Monday, November 29, 2010

BUY BACK DINAR - ENTENG SAHAJA

Kalau di Malaysia peminat Dinar Iraq masih terperangkap dengan dua isu utama iaitu masih  membincangkan isu pengahapusan tiga kosong dan note baru Dinar Iraq tetapi rakyat Amerika  sedang mengira-ngira berapakah bayaran cukai yang akan dikenakan apabila Dinar ditukar ke USD. Malah mereka telah diberitahu, dimanakah Money Changer atau bank yang bersedia menerima tukaran Dinar itu. Wau. Dan spekluasi sekali lagi bertiup kencang mengatakan Dinar akan diapungkan  dalam tempoh 14 hari lagi. Ha ha. Tak rosak iman kalau tak percaya  akan berita ini, tetapi kita mengalu-alukan kebenaran berita ini   juga. Ha ha.  Maaf kepada yang masih yang sms kepada saya bertanyakan isu note dan pembuangan tiga kosong terhadap dinar, kerana soalan itu dah basi untuk saya jawab. Saya dah jawab dalam blog ini. Bacalah sendiri. Woooo.

Di Amerika, rakyatnya telah diberitahu bahwa cukai pertukaran Dinar adalah 35% dan fee pertukaran adalah sebanyak 2%.  Dengan andaian 10,000 Dinar Iraq akan bersamaan dengan USD 10,000,  apabila diapungkan,  maka penyimpan Dinar Iraq di Amerika akan mendapat pendapatan bersih USD 6,300.  Bank  akan  dapat komisyen pertukaran USD 200.00 dan Perbendaharan Amerika akan mendapat   USD 3,500.00. Perbendaharan Amerika akan menggunakan Dinar ini untuk membeli minyak dari Iraq  pula. Apakah yang akan kita lihat apabila transaksi ini berlaku?


Bagi Amerika, ia menggunakan 10,000 Dinar yang bernilai bersamaan  USD 10,000  untuk membeli minyak Iraq. Kos sebenar Amerika adalah ialah USD 6,500.00 sahaja kerana Perbendaharaan Amerika telah mengenakan cukai awalan kepada pemilik Dinar sebanyak USD 3,500. Maka, dengan kos sebenar USD 6,500.00, Amerika  beroleh minyak yang bernilai USD 10,000.00. Walaupun harga pasaran minyak USD 70.00  setong, tetapi  mereka membeli pada harga "spot price" yang lebih rendah dari harga pasaran dan dikatakan nilainya ialah USD 50.00 sahaja. Maka Amerika mendapat tambahan keuntungan atas belian minyak tadi. Keuntungannya ialah USD 20.00  x  200 tong = USD 4,000.00.

Bagi Iraq pula, ia menerima kembali 10,000 Dinar melalui pembelian minyak dari Amerika. Dinarnya  akan kembali ke negara mereka atau saya sebutkan sebagai buy back  Buy back Dinar Iraq oleh Kerajaan Iraq  adalah secara kontra  dengan jualan minyak Iraq. Kos sebenar setong minyak ialah USD 1.50 sahaja, termasuk untung sebanyak USD 0.50. USD 10,000 boleh mendapat 200 tong pada harga  spot price - USD 50.00 setong.    Iraq hanya membelanjakan 200 tong  x  USD 1.50 = USD 300.00 untuk nilai minyak USD 10,000.00  yang dibayar oleh Amerika

Kesimpulannya:

i.  Iraq hanya membelanjakan USD 350.00 untuk membeli semula/buy back  10,000 Dinar (yang berniai USD 10,000 apabila diapungkan nanti).   Dengan reserve minyak Iraq yang bertrillion nilainya, isu membeli semula Dinar Iraq adalah terlalu enteng bagi Iraq. Tambahan pula anda hanya menyimpan 10,000 Dinar sahaja. Ha ha ha.

ii. Amerika mendapat pendapatan besar dari rakyatnya yang menyimpan Dinar Iraq kerana cukai tukaran dinar ialah 35% dan Amerika punya  sumber  fund  yag baru untuk membeli minyak dari Iraq. Dinar akan  menjadi  petrol-dollar kepada Amerika  untuk membeli minyak Iraq.


iii. Amerika dan Iraq dalam kondisi win-win apabila dinar diapungkan nanti.  Yang rugi ialah ANDA yang membaca blog ini tetapi masih belum menyimpan dinar Iraq. Woooooo. Jangan mare...


Kalau anda tak faham selepas membaca posting ini, boleh belanja saya nasi Iran untuk huraian selanjutnya. Dan jangan lupa bawa kalkulator. Ha ha. Cerita buy back Dinar ada sedikit lagi untuk saya perkatakan. lagi dalam blog.

Nota: Terima kasih kepada rakan yang menalipon bertanyakan bisul saya. Dah meletup  malam ini. Moga Dinar pun akan meletup. Ha ha ha.

Thursday, November 25, 2010

IMF MINTA IRAQ LANGSAIKAN HUTANG DALAM NEGARA

Hari ini, 25 November 2010,  Malik An  Nuri, sah  menerima surat lantikan secara  rasmi sebagai PM  dari Presiden Iraq, Jalal Talabani.  Maka dalam tempoh 30 hari  dari sekarag,  Malik An Nuri kena membentuk barisan kabinetnya.

Dalam perkembangan lain, IMF telah meminta Iraq melangsaikan hutang  dalam negaranya. Iraq banyak berhutang dengan pelbagai syarikat perniagaan dalam negara.  Isu hutang ini adalah penting kerana kestabilan dan kekuatan sesuatu matawang adalah bergantung kepada keupayaan sesebuah negara menjelaskan hutang dalam dan luar negaranya. Maka desakan IMF ini adalah merupakan satu isyarat  supaya Iraq menyediakan satu kondisi yang melayakkannya mengapungkan matawang dinarnya. 

Dengan melihat dua isu  diatas, iaitu jangkamasa membentuk barisan kabinet dan pembayaran hutang dalam negara secara segera, maka tarikh apungan dinar tidak akan berlaku pada akhir tahun ini seperti yang diramalkan oleh TV1. Maka anda semua berpeluang menambah koleksi dinar  dari wang bonus di akhir tahun ini. Ha ha.

(Nota: saya masih kurang sihat kerana bisul di kepala. Kekawan kata, itu tanda dinar nak meletup. Woo.)

Tuesday, November 23, 2010

IRAQ AKAN JOIN WTO AKHIR 2011

Saya sibuk berhari raya  pada minggu lalu dan pada Sabtu lalu  berkunjung ke utara tanah air sehingga petang semalam. Maka tak sempat mengemaskini blog. Macam-macam sms yang saya terima sehingga ada mengatakan dinar telah diapung. Woooo. Kalau ya, tak ada salahnya. Lewat  dua tiga hari nak cashkan dinar Iraq, taklah rugi, malah mungkin lebih untung lagi jika dinar akan naik nilainya.  Dalam pada tu, ada juga sms yang saya anggap sebagai terlalu ekstrim dalam memikirkan risko yang berkaitan dengan dinar Iraq. Wooo. Tak payahlah saya cerita. Soalan-soalan pelik ini saya tak jawab kecuali yang bertanya dengan menalipon saya. Ha ha. Perabis beras le kata orang Negeri Sembilan. Sori ya...

Memang semua orang mahu dinar diapungkan dengan segera tetapi proses pengapungan mestilah melalui beberapa prosidur secara teratur dan memerlukan masa yang manasabah. Ada beberapa perkara yang perlu kita sahkan terlebih dahulu misalnya pembentukan kabinet secara rasmi, sidang parlimen yang membahaskan bajet Iraq 2011, pembetukan Majlis Presiden,  perbincangan rasmi dengan IMF dan akhir sekali ialah kenyataan secara rasmi oleh Bank Negara Iraq. Banyak web site yang terlalu memanaskan isu-isu berkaitan dengan dinar Iraq sehingga ramai yang jadi ism dinar. Ha  ha. Elok-elok jiwa tenang dalam menyimpan dinar, kini dah tak aman tenteram jiwanya. Ha ha.  Hai,  jika nak kaya  dengan dinar ini,  hati tak boleh tenteram, lebih baik jangan jadi kayalah  bib.  Matlamat kehidupan ialah kebahagian dengan hati yang tenteram. Jika ada duit RM 100.00 dalam poket,   tetapi  hati boleh tenteram   kan bagus  dari   ada   RM 1 juta   tetapi  hati tak tenteram. Ha ha.

Pesan saya, penyimpanan Dinar Iraq adalah satu potfolio pelaburan masa depan  yang berpotensi menjana seseorang menjadi jutawan. Namun selagi ianya bernama pelaburan, ia tetap ada unsur risko. Maka ambillah risko sekadar yang mampu  anda sanggupi sahaja. Jika anda tak sanggup risko RM 160.00, maka anda  tidak layak menyimpan 10,000 Dinar raq. Tetapi jika anda mengira kos menjadi jutawan dengan RM 15,000.00 itu terlalu murah, tak ada salahnya, anda memiliki sejuta dinar. Saya telah membuat pelbagai bisnes yang modal ratusan ribu ringgit, tak juga jadi jutawan. Manalah tau dengan sedikit pelaburan ini, saya akan menjadi jutawan dinar. Saya menyimpan lebih 10 juta dinar. 5 juta dinar lagi untuk pusingan jual beli.  Jika anda rasa anda akan lebih rugi dari saya, maka anda jangan miliki dinar. Ha ha.

Ada  satu berita  baik yang saya perolehi ialah Iraq akan menyertai WTO pada akhir tahun 2011. Sudah tentulah bagi sebuah negara yang ingin menyertai  WTO, polisi monetarinya mestilah  bersifat global. Salah satu ciri global ialah matawangnya laku di pasaran dunia atau  matawangnya  terapung. Maka isyarat dinar kena diapungkan semacam satu  kewajban sebelum akhir tahun 2011. Soalnya bila? Awal tahun 2011 kah. Atau pertengahan 2011?. Apa pun kondisi politik Iraq kena berjalan lancar supaya memenuhi  syarat kestabilan politik  bagi  memantapkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. 

Saya akan bincangkan bagaimana Iraq akan buy back matawangnya esok. Sori, sepatutnya hari ini tetapi kena tenteramkan hati kawan saya   Shukri Besut yang tak sabau-sabau nak kaya. Ha ha ha.

Thursday, November 18, 2010

ISU DINAR IRAQ - TUKAR NOTE BARU?

Walaupun cuti Aidil Adha, ramai yang sms bertanyakan khabar Dinar Iraq. Ha ha. Bukankah PM Iraq kena membentuk kabinet terlebih dahulu, barulah  sebarang dasar negara boleh diputuskan. Nampaknya, payah nak tidur bagi orang nak jadi jutawan ini rupa-rupanya. Kalau dulu yang payah tidur ialah orang yang lapar perutnya tetapi kini ialah orang yang bakal menjadi jutawan dinar rupanya. Wooo. Relaxlah brother. 

Ada beberapa isu yang sedang dikhuatiri oleh penyimpan dinar pada masa kini. Yang kelakarnya, walaupun khuatir, tetapi tetap menyimpan dinar. Jika ada perasaan takut kerugian, eloklah jangan memiliki dinar. Buat apa merisaukan hati anda sehingga tak tidur malam. Ha ha. Kita buat perkara yang kita percaya. Hati kita mesti positif dengan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Allah bersama  dengan bisikan hati kita. Jika dok was was rugi, jangan buat perkara itu.  Kalau dok rasa bimbang setiap saat, alangkah deritanya perasaan kita. So, buatlah yang anda yakini sahaja. Woo.

Ramai yang risau  Iraq akan  menukar notenya pada akhir tahun ini. Maka dinar yang disimpan akan menjadi daun pisang seperti duit Jepun dahulu. Sebenarnya tidak ada satu kenyatan rasmi pun oleh Bank Negara Iraq tentang pertukaran wang Iraq pada penghujung tahun ini. Sebuah negara selepas pasca perang dunia kedua, yang  kini telah  ada PBB, yang ada World Bank, yang ada IMF,  dan ada  pelbagai badan pemantau antara bangsa; hendaklah seboleh mungkin "mengurus kepercayaan"  dunia  terhadap negaranya.  Apa yang dibuat oleh sesuatu negara itu perlu direstui oleh badan pengawas antara bangsa. Ini zaman global. Apabila Iraq menjual dinarnya, IMF dan World Bank telah mengkaji buruk baik serta  kesan postif dan negatifnya  akan tindakan tersebut. Iraq tidak boleh secara semborono mengahapuskan notenya sehingga dunia    akan rugi berbilion USD.

Iraq mesti mengikut tatacara dan prosidur jika mahu menghapuskan notenya. Lazimnya,   hanya negara yang tidak ada "hubungan luar" sahaja boleh menukar notenya selalu.  Bagi Amerika, Britain, dan lain -lain negara besar tidak akan menukar notenya sesuka hati. Misalnya Amerika, dikatakan ada sejumlah lebih USD 800 bilion wang kertasnya di luar Amerika.  Ada ke anda   ada   mendengar Amerika dok menukar  notenya selalu. Kalau  Amerika buat begitu, tak ada siapa pun yang  akan menyimpan dan guna USD tu. Begitu jugalah Iraq. Jika notenya mahu ditukar pada akhir tahun ini, maka tak ada bank asing yang membeli lelongan dinarnya setiap bulan!!!!

Insyaallah, esok saya akan bincangkan strategi Iraq membeli balik semula (buy back) dinarnya dari seluruh dunia. Jika lepas tu depa  nak tukar notenya pun kita tarak heran ooo. Woo. Harap brother Dodi Melaka, jangan simpan dinar lama-lama selepas diapungkan. Jika naik 30 sen USD, tukarlah separuh  dari dinar yang anda miliki.  Baki separuh tu, dah dikira bonus jika tak jadi apa-apa terhadap Dinar Iraq.

Moga anda tidur lena pada malam ini. Jika dinar tu merisaukan anda, sedekah aja dinar tu kepada orang lain. Wooo.

Monday, November 15, 2010

MENGAPA DINAR EMAS

Hari  ini   nak cerita hal Dinar lain lak iaitu Dinar Emas. Cerita Dinar Iraq akan bersambung pada  esok.


Dinar Emas adalah sebahagian dari pelbagai jenis emas ketul atau gold bar. Dikatakan Dinar Emas kerana beratnya mengikut berat dinar. Dinar Emas dan  emas ketul 999.99 adalah merupakan sebahagian  potfolio pelaburan terbaik pada masa hadapan kerana ia tegar inflasi. Bak kata Encik Mohd Nor, seorang pemilik Dinar Iraq, harga seekor kambing pada zaman Saidina Umar dahulu adalah satu dinar. Dan kini harga seekor kambing pun tetap  satu dinar juga. Ha ha. Ya tak ya juga. Kalau guna wang kertas RM, sekilo ikan kembong pada zaman 70an ialah RM 1.00 tetapi kini adalah RM 10.00. RM atau wang kertas terus menurun nilainya tetapi emas ketul terus menaik selaras dengan harga semasa.

Maka kini wujud gerakan untuk mempekenalkan semula wang dalam bentuk Dinar Emas. Sebagai alternatif pelaburan, ianya amat baik disokong. Namun untuk penggunaan  harian, eloklah wang kertas. Ha ha. Kalau hilang tak menangis. Ha ha.

Dinar Iraq akan meraih keuntungan beribu peratus selepas diapungkan.  Dinar Emas pula akan menaik  nilainya antara 10 ke 15% setiap tahun. Kedua-dua peluang ini perlu diambil oleh kita semua. Peluang dari Dinar Iraq hanya datang sekali sahaja dalam seumur hidup. Manakala peluang dalam dinar emas sentiasa terbuka kecualilah bumi sudah kehabisan emas. Ha ha. Ya, sahabat saya Saudara Jamaludin adalah antara pejuang dinar emas atau emas ketul (gold bar). Lihat http://www.saudagaremas.com/.

Kesedaran ummat Islam kini adalah kearah memperjuangkan penggunaan Dinar Emas sebagai pengganti wang kertas. Ianya memerlukan kita memerintah dunia atau menjadi kuasa besar dunia. Kalau dok jadi pak turut Amerika, tak mampu melaksanakan idea ini. Bila Kelantan perkenalkan Dinar Emas, yang paling kuat menentangnya ialah orang bernama Awang juga. Woooo.

Sunday, November 14, 2010

1 DINAR = USD 1.00

Sebaik sahaja Nouri Al Maliki menjadi PM Iraq, Kongres Amerika telah menghantar rombongannya untuk  berbincang dengan Nouri Al Maliki pada semalam, hari Selasa. Wah,   mereka macam tak sabar menunggu parlimen yang akan bersidang pada esok, Khamis. Ada apa apa ke? Ha ha.

Amerikalah yang paling berkepentingan dengan Iraq,  samada  kerana minyaknya atau dinarnya. Dikatakan Amerika merupakan negara luar yang paling banyak menyimpan Dinar Iraq dan kedua terbesar melabur di Iraq kini, selepas Syria. Jika anda  ada sejuta dinar pun jangan khuatir kerana Amerika akan menjaga kepentingan anda semua yang menyimpan Dinar. Ha ha. Maklomlah ada yang risau dengan wang yang banyak, kononnya dikatakan sebagai wang  seludup dan wang haram pula.  Jika Dinar Iraq  sudah berada di negara ini, tak ada sebab untuk tidak boleh ditukar dengan RM tetapi dengan syarat ianya telah diistiharkan oleh kerajaan Iraq bahawa Dinar telah diapungkan. 

Pokoknya anda semua kena dapat maklumat sahih, bukan setakat dengar borak-borak di forum di internet yang kekadang tak akademik langsung. Maaf cakap le ye. Misalnya kes buang 3 kosong  pada dinar Iraq. Dalam bahasa currency (matawang), buang 3 kosong maknanya ialah meningkatkan nilai sesuatu matawang itu. Nilai sesuatu matawang  lazimnya dikaitkan dengan USD. Jika 1,000 Dinar bersamaan 1 USD, maka jika dikatakan buang 3 kosong, ianya bermakna 1 Dinar bersamaan 1 USD.  Maka 10,000 Dinar akan bersamaan USD 10,000. Wau.  Dan bukan bermakna 10,000 Dinar jadi 10 Dinar. Jika 10,000 Dinar jadi 10 Dinar, maka jenuhlah Bank Negara Iraq memadamkan tiga kosong pada note 10,000 Dinar tu. Ha ha ha. 

Kita kena perhatikan perkembangan Iraq  dari sekarang sehingga Februari 2011 kerana  kerancakan ekonomi Iraq tidak membenarkan nilai Dinarnya seperti sekarang. Ia wajib naik dari segi hukum ekonomi. Hanya negara yang bodoh sahaja akan terus membiarkan matawangnya di bawah nilai par. Wooo. Dalam kes Malaysia, pada tahun 2005, Gabenor Bank Negara  terpaksa meredah Perhimpunan Agung Umno untuk berjumpa  dengan Pak Lah,  meminta kebenaran  untuk mengapungkan RM  secara sertma merta,  tanpa bertangguh sehari pun.   Jika ditangguhkan apungan, Malaysia akan rugi berbilion ringgit. Tengok  apa yang  terjadi sekarang pada RM. Kini RM 3.00 bersamaan USD 1.00. Dahulu  RM 3.80 =  USD 1.00.  Jangan tak tahu bib....

Jika anda ada soalan berkaitan dengan Dinar tetapi belum dijawab oleh saya dalam blog ini, sila berjumpa saya untuk borak-borak dan minum kopi janda. Jika di luar KL, sila talipon   saya. Jika tak ada kredit, apa boleh buat. Hua hua hua.

Saturday, November 13, 2010

ERA BARU IRAQ

Bukan Iraq yang lega apabila Presiden dan PM Iraq telah dilantik pada Khamis lalu, tetapi Amerika dan negara-negara jiran Iraq pun turut gembira. Malah yang lebih gembira ialah penyimpan Dinar Iraq di Malaysia. Setiap ketika saya menerima sms bertanyakan soalan itu. Ha ha. Kalau satu sms saya dapat secawan teh, jenuh saya meminumnya. Ha ha

Mengikut prosidur,  Parlimen yang berkuasa melantik Presiden Iraq. Sah Talabani, Presiden yang lama dilantik semula. Kemudian secara formalnya, Presiden akan melantik PM. Dan Nouri Al Maliki telah dilantik sebagai PM, walaupun kerusi partinya kurang dari parti Syed Alawi. Nouri Al Maliki disokong oleh kumpulan parti lain yang bermazhab syiah. Maka bertuahlah Nouri Al Maliki. Kita pun sokong Nouri Al Maliki, kerana ia lebih islamik dari Syed Alawi yang lebih sekular dan pak turut Amerika. Jika tak percaya, tanyalah Hj Mohamad Sabu, kerana beliau melawat Iraq pada beberapa bulan lalu. Wooooo. Kalau tak kenal Hj Mohamad Sabu wahai Faiz Kelantan, baik engkau jangan duduk dalam Malaya ini. Ha ha. Gurau aja tuan. Brother Mohamad Sabu kita tu adalah AJK sebuah  NGO yang di tubuhkan oleh Ahli-Ahli Parlimen  Antara Bangsa Untuk   Pembebasan Palestin. Wakil Malaysia ialah Menteri Luar Malaysia dan Hj Mohamad Sabu tau.

Osama Al Nujaifi dilantik sebagai Speaker Parlimen Iraq. Selain di Malaysia, Speaker adalah induvidu yang amat berpengaruh dalam politik kerana dia amat berkuasa dalam parlimen. Semua perkara utama negara ditentukan dalam parlimen. PM pun takut dengannya. Semua perbelanjaan negara akan dibahas dengan detail dan panjang lebar secara telus di parlimen. Kalau di Malaysia, Speakernya  TST dah  le. Wooooo.

PM Iraq, kena bentuk kabinet dalam tempoh 30 hari selepas mendapat surat kuasa PM dari Presiden Iraq. Dari situlah bermulanya urusan negara secara rasmi diputuskan dan dilaksanakan. So, jangan tanya hal apungan dalam tempoh 30 hari ini. Ha ha. Maka adakah Dinar akan diapungkan pada akhir Disember 2010 atau pada Februari  2011? 

Penganalisis politik mengharapkan Iraq memperkukuhkan amalan sistem demokrasinya. Para pelabur mengharapkan Iraq mesra pelaburan. Para pemain pasaran wang berharap Dinar Iraq  akan diapungkan kerana nilai pasaran wang  dunia akan naik melonjak dengan kemasukan dinar ke pasaran. Semua memfokus ke Iraq. Adalah anda akan terus menjadi pemerhati  ombak di tepi pantai sahaja. Jom miliki Dinar walaupun  sekadar 10 ribu dinar pada harga RM 160.00  sahaja. 10 ribu dinar berpotensi menjasi RM 10,000. Cukup buat menunaikan ibadah Umrah tuuuu.  Jangan malu, talipon saya 012-2104244. Ibadah Umrah akan membuka lembaran hidup baru  anda.  Selepas anda ke rumahNya dan menziarahi Rasulullah s.aw, jiwa anda akan mencintai dan mencari  kebenaran. Subhanallah.

Tahniah kepada pemilik Sejuta Dinar Iraq. Anda bakal menjadi jutawan 4D. Ini jutawaan 4D yang halal. Duduk Diam Dapat Duit. Insyaallah. Yang lain jangan jealous. Woooo.

Thursday, November 11, 2010

11.11.2010 - BERTUAHKAH HARI INI?

Hari ini Parlimen Iraq bersidang. Mengikut perundingan awal, Syed Alawi akan dilantik sebagai Speaker Parlimen dan Talabani sebagai Presiden Iraq. Harap-harap suasana di Parlimen tak segawat di kota Baghdad yang bom sana sini. Ramai peminat Dinar Malaysia yang prihatin dengan suasana ini. Ha ha. Jangan tak ambil tau hal Malaysia sudahlah.

Menurut Ahli Numerologi, hari ini 11.11.2010  memberi isyarat beberapa perkara. Pertamanya hari ini adalah hari yang  dipenuhi dengan agenda yang banyak bercakap-cakap kerana banyak nombor 2 ( 1+1). Ha ha. Apa ke tidaknya, Parlimen Iraq bersidang pada hari ini, tentu ramai yang berbalas  hujjah. Kalau ada live, pasti syok menontonnya. Tetapi kalau tak reti bahasa Arab, apa yang nak difahamkan. Setakat ana, anta, masyaallah, nauzubillah - mana boleh cukup dah.

Tarikh 11.11.2010 ini jumlahnya ialah 7. Angka 7 tu membawa tuah katanya. Tuah rezki kot. Ha ha.

Walaupun ramai orang yang seronok dengan ilmu Numerologi ini, tetapi saya tak percaya itu semua. Angka hanya mainan matematik sahaja. Angka bukan menentukan takdir. Angka bukan penyebab jaya gagal seseorang. Ilmu, Usaha, Doa, Tawakkal, Amal Ibadah kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia  adalah elemen terpenting kepada  kejayaan. Usaha adalah sains. Ada hukumnya. Tanam kacang tumbuh kacang. Jika lalang dan rumput yang tumbuh, kena dibunuh. Ha ha. Jika kerana nombor, seseorang itu berjaya, maka manusia akan sentiasa merujuk kepada nombor  sebelum membuat sesuatu. Ha ha ha. Nombor ini ada 1 hingga 9. Maka pusing-pusing hidup kita akan ditafsirkan oleh nombor itu sahaja. Wooo.

Minta maaflah kepada pecinta Numerologi.

Bagi peminat Dinar ingin saya tegaskan bahwa proses pengapungan Dinar adalah berasaskan kepada keperluan dan kehendak ekonomi Iraq. Fundamental ekonomi Iraq adalah faktor utama untuk menjustifikasikan  Dinar boleh diapungkan. Namun faktor politik khususnya keamanan dan keselamatan Iraq tetap memberi kesan kepada sebarang aktiviti ekonomi Iraq. Maka kita berasa sedih jika Iraq terus dihantui dengan pelbagai suasana yang tak selamat. Kita di sini hanya mampu berdoa. Yang kita harapkan pihak berkuasa Iraq kena mengambil tindakan serius mengatasi masalah ini. Kalau tak, maka makin panjanglah angan-angan  kita nak kaya. Woooo


Wednesday, November 10, 2010

DINAR WAJIB NAIK

Sebaik sahaja Nouri Al Maliki menjadi PM Iraq, Kongres Amerika telah menghantar rombongannya untuk  berbincang dengan Nouri Al Maliki pada semalam, hari Selasa. Wah,   mereka macam tak sabar menunggu parlimen yang akan bersidang pada esok, Khamis. Ada apa apa ke? Ha ha.

Amerikalah yang paling berkepentingan dengan Iraq,  samada  kerana minyaknya atau dinarnya. Dikatakan Amerika merupakan negara luar yang paling banyak menyimpan Dinar Iraq dan kedua terbesar melabur di Iraq kini, selepas Syria. Jika anda  ada sejuta dinar pun jangan khuatir kerana Amerika akan menjaga kepentingan anda semua yang menyimpan Dinar. Ha ha. Maklomlah ada yang risau dengan wang yang banyak, kononnya dikatakan sebagai wang  seludup dan wang haram pula.  Jika Dinar Iraq  sudah berada di negara ini, tak ada sebab untuk tidak boleh ditukar dengan RM tetapi dengan syarat ianya telah diistiharkan oleh kerajaan Iraq bahawa Dinar telah diapungkan. 

Pokoknya anda semua kena dapat maklumat sahih, bukan setakat dengar borak-borak di forum di internet yang kekadang tak akademik langsung. Maaf cakap le ye. Misalnya kes buang 3 kosong  pada dinar Iraq. Dalam bahasa currency (matawang), buang 3 kosong maknanya ialah meningkatkan nilai sesuatu matawang itu. Nilai sesuatu matawang  lazimnya dikaitkan dengan USD. Jika 1,000 Dinar bersamaan 1 USD, maka jika dikatakan buang 3 kosong, ianya bermakna 1 Dinar bersamaan 1 USD.  Maka 10,000 Dinar akan bersamaan USD 10,000. Wau.  Dan bukan bermakna 10,000 Dinar jadi 10 Dinar. Jika 10,000 Dinar jadi 10 Dinar, maka jenuhlah Bank Negara Iraq memadamkan tiga kosong pada note 10,000 Dinar tu. Ha ha ha. 

Kita kena perhatikan perkembangan Iraq  dari sekarang sehingga Februari 2011 kerana  kerancakan ekonomi Iraq tidak membenarkan nilai Dinarnya seperti sekarang. Ia wajib naik dari segi hukum ekonomi. Hanya negara yang bodoh sahaja akan terus membiarkan matawangnya di bawah nilai par. Wooo. Dalam kes Malaysia, pada tahun 2005, Gabenor Bank Negara  terpaksa meredah Perhimpunan Agung Umno untuk berjumpa  dengan Pak Lah,  meminta kebenaran  untuk mengapungkan RM  secara sertma merta,  tanpa bertangguh sehari pun.   Jika ditangguhkan apungan, Malaysia akan rugi berbilion ringgit. Tengok  apa yang  terjadi sekarang pada RM. Kini RM 3.00 bersamaan USD 1.00. Dahulu  RM 3.80 =  USD 1.00.  Jangan tak tahu bib....

Jika anda ada soalan berkaitan dengan Dinar tetapi belum dijawab oleh saya dalam blog ini, sila berjumpa saya untuk borak-borak dan minum kopi janda. Jika di luar KL, sila talipon   saya. Jika tak ada kredit, apa boleh buat. Hua hua hua.


Monday, November 8, 2010

NOURI AL MALIKI PM IRAQ

Sah Nouri Al Maliki  akan dilantik  sebagai PM dalam sebuah kerajaan campuran di Iraq. Radio Malaysia pun mengumumkan berita ini  pada pagi tadi. Cahaya dinar diapungkan semakin cerah. Harga minyak semakin menaik pulak tu. Mana boleh dinar dok macam tu je. Woooo.

Khamis ini parlimen Iraq akan bersidang.  Jam 11.11. pagi 11 November. Woooo

Jika permintaan IMF diperkenanan oleh kerajaan Iraq, maka dinar sewajarnya diapungkan sebelum Bajet Iraq bagi tahun 2011 dibentangkan. Jika dinar diapungkan pada tahun ini, maka Teori Pusingan Ekonmi 7 tahun akan berlaku. Kekadang "angka"  mengikut fitrah alam. Jangan tak percaya. RM pun diapungkan semula selepas 7 tahun ditambat oleh Dr Mahathir.

Debaran pertama November berlalu sudah. Kita mahu debaran selanjutnya. Geng Semanggol dah beruban menunggu Dinar diapungkan.  Faiz Kelantan tak sempat nak comfirm kerja, nak berhenti dah. Macam-macam gelagat penyimpan dinar. Ha ha. Namun ramai juga  yang  menjadi tukang dengar je. Wooo.