Monday, February 24, 2014

DINAR IRAQ: KAYA DENGAN BISNES BARU

Prebiu bisnes modal kecil, untung 100%, bonus infiniti telah berlangsung pada Ahad 23 Februari 2014 lalu.

Sesiapa yang berminat mendapatkan kertas pembentangan prebiunya, sila dapatkan melalui emel saya alifx59@gmaul.com.

Jika lewat sehari dua, janganlah merajuk kerana  saya sibuk urusan luar sejak kembalinya dari Sabah. Woooo.

Cerita dinar akan saya catat dalam sehari dua lagi. Perjumpaan semalam pun banyak cerita dinar yang dibicarakan. Ha ha.

Tuesday, February 11, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: MODAL KECIL UNTUNG 100%



Anda dijemput hadir ke majlis prebiu pelancaran bisnes modal kecil, untung 100%, royalti infiniti pada hari Ahad, jam 10 pagi, 23hb  Februari 2013, di E-Biz Akademi, No 5A, Jalan SG 3/17, Taman Sri Gombak, 68100 Kuala Lumpur,  berhampiran Restoran Awwal Maju  Terhad  kepada  30 orang  sahaja.  Sahkan kehadiran anda di 012-2104244.

Sekadar berkongsi info, saya melabur dalam Public Islamic Opportunities  sebanyak RM 7,360.00 pada 16 hb Ogos 2005  melalui pindahan wang simpanan KWSP saya. Pagi tadi, saya menjual semua unit saya itu yang kini bernilai RM 21,609.00. Kenaikan 200% dalam  tempoh  8 tahun 6 bulan. Kira hebat juga prestasi dana ini berbanding dengan dana lain di pasaran. Siapa yang berminat membelinya melalui tunai atau pengeluaran wang  KWSP sila hubungi konsultannya, En Sahar di talian 019-336 3676/017-238 1374.

Insyaallah saya bercuti di Sabah mulai khamis ini 13hb hingga 19hb.  Sorilah jika tak jawap sms anda semua. Wooo.




Monday, February 3, 2014

DINAR IRAQ: 30 NEGARA TERKAYA DUNIA

Pada 2028, Iraq diramalkan menjadi salah sebuah dari 30 negara terbesar ekonominya  di dunia ini, seiring dengan Amerika dan China.

Pada 2028, diramalkan KDNK Iraq adalah USD 33 trilion berbanding dengan Amerika sebanyak USD 32 trilion.

Menjelang 2017, Iraq akan mengeluarkan minyak 8 juta tong sehari.

Jika 2017, 3 tahun lagi. Jika 2028, 14 tahun lagi. Mana boleh tahan mahu menunggu prestasi ekonomi Iraq pada masa itu. 

Apa  pun kini CBI sudah melalui marhalah meningkatkan rezabnya melalui terbitan bon dan jualan emasnya.  Kenaikan rezab dengan sokongan faktor lain, akan meningkatkan nilai sesuatu matawang. Bagi penyimpan dinar Iraq di Malaysia, mereka tidak peduli dengan nilai RM yang semakin jatuh berbanding dengan dollar USD. Yang mereka pentingkan ialah RVnya Dinar Iraq. Woooo. 

Yang makan gaji, jika buat bisnes atau kerja sambilan, bukan bertujuan untuk jadi jutawan. Jika mahu jadi jutawan, kena bisnes sepenuh masa. Bisnes sepenuh  masa perlu modal yang cukup dan agak besar juga. Bagi kita yang buat bisnes sambilan, lebih kearah bertujuan menampung kos hidup yang semakin membebankan.  Jika bisnes sambilan kita boleh manampung bayaran ansuran pinjaman kereta atau rumah, itu sudah dikira terlalu berjaya. Langkah seterusnya ialah mendapatkan pendapatan sama banyak dengan gaji kita sekarang. Itu cadangan saya jika anda ingin menceburkan diri dalam bisnes sambilan. Ya, tunggukan bisnes baru, modal kecil  untung 100% dan royalti income infiniti. Sms nama anda kepada saya 012-2104244. Tunggu hari pelancarannya.

13 Feb ini saya ke Sabah sehingga 19hb. Mahu bercanda dengan dua orang  sahabat lama 38 tahun lalu yang sama-sama belajar terjemahan al quran di Madarah Ittiba As Sunnah Kuala Pilah (MIS). Sebenarnya MISlah perintis  pertama kaedah  terjemahan al quran per-kata, yang kini melimpah dipasaran, yang kebanyakannya cetakan dari Indonesia. Saya berhutang budi dengan MIS dan berbangga dengannya. Hantarlah anak anda belajar di sini ketika musim cuti sekolah untuk mendapatkan kaedah dan formula ekspres  menterjemah al quran.  Jangan fikir nak kaya sahaja. Woooo.

Jika sempat jumpa minggu depan atau selepas 19 hb.