3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
Oleh: Irfan Khairi
Apa
yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya
dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan
mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam
sihat yang anda mesti miliki!
1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu
Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan.
Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri
terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita,
sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri
sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja
perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk
dibelanjakan!
Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya,
ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka
10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat
menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh
dinaikkan sehingga 20% dan lebih!
Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita
tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah
tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu.
Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.
2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar
Kekayaan
bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud,
berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000
sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai
yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!
Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan
mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita
pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;)
Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki
smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh
didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.
Tabiat
mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak
wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang
keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan
pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan
sekiranya perlu.
3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan
Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan.
Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan
pendapatan.
Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca
dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan
memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita
bersikap berhati-hati sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita
terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan
dapat dibina dengan lebih pantas.
Aliran pendapatan boleh
terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan
perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya.
Kebanyakan orang
kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja,
tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat
ini, sebagai tabiat anda!