Wednesday, August 29, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: SYOKNYA RAYA

Rasanya masing-masing dah puas beraya di kampong. Mulai minggu ini, orang KL akan mula sibuk dengan pelbagai jamuan raya dan open house  pula. Ha ha. Inilah hebatnya Melayu Malaysia - raya sebulan. Wooo.

Pada pertengahan Ramadhan lalu, saya ada menerima emel dari seorang pemerhati Dinar dari Amerika bernama Adam Montana. Beliau mengatakan dalam tempoh 6 minggu, akan ada berita baik berkaitan dengan Dinar. Tidak pula dijelaskan  apa detailnya. Tunggu sahajalah. Namun, kekadang Adam Montana ini pun, kaki spekulasi juga. Maka saya lebih suka menunggu sampai masanya, barulah menghebohkan kepada anda semua. Takut, tak ada apa-apa pun!!!. Woooo.

Berita berkaitan dengan penukaran matawang Dinar dan penghapusan 3 kosong, semacam sudah reda sekarang. Agaknya pelbagai pihak di Iraq semakin bercelaru dengan idea tersebut dari segi pelaksanaannya. Kita disinilah jangan  memandai membuat pelbagai andaian pula.  Ha ha. Kok menambah huru hara perasaan lagi. Lebih baik bersabar dengan "tunggu dan lihat" dahulu.

Moga selepas Ramadan ini, hikmah Ramadan meresap ke dalam jiwa kita dan kekal sehingga Ramadan akan datang. 

Terima kasih yang sms SELAMAT HARI RAYA kepada saya. Saya dah ucapkan dalam blog ini, cukuplah ya. Ha ha.








Monday, August 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: RIZAB IRAQ MENINGKAT

Jika tak ada aral, Ahad ini hari raya. Ha ha. Orang Melayu, bukan sahaja sebulan berpuasa tetapi raya pun sebulan  juga. Hakikatnya Raya itu sehari sahaja pada 1 Syawal dan diikuti dengan 6 hari puasa sunat dalam bulan Syawal. Tetapi sudah menjadi "tradisi" Malayu, sambutannya sudah jadi sebulan. Semua nak berjamu pada bulan Syawal. Sepatutnya menjamu, terbaiknya pada bulan Ramadhan ini. Apa boleh buat, tradisi mengalahkan "ugama" kekadangnya.

Nampaknya cerita note baru dan kajian semula dinar Iraq semakin banyak dibicarakan  oleh ramai pihak di Iraq. Wau, apakah tahun 2013 akan memberi imbuhan seperti yang kita nantikan selama ini. Berkali kali saya coretkan dalam blog ini,  paling kurang pun nilai Dinar Iraq ini mestilah USD 0.10.  Sebagai sebuah negara utama pengeluar minyak dan gas dunia, apakah nilai sepatutnya bagi Dinar?   Jordan yang tak ada minyak itu pun, nilai dinarnya melebehi RM 5.00.

Rizab luar Iraq pun sudah melebehi USD 68 bilion. Salah satu faktor kenaikan nilai Dinar ialah Iraq perlu menambahkan rizab luarnya dari masa ke semasa. Disamping itu inflasi mesti dikekang pada kurang 2 angka.  Dalam kes pelaburan luar, tak siapa menafikan ianya menarik minat semua negara dunia untuk datang ke Iraq. Baik Amerika atau China, minyak merupakan faktor yang menggamit mereka ke Iraq!!!!

OK, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Baik baik memandu kereta. Saman had laju, minima RM 2,000.00  sekarang. Boleh bangklrap kita wei!!!!!