Tuesday, December 31, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: 2014 YANG MENJANJIKAN

Selamat tinggal 2013.

Selamat datang 2014. 2014 yang penuh menjanjikan. 

Berlalunya 2013, bererti genap 10 tahun Dinar Iraq pasca Saddam Hussin. Bermakna  genapnya  10 tahun, Amerika menyerang Iraq. 

Sejak 2013, Iraq belaajar mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, memperbaiki sistem kewangan ke arah lebih global  dan paling penting bekerja keras  ke arah mengeluarkan minyak seperti zaman kegemilangannya - sebanyak 5 juta tong sehari.

Ada sebuah analisa yang saya baca berkaitan dengan Kitaran Ekonomi Nabi Yusof as,  yang menyatakan tahun 2014 adalah tahun permulaan kitaran menaik ekonomi Iraq  dan kemuncaknya ialah pada 2017, maka marilah kita berdoa agar nilai Dinar naik sedikit demi sedikit  dari nilainya  1 sen USD, Jika nilai 1 sen USD pun kita bakal beroleh RM 30,000 jika memiliki sejuta Dinar. Wau. 

Realitinya Iraq kini mengeluarkan minyak sebanyak 3 juta tong sehari dan akan mencapai sasaran sebanyak 7 juta tong sehari pada 2017.  Iraq akan mengalami lebihan belanjawan jika ia mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari.

Ya, jika pada 2003, 4,000 dinar bersamaan 1 USD,

Pada 2009, 1120 Dinar bersmaan 1 USD, 

Mengapa nilainya tidak meningkat ke 1 Dinar bersamaan 1 USD pada 2014?

Walhal tempoh fasa  2003-2009 adalah lebih kurang sama dengan  fasa 2009-20014?

Satu yang misteri. Saya bersetuju sangat dengan pendapat Adam Montana, dari Amerika yang mengatakan terpulang kepada CBI sahaja untuk menaikkan nilai dinarnya dan IMF tiada kuasa untuk campur tangan.   Jika dunia mahu minyak Iraq, semua negara terpaksa  membeli minyak Iraq walau berapa pun  nilai Dinar Iraq berbanding dengan USD.

2014, mimpi yang indah untuk anda sebagai pemilik Dinar. Saya memang bermatlamat 2014 sebagai tahun pesaraan saya!!!. Malas dah nak jual Catuaba. Tetapi jika saya  tak jual, ada pula yang kempunan tak naik. Ha ha ha.

Stok Dinar tidak dibekalkan lagi kepada anda selepas 7 Februari 2014. Jangan tak percaya.

Esok pagi saya berkelana ke Singapura. Mahu solat di Masjid Sultan  dan  pekena sup merah...Jangan mare

Monday, December 23, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JANUARI MASA TERBAIK

Adam Montana, seorang pengkaji  Dinar Iraq  dari Amerika mengatakan hanya CBi sahaja yang berkuasa menentukan nilai Dinarnya. Jika CBI yakin dengan nilai Dinarnya tidak akan berubah selepas dinaikkan, maka CBI akan menaikkan nilai Dinar.

Adam membayangkan berapa ramai jutawan di Timur Tengah. Jika anda berada di Lapangan Terbang Dubai, setiap orang yang anda berselisih, adalah jutawan adanya. Ha ha. Kekayaan Negara Teluk yang berpusat kepada minyak adalah satu kenyataan.

Adam Montana terlalu yakin dan membayangkan Januari sebagai satu masa yang sesuai bagi Iraq menaikkan nilai Dinarnya. Wauuuu.

Baca di sini.

Apabila membaca artikel Adam Montana, tentu  sekali  anda bersemangat menggunakan CATUABA.  Woooo.

Tuesday, December 3, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: RIZAB NAIK, HUTANG KENA TURUN

Satu perkara yang saya tidak puas hati terhadap   Iraq ialah kelewatan meluluskan bajet tahunannya.  Sejak beberapa tahun lalu, bajet Iraq diluluskan berlarutan  sehingga pada Mac tahun berikutnya, walhal perbelanjaan tahun baru bermula pada Januari.

Kini Iraq ada rezab asing sebanyak USD 88 bilion. Angka hutang luarnya  belum dapat dipastikan. Untuk membolehkan dinar naik, maka rizab kena naik dan hutang luar kena turun. Itu asas sebuah ekonomi negara.  Di Malaysia, rezab asing naik tetapi hutang pun naik mencanak juga. Fasal itulah nilai RM tak naik-naik, berbanding dengan dolar Singapura.

Kita tunggu angka rasmi hutang Iraq pada pembentangan Bajetnya  nanti.  Musim hujan ini, eloklah kita adakan stok ubi untuk direbus dan makan panas-panas.  Untuk panas badan waktu malam, sudah tentu CATUABA. Wooooo.