Friday, April 29, 2011

DINAR IRAQ: BAYANG RV SEMAKIN HAMPIR?

Kelmarin, Bank Pusat Iraq mengurangkan jualan dinarnya ke USD 50 juta.   Lazimnya jualan dinar hariannya ialah USD 150 ke 200 juta USD. Apakah sebabnya. Ini yang misteri. 

Bagi saya ada dua kemungkinan. Pertama kerana nilai USD yang semakin menyusut dan tidal stabil nilainya. Iraq mungkin tidak berminat dan tidak mahu mengambil risko menyimpan  dollar  USD.

Kedua, mungkin kerana Iraq sudah tidak perlu menjual dinarnya lagi lantaran telah cukup sumber pendapatan dari hasil minyakya. Jika kerana sebab ini, maka bayang-bayang RV semakin hampir.

Sumber-sumber rapat mengatakan nilai RV ialah USD 3.00. Tetapi isu  Re-Denomination  menghambat kefahamanan kita. Kertas cadangan sedang disiapkan untuk dibentangkan di  Parlimen, katanya. Kumpulan ahli perniagaan Iraq menentang idea  re-denomination ini,  kerana tidak akan menguntungkan mereka yang sudah lama menyimpan dinar.

Manakala itu Dollar USD terus jatuh. Baca di sini 

Sunday, April 24, 2011

DINAR IRAQ: NAIK 1 SEN DULULAH!!!!

Apakah yang menghambat Bank Pusat Iraq dari menilai semula matawang Dinarnya. Antara tugas atau fungsi utama Bank Negara ialah mengawal inflasi negaranya. Saya rasa inilah yang mengkhuatirkan Bank Negara Iraq jika nilai matawangnya naik. Kenaikan nilai matawang dinar akan menaikan kuasa beli rakyat Iraq dan sekaligus menyebabkan inflasi atau kenaikan harga barang.

Antara strategi mengawal inflasi oleh sebuah bank pusat ialah menaikkan kadar bunga supaya menggalakkan rakyatnya menyimpan dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Strategi lain ialah sebuah negara itu mesti berdikari dalam pengeluaran makanannya. Maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, isu pengeluaran makanan diperkatakan di Iraq. Bayangkanlah jika rakyat Iraq yang bakal menjadi "kaya" tetapi bekalan makanannya pula kekurangan. Ini akan menyebabkan tekanan harga kepada barangan Iraq. Maka inilah yang dirisaukan oleh Bank Pusat Iraq.

Lantas apa yang perlu dibuat oleh Iraq dalam menggarap isu ini. Lazimnya bank pusat kena mengambil langkah berhati-hati dan secara perlahan-lahan menaikkan matawangnya dan berikhtiar menarik lambakan wang di pasaran melalui strategi menggalakan rakyat menabung.  Tetapi dalam kes di Iraq, rakyatnya masih lagi dalam keadaan menerima kadar gaji dan upah yang rendah. Kerajaan Iraq kena menimbangkan kenaikan kadar gaji dan upah rakyat Iraq supaya keluar dari paras kemiskinan.

Disinilah faktor tolak dan tarik Iraq untuk menilai semula dinarnya. Maka anda janganlah hairan jika kerajaan Iraq hanya akan menaikkan nilai dinarnya  pada kadar satu sen USD sahaja. Dan ada juga pendapat yang  mengatakan Dinar akan dinilai semula selepas Obama tamat tempoh Presiden Amerika. Jika Donald Trumph yang menjadi Presiden Amerika, barulah usaha menaikkan nilai dinar Iraq akan dibuat dengan  lebih agresif lagi. Ha ha. Mengapa? Kerana Donal Trumph pun sudah membeli Dinar sebanyak 30 juta USD. Engkau orang baru beli 30,000 Dinar pun dah macam nak rak menunggu RV. Woooo. Jangan mare.

Ramai yang nak tahu tarikh RV dari saya melalui sms. Saya tak jawab. Yang boleh saya katakan disini ialah sebelum akhir tahun ini. Parlimen Iraq masih banyak kena luluskan pelbagai perundangan lagi untuk memperkemaskan sistem kewangan Iraq. Kelewatan kelulusan ini adalah lantaran kelewatan perlantikan PM pada tahun lalu. Jika tak ada hal dulu, maka proses ini sudah lama dibereskan. Sekaligus nampaklah bayang RV dengan lebih jelas lagi. Wooo.

(Nota: Jangan hubungi saya sehingga Khamis ini kerana saya berada di luar Tanah Air. Cari cicak tokek. Ha ha.)

Thursday, April 14, 2011

DINAR IRAQ: TUNGGU KELULUSAN PARLIMEN

Dua hari berturut-turut  keluar  berita  di Baghdad mengatakan Bank Pusat Iraq telah menghantar cadangan ke parlimennya  untuk membuang kosong pada matawang Dinarnya. Apakah maksud cadangan ini.

Sebagai fahaman asas mari kita kembali   belajar matematik di  Darjah 1  semula:

Angka asas yang pertama ialah 1.

Jika tambah satu kosong - Jadilah 10. 
Jika tambah dua kosong - Jadilah 100
Jika tambah  tiga kosong - Jadilah 1,000

Nilai matawang sesuatu negara  sering dibandingkan  kadar pertukaran dengan  dolar Amerika atau USD.  Jika besar kadar pertukaran sesuatu matawang  dengan USD, maknanya lebih kecillah nilai mata wang itu.  Maka, lagi kurang kosong kepada matawang Dinar,  makin  tinggilah nilainya.

Kini 1,170 Dinar = USD 1.00.  Untuk mudah kita katakan 1,000 Dinar = USD 1.00.  Maka jika kerajaan Iraq membuang 3 kosong pada nilai  Dinar, maka nilainya ialah  1 Dinar = USD 1.00.  Membuang kosong pada nilai Dinar Iraq adalah memberi makna, nilai matawang  adalah  menaik. Jika anda ada 10,000 Dinar, ianya akan bernilai USD 10,000.00  atau  bersamaan RM 30,000.00

Namun ada juga pihak yang mentafsirkan buang 3 kosong itu ialah Iraq akan membuat note atau matawang baru. Pemegang Dinar  sedia ada akan menukar kepada note baru, di mana note baru sudah tiada 3 kosong   lagi dalam matawang dinarnya. Note 25,000 Dinar akan digantikan menjadi note 25 Dinar sahaja.  Jika ini yang berlaku, walaupun Dinar naik ke USD 3.00 pun, SEMUA PIHAK AKAN RUGI.  Bak kata Just Hopin - hancur dunia. Dan jangan sesekali mengandaikan bahwa hanya note 25K dan note 10K sahaja yang terlibat dalam pembuangan tiga kosong, tetapi semua note 5K, note 1,000 Dinar,  250 Dinar dan 50 Dinar pun akan mengalami kesan yang sama juga.

Antara dua tafsiran pebuangan 3 kosong itu, ramai yang cenderung kepada tafsiran pertama. Berdoalah itu yang akan terjadi.

Nampak gaya RV semakin hampir pula, tanpa menunggu Iraq join WTO. Kalau tak apa guna kelulusan parlimen dipohon. Lazimnya apabila di bawa ke parlimen, kelulusan mesti di buat pada sessi parlimen yang sedang bersidang. Kini parlimen Iraq sedang bersidang. Apa lagi, bolehlah   kita mengintai Merz di mana yang patut!!!!

PELUANG KHAS UNTUK 10 ORANG SAHAJA. KLIK INI


Friday, April 8, 2011

ADUHAI RV - 2

Kota Rom tidak dibina dalam tempoh satu hari. Begitulah kata sang pujangga. Begitu juga dengan Iraq. Bukan mudah Iraq menyertai dan diterima sebagai anggota WTO. Banyak kondisi dan syarat yang perlu disempurnakan oleh Iraq untuk menyertai WTO. Keperluan sebagai sebuah negara yang liberal dalam sistem perekonomian memerlukan Iraq mengambil langkah-langkah yang stategik lagi. Begitulah kesimpulan dari berita yang saya baca di sini.

Lantaran itu parlimen Iraq  yang sedang bersidang  kini sibuk mengemaskini  rang-undang undang yang membolehkan Iraq berinteraksi dengan dunia  luar dengan  lebih yakin lagi. Bacalah pelbagai isu yang sedang dibincang di parlimen di sini.  

Yang paling  tak syok sekali ialah  apabila  IMF bersetuju dengan Iraq yang masih mengekalkan nilai Dinarnya seperti sekarang. Hujahnya ialah untuk mengelakkan inflasi. Baca di sini.

Kebanyakan ahli ekonomi merasa pelik mengapa dinar Iraq tidak menaik dalam keadaan ekonominya ke arah lebih baik dalam tempoh tujuh tahun  kebelakangan ini.  Jika pada tahun 2003 nilai  Dinar ialah: 3,000 Dinar = USD 1.00  dan naik pada 1170 Dinar = USD 1.00 pada 2007, mengapakah nilainya terus kekal dan tidak naik langsung sehingga sekarang. Logiknya nilai Dinar itu sudah mencecah ke paras 1 Dinar = USD 1.00 pada tahun 2011, berdasarkan kadar kenaikan antara 2003 ke 2007.  Mengapa nilai Dinar tidak naik selaras dengan kenaikan ekonomi Iraq?. Bukan sahaja tak logik dari segi matemetik tetapi sekaligus semacam ada konspirasi  dengan sengaja  tak mahu menaikkan nilai Dinar Iraq. Kena lantik Suruhan Jaya DiRaja untuk menyiasat nampaknya. Woooo

Lapuran prestasi ekonomi selalunya adalah setahun sekali.  Bagi syarikat Unit Trust, lapurannya  adalah enam bulan sekali. Paling kuat pun lain-lain lapuran perniagaan adalah 3 bulan sekali. Tetapi ada satu lapuran kena dibuat setiap hari. Ha ha. Tahukah anda lapuran apa?. Macam nak sewel masing-masing kalau tak ada berita Dinar. Woooo.  Saya  akan bagi tau ke talipon anda jika berlaku RV. Tak payahlah sms setiap malam. Bagi sesiapa nak borak hal dinar setiap hari, jadilah sahabat kepada Just Hopin melalui face booknya.  Kalau tak ada face book, malulah kat orang Jelebu tu....

Tuan Nazri pengamal Reiki mengatakan RV pada bulan Jun. Saya tak jamin pendapat itu benar atau tidak. Kalau saya, nak rv malam ini juga. Ridzuan Johor bukan sahaja tangan sudah gatal tetapi ketiaknya pun sudah gatal. Wooo.

Bagi saya, salah satu isyarat kuat RV ialah apabila Iraq telah mengeluarkan minyak sebanyak 4 juta tong sehari, iaitu sama dengan prestasinya pada tahun 2003, sebelum Amerika menjarah Iraq. Kini, Iraq baru mnengeluarkan minyak sebanyak 2.7 juta tong sehari dan dikatakan akan mencecah 3 juta tong sehari pada akhir tahun ini. Jika Iraq melipatgandakan usaha pengeluaran minyak dalam tempoh terdekat ini, maka tidak mustahil, ianya akan mencecah 4 juta tong sehari pada akhir tahun ini juga. Inilah yang telah diarahkan oleh Nuri Al Maliki pada awal tahun ini.  Maka kita akan memantau berita prestasi Iraq dalam pengeluaran minyak dari bulan ke bulan.  Antara sumber sahih hal ekonomi Iraq, baca di sini.

Manakala itu bajet Amerika masih dalam ketidaktentuan. Baca ini.

Sambil itu damaikan hati anda dengan mengingati Allah jua. Bak kata Imam Shafie, jika hati anda masih tidak aman tenteram, berdoalah kepada Allah supaya digantikan dengan hati yang lain pula. Ha ha. Serius ni bib.

Saya harap Just Hopin akan melayan anda setiap malam melalui face booknya. Sudah beberapa orang yang telah join   FB Just Hopin. Maka amanlah saya sekejap. Wooo.

Jumpa semula  pada 17hb April.  Saya  nak bermunajat untuk Sarawak  pula. Woooo.