Monday, September 14, 2009

IRAQ TERKINI - 1

Gulf Air akan mengadakan penerbangan setiap hari ke Iraq mulai Oktober 2009. Ini menunjukkan tanda ekonomi yang semakin berkembang dan keselamatan yang lebih terjamin.

Iraq akan mengadakan pilihan raya pada Januari 2010. Pasukan keselamatan Iraq sedang diperkukuhkan menjelang pengunduran tentera Amerika secara total pada Ogos 2010. 20 syarikat minyak termasuk 8 buah yang terbesar di dunia kini sedang meneroka minyak di Iraq.

Semuanya ini memberi harapan konkrit ke arah kenaikan dinar Iraq dalam tempoh yang manasabah. Masih ada peluang menyimpan dinar walaupun sudah ada ura-ura agent luar akan menaikkan harga dinar. Selagi sumber dinar Iraq ini diperolehi, saya akan terus berkongsi dengan anda untuk memiliki dinar. Moga ini cara mudah melahirkan jutawan pasca DEB. Ha ha.

Thursday, September 3, 2009

TENTERA US UNDUR SEGERA

Amerika mengambil langkah untuk mengeluarkan tenteranya lebih segera dari jadual asal dan dijangka akan tamat pada 31 Ogos 2010.

Pengunduran ini selain kerana desakan politik, juga disebabkan oleh tekanan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Amerika.

Seperti yang kita ramalkan sejak awal lagi - mana kerajaan yang sanggup terus berperang. Russia keluar dari Afghanistan Iraq keluar dari Iraq. Begitu juga Amerika di Iraq.

Yang kita tunggu ialah Iraq mentadbir telaga minyaknya dengan bebas, meningkatakan sumber pendapatan serta mengurangkan beban hutang luar. Apabila ekonominya stabil, nilai dinar Iraq akan kembali ke zaman kegemilangannya iaitu 1 Dinar bersamaan USD 3.40. Opps, naik USD 0.30 pun kita sudah kaya bib.

Baca berita lanjut di sini:

http://www.talkingpointsmemo.com/news/2009/08/us_ramps_up_withdrawal_from_iraq.php


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090831232301/Article/indexworld_html


http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/KH15Ak01.html