Tuesday, May 31, 2011

DINAR IRAQ: TAKUT CUKAI?

Pakar ekonomi dan pakar kewangan Iraq menegaskan bahwa Iraq tidak boleh rugi jika strategi pembuangan 3 kosong  kepada Dinar Iraq dibuat.  Nilai kepada Dinar Iraq selepas pembuangan 3 kosong mestilah mampu melunaskan hutang luar Iraq. Kenyataan "mampu melunaskan hutang luar Iraq"  merupakan satu isyarat penting bahwa kesan utama kepada pembuangan 3 kosong itu akan memberi impak positif kepada Dinar Iraq, bukan sebaliknya.

Apa cara hendak buang 3 kosong itulah yang masih misteri kepada kita. Adakah dengan mengadakan note baru atau meningkatkan nilainya sehingga ke tahap tak perlu lagi note besar. Jika nilai kecil, maka note 10,000 dan 25,000 diperlukan untuk penggunaan harian. Tetapi jika nilai besar, maka Iraq memerlukan note yang kecil sahaja untuk penggunaan harian. Maka langkah selanjutnya ialah menarik note besar secara perlahan-lahan dari pasaran. Ini adalah langkah normal bagi sesebuah negara. Dan yang paling penting, notis pertukaran akan diberitahu, bukan dibuat secara mengejut. Tak perlulah anda bergundah gulana memikirkan hal ini. Duit satu sen Malaysia yang hendak dimansuhkan pun di maklomkan dan diberi tempoh yang sewajarnya untuk dupertukaran. Bab rugi ini, manusia tak sanggup rugi walaupun satu sen!!!!

Ada juga yang takut akaun banknya ada RM 1 juta. Kononya nanti akan ditanya oleh pihak tertentu. Ini pun satu fakta gila dan kelakar. Patutlah orang bernama Melayu tak hendak jadi jutawan kerana takut "cukai" dan ditanya oleh pihak tertentu. Kalau bukan duit jenayah, apa yang dirisaukan wahai sahabatku. Kekadang menyampah saya nak melayan soalan sang penakut ini. Ha ha.Kalau takut, janganlah simpan duit tu kat bank. Simpan kat saya. Saya caj 10% setahun sahaja. Woooo.



Monday, May 30, 2011

DINAR IRAQ: APA KHABAR JANTUNG ANDA

Beberapa minggu terakhir ini, Iraq sibuk merangka perjanjian kerjasama perdagangan dengan negara-negara jirannya seperti Mesir, Kuwait, Jordan, Turki  dan dengan negara barat yang lain. Begitu agresif usaha-usaha itu walaupun keadaan politik dalam negara amat sengit sehinggakan Menteri Peratahanannya belum pun dilantik  lagi. Kalau di Malaysia, kuasa melantik  menteri adalah mutlak di tangan PM tetapi di Iraq perlu mendapat kelulusan parlimen.

Lelongan matawang nampaknya semakin membesar nilainya sehingga melepasi USD 200 juta. Apakah Iraq  masih  memerlukan wang asing untuk membiayai kos pembangunannya atau ada agenda   lain yang tersembunyi. Iraq juga mengambil langkah bijak dengan mengadakan rezab emas melalui pendapatan dari jualan dinarnya sebagai sokongan kepada matawangnya.

Berita-berita di facebook menyeramkan kita kerana seolah-olah RV akan berlaku padsa bila-bila masa dari sekarang. Kita tetap positif dengan sebarang spekulasi. Edah masa dari sekarang sehingga November ini amat kita nantikan. Terpulanglah kepada Nuri al Maliki  memilih tarikh pengistiharan RV dinar Iraq. Mungkin bersamaan dengan tarikh kelahiran anda  agaknya. Janganlah anda tanya kepada saya bilakah tarikh tepat RV. Saya tidak ada kuasa merenung masa hadapan. Kalau setakat mimpi, ramai yang dah mimpi hujan, air bah dan tsunami. Wooo. Kita tunggu setiap Khamis kerana Iraq suka membuat berita besar pada setiap Khamis. Ha ha. Bak kata Redhuan Johor, sekarang ada tambahan kerja pada malam Jumaat pula, selain kerja biasa katanya. Ikut suka kaulah Redhuan oi....

Minggu ini mungkin saya kurang menulis kerana nak menjengah ke  Taman Melewar - nak tengok siapa calun-calun yang menang. Ha ha.  Maka pastikan jantung anda tak bergegar dengan sebarang berita spekulasi dinar. Saya bukan orang yang akan mengesahkan sebarang berita yang anda terima. Tak payahlah tanya atau sms kepada saya. Saya  hanya akan jawab atau  beritau anda apabila telah benar-benar RV. Woooo.



Thursday, May 26, 2011

DINAR IRAQ: JANGAN ADA AMALAN SONGSANG

Berapakah darjah keyakinan  sang pemilik dinar terhadap RV?  Ini satu soalan yang baik untuk dijawab oleh  kita semua. Tak terkira betapa anda semua ternanti-nanti, termimpi-mimpi, tertanya-tanya, dan mungkin tersiksa menunggu akan pengumuman RV. Tambah derita lagi apabila dalam FB menyebut tarikh RV tetapi tak mejadi juga. Ha ha.

Bagi saya selaku bekas student ekonomi tetap yakin RV   adalah  sebelum Iraq secara sah diterima sebagai anggota WTO. Dilapurkan Iraq akan diterima sebagai anggota WTO pada bulan November 2011. Maka pejam celik lebih kurang lima bulan lagi akan sampailah bulan November itu. Tak tahulah pula saya kalau bulan November 2011 akan ditunda dek perubahan iklim dunia. Ha ha. Kok ya, ramai yang mati mengejut nanti. Wooo.

Tujuan  menyertai WTO adalah kerana ingin menyertai  world free economy dan free market.  Apalah gunanya free economy dan free market jika matawangnya tak bersifat global dan laku di pasaran dunia. Maka pra syarat untuk menyertai WTO ialah matawangnya mesti diRVkan terlebih dahulu. Jika menyertai WTO tanpa matawangnya di RV, maka ini adalah  satu amalan songsang dalam sistem ekonomi. Itu sahaja yang boleh saya cakap kerana saya bukan pengerusi IMF. Ha ha. Yang boleh saya buat, jika ini terjadi ialah dengan mengajak anda semua berdemonstrasi di kedutaan Iraq. Wooo.

Bacaan untuk yang berumur 40 ke atas


Monday, May 23, 2011

DINAR IRAQ : Nota FB

Petikan FB Michael Johnson:
 
 
This is pretty big news. today Iraq was given certification to their seat as a meratime world trader. they are allowed to import and export all goods and their prts are recognized as such. This is trully an indication that they will have to revalue there curency very soon.

Sunday, May 22, 2011

Iraq in negotiations to become permanent WTO member

Erbil, May 22 (AKnews) – Iraq is negotiating to become a full member in the World Trade Organization (WTO), the trade minister said today.

Kheirullah Hasan told AKnews that the negotiations have been going on behind closed doors for a while running and will resume in Morocco soon.

Iraq is currently an honorary member in the WTO, which has 152 permanent members. At present the members treat Iraq solely as a business partner. If the country is granted permanent membership, it can interact with members in the four main fields of health, agriculture, trade and economy.

The minister said that no specific timescale has been laid out for the conclusion of the talks.

The WTO only allows countries who have opened up their economies through free-market reforms to become full members.

Iraq has started to implement these kinds of changes, following decades of moving towards more a more state-centric economic model.

Saturday, May 21, 2011

DINAR IRAQ: PERHATIKAN HARI KHAMIS

Seorang sahabat Dinar dari Shah Alam mengatakan bahwa Iraq suka membuat pengumuman penting pada hari Khamis. Katanya itulah info dari sahabatnya dari Baghdad. Maka sebarang berita berkaitan dengan RV pun kemungkinan pada hari Khamis. Ha ha. Kalau macam itu, kita jangan tidur  pada   setiap  hari Khamislah ya.  Jangan hari Khamis pada 2013 sudahlah ya. Ramai yang akan menderita perasaannya. Harapnya Khamis pada bulan Jun ini juga. Woo

Kebanyakan kita mulai yakin dengan dinar Iraq apabila Malaysia akan membuka kedutaan di sana. Maka sebarang urusan akan lebih mudah. Ramai sudah berkira-kira mengTT wangnya dari Baghdad. Ha ha. Kalau wang dinar sudah ada di Malaysia, maka isu TT, tidak wujud lagi kerana kita tukar terus dengan bank tempatan atau Money Changer. Sumber tak rasmi mengatakan sudah ada dua bank yang telah bersiap sedia menerima tukaran wang dinar nanti. Apabila sudah RV nanti,   kita sama-sama berpakat  menyemak  bank mana yang menerima tukran wang   ya. Saya akan maklomkan kepada anda semua. Tetapi jangan lupa satu pinggan nasi Arab untuk saya. Wau.

Ok, selamat berehat cuti di hujung minggu, sambil berangan-angan. Berangan tak kena bayar. Wooo.

Jangan kaya tapi orang lari dari kita. Klik ini

Friday, May 20, 2011

DINAR IRAQ: JANTUNG BERDEBAR

Info dari peminat Dinar di facebook US, semakin kencang mengatakan RV semakin dekat. Depa kata  sudah ke tahap   99.99%  untuk RV. Ha ha. sudah lama mendengar ayat 99.99% ini.

Seperti saya tulis sebelum ini, kelewatan perlantikan PM dan pembentukan kabinet Iraq menyebabkan banyak bil atau rang undang-undang Iraq lambat diluluskan. Kini Parlimen Iraq sedang  bekerja keras membentang dan meluluskan  pelbagai bil berkaitan dengan keselamatan, sistem perbankan dan hubungan antara bangsa.  Saya melihat ini sebagai usaha-usaha mewujudkan persekitaran yang baik ke arah RV.

Moga ianya menjadi. Seperti mana janji Nuri Al Maliki untuk membuat pembaharuan Iraq dalam tempoh 100 hari, maka kita berdoa agar kemuncak kepada pembaharuan itu ialah RVnya Dinar Iraq. Tunggu 7 Jun. Jangan ada yang meroyan tak tidur dan ada yang mula berkira-kira nak menggantung pisau menoreh, khususnya Isa Monceh dan Shukri Besut. Wooo, semua kawan-kawan saya sudah bersedia ke Piala Euro 2012 dengan  habuan dinar. Wooo. Ridzuan Johor sudah senyum sampai ke telinga. Ha ha.

Thursday, May 19, 2011

7 JUN GENAP 100 HARI PM IRAQ

7 Jun genap 100 hari pemerintahan Nuri Al Maliki.

Apakah pembaharuan terakhir yang akan dibuatnya sebelum genap 100 hari.

Adakah  beliau  akan mengRVkan  matawang Dinar Iraq.

Mari kita nantikan. Wooo.

Wednesday, May 18, 2011

DINAR IRAK : SEDIKIT INFO SEBELUM TIDUR

Agak lucu apabila pemegang Dinar Iraq yang teramat peka dengan apa yang terjadi kepada bos IMF. Ha ha. Saya harap mereka juga peka dengan ekonomi negara kita. Apa ke tidaknya apabila sang pemerintah lebih melayan nasib sang korporat berbanding dengan nasib rakyat marhein seperti kita ini. Ha ha. Bantuan atau subsidi  kepada rakyat  diangap seperti candu pulak dah. Tetapi subsidi kepada seorang dua korporat dianggap sebagai "demi pertumbuhan ekonomi" Entahlah, apa punya dasar dah...

Saya masih menanti isyarat  penting dari American Contractor kerana info beliau agak lebih logik  dan sahih bagi saya. Kalau kertas cadangan sudah berada di tangan Nuri Al Maliki, rasanya dalam beberapa minggu ini akan dibentangkan di parlimen. Mungkin pihak Bank Negara Iraq mahukan kelulusan parlimen supaya sebarang kesan dari pelaksanaan cadangannya nanti tidak dipersalahkan kepada Bank Negara Iraq  pula.

Sekadar berkongsi satu info lama. Pada tahun 2003, Amerika membawa masuk wang  USD ke Iraq sebanyak USD 1.7 bilion  untuk membangun semula Iraq selepas serangan tersebut. Dulu, kita ingatkan wang  peruntukan dari Amerika  tetapi sebenarnya ialah wang Iraq  sendiri yang disimpan oleh Saddam Husin di luar Iraq  dan di bawa masuk  semula  untuk mengongkosi  pembangunan Iraq - termasuk juga kos mencetak matawang Dinar Baru Iraq. Dengan kata lain  - dengan sedikit kos cetakan wang Dinar baru itu juga membolehkan Iraq kini menjual dinarnya dan mendapat kemaasukan  wang USD pula ke dalam Iraq.  Ini satu cara bisnes yang baik. Menjual matawang negara sendiri untuk mendapat matawang asing.  Bab ini Malaysia tak boleh tiru. Woooo.  Itulah kehebatan negara yang  dikatakan ada rezab minyak 200 ke 500 bilion tong.  Kita ada tong sampah, itu pun Majlis Perbandaran tak mampu bekalkan ke kawasan perumahan. Ha ha. Jangan mare ya...


DINAR IRAQ: LEBIH USD 3.30!!!

Mutakhir ini, banyak lapuran yang mengatakan Iraq sedang meningkatkan perkhidmatan sistem banknya, termasuklah membenarkan wang keluar sebanyak USD 50,000.00. Jumlah ini sudah dikira bagus bagi sesiapa yang ada akaun di Iraq kerana proses pengeluaran wang ini agak banyak juga. Macam liberal pula peraturan perbankan Iraq. Ada apa-apa tujuan ke?

Desas  desus kertas cadangan menaikan nilai Dinar semakin kuat. Walaupun, katanya cadangan menaikan nilai dinar itu naik secara beransur-ansur,  ianya telah cukup menggembirakan kita kerana dalam tempoh beberapa bulan nilainya akan mencapai kepada nilai yang kita hajatkan iaitu 1 Dinar = 1 USD. Apalah yang kita risaukan dan sibuk bertanya adakah tarikhnya pada minggu depan atau bulan hadapan  kerana tarikh itu akan tetap tiba jua. Ha ha. Takkan tak sanggup menanti buat beberapa bulan atau beberapa tahun selepas  kita menunggu sejak 8 tahun  yang lalu. Wooo. Yang penting rv, cepat atau lambat tak menjadi soal kepada kita.

Ada orang Sumatra, sms kepada saya, adakah rv ini akan menjadi atau dia akan rugi 2 juta dinar yang telah dibelinya apabila dinar ini tidak diapung-apungkan. Saya  hanya menjawab, jika rezeki, insyallah kita akan mendapatnya. Kalau tak rv sampai bila-bila, maka kita tidak akan mati kerana itu. Banyak sumber rezki yang lain lagi. Dinar Iraq ini hanya salah satu sumber peluang yang kita cari dan usahakan. Bukankah banyak peluang lain lagi yang terbentang di hadapan mata kita. Ha ha. Kekadang kita semcam kehilangan "kehidupan" dalam menanti RV. Seorang muslim tak sepatutnya  bersikap begitu.  Marilah kita bersikap optimis dan berdoa agar RV menjadi kenyataan. Saya ada satu artikel yang cukup kuat menjustifikasikan bagaimana  hebatnya  kekayaan Iraq dalam tempoh terdekat dan nilai dinar Iraq akan melebehi USD 3.30!!!!!
Wau. Tunggu. Saya perlukan masa untuk menterjemahkannya. Kok dimasukkan dalam Bahasa Inggeris, ramai yang sms kat saya - saya  tak faham Cik Ali. Wooo.


Monday, May 16, 2011

Iraq to Head OPEC?

If Iranian President Mahmoud Ahmadinejad doesn’t choose a minister for the ministry to replace the Iranian Ministries of Oil and Energy, then Iraq will chair the 159th meeting of the Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) in the Austrian capital Vienna next June, an oil expert has said.


Jawad Barjani, speaking to Iranian news agency, Mehr, said that OPEC names the head of the organization in alphabetical order, and therefore if Iran failed to name its new minister the responsibility would pass to Iraq.

Iran and Iraq were founding members of the organization in 1960, along with Saudi Arabia, Kuwait and Venezuela.

Sumber: Iraq- Business News

Mau balik muda?

MINYAK IRAQ 3 JUTA TONG PADA AKHIR 2011

Pihak berkuasa Iraq  mengumumkan rancangan  pengeluaran minyaknya pada akhir tahun 2011 ialah 3 juta tong sehari. 

Manakala  itu pada akhir  tahun 2012 dijangka  pengeluarannya  sebanyak 3.3 juta tong dan  pada akhir 2014 sebanyak 6.5 juta tong sehari.

Bab pengeluaran minyak ini, kita yakin dengan  perancangan  Iraq. Hanya yang misteri ialah bila RV. Wooo. Ramai yang sudah terseksa diri menanti.

Sunday, May 15, 2011

DINAR IRAQ: MENILAI BERITA SAHIH

Dalam ilmu hadis, sanad(perawi)  dan matan(intipati) adalah penting dalam menilai kebenaran hadis itu.

Kekadang intipatinya (matan) pun sudah tak logik, maka dengan mudah kita tidak mempercayainya. Semalam, banyak sms yang masuk ke talipon bimbit saya yang menyatakan bahawa 1,000 orang pemimpin dunia sedang berkumpul di Baghdad untuk berjumpa dengan PM Iraq. Kononya nak mendengar pengumuman RV. Inilah sms paling kelakar.

Persidangan PBB pun tak ada 1,000 orang pemimpin dunia yang datang. Tak pernah ada pemimpin dunia datang dan campur tangan berkaitan dengan matawang asing. Mesti heboh di media massa rasmi jika pemimpin dunia berkumpul di sesuatu negara. Maka sms semalam adalah pembohongan oleh web-web penjual dinar Amerika yang memperdayakan kita. Maka teringatlah saya akan nasihat orang bijak pandai- Di zaman IT ini terlalu banyak info. Orang yang bijak ialah orang yang mampu  memilih mana yang betul dan bermanafaat sahaja.

Moga anda terus waras dan stabil perasaan dalam menunggu RV. Wahai Shukri,  teruslah menyapu Radja Karet di pokok getah kau tu. Jamin naik 50%. Ha ha.

BELI SATU PERCUMA SATU. KLIK DI SIINI

Thursday, May 12, 2011

DINAR IRAQ: APA STRATEGI CBI

Menurut sumber dalaman, Iraq menangguhkan cetakan matawangnya yang baru.  Kita pun kurang pasti apakah maksud cetakan wang baru ini. Apakah ianya sejenis note baru yang tidak ada 3 kosong atau note yang lebih kecil seperti note 1, 5, 10 dan 20 Dinar. Ada implikasi yang berlainan ke atas dua tindakan yang berbeza ini.

Jika mencetak dengan nama matawang yang baru,  misalnya " Dinar Jadid",   maka ianya dinamakan sebagai redenominasi. Kerajaan Iraq akan menukar secara perlahan-lahan matawang sedia ada kepada matawang baru. Nilai matawang sedia ada akan bersamaan dengan matawang baru mengikut dasar baru Iraq. Mungkin 25,000 Dinar wang sedia ada akan bersamaan dengan 25 Dinar baru. Maka pemegang Dinar Iraq tidak untung dan tidak  rugi. Balik asal sahaja. Kes ini hanya bertujuan memudahkan rakyat Iraq menyebut nilai matawangnya tanpa ada angka ribu-ribu. Kes ini pernah di buat di Turki. Proses menggantikan wang lama ke wang baru mengambil masa 5 ke 7 tahun lazimnya.

Tetapi jika Iraq mula mengadakan note kecil dengan nama matawang sedia ada juga, maka ianya merupakan persediaan nilai Dinar akan naik. Samada kenaikan secara beransur-ansur atau secara mengejut atau istilah yang disebut sebagai RV.  Jika ini yang berlaku, itulah pilihan dan harapan kita semua.

Sementara itu, kita masih lagi tertanya-tanya  apakah rancangan sebenar Bank Pusat Iraq dan Kerajaan Iraq. Bank Pusat Iraq semacam tak mahu dinar dilelongkan lagi tetapi Kerajaan Iraq masih mahu melelong matawangnya pula. Penin-peninlah, bak kata P.Ramlee. Wooo

Moga-moga anda semua TIDAK PENING. Ha ha. Jika pening, makanlah panadol.

Nota: Nak berangkat ke KB.

Wednesday, May 11, 2011

CBI allow tranfer off up to $50,000 for personal needs

About two weeks ago, the Central Bank of Iraq (CBI) issue instructions to the commercial banks and money changers to report to the income tax authorities on any transfer overseas in excess of $10,000. Suddenly, the purchase of foreign currency from the central bank, which averaged as much as $150 million a day, has come to a standstill.

The CBI reversed its earlier instruction to allow the transfer of up to $50,000 for personal purposes such as tourism, medical services or studies without reporting to the income tax authorities.

[Editor's comment: The initial order by the central bank was meant to curb money laundering. The new guidelines issued by the CBI do not specify how many transfers a person may make within a given time. Given the scope of corruption in Iraq, transmitting $50,000 at each transaction is hardly an efficient way to curb corruption. Incidentally, in the United States, banks must report to the U.S. Treasury on every transfer in excess of $5,000]

Source: Al-Zaman, Iraq, May 9, 2011

Monday, May 9, 2011

DINAR IRAQ: NOTE BESAR VS NOTE KECIL

Jika anda menukar matawang USD ke RM di Money Changer Malaysia, maka anda akan mendapat kadar  tukaran yang tinggi bagi note USD 50.00 (kini RM 3.00)  berbanding dengan note USD 5.00 (kini  RM 2.50).  Hal ini adalah  kerana adalah mudah bagi Money Changer menguruskan note yang besar berbanding dengan note yang kecil. Ha ha. Jika anda tak percaya, pergilah tukar note USD 50 dan note USD 5.00 di mana-mana Money Changer Malaysia. Jika tak benar kenyataan saya ini,  boleh  kerat tangan.  Tetapi kerat tangan ayam le. Wooo.

Maka jika ada diantara kita yang    membawa cerita, jika redenominasi  dinar iraq  nanti, hanya note kecil sahaja yang laku,  maka itulah pembidaah yang besar. Ha ha. Setiap matawang yang dikeluarkan secara rasmi oleh sesuatu Bank Pusat adalah sama kesannya jika ada apa-apa perubahan. Jika sesuatu Bank Pusat ingin menarik note besar di pasaran, maka ianya boleh mendapat tukaran yang sama dalam note yang kecil pula.  Misalnya kalau note  25k ditarik dari pasaran, dan hanya note 50  Dinar  sahaja yang akan terus diperlakukan di pasaran, maka Bank Pusat akan membenarkan tukaran 25K dengan note 50 Dinar  sebanyak 500 kepinglah. Itu logik matematik.

Setakat ini belum ada sejarah matawang yang merugikan penyimpan note besar. Tempoh pertukaran akan tetap diberikan oleh kerajaan  yang berkuasa. Kes Turki dan Malaysia adalah contoh yang terbaik. Saya adalah penganut mazhab logik dan fundamental ekonomi. Ada faktor yang konsisten dan ada faktor yang berubah. Ingatkah ilmu matematik yang anda belajar. Ada angkatap!!!  Wooo.


 

Friday, May 6, 2011

DINAR IRAQ: NAIK MENGEJUT ATAU BERANSUR-ANSUR

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bank Pusat Iraq telah  pun  menghantar lapuran dan cadangan ke PM Iraq, Nuri Al Malki berkaitan  dengan masa depan Dinar Iraq.  Cadangan ini agak lain dari   tujuan mengRV secara mengejut, tetapi ianya  mencadangan  unjuran  kenaikan nilai  dinar secara beransur-ansur  dalam tempoh  dua belas bulan.

Cadangan ini lebih kurang  sama  dengan pendapat saya pada posting beberapa minggu lalu yang mempersoalkan mengapa dinar Iraq tak berubah kenaikannya sejak dua tahun lalu walhal ekonomi Iraq semakin baik. Jika dinar naik secara beransur-ansur maka nilainya akan berubah seperti  unjuran berikut  misalnya::

1170 dinar = USD 1.00
117 Dinar  =  USD 1.00
1.17 Dinar = USD 1.00

Kenaikan secara diataslah sepatutnya berlaku secara logiknya.  Tetapi sejak 2 tahun lalu, Bank Pusat Iraq langsung tak merubah nilai dinarnya. Semacam ada satu sendikit rahsia pula.

Jika proses kenaikan nilai Dinar dibuat secara beransur-ansur, ini membolehkan Iraq mengelakkan inflasi dan membeli balik semula dinarnya yang kini bersepah di luar negara. Ha ha.  Proses ini lebih baik lagi kerana tidak mengejutkan   pasaran dan "menggilakan"   anda semua. Wooo.

Kini, lelongan dinar semakin berkurangan. Jika dalam tempoh beberapa hari akan datang  ini,  jika  kita dapati ada perubahan nilai Dinar, maka cerahlah harapan kita melihat dinar menuju ke nilai yang kita harapkan iaitu 1 dinar  bersamaan 1 USD. Wau. 

Ya, yang perlu kita perhatikan sekarang ialah jumlah lelongan dinar dan kadar pertukarannya. Lihat sesawang Bank Pusat Iraq di sini. Ada orang kata web ini palsu. Ini pun satu hal juga.  Ada   orang salah faham akan alamat sesawang Bank Pusat Iraq.  Alamatnya ialah http://www.cbi.iq/ .  Setakat ini Bank Pusat Iraq tidak pernah menafikan ini alamat sesawangnya. Kalau ada orang lain atau kerajaan lain tak hendak iktiraf sesawang ini, tak dapat saya nak kata  apa-apa. Ha ha.

Engkau orang undilah Mohamad Sabu kat  sini

Thursday, May 5, 2011

DINAR IRAQ: MP IRAQ SETUJU USD 1.17?

Menarik sekali apabila Bank Pusat Iraq semakin menurun lelongan dinarnya. Ada hari ke tahap USD 3 juta sahaja. Pihak Iraq tak mahu USD atau pihak luar tak mahu Dinar?  Suspen ini. Jika dua minggu  lagi  trend ini tetap sama, maka bagi saya ianya sebagai tanda positif  kepada  ekonomi  Iraq.

Amalan lazim sesuatu ekonomi negara   dalam proses  melihat  wangnya keluar  dan masuk adalah berdasarkan ekspot dan impot. Sebuah negara akan berusaha mewujudkan imbangan perdagangan yang positif, dimana ekspot melebehi impot.  Jika wang asing masuk ke negara, maka reservenya akan bertambah dan membolehkan ianya berbelanja secara aman kerana tidak risau dengan defisit. Jika defisit, maka kerajaan kena berhutang dengan pihak luar atau menjual bon. Dalam kontek Iraq, ia lebih suka menjual dinar daripada menjual bonnya. Mungkin pihak luar tak berminat atau yakin dengan bon Iraq, lantaran  sistem ekonomi Iraq belum lagi mencapai piawaian antarabangsa. 

Saya masih menunggu kesahihan khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Iraq  yang  amat cenderung meluluskan dinar bersamaan USD 1.17. Wooo.  

Pesanan Emak Ayah: Kalau kaya, tubuh jangan dicemari dengan bau.





Wednesday, May 4, 2011

DINAR IRAQ: MALAYSIA SUDAH YAKIN IRAQ

Senang hati saya apabila Malaysia akan membuka kedutaannya di Baghdad dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Malaysia adalah sebuah negara yang begitu konservatif dalam pelaburan  antara  bangsa. Dalam keadaan Singapura dan Amerika sanggup meneroka perniagaan  dan pelaburan di Burma secara agresif, tetapi Malaysia masih lagi berhati-hati memulakannya. Dalam keadaan syarikat minyak antara bangsa telah lama meneroka di Iraq sejak 7 tahun lalu, Petronas Malaysia baharu sahaja memulakannya pada tahun lalu.

Maka dengan pembukaan kedutaan Malaysia di Iraq ini, ianya satu penanda aras bahwa Iraq sudah aman dan selamat kini. Kebetulan pula hubungan Iraq dengan Kuwait dan lnegara jiran  yang  lain sudah semakin pulih, mesra dan jelas dari segi ekonomi dan perundangannya. 

Hari ini kita sedang menanti keputusan berkaitan  reserve asing   Iraq yang berada di New York sebanyak USD 50 juta, samada mahu di bawa balik atau tidak. Sebelum ini, Iraq telah bersetuju cadangan tuntutan Amerika ke atas Iraq. Saya pun tak tahu berapa nilai tuntutannya kerana tidak ada sumber yang menyatakan jumlahnya. Dan sila ambil ingatan bahwa Iraq dan Kuwait masih berunding untuk menentukan bagaimana nak menyelesaikan tuntutan kes Chapter 7, PBB itu. Semuanya ini kini di peringkat akhir yang sedikit sebanyak mempengaruhi  faktor RV. Wau. Tentu saudara rasa tak seronok mendengar ayat ini. Namun, ayat yang paling mudah saya katakan ialah - kini Bank Pusat Iraq sendiri yang menyatakan akan berbuat sesuatu atas dinarnya  berbanding  selama ini Bank Pusat Iraq hanya berdiam diri sahaja walaupun pelbagai pihak luar membuat pelbagai  kenyataan  berkaitan dengan dinar Iraq.  Maka kita kini di fasa terakhir menunggunya RV sebenarnya. Bagi saya, jika RV terjadi dalam tahun ini pun sudah di kira OK juga kerana sejak awal lagi, saya telah bersedia RV pada tahun 2013!!!!   Orang tua macam saya pun sanggup bersabar, takkan saudara yang muda belia masih meroyan  menunggu RV dinar. Woooo.

Oh ya hanya tinggal 3 orang lagi yang berpeluang ke Guangzhou. Ha ha



Monday, May 2, 2011

DINAR IRAQ: APA YANG DITAKUTKAN JIKA RV

Antara bidang ekonomi yang kini menjadi tumpuan Iraq ialah pelancongan. Industri pelancongan hanya boleh dimajukan jika wujud  suasana keamanan dan keselamatan dalam negara. Maka kita berkeyakinan Iraq kini sedang berusaha mempastikan suasana ini  wujud.

Tak pernah selama ini, kita mendengar secara rasmi akan kenyataan Bank Pusat Iraq berkaitan dengan   isu  mengangkat  tiga kosong  dari matawang dinarnya.Beberapa minggu lalu isu  ini  sudah mula diperkatakan. Malah penasihat Bank Negara Iraq ketika berdailog dengan ahli perniagaan di Amerika pun  telah menjawab persoalan ini. Malangnya jawapannya masih kabur lagi. Ha ha,  Penasihat Bank Negara Iraq dok cerita hal inflasi dan kenaikan harga  sahaja. Iraq seolah-olah risau terjadinya inflasi dan kenaikan harga melampau  jika dinar diapungkan atau dinilai semula. 

Yang positifnya,  Pihak Berkuasa Iraq sudah mula memikirkan soal RV. Kalau dulu, anda sahaja yang sibuk bertanya hal RV tetapi kini Bank Pusat Iraq sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di parlimen. Ada yang tak setuju  apabila saya katakan bahwa Iraq hendaklah memulakan  proses apungan dengan satu sen USD.  Ya, mulakan  dengan satu sen!!!. Lepas tu barulah  menuju dan  mencecah ke USD 0.30 dan seterusnya USD 1.00.    Itu pun sudah berbaloi oi.

Apapun kita kena bersedia dengan MENANTI. Kerana "menanti", maka lahirlah ratusan lagu berkaitan menanti. Ha ha. Yang tak boleh menanti ialah orang perempuan. Maka orang perempuan tak digalakkan menyimpan dinar. Ha ha.  Jika sang suami membeli dinar, jangan bagi tau sang isteri. Woo, maaf kepada kaum hawa.


Malaysia akan membuka kedutaan  di Iraq  dalam tempoh 3 bulan dari sekarang.


Bagi sesiapa yang belum memiliki dinar iraq, wajarlah mengambil langkah segera dalam seminggu dua ini kerana Bank Negara Iraq telah memasuki fasa terakhir untuk "berbuat sesuatu" ke atas dinarnya. Jika takutkan risiko, miliki sekadarnya sahaja, supaya tak meleleh jika naik ke USD 3.00 dan tak keluar air mata jika tak apung-apung juga. Ha ha. Tel saya  012-2104244. Bagi salam dan nama jika bersms ya..