Wednesday, July 25, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APUNGAN SEMAKIN HAMPIR

Diam tak diam, sudah masuk 6 Ramadhan, malam ini. Masa,  jika ditunggu memang lama. Tetapi jika sudah berlalu, terasa sekejap sahaja.  Walau terlewat, saya ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ini. Moga jangan tinggalkan solat. Tidak ada makna puasa, tanpa bersolat. Solat asas  segala ibadah untuk diterima oleh Allah SWT. Opps, sedikit ingatan sahaja.

Ketika  CBI mempekenalkan note baru pada akhir 2003, sebagai mengganti note  lama  di era Saddam Husin - tidak pula kita mendengar pelbagai kecoh dan spekulasi. CBI dengan tegas mengatakan note lama perlu ditukar dalam tempoh 6 bulan sahaja. Note baru, yang kini kita pegang sekarang - dilihat lebih berkualiti dan dicetak oleh Syarikat De La Rue, UK.

Ada dua sebab, mengapa Iraq  mengganti note lama ke note  baru pada akhir 2003.   Pertama:   Kualiti wang kertas zaman Saddam tidak menepati piawaian antara bangsa. Iamya mudah dipalsukan dan diciplak oleh sesiapa   pun.  Namun begitu, nilai teredahnya ialah USD 0.30  bagi setiap Dinar. Hebat juga kan...

Sebab kedua mengapa Iraq perlu megadakan note baru adalah kerana Iraq memerlukan satu note yang mempunyai angka yang besar. Lantaran serangan Amerika ke atas Iraq, Iraq  mengalami kejatuhan matawang, kenaikan inflasi yang melampau  dan sekaligus kenaikan harga barang yang tinggi. Maka  tidak dapat tidak satu note yang besar diperlulan untuk memudahkan bayaran kepada harga sesuatu barangan. Jika tidak, sesorang kena membawa note kecil yang banyak.  Bayangkan satu barangan dulunya  1 Dinar, kini telah menjadi 1000 Dinar. Jenuhlah kena bawa note 1,000 keping jika masih menggunakan note lama.  Logiknya mudah, apabila matawang jatuh, maka sesuatu negara akan menggunakan note yang berangka besar. Sebaliknya, jika matawang negara itu kuat, maka negara itu menggunakan note yang berangka kecil.  Contohnya Malaysia dan Indonesia. 

Kini  sekali lagi kita mendengar ura-ura Iraq mahu  menukar notenya. Apakah tujuan  Iraq mahu menukarkan note Dinarnya.  Adakah kerana note ini   tidak  menepati  piawaian antara bangsa, Rasanya perkara ini tidak relevan sama sekali.  Atau adakah kerana "nilai" Dinar akan menaik sehingga memerlukan satu note yang kecil semula seperti zaman Saddam atau sebelum zaman Saddam  dahulu.  

Bagi saya,  kenaikan sesuatu  matawang adalah secara evolusi dan bertahap-tahap.  Logiknya nilai Dinar mestilah menuju ke nilai satu sen USD terlebih dahulu. Kemudian barulah kita bercakap soal nilai yang lebih besar lagi dari nilai satu sen USD  itu. Jika ini yang CBI fikirkan dan rancangkan, ianya tidak akan menggemparkan dunia.  Jika sudah mencecah nilai satu sen USD, maka sudah pasti nilai USD 0.30 akan mudah ditujunya!!!!!!
 
Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:
  • 10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00
  • 20,000 Dinar Iraq pada harga RM 300.00 berpotensi menjadi RM 20,000.00
  • 25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00
  • 30,000 Dinar Iraq pada harga RM 450.00 berpotensi menjadi RM 30,000.00
  • 50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00 (note 10K, 5 keping atau note 25K, 2 keping)

Ya, APUNGAN SEMAKIN HAMPIR....

Tuesday, July 10, 2012

DINAR IRAQ: TEORI PUSINGAN 10 TAHUN SEMAKIN HAMPIR

Hanya tinggal enam bulan lagi tahun 2012 akan tamat. Teori Pusingan Ekonomi  10 Tahun Iraq (2003-2013) akan bermula tidak  lama lgi.  Kini, pelbagai berita berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Iraq yang positif  diterima setiap hari. Maka tidak mustahil nilai matawang Dinar Iraq akan kembali semula kepada nilai asalnya iaitu USD 3.30.  Kalau pun tidak USD 3.30, dapat USD 0.30 pun terlalu ok juga. Ha ha.

Pendapatan dari dinar Iraq merupakan salah satu strategi kewangan kita. Namun, ada banyak lagi cara yang boleh kita pelajari.  Antaranya ialah memulakan perniagaan. Jika nak berniaga, maka asasnya ialah menjadi salesman. Ikuti kesah Warran Buffet yang memulakan hidupnya sebagai salesman di sini.

Mulakan jadi agen Realshoope, tanpa modal. Klik di sini



Tuesday, July 3, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: IRAQ LOBI AMERIKA UNTUK WTO

Ada perkhabaran mengatakan Bank Negara Iraq menangguhkan cadangan membuang 3 kosong pada Dinarnya dalam tempoh 2 tahun lagi. Sebelum ini dilaporkan Iraq  akan memperkenalkan note baru dan digunakan bersekali dengan note lama. Macam macam cerita  yang kita terima  berkaitan dengan matawang  Iraq.  Kekadang lebih baik jangan baca berita hal matawang Dinar ini. Boleh naik pening kepala kita dibuatnya. Asyik berubah sahaja laporannya. Ha ha.  

Terbaru, dikatakan Menteri Perdagangan Iraq sedang melobi Amerika untuk menyokong Iraq menyertai WTO. Cerita Iraq dan WTO pun satu hal lagi. Dulu, dikatakan Iraq dalam proses akhir diterima sebagai anggota WTO. Setelah lebih 12 bulan pun, tak nampak bayang yang Iraq akan diterima sebagai anggota WTO. Kononnya sistem perbankan dan kewangan Iraq belum ke tahap melayakkan mereka diterima sebagai anggota WTO. 

Ada penyimpan Dinar yang berhasrat memulakan perniagaan tetapi langsung tiada modal.  Ha ha. Kalau tak ada modal, kenalah cari modal. Modal bergantung jenis perniagaan. Apa pun seseorang itu mesti memulakan simpanan. Ada orang buat sumpanan paksaan ke atas dirinya. Setahun dua cukuplah memulakan satu perniagaan kecil. Tetapi ada juga, malah mungkin yang ramai macam ini - iaitu tak ada wang lebihan untuk disimpan!!!!  Untuk golongan ini jawapannya ialah buat kerja lebih masa atau buat kerja tambahan yang lain  sehingga memungkinkan anda boleh membuat simpanan.

Janganlah terasa pelik sangat jika dikatakan kena  buat kerja tambahan. Seorang Doktor perubatan di hospital kerajaan pun bertugas di klinik swasta. Seorang guru  pun  buat kerja tusyen. Seorang polis biasa  pun buat kerja pelayan di restoran. Seorang pembantu pejabat pun  berniaga di pasar  malam. Seorang kerani  pun  buat kerja memesin rumput di hujung minggu di taman-taman perumahan. Pokoknya halal dan sesekali jangan makan rasuah!!!!! Inilah yang dirumuskan oleh Azizi Ali dalam bukunya "Pesara Jutawan" - Anda perlu menyimpan  dari  kerja tambahan anda!!!!

Moga mulakan hari ini - kumpul modal dengan kerja tambahan. Jika malas, hapah pun tak merasa. Woooo.  Tiada lampu ajaib Aladdin.

Jika malas makan ini.   Insyallah ringan badan.