Tuesday, July 30, 2013

DINAR IRAQ: hayati baki Ramadan terakhir

Bila bulan Ramadhan sahaja, cerita Dinar cukup positif di Iraq. Seolah-olah macam nak RV sahaja. Ha ha.  Nak beli Dinar tetapi duit raya kena ada dulu. Teruskan bersiap untuk raya dahulu.  Saya menjangka dalam tempoh 3 bulan masih lagi sempat memiliki dinar sebelum ianya RV. Tetapi tak jaminlah. Manalah tau, tiba tiba pihak CBI buat gila gila, nak RV segera. 

Saya berharap agar kita dapat menghabiskan baki Ramadhan dengan lebih tekun lagi. Jika kita terus berqiamullail  pada baki Ramadhan ini, insyallah malam lailatul qadr tetap kita lalui, walaupun tanpa pengetahuan kita.

Ok jumpa lagi selepas Raya. Saya balik Gemencheh. NS. Lemang. maman, tapai dan rendang wajib ada punya. Woooo.



Friday, July 26, 2013

DINAR IRAQ TERKINI. RV SELEPAS RAYA

Beberapa laporan di dalam web Just Hopin  menimbulkan keghairahan kepada penyimpan Dinar Iraq.  Dinar Iraq akan naik dalam beberapa hari lagi, katanya.   Dalam istilah forex, naik beberapa pip, tidaklah memberi kesan besar kepada kita selaku  penyimpan Dinar. 

Kini  nilai Dinar sekitar 1166  Dinar  bersamaan 1 USD.  Kita mahukan perubahan yang ketara misalnya 116 Dinar bersamaan 1 USD.  Barulah mudah ianya menuju ke 1.16 Dinar bersamaan 1 USD!!!!  Istilah penghapusan 3 kosong sepatutnya menjurus kepada nilai yang saya unjurkan tadi. Baru syok bib. 

Ramai berkata Dinar bakal RV selepas raya. Tepat sekali. Tetapi raya tahun bila tak tahulah kita. Ha ha.



Tuesday, July 23, 2013

DINAR IRAQ: SMS SUSPEN

Pada bulan puasa ini janganlah  ada  orang  yang tiba-tiba sms kepada  saya mengatakan Dinar sudah naik ke USD 3.40.  Tak percaya, kok betul pulak. Ha ha.  Setakat ini Just Hopin hanya melaporkan tentang desakan supaya nilai Dinar Iraq naik setara dengan USD.  Baru desakan sahaja. Bila nak naik tak tahulah. Tetapi kalau selalu didesak, maknanya tak lama lagilah tu. Wooo.

Nak tunggu dalam setahun lagi pun ramai yang dah keletihan. Inikan pula 3 tahun. Ha ha. Orang Amerika pun gian juga macam orang Malaysia dalam hal dinar ini. Semua impian bakal terlaksana jika Dinar naik. Hanya Abby Abadi sahaja  tak perlu menunggu  Dinar  naik untuk kawin baru. Melepaslah engkau orang. Ha ha.

Saya telah bagi link Just Hopin untuk anda semua mendapat berita Dinar Iraq.  Setakat ini laporan Just Hopin dikira boleh pakailah berbanding web-web lain yang agak keterlaluan "ramalannya".

Ok, 15 hari lagi kita raya. Woooo. Puasa jangan tak  puasa. Tarawih jangan tak tarawih. Saya berbuka dari masjid ke masjid. Jumpa kawan baru dari Bangla dan Pakistan. Ha  ha. Orang Melayu lebih suka berbuka  di rumah.

Thursday, July 18, 2013

DINAR IRAQ: READY FOR HARI RAYA

Sudah 9  Ramadhan hari ini. Tentu kita semua seronok melalui hari hari yang mulia ini.  Tetapi bagi penyimpan dinar, tetap mahu mendengar berita RV. Entah bila agaknya ya. Ha ha. 

Apa yang penting ketika ini, pihak berkuasa Iraq sudah berkira kira untuk menguatkan nilai Dinar. Kalau  naik   RM 0.10   pun sudah cukup baik. Jika ada sejuta Dinar, sudah menjadi RM 100,000.  Oklah tu.  Namun semua mahu nilainya ke RM 1.00, supaya sejuta Dinar menjadi  sejuta RM. Wau.

Raya ni kebanyakannya balik kampong. Bawalah  buah tangan untuk ibu ayah dan kawan kawan. Buah tangan yang  paling mengancam untuk kawan kawan ialah   INI.  Woooo.  Saya yakin kawan kawan saudara akan tabik  dengan tuan!!!!

Tuesday, July 9, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: SELAMAT BERPUASA

Selepas penghapusan Bab 7,  pelbagai kenyataan yang positif terhadap ekonomi Iraq, termasuk juga soal nilai Dinar Iraq.  Walaupun sebelum ini saya mencatat  di dalam blog ini  bahwa kemungkinan RV akan berlaku dalam tempoh 1 ke 3 tahun dari sekarang, tetapi  tidak mustahil ianya akan berlaku dalam tempoh terdekat.  Tetapi bukanlah dalam bulan Ramadhan ini.  Pembentangan Bajet Iraq 2014 nanti, mungkin membolehkan kita mendapat isyarat yang lebih jelas lagi.

 Anda masih sempat membuat simpanan dinar Iraq, samada sedikit atau banyak mengikut kemampuan kewangan anda.  Hanya saya perlu  ingatkan, janganlah tak tidur malam kerana menanti RV. Hiduplah secara biasa. Jika rezki, ianya tetap hadir di hadapan kita. Woooo. 

Anda boleh mengikut perkembangan dinar bersama rakyat Amerika di sini.   Tak payahlah dok sms kepada saya bertanyakan hal dinar selalu. Ha ha. Berilah peluang saya memeluk isteri. Woooo.

Ok, selamat beribadah dengan penuh ketekunan dan khusyuk  di bulan Ramadhan ini. Untuk anda, promosi khas untuk anda demi kepentingan orang sebelah anda di waktu malam.  Klik di sini. 

Jika ada berita baik, saya akan mengemaskini blog ini walaupuan di bulan Ramadhan. Manalah tahu jika tiba-tiba dinar naik dan RV. Wooo. Senyum bib.

Friday, July 5, 2013

DINAR RAQ TERKINI: BOLEH SENYUM DAH

Semua pihak bergembira selepas Iraq dibebaskan dari Bab 7.

Kini, semua orang akan  mengaitkan kekuatan ekonomi Iraq dengan kenaikan nilai Dinarnya.  Tetapi sang penyimpan Dinar sudah kehabisan stamina untuk menunggu RV. Woooo.


Sebenarnya, waktu menungu RV adalah dari sekarang sehingga 2016. Mengapa?  Kerana sejak dahulu  lagi, penganalisa ekonomi mengatakan Dinar Iraq akan RV pada tahun ke 10 hingga ke tahun 13  dari tahun 2003.  Tetapi salah andalah yang selalu menunggu RV sebelum masuk tahun ke 10.  Maklomlah banyak hutang yang belum dibayar  dan impian yang mahu disempurnakan.

Hakikat sebenarnya RV adalah dijangka dalam tempoh 1 hngga 3 tahun dari sekarang. Jika lebih awal, kurang dari setahun, ianya adalah bonus untuk kita semua.  Dinar Kuwait dahulu pun mengambil masa selama 13 tahun untuk naik sehingga USD 3.30 selepas jatuh USD 0.30.  Tak syok ayat saya ini kerana semua mengharapkan Dinar naik pada bulan Ramadhan ini.   Tetapi saya bercakap tentang logik ekonomi.  Minta maaf kepada En Hanapi oi. Ha ha.

Saya berasa sedih juga jika anda terlalu hanya mengharapkan Dinar Iraq  sahaja untuk  menyelesaikan hutang dan menyempurnakan impian anda. Ha ha. Buatlah kerja sambilan yang lain. Tanam sayur maman pun boleh kaya bib. Wooo. Tak percaya, tanyalah Hj Rais, tauke Nabila Tomyam, di Gemas.  Kalau tidak jom jadi pengedar catuaba. Woooo.