Kenaikan nilai sesuatu matawang adalah berkolerasi (seiring) dengan kekuatan ekonomi sesuatu negara. Salah satu indikator kekuatan ekonomi ialah jumlah ekspot melebehi jumlah impotnya. Ini dikatakan Imbangan Perdagangan. Lebihan ekspot atau impot akan memberi kesan kepada aliran masuk dan keluar wang sesuatu negara.
Lebihan ekspot akan menambahkan rezab. Rezab yang kukuh akan menguatkan nilai matawang sesuatu negara pula. Rentetan faktor ekonomi inilah yang perlu kita lihat apabila mahu menilai kekuatan sesuatu matawang. Ianya bukan seperti lampau ajaib Aladin, yang membolehkan sesuatu matawang naik secara mengejut. Ha ha.
Dengan 90% pendapatan Iraq ialah dari hasil minyak yang diperlukan sangat oleh ekonomi dunia, maka tidak dapat tidak, Irak akan muncul sebagai sebuah negara yang kuat ekonominya. Pencerobohan Amerika ke atas Iraq pada 2003 bukanlah kerana kejahatan Saddam Husin tetapi lebih kepada niat Amerika yang mahu membolot sumber minyak Iraq. Niat nak menyerang Iran pun kerana minyak juga sebenarnya. Kini Amerika cukup risau dengan negara China yang sudah menjadi pembeli besar minyak dunia.
Saya merasakan Iraq akan lebih kukoh pendapatannya, ekonominya dan rizabnya apabila pengeluaran minyaknya mencapai tahap 4 juta tong sehari, sama seperti tahun 2003. Tahun ini dijangka mencapai sasaran ke 3.2 juta tong sehari. Apakah pada tahun 2013, Iraq akan mencapai sasaran 4 juta tong sehari. Jika ya, maka Iraq akan kembali kepada kekuatan asal ekonominya pada 2003. Dan pada 2003, nilai Dinar Iraq ialah USD 0.30. Apakah pada 2013, nilai Dinar Iraq pun akan kembali seperti itu juga. Tidak mustahil akan terjadi. Mari kita nantikan, kok panjang umur. Ha ha.
Sambil menanti apungan Dinar, buatlah kerja lain macam biasa. Jangan gelabah sangat apabila mendengar komen negatif terhadap dinar Iraq. Bisnes lain pun ada unsur risko juga. Kerja makan gaji ada risko. Pelaburan saham ada risko. Simpan emas pun ada risko. Ha ha. Kok dikebas isteri tersayang. Woo.
Ya, jangan biarkan anak anda ketinggalan zaman.
Baca ini.