Saturday, February 28, 2015

IS halangan utama RV sekarang

Saya tidak menulis sejak 13 Februari lalu kerana bersiap sedia untuk terbang ke Dubai untuk menukar Dinar Iraq jika benar-benar berlaku RV. Ramai yang menelepon saya kenapa tidak berlalu RV seperti yang diramalkan dalam satu forum pada beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya hanya Bank Negara Iraq sahaja yang boleh mengumumkan RV. Bukan sesiapa dalam dunia ini. Itu pun bank negara akan membuat RV tanpa mengumumkan terlebih dahulu. Jika Bank Negara Iraq mengumumkan tarikh RV, ianya bersalahan dengan prinsip kewangan dan sistem perbankan dunia. 


Kita hanya boleh menjangka bila sesuatu matawang itu akan menguat dengan melihat indikator ekonomi sesuatu negara. Antaranya ialah melihat imbangan perdagangan sesebuah negara. Jika sesuatu negara itu, eksportnya melebih import, maka negara itu akan mencipta pendapatan yang berlebihan ( surpulus ). Situasi ini pada jangka panjang akan menyebabkan belanjawan tahunan negara itu akan berimbang. Iaitu jumlah perbelanjaan dan pendapatan negara itu lebih kurang sama. Jika belanjawan negara itu masih lagi defisit ianya menggambarkan negara itu tidak cukup pendapatan untuk membiayai perbelanjaan negara. Sekaligus ianya menyebabkan matawangnya tidak kuat.


Justeru itu penyimpan Dinar Iraq seharusnya melihat perkembangan eksport Iraq dan belanjawan tahunannya supaya kita lebih peka kepada nilai dinar semasa dan potensinya pada masa depan. 


Dalam situasi sekarang indikator segera yang perlu kita lihat adakah bank negara Iraq masih meneruskan aktiviti melelong dinarnya setiap bulan. Jika sudah lebih 3 bulan dinar Iraq tidak dilelong, itu adalah tanda tanda bank negara Iraq puas hati dengan jumlah edaran wang dinarnya. Jika edaran wang dinar tidak bertambah di pasaran dan wujud permintaan kepada dinar itu, maka berpotensi untuk naik. Situasi inilah yang perlu kita lihat secara serius.


Meramalkan Dinar Iraq naik, bukan berdasarkan mimpi seseorang . Tetapi ia berdasarkan fundamental ekonomi Iraq. Maka penyimpan dinar Iraq jangan sesekali mendengar khabar angin dari jalan Chow Kit. Sentiasalah melihat laporan ekonomi Iraq dalam web bank negara Iraq , akhbar dan web-web ekonomi di Iraq.


Mulai sekarang, sehingga akhir  2016 yang mahu kita lihat juga pengganas IS mestilah dinyahkan dari Iraq. Jika tidak, ia mengganggu pertumbuhan ekonomi Iraq. Faktor IS adalah faktor utama pada masa kini untuk membolehkan RV berlaku. Selagi kita mendengar IS masih berada di Iraq, jangan kita mimpikan RV itu berlaku. 


Jadi, sementara menanti RV mari kita tolong pesakit diabetis, darah tinggi dan buah pinggang untuk makan Gum Arabic. 



Friday, February 13, 2015

RV dan keperluan Apungan.

Beberapa hari yang lalu kecoh dinar akan RV dalam bulan Februari ini atau selewat-lewatnya 1 Mei 2015. Bagi saya jika tepat ramalan itu, bersyukurlah kepada Allah Taala. Tetapi jika tak berlaku janganlah tuan-tuan menghempas kepala sendiri. Hahaha. 


Sebenarnya dalam kes Dinar Iraq, ada 2 isu utama.  Pertama, ialah Revalue atau penilaian semula dinar iraq. Kedua, isu apungan dinar di pasaran wang. 


Hakikatnya, revalue boleh berlaku samada wang itu belum diapungkan atau telah diapungkan di pasaran. Jika wang dinar itu belum diapungkan di pasaran, maka nilainya ditentukan oleh Bank Negara Iraq. Tetapi jika dinar telah diapungkan, maka nilainya ditentukan oleh pasaran wang itu sendiri. 


Nilai dinar Iraq ini telah pun naik sejak November 2003 sehingga sekarang. Bank negara Iraq telah pun mengRV ( menilai semula nilainya ) sejak 2003 hingga sekarang bermula dengan nilai 4000 Dinar / 1 USD ke 1300 Dinar , ke 1230 Dinar dan kini 1167 Dinar/ 1USD. Tetapi nilai ini tidak signifikan kepada kita selaku penyimpan dinar. Kita mahu sekurang-kurangnya nilai dinar itu USD0.30 sepertimana nilai sebelum Amerika masuk Iraq pada 2003.


Katakan, Bank Negara Iraq menilai dinar iraq ini ke USD 0.30 atau lebih lagi daripada itu, barulah bank negara Iraq membuat tindakan yang bermakna untuk mengapungkan dinar ini. Yang nak saya tegaskan pada tulisan ini ialah bank negara Iraq mempunyai kuasa untuk menaikkan nilai yang signifikan berbanding matawang asing lain supaya apabila ia diapungkan ke pasaran, dinar itu setanding dengan nilai matawang negara - negara jirannya.


Di sini, bank negara Iraq hanya akan mengambil keputusan mengapungkan dinarnya ke pasaran antarabangsa apabila ia benar-benar yakin matawangnya stabil & tidak jatuh menjunam apabila ia berada di pasaran. Kalau tidak reputasi Iraq akan jatuh dan memberi kesan buruk kepada ekonomi Iraq.


Bagi saya, Bank negara Iraq lebih tahu senario ekonomi dan matawangnya. Semua bank negara dalam dunia ini berusaha memperkuatkan nilai matawangnya, termasuklah Iraq. Indikator utama yang perlu untuk kita menjangkakan nilai dinar ini naik hingga USD 0.30, sekurang-kurangnya, Iraq perlu mengeluarkan minyak sebanyak 5 juta tong sehari. Kini Iraq baru mengeluarkan 3juta tong sahaja. Itulah persoalannya sekarang, bilakah Iraq mampu mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari ?


Moga-moga tak ada orang hentak kepala pada 1 Mei 2015. Wooooo.


Selamat Makan Limau !