Wednesday, June 29, 2011

DINAR IRAQ: NANTIKAN SAHAJA

Dalam tempoh 48 jam ini, marilah kita menanti  perkhabaran rasmi dari Iraq. 

Ada satu sms yang saya terima sebentar tadi yang mengatakan rate pertukaran Dinar Iraq ialah USD 1.00 = 1.15 Dinar. Selepas saya semak, satu lagi kekeliruan telah berlaku di pasaran sms. Entahlah, manusia suka menghebohkan berita yang belum pasti benar.  Woooo.

Mungkin PM Iraq sedang berhempas pulas memikirkan apakah pilihan cadangan yang terbaik dalam usaha meningkatkan ekonomi Iraq, termasuklah  mengkaji semula nilai Dinarnya.

Tunggulah. Menanti tak kena bayar. Ha ha

Tuesday, June 28, 2011

REVALUE ATAU REDENOMINASI?

Nuri al Maliki  telah mengarahkan supaya Gabenor Bank Negara Iraq tidak dibenarkan  keluar negaranya sehingga menyebabkan Gabenor berkenaan tidak dapat menghadiri satu persidangan di Rom. Ini berkaitan dengan  cadangan CBI untuk membuat matawang baru kepada jemaah menteri pada minggu lalu.  Nampaknya jemaah menteri semacam ada idea lain dalam isu penilaian semula (rv) dan pemecahan mata wang  yang kecil (redenominasi)

Isu yang menjadi misteri kepada kita ialah:

1. Adakah CBI  akan membuat revalue (penilaian  semula)  terlebih dahulu dan selepas itu mengadakan  mata yang  wang kecil (redenominasi). Jika ini berlaku, maka hasrat kita untuk  menjadi jutawan akan tercapai. Atau

2. Adakah CBI akan membuat matawang baru dengan angka pecahan yang kecil tanpa ada revalue (penilaian semula). Jika ini berlaku, maka kita tak untung dan tak rugi  tetapi buang masa kita sahaja -  yang letih menanti sekian lama.  Dah lama berangan kaya  katakan. Ha ha. 

Bagi kes ke 2 diatas, ada dua kemungkinan pula yang akan berlaku:

1. CBI akan membenarkan kita menukar note besar kepada note kecil. Notenya tetap bernama Dinar Iraq. Misalya sekeping note 25,000 ditukar untuk mendapatkan note 100 Dinar sebanyak 250 keping.  Jika selepas itu   rv atau nilai dinar naik secara beransur-ansur pun kita tetap akan beruntung. Atau

2. CBI mengadakan note baru misalnya dinamakan New Iraqi Dinar. Kemudian semua note lama ditukar dengan note baru yang telah telah dibuang 3 kosong, misalnya note lama 25000 Dinar lama akan ditukar ganti dengan note baru 25 Dinar. Kes ini  sama dengan kes Turki. Jika rv, ianya rv atas note baru. Jika ini berlaku, rv tidak memberi makna kepada kita. Saya rasa Amerika akan menyerang Iraq semula kerana Amerika akan rugi berbilion  dollar  lagi.  Woooo.

Jika tak faham boleh talipon saya. SMS tak akan dijawab. Ha ha.

Thursday, June 23, 2011

DINAR IRAQ: SUSPEN 30 JUN

Beberapa hari yang  lalu, Gabenor Bank Negara Iraq  telah dipanggil secara  secara mengejut untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada jemaah menteri Iraq berkaitan dengan  penilaian semula dan re-denominasi  dinar Iraq.  Pihak PM dan jemaah menteri Iraq amat prihatin apakah yang akan dilakukan oleh gabenor Bank Negara Iraq terhadap rakyatnya  nanti.

Nampaknya  isu RV semakin rancak dan serius tetapi  infonya amat rahsia sekali. Pihak di luar Bank Negara Iraq sahaja yang membuat pelbagai ramalan dan spekulasi.  Ada yang menyatakan Bank Negara Iraq sedang mencetak  beberapa note baru yag kecil  sebagai persediaan kepada kenaikan nilai dinar Iraq. Jika dinar Iraq naik, maka note kecillah diperlukan di pasaran  untuk kemudahan berbelanja. Dikatakan nanti note yang paling besar ialah note 100 Dinar sahaja. 

Yang paling menyeronokkan  kononnya  dinar akan RV pada akhir Jun ini. Mari kita nantikan. Menanti tak kena bayar, kecuali anda menanti di kopitiam - bayarlah duit teh sendiri. Woooo.

Thursday, June 16, 2011

CERITA KEDUA

Rakan saya namanya T. Pada tahun 1986 saya berpindah tempat kerja dari Jitra ke KL. Selepas habis waktu pejabat, saya pun selalu singgah di sebuah kedai buku, tempat T bertugas.  T hanya pekerja biasa tetapi apa yang beliau buat adalah melebehi dari pekerja biasa.

Bos kedai buku ini menyerahkan hampir kesemua tugas mengurus kedai buku ini kepada T. Dari melayan pelanggan, menyusun atur buku, membersih kedai, membuat tempahan buku, membuat bayaran belian buku, melayan pembekal - semuanya diurus oleh T. Ha ha. macam tauke sebenar pula.

Dan yang paling menarik, sahabat saya T ini juga bijak mengurus dan menerbitkan kaset, poster, majalah dan buku. Semua urusan pra penerbitan beliau urusakan. Alah biasa tegal biasa. Beliau gembira dan mudah sahaja menguruskan kerja-kerja tersebut. Alang-alang pekerja biasa tentu tak mahu lakukan kerja-kerja diluar tugas hakiki. Ha ha.

Akhirnya T diberi balasan oleh Allah atas kerja lebihnya selama ini. Seorang tauke toko buku menawarkan kepada T untuk mengambil alih sebuah kedai buku di Hentian Pudu Raya. Ambil alih dulu, bayar kemudian. Agaknya tauke buku ini ini yakin dengan pengalaman T yang sedang mengurus kedai buku seperti miliknya sendiri, walaupun dimiliki oleh orang lain. Ha ha.

Kini T ada beberapa buah cawangan kedai buku. Jualannya di Pesta Buku di PWTC untuk beberapa hari sahaja mencecah RM 200 ke RM 300 ribu. Wau. Malah beliau juga menerbitkan buku, kaset dan poster. Pengalamannya memudahkan beliau menjadi   tauke  kedai buku dan sekaligus sebagai penerbit buku. Pernah keluar di tv 3 dalam sessi khas memperomosikan buku dan kaset terbitannya.

Inilah berkat orang yang sanggup buat kerja lebih, ringan tulang dan amanah kepada bosnya. Semua sikap dan tingkah laku kita diperhatikan orang. Akhirnya dibalas oleh Allah melalui manusia di muka bumi ini. So, janganlah anda mengungkit jika buat kerja lebih. Insyaallah Allah akan membalasnya. Cepat atau lambat, Allah yang lebih tahu bila sepatutnya diberikan kepada kita.

Tuesday, June 14, 2011

KERJA LUAR BIASA

Sementara menantikan dinar Iraq diapungkan, eloklah saya mencatat cerita-cerita  orang yang berjaya dalam bisnes.  Saya tak akan sebut namanya, sekadar menggunakan nama samaran sahaja. Ha ha. Kesah benar orang yang pernah saya jumpa. 

Orang berjaya ialah orang yang sanggup buat kerja apa yang orang ramai tak sanggup buat. Orang ramai tak sanggup buat sesuatu kerja kerana kerja itu mungkin berat, memerlukan kemahiran, tak ada "status", tak ikut time kerja dan pelbagai lagi.

Seorang kawan saya dari Rembau. Kini bergelar Datuk. Bukan Datuk beli tau. Ha ha. Beliau mulakan kerja dengan kerja mengangkut najis yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sebelum ini, kerja-kerja angkutan najis dibuat oleh buruh India di bawah seliaan JKR.  Oleh kerana kawan saya ini sanggup buat kerja yang tak diminati oleh kontraktor lain, maka sebarang kerja yang payah-payah akan diberikan kepada kawan saya ini. Lama kelamaan beliau mendapat tawaran kerja yang besar nilainya. Alhamdulillah kini menjadi kontraktor besar dan sukses dalam perniagaannya. Ada pasar mini dan stesyen minyak disamping perniagaan teras sebagai kontarktor.

Rahsia kejayaan kawan saya ini ialah sanggup buat kerja yang orang lain tak sanggup buat. Nampak mudah tetapi bagi saya luar biasa semangatnya itu. Shukri Besut setakat beli Radja Karet sahaja. Yang menyapunya pekerjanya. Ha ha. Gurau je Shukri. Wooo.


Saturday, June 11, 2011

DINAR IRAQ: ISU DAN PROSPEK

Bacaan khas untuk pembaca baru blog ini.

Apakah ayat ringkas yang boleh disimpulkan berkaitan dengan potfolio  pemilikan Dinar Iraq. Jawapannya ialah Simpan   Dan Jual  Dinar Iraq Selepas Apungan.   Modal pertama di sini ialah KESABARAN, kerana terpaksa menunggu bilakah wang Dinar ini diapungkan dan dinilai semula (revalue -RV)

Latar Belakang Prospek Pemilikan Dinar:


Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003)  ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq.   Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik,  bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010,   kini  Iraq  telah  mempunyai Perdana Menteri baru dan   barisan  kabinetnya.  Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.

Tentera Iraq pula telah mula  mengambil alih peranan tentera Amerika yang  mulai  keluar sejak 31hb Ogos  2010.  Kini. hanya tinggal 50,000  orang tentera Amerika  dan   kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011.  Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya   selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir  2003.  Ini  merupakan satu  anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di  Iraq.  Iraq kini  sebagai "negara emas"  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga  atau  selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq.   Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya.  Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar?   Ya, setiap bulan bank asing   membeli   dinar Iraq sebanyak  USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Isu Isu Note Dinar:


Isu  paling utama berkaitan dengan note Dinar ialah pembuangan 3 kosong  pada notenya. Jika ini dibuat, ianya  bukan menaikan nilai Dinar tetapi  sebaliknya  akan mengurangkan nilai Dinar.  Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan  bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang.   Maka ramai yang berpendapat maksud pembungan 3 kosong   itu  ialah membuang nilainya dari 1,000 dinar bersamaan dengan 1 USD kepada 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD.  Ya, nilai 1000 Dinar  jadi 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD, Ia membawa maksud kenaikan nilai  dinar, bukan menukar note 1,000 dinar lama bersamaan dengan note 1  dinar baru.

Isu kedua ialah tentang pertukaran  note baru.  Bukan  mudah bagi  sesebuah negara  menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh  yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan.  Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Mana ada logik bib. Gunalah otak sikit. Duit satu sen Malaysia yang nak dibuang pun kena bagi notis setahun juga. Woooo. Inikan wang Dinar yang dah melampuh kat pasaran dunia. Kok jadi macam tu, ramai yang bunuh diri nanti. Ha ha.



Bilakah Dinar Akan Naik?

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan ramalan ini.

Pertama: Sebelum November 2011, iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi sebagai anggota WTO

Kedua: Apabila Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke 4 juta tong sehari, sepertimana pada tahun 2003. Iraq dijangka akan mencapai tahap tersebut pada tahun 2012.

Ketiga: Pada 2013, iaitu genap 10 tahun pemulihan Iraq dari serangan Amerika pada 2003 dahulu.


Namun, ada yang berpendapat pada  bila-bila masa dari sekarang kerana kertas cadangan Bank Negera Iraq telah pun disiapkan untuk kelulusan PM dan Parlimen Iraq. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.


Wednesday, June 8, 2011

DINAR IRAQ: SUMBER SAHIH

Nuri Al Maliki kecewa dengan prestasi kerajaannya. Kerajaan campurannya sentiasa terhalang dengan tentangan blok politik yang amat kuat di parlimen. Rancangan Empat Tahun Iraq Iraq akan dinilai semula  dalam tempoh 100 hari lagi.   Berita gempar yang diharapkan tak kunjung tiba. Walaupun pelbagai ramalan dan harapan diwar-warkan, ianya tak muncul. Maka marilah kita meneruskan alam penantian. Ha ha.

Puan Fatimah Kuantan mengatakan berita-berita dari hantu polong perlu dipertimbagakan kerana ia duduk di luar alam  maujud, dimana  manusia tak mengetahuinya.  Ha ha, siapa nak percaya dengan berita dari hantu polong, ikut suka engkaulah. Jangan naik meroyan sudahlah. Bagi saya sumber rasmi adalah dari web rasmi Iraq. Antaranya:



http://en.aswataliraq.info/

Eloklah pembaca blog ini menjengah sesawang di atas jika hendak mendapat lapuran yang sahih. 



Tuesday, June 7, 2011

DINAR IRAQ: BERITA CBI YANG SAH

Mulai saat ini, selalulah melawat sesawang Bank Negara Iraq di sini.

Hanya sumber ini sahaja yang boleh mengesahkan  samada Dinar Iraq telah naik atau tidak.  Saya tidak bertanggung jawab terhadap sebarang khabar angin  dan sms mana-mana hantu polong. Wooo

Monday, June 6, 2011

DINAR IRAQ: FASA MENANTI RV

Kalau sudah rv, usahlah tanya saya. Pergilah tukar terus dinar di Money Changer. Ha  ha. Kononnya ada web yang mengatakan dinar sudah rv. Bukankah sudah berkali-kali saya tegaskan bahwa hanya web CBI sahaja yang  boleh mengesahkan dinar sudah rv atau belum . Yang lain hanya meramalkan sahaja. Wooo

Mulai sekarang bukan masanya bertanyakan  prospek. menyimpan   dinar. Kini adalah  fasa menunggu  bilakah dinar akan diapungkan sahaja.  Maka saya tidak melayan emel atau sms bertanyakan prospek dinar. Masa unuk meyakinkan prospek dinar telah tamat.  Kini, kita tengah  berkira-kira berapa mahu dapat apabila dinar diapungkan. Ha ha. Maafkan saya jika tidak melayan pertanyaan  anda  lagi.

Terima kasihhhh.

Wednesday, June 1, 2011

DINAR IRAQ: PANDAI PANDAILAH MERANCANG

Pagi-pagi lagi Brother Zul dan Afendi sudah sms kepada saya mengatakan kadar apungan pada USD 1.30. Soal kadar apungan tak menjadi masalah kepada kita kerana fundamental ekonomi  Iraq layak mendapat kadar  tukaran kepada lebih USD 1.00. Hanya sebagai mengelak inflasi yang mengejut, Iraq mungkin menaikan nilai dinar secara beransur-ansur.

Isu utama kita ialah bila pihak berkuasa Iraq hendak mengistiharkan RV tersebut. Minggu ini, bulan ini atau dalam tahun ini? Ramai yang sudah nak pencen  dari kerja sekarang.  Ini pun satu hal juga. Kerja tetap kena kerja. Kalau tak kerja nak buat apa. Duit bonus dari dinar adalah untuk potfolio pelaburan kita sahaja. Untung dari potfolio pelaburan dinar itulah yang akan  kita gunakan atau belanjakan. Ha ha. Duit segunung pun boleh habis kalau tak beranak oi. Pandai pandailah merancang kewangan anda apabila mendapat wang dinar nanti.


Nota: Yang telah menempah dinar, sila tamatkan urusniaga sebelum 5hb Jun.

 Yang muda jangan baca.