Tuesday, June 9, 2015

Tunggu minyak 90 dollar

2 minggu yang lalu saya menerima whatsapp yang menunjukkan carta matawang asing yang nilai dinar Iraq bersamaan 1usd & 3usd. Sungguh pelik sekali bagaimana carta ini direkacipta untuk mensyokkan penyimpan dinar. Sungguhpun kita berharap nilai dinar naik ke 1usd / 3usd, tetapi janganlah sampai menjadi gila menyebarkan berita-berita palsu tentang kenaikan dinar  yang belum sahih, 


Dalam tempoh yang sama juga saya menerima panggilan dari sang broker yang mahu membeli dinar sebanyak 250 juta dinar dan ada yang 1 trilion. Di pasaran kini wujud sekumpulan orang yang mewar-warkan mereka mahu membeli dinar beratus juta dan meminta sesiapa untuk mengumpulkan dinar sebanyak itu. Tetapi bila kita telah mengumpulkan dinar sebanyak itu, pembeli itu pun hilang lesap. Tak tahulah apa niat mereka membuat perangai tersebut. Jadi sesiapa pembaca blog ini janganlah terpengaruh dengan orang-orang yang kononnya nak membeli beratus juta dinar. Buang masa dan perabih beras sahaja. 


Situasi politik di Iraq merisaukan kita kerana gerakan IS begitu agresif menawan beberapa wilayah dalam Iraq. Tentera Iraq seolah-olah tidak mampu melawan gerakan IS ini. Amerika dan Iran adalah 2 negara yang berminat untuk membantu Iraq melawan IS tetapi kedua-dua negara ini tidak mahu dilihat bersama-sama membantu tentera Iraq melawan IS kerana kita tahu Iran dan Iraq adalah musuh ketat antara satu sama lain. Iran ada kepentingan dengan Iraq kerana majoriti rakyat Iraq adalah bermazhab Syiah dan Amerika pula berkepentingan dengan Iraq kerana memiliki telaga minyak di negera tersebut. Kita harap Iran & Amerika janganlah malu-malu untuk membantu Iraq melawan IS.


Kondisi ekonomi dunia sekarang agak kalut kerana masalah bencana alam dan isu orang pelarian samada di Eropah ataupun di Asia. Walaupun harga minyak mulai beransur naik tetapi suasana muram ekonomi akan terus berlangsung dalam 2015 ini. Bagi kita rakyat Malaysia dengan begitu mudah mengenalpasti samada ekonomi ini baik atau tidak dengan melihat harga komoditi kita iaitu getah dan sawit naik atau tidak. Jika naik, ekonomi dunia maknanya bagus. Dan sebaliknya. Jadi, nilai dinar Iraq juga bergantung kepada suasana ekonomi Iraq. Jika harga minyak dunia masih rendah, maka secara automatik nilai dinarnya tidak akan naik. Jika harga minyak melebihi 90USD barulah kita boleh berangan-angan dgn kenaikan dinar Iraq. 


Sementara nak menunggu dinar Iraq naik, marilah kita menjaga kesihatan kita untuk merasa laba ke atas kenaikan dinar iraq nanti. Oleh itu bagi pesakit buah pinggang makanlah Gum Arabic. Dan pesakit sendi & otot makanlah Cellmaxx. Hubungilah saya untuk menjadi agen Gum Arabic & Cellmaxx 012-2104244 . Woooo .