Thursday, November 21, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: CBI - TERBIT BON, DINAR NAIK

Wahhh, memang  benar cadangan menerbitkan bon akan menaikan nilai Dinar. Pihak  Bank Negara Iraq pun bersetuju dengan pendapat saya, seperti tertulis dalam posting terakhir, sebelum ini.  Baca pendapat  CBI  di sini.. 

Hujung minggu ini sibuk dengan muktamar Pas. Boleh jumpa kawan dari seluruh negara. Poket kena penuh, untuk minum teh ramai-ramai. Wooo.

Hari Ahad malam, akan  makan sup ekor lagi  di Amira Nabila Tomyam Felda  Pasir Besar. Jika Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden, ada peluang makan free. Ha ha, Tarak kalo, kena  bayarlah nampaknya. Woooo

Hari Isnin, 25 hb November ini  akan singgah di Tampin pekena rojak di Restauran Melati, bersama Suhdi, kawan lama semasa Tingkatan Enam Atas, di Melaka pada tahun 1978 dulu.

29 hb November  pula akan ke Kota Bharu, ada kenduri kahwin. Anak sahabat kawin dengan Mat Saleh oi. Ada peluang tidur free  di UK nanti. Ha ha.


Musim kenduri kahwin ini, baik pengantin baru atau pengantin lama, jangan lupa dengan CATUABA.  Ha ha ha.  Kembalikan kejantanan anda!!!!!!!

Wednesday, November 13, 2013

IRAQ TERBITKAN BON

Salah satu cara sesebuah negara mencari dana ialah menerbitkan bon. Sejak zaman Saddam, Iraq tidak menerbitkan bon. Fasal apa. Fasal orang tak percayalah. Saddam memerintah ala diktator, tak ikut sistem yang diperakui oleh antara bangsa.  Sebelum ini, oleh kerana Iraq tidak terbitkan bon, maka Iraq  menjual note dinarnya ke bank-bank tempatan  sebagai satu cara mendapatkan dana.

Kini Iraq menerbitkan dan menjual bonnya. Bon pertama bernilai  3 bilion dinar atau USD 2.5 juta. Sedikit sahaja itu. Apa yang penting ialah Iraq perlu memulakan strategi menjual bon dan tidak menjual dinarnya dalam usaha mencari dana untuknya. Dengan ini aliran Dinar tidak akan melimpah dengan banyak dalam pasaran. Jika perlu  Iraq hendaklah membeli semula matawang dinar sedikit demi sedikit, yang kini  bersepah dan melambak di serata dunia.   Maka, pada masa itu nanti.....jeng jeng jeng.... DINAR AKAN NAIK!!!!

Cerita lanjut  di sini.

Cerita baru ini  harapnya   menaikkan semangat untuk mencuba CATUABA. Ha ha.


Monday, November 4, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: MALIKI DI AMERIKA LAGI

Bajet Malaysia sudah beres. Hanya Bajet Iraq sahaja yang belum beres. Bulan Februari tahun depan pun belum tentu beres. Leceh betul  pentadbiran  negara Arab ni. Ha ha.  Fasal itu, slow  sangat  kemajuan negara Arab. Kalau bukan kerana ada minyak yang sangat diperlukan oleh permintaan dunia, memang negara Arab  kekal mundur.

Maliki masih berada di Amerika. Tak tahulah apa isu yang dibincangkannya  dengan Obama.  Yang pasti, Amerika akan terus mencengkam hasil minyak Iraq.   Iraq perlu seimbangkan pengaruh Amerika dengan China dan Russia.  Kalau tidak, Iraq akan jadi hamba kepada Amerika.

Tak sampai 60 hari lagi berakhirlah tahun 2013. Ramai yang  sibuk menghabskan cuti tahunannya.  Hanya Hairul, Sg Udang sahaja yang sibuk memantau dinar setiap hari. Ha ha. Jangan khuatir, bila RV, saya akan sms kepada semua pemyimpan Dinar. Woooo.

Setiap Sabtu dan Ahad  ada sahaja kenduri kahwin. Jenuh makan biryani. Ha ha.