Friday, October 25, 2013

DINAR IRAQ: KARI KEPALA KAMBING DI GEMENCHEH

Hari ini, selepas solat Jumaat, balik ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Ada majlis akad nikah dan jamuan kari kepala kambing. Ha ha.

Ada orang sms, mengatakan RV pada 6 November ini. Wooo. Jika betul, kaya segera kita. Ha ha.  Kalau baca web DinarGuru, seolah-oleh  RV akan berlaku pada tengah malam ini.  Hari-hari RV. Pening jika baca DinarGuru.

Iraq dicadangkan  mengurangkan edaran wangnya di pasaran. Bagus tu. Jika wang kurang edaran  di pasaran, maka permintaan akan meningkat. Lantas nilainya akan naik!!!!

Susu bayi/kanak-kanak setahun ke atas. Formula dan remedi tambahan yang terbaik.

Monday, October 21, 2013

DINAR IRAQ: APABILA RV NANTI

Agak-agaknya macam   inilah apabila tukar wang ketika sudah RV nanti. Ha ha.




Thursday, October 17, 2013

DINAR IRAQ: MALIKI KE AMERIKA

Negara China bercadang membeli minyak dari Iraq sebanyak 850,000 tong sehari pada tahun 2014.  Jika Iraq  meminta China  membeli  minyak Iraq dengan menggunakan matawang Dinar, sudah pasti nilai dinar akan naik.  Salah satu strategi meningkatkan nilai sesuatu matawang ialah matawang itu digunakan dalam perdagangan antara bangsa.  Apakah Maliki sanggup berbuat demikian?    Yang kita tahu Maliki akan mengadap Obama pada 25 Oktober ini. Untuk apa kita tak tahu.

Ramai yang bertanya bilakah tarikh terakhir perlu memiliki Dinar. Saya jawab sebelum 31 hb Disember 2013, kerana mulai 2014, Dinar sepatutnya diapungkan. Sampai bila Iraq mahu duduk dalam  tempurung?   Tanpa apungan Dinar, ekonomi Iraq tidak bersifat global.  Tak wajar negara pengeluar minyak, nilai matawangnya bernilai kurang 1 sen USD!!!!

Tahun hadapan bercadang ke Dhaka, Bangladesh. mau cari barangan kulit. Siapa mahu bersama?   Tambang kurang lebih RM 1,300 pergi-balik.  Lembu Bangladesh disembelih. Lembu Amerika ditembak. Ha ha. Kita buka pusat kulit halal di KL. Mana boleh tahan menunggu  bulan tak jatuh ke riba lagi. Woooo.

Sila likes di sini.

Thursday, October 10, 2013

DI JASIN MELAKA

Saya akan berada di Jasin, Melaka pada Jumaat dan Sabtu ini.

Jom mengeteh  wahai geng Melaka.....

Sila likes di sini. Ada info terbaik.

Hanya lelaki sejati menjadikan  CATUABA temannya. Ha ha.  Dapatkan pek percubaan sebanyak 3 satchet dengan harga RM 50 sahaja, termasuk belanja pos.  Wooo.



Tuesday, October 8, 2013

DINAR IRAQ: APUNGLAH DIKAU

Ramai yang berpendapat  Amerika akan mendesak  Iraq  untuk  mengapungkan dinarnya untuk  menyelamatkan ekonomi Amerika.   Walaupun rakyat Amerika yang paling banyak menyimpan dinar Iraq,  itu bukanlah strategi yang terbaik untuk memulihkan ekonomi Amerika.   Hanya faktor ekonomi Iraq sahaja yang akan menaikan nilai Dinarnya.  Maka Iraq perlu memperkukuhkan   sistem ekonomi dan kewangannya sendiri.

Bagi  saya, Iraq mesti memulakan proses apungan dinarnya.  Selepas itu kita akan melihat kenaikan nilainya secara beransur-ansur sehingga ke tahap USD 0.30.  Jika Iraq yakin dengan kekuatan ekonominya, maka Iraq mesti berani  mengapungkan dinarnya. Jika tak sanggup berbuat begitu, maknanya  Iraq belum yakin dengan ekonominya   sendiri.

Hanya lelaki sejati menjadikan  CATUABA temannya. Ha ha.  Dapatkan pek percubaan sebanyak 3 satchet dengan harga RM 50 sahaja, termasuk belanja pos.  Wooo.