq. Ada kawan kata,buat  "tak penting PM Iraq, yang penting Dinar diapung. Kah kah kah - jom gelak macam Zunar. Kesian  kau Zunar, buat kartun pun  kena masuk lokup. Alahai Malaysiaku....

Friday, October 1, 2010

DINAR DIAPUNG TANPA NOTIS AWAL

Masih ramai yang bertanya tentang bilakah Dinar Iraq bakal diapungkan walaupun saya telah menulis dengan jelas dalam beberapa posting di blog ini.

Berdasarkan pengalaman Afganistan, ianya mengambil masa 11 tahun. 1 Afghan naik kepada 10 Afghan. Manakala Dinar Kuwai mengambil masa untuk naik selama 13 tahun. Dinar Kuwait naik dari USD 0.10 ke USD 3.40

Maka Dinar Iraq akan naik pada tempoh lebih kurang begitu juga. Namun ramai yang meramalkan Dinar Iraq akan diapungkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Kini telah 7 tahun. Saya meyakini Teori Pusingan Ekonomi(TPE). Ada dua versi TPE iaitu TPE 7 Tahun dan TPE 10 Tahun. Jika TPE 7 Tahun, maka ianya akan diapungkan dalam tahun ini juga. Jika TPE 10 tahun, maka kita kena tunggu pada 2013.

Berdasarkan prestasi ekonomi Iraq  kini, tidak hairan jika  Dinar akan diapungkan pada bila-bila masa dari sekarang. Dan untuk Dinar mahu diapungkan, maka ianya TIDAK PERLU NOTIS AWAL. Sebaik sahaja Gabenor Bank Negara Iraq mengahabiskan ucapannya, maka terapunglah Dinar dipasaran. Ia tak boleh mengumumkan Dinar akan diapungkan pada esok atau minggu depan atau pada bulan hadapan. Jika ini dibuat, maka berlakulah spekulasi tanpa kawalan terhadap Dinar Iraq. Soros akan borong habis semua dinar di dunia. Terpaksalah pula Dr Mahathir bangun melawan Soros. Ha ha.

Apa yang perlu kita buat ialah SIMPAN DINAR DAN BERDOA AGAR DINAR    SEGERA DIAPUNGKAN SUPAYA MENJADI JUTAWAN MUDA. Tetapi kalau ada 10K dinar sahaja, tak dapatlah menjadi jutawan. Namun cukup untuk  menunaikan ibadah Umrah tu. Wooo.