Friday, September 28, 2012

PESAN IRFAN KHAIRI

3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
Oleh: Irfan Khairi

Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!

1.       Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan  kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.

2.       Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;) Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.

3.       Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.

Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati  sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya. 

Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!


Friday, September 21, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: DARI TRILION KE BILION

Jurucakap Iraq mengatakan cadangan penghapusan 3 kosong terhadap Dinar Iraq akan membolehkan jumlah edaran Dinar Iraqnya  yang bertrilion akan menjadi berbilion sahaja. 

Samada kekal trilion atau menjadi bilion, apakah nilainya berbanding nilai USD?  Itulah yang misterinya. 

Tak logiklah jika Iraq mahu mengurangkan  asetnya/kekayaannya  dalam  USD, hanya dek kerana mahu mengurangkan jumlah edaran Dinar Iraq dari trilion ke bilion. Iraq mestilah mempastikan sekurang kurangnya nilai Dinar Iraq tetap sama dengan USD, walaupun  jumlah edarannya menjadi bilion sahaja.

Cukup suspen proses pembuangan 3 kosong ini. Indonesia tak pula kecoh nak buang 3 kosong pada rupiahnya walaupun wang kertasnya juga berpuloh ribu rupiah. Ha ha.

Ada juga Ahli Ekonomi Iraq yang mengatakan pembuangan 3 kosong tidak memberi apa-apa  kesan  kepada Iraq.  Yang penting Iraq mengawal dan menguasai edaran mata wangnya.  Dan ada yang mencadangkan Iraq perlulah meminta  pembeli minyaknya  menggunakan Dinar Iraq.  Dengan ini matawang Iraq yang bersepah ke seluruh dunia akan kembali semula ke Iraq. Jika syarat ini yang Iraq tetapkan,  maka tidak dapat tidak Kerajaan Malaysia amat memerlukan Dinar Iraq yang ada  di tangan anda.  Woooooo




Thursday, September 20, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: REFORMASI SISTEM BANK

Lama rasanya saya tak muncul di blog ini. Ada yang resah gelisah, lantas sms kepada saya. Ha ha. Sibuk sekali dengan jamuan raya dan kenduri kahwin. Tak ada mood mengadap internet.  Sebenarnya saya menanti berita gembera yang Adam Montana nak nyatakan dalam tempoh 6 minggu. Sehingga kini tak ada apa yang dikatakan berita gembira tu. Sabar sahajalah. Nak marah pun, buang tenaga sahaja. Woooo.

Berdasarkan beberapa berita kewangan dan pelaburan di Iraq, pihak luar masih tidak puas hati dengan sistem perbankan Iraq. Mereka mendesak supaya satu reformasi kepada sistem perbankan perlu dilakukan bagi melicinkan aliran masuk dan keluar  sebarang pelaburan dan aktiviti kewangan. Ini merupakan cabaran utama Iraq pada masa kini.

Isu Bab 7, semacam mahu ditamatkan oleh Kuwait dalam beberapa hari lagi. Sudah acap kali penyataan semacam ini dikeluarkan. Tetapi apabila sampai masanya, masih tertangguh lagi. Arab oh Arab. Nampaknya bukan "janji Melayu" tetapi sudah menjadi "janji Arab" pula kali ini. Ha ha.

Bajet 2013 Iraq kini dalam proses pembentangan di parlimen. Ianya berdasarkan hasil pengeluaran minyak sebanyak 3 juta tong. Jika harga minyak dunia naik, maka pendapatan Iraq pun akan menaik. Rasanya Bajet 2013 Malaysia, lagi hebat agaknya. Maklomlah nak pilihan raya. Tak percaya, tunggulah 28 September ini.  Hidup Rosmah!!! Ha ha.

Jika saya terima berita gembira dari Adam Montana dalam sehari dua ini, insyaallah saya akan maklomkan dalam blog ini.  Saya masih mensasarkan 2013 sebagai tahun harapan dinar Iraq diapungkan sebagai memenuhi Teori Pusingan Ekonomi 10 Tahun. Jiwa mahu kental bib. Kok tak kental, boleh meroyan dibuatnya. Sambil  itu  tanamlah ubi kayu. Sekarang, tak cukup ubi kayu, fasal nak ekspot kerepek ke Timur Tengah. Ha ha. Orang pencen macam sahabat saya di Jitra bernama "Mat Belia"  bolehlah cari tanah sawah yang kering untuk di tanam ubi kayu. Yang di KL, tanam di pasu besarlah. Wooooo.