Thursday, October 6, 2011

Ucapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara  yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar  4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang
musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri1 jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.

18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion2, apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak.

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.

23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 20114 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi5 membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%6.

25. Makanya, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:

a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan.

27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;

f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan “salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, October 5, 2011

DINAR TERUS DILELONG!!!!

Adalah dijangka Bajet Iraq akan dibentangkan pada pertengahan Oktober ini. Lazimnya analisa prestasi ekonomi tahun lalu akan dibuat dan sekaligus meramalkan prestasi pada tahun hadapan. Jika kondisi ekonomi positif, maka ianya mempengaruhi nilai matawang sesuatu negara. Salah satu indikator ekonomi yang penting ialah kemampuan negara itu melunaskan hutang luarnya. Jika hutang luar semakin menurun, maka nilai matawangnya semakin  baik.

Ekonomi Iraq perlu semakin baik. Soal buang 3 kosong atau tidak pada mata  wangnya, bukanlah faktor yang mempengaruhi kenaikan nilai dinarnya. Nilai dinar naik seiring dengan kenaikan ekonomi Iraq.

Saya masih beriman dengan jangkaan dinar diapungkan antara sekarang sehingga 2013. Apabila CBI terus melelong dinar pada setiap hari dan dibeli oleh 12 buah bank, bukankah itu tanda dinar akan bernilai  pada masa hadapan?

MELABUR DAN TERUS MELABUR. KLIK  LE..

Tuesday, October 4, 2011

TERUS MELABUR

Kita bekerja setiap hari. Kita bekerja berterusan untuk memastikan pendapatan kita berterusan. Yang sudah jadi jutawan pun bekerja berterusan!!! Kalau tidak wang segunung pun akan tehakis jika dicangkul setiap hari.

Begitu juga dengan melabur. Kita akan terus melabur. Kita sentiasa meneroka peluang pelaburan baru. Kita mahu pelbanyakkan sumber kemasukan wang dari pelaburan kita. Apabila sumber masuk dari pelaburan kita melebehi pendapatan dari pekerjaan kita, barulah boleh nak pencen kerja. Ha ha. Hanya kena bijak memilih bidang pelaburan yang hendak kita ceburi. Kalau tidak - meleburlah kita. Kok tenggelam, tak timbul-timbul, nanyalah kita. Kok boleh bangkit semula - legalah kita, bak kata orang Kedah. Wooo.

Dalam dunia pelaburan banyak kesah kejayaan dan kegagalan yang kita dengar. Yang gagal buat ingatan kita. Yang berjaya buat panduan kita. Setakat ini yang saya dengar,  pelaburan emas dan perak adalah paling  sukses sekali.  Emas naik 600% sejak 10 tahun lalu. Perak  atau silver pula  naik lebih 800%.  Maka tidak ada salahnya anda mencuba  dalam pelaburan ini.   Baca cerita lanjut di sini.

Kita masih menanti pembentangan rasmi Budget Iraq 2012 di parlimennya. Tetapi PM Malaysia akan membentangkan bajet pada jumaat ini. Dengar khabar gaji naik 25%!!!!!


Friday, September 30, 2011

SEPINTAS BAJET IRAQ 2012

Kalau di Malaysia kita tahu bilakah tarikh rasmi pembentangan bajet negara. Tetapi di Iraq kita tak tau bila tarikhnya. Yang dimaklumkan,  ianya sedang dibincangkan di peringkat kabinet sahaja.

Menurut pelbagai sumber, bajet Iraq bagi tahun 2012 adalah sebanyak USD 97.75 bilion. Bajet ini berasaskan pendapatan utamanya dari hasil minyak pada kadar harga USD 85.00 setong. Walaupun  bajet Iraq ini dikatakan kedua terebesar di kalangan negara Arab, ianya masih megalami defist sebanyak USD  14 bilion.

Hasil Iraq pada 2011 melebehi dari anggaran bajetnya kerana kenaikan harga minyak dunia. Apakah pada tahun 2012, Iraq akan meraih bonus tambahan dengan kenaikan harga minyak lagi.

Iraq sedang bergerak kearah meningkatkan hasil minyaknya melebehi 3 juta tong sehari. Jika pada tahap ini dinarnya tidak dinilai semula, adakah Iraq menunggu ke tahap 4 juta tong sehari sepertimsana pada tahun 2003, sebelum Amerika  menceroboh Iraq. Pada ketika ini nilai dinar ialah USD 0.30/perdinar. 

Bagi saya tempoh manasabah dinar diapungkan telah sampai. Namun kita kena  bersedia menanti sehingga 2013. Ha ha. Itu baru genap 10 tahun, sesuai dengan teori pusingan ekonomi  10 tahun, seperti yang pernah saya bincangkan dahulu. Oleh itu, belajar belajarlah menungu kenaikan nilai silver  pula    Dalam Bahasa Melayu dinamakan perak. Dalam Bahasa Arab dinamakan DIRHAM ya sheihhhh!  Baca di sini

JANGAN KETINGGALAN KAPAL TERBANG. BERJAGUNG-JAGUNG  DAHULU  SEBELUM PADI MASAK!!!!

Wednesday, September 28, 2011

PERAK OH PERAK

Pada akhir tahun lalu saya telah  mencadangkan kepada penyimpan dinar Iraq supaya membuat potfolio pelabuaran dengan memilik emas dan menternak ikan arowana. Nampaknya emas telah   melonjak naik melebihi 50% sejak akhir tahun lalu sehingga kini. Maka dijangka paling kurang dalam tempoh 2 tahun akan datang, emas akan menaik nilainya sehingga 100%. Wau.

Kini saya mendapat info bahwa nilai perak atau dalam bahasa omputehnya "silver' -  akan memberi saingan kepada prestasi  kenaikan nilai emas pula. Malah dikatakan  kenaikan nilai perak akan melebehi kenaikan  nilai emas. Wau. mengancam ini.

Yang baiknya kepada kita  ialah  pembelian perak tidak menggunakan modal yang besar. Pada hari ini nilai 20 gram perak adalah bersaman RM 111.00 sahaja. Saya pun sudah memulakan menyimpan dan menjual perak. Woooo. Jangan ketinggalan keretapi, bak kata orang!!!!

Bacaan tambahan klik ini.


Monday, September 26, 2011

RAHSIA WARRENT BUFFET

Saudara Razif Yusof adalah pemain bisnes on line.   Beliau ada menghantar emel kepada saya. Saya sajikan untuk faedah kita semua:


Salam hormat Ali,

Untuk menjana kekayaan kita perlukan
mentor atau seseorang yang dikagumi.

Jika anda terlibat dalam bidang
perniagaan internet, pasti anda
takkan lepaskan peluang untuk
bersama mentor atau orang yang
telah berjaya bukan?

Usahawan internet Malaysia akan
berkumpul di Port Dickson pada
November ini. Anda boleh klik disini:

---> http://www.cutisantai.com/?aff_id=65



Baiklah terus kepada pakar pelaburan
dunia iaitu Warren Buffet.

Warren Buffet adalah antara orang yang
saya kagumi, mempunyai hidup yang sederhana
tetapi menjana kekayaan diluar dugaan.

Beliau adalah tokoh pelabur!

Jika anda tidak mengenali siapa Warren Buffet,
majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai
orang ketiga terkaya didunia pada 2011 dan
antara pelabur terunggul didunia.

Beliau menjana kekayaan dengan membuat
pelaburan yang menguntungkan dalam sesuatu
pernigaan seperti Coca-Cola dan Wells Fargo Bank.



Dibawah ini saya senaraikan rahsia kekayaan Warren Buffet:

#1 - Kekayaan Terletak Pada Minda Seseorang

[Saya pasti akan menjadi kaya satu hari nanti.
Walaupun seminit saya tak pernah meraguinya ]
- Warren Buffet

Perbezaan terpenting orang susah dan kaya ialah
pada mindanya. Orang susah berfikir tentang
kemisikinan dan kekurangan. Orang kaya pula
berfikir tentang kemewahan dan kesenangan.
Bagaimana minda anda berfikir akan menentukan
masa depan anda, samada gelap atau gemilang.



#2 - Kejayaan Bukan Bergantung Kepada Baki Akaun Bank Anda

Apabila ditanya oleh siaran CNBC tentang
kejayaan beliau, Buffet menjawab:

[Jika seseorang telah menjadi tua seperti saya
dan mempunyai ramai orang yang sayangkan anda dan
anda menyukainya, anda telah berjaya sebenarnya.

Tiada perbezaan jika anda mempunyai ratusan ringgit
atau jutaan ringgit dibank. Kejayaan ialah anda buat
sesuatu yang anda suka dan buat dengan sebaiknya.
Saya belum pernah berjumpa dengan orang kaya yang
sedih dengan apa yang dicapainya, tetapi saya telah
menjumpai ramai orang yang sunggul apabila tidak
mencapai apa yang diidamkan]


3- Belanja Kurang Daripada Gaji Anda

[Jika anda berada dalam bot yang bocor, tenaga
yang anda gunakan untuk menukar bot yang baru
adalah lebih menguntungkan daripada tenaga yang
digunakan untuk menutup kebocoran tersebut] - Warren Buffet

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar, supaya
berbelanja mengikut kemampuan kita. Anda tidak akan
berjaya dari segi kewangan jika anda belanja lebih
daripada gaji bulanan anda. Buffet seorang yang terkenal
dengan hidup yang ringkas dan berjimat. Beliau merupakan
satu-satunya billionaire yang tinggal dirumah yang sama
sejak 1958 yang dibelinya dengan harga $31,500.

Beliau memandu kereta tahun 2001 Lincon Town Car yang
dibelinya atas tangan. Aset beliau bernilai lebih
$52 Billion tetapi hidup dengan gaji $100,000 setahun.


4. Elakkan Berhutang

Lebih cepat anda sedari bahawa setiap anda anda dipujuk
untuk membeli produk yang tidak diperlukan samada TV,
radio dan suratkhabar. Jika tiada wang tak mengapa,
anda boleh berhutang untuk membeli kereta baru, sofa
atau TV baru walaupun yang lama masih lagi elok.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anda. Anda terpaksa
bekerja siang dan malam untuk membayar hutang yang
semakin bertambah. Warren Buffet faham konsep ini
dengan mengelakkan berhutang tetapi bijak melabur untuk
kesenangan masa depan. Bayangkan saham Coca Cola yang
dibelinya dulu kini meledak mencecah berbillion ringgit!

Itulah antara rahsia kejayaan pelabur berjaya. Ketika
orang lain masih leka dan tidak ambil pedulu, pelabur
bijak telah memulakan langkah.

Sepertimana hari ini wujud sebuah panduan yang mendedahkan
bagaimana kita boleh menjadi pelabur silver berjaya sedangkan
pada hari ini emas sudah heboh di media dan menjadi buah mulut.

Ingat pelabur bijak, sudah mula menyertai pelaburan silver.
Ketahui caranya menjana kekayaan dengan silver disini:

===> http://rahsiapakar.com/silver


Ali, jumpa di puncak kejayaan!

ikhlas,

Razif Yusof


Wednesday, September 21, 2011

TUNGGU BAJET 2012

Rangka Bajet Iraq 2012 telah ada. Tunggu pembentangan dan kelulusan rasmi di parlimen sahaja. Katanya Bajet masih defisit lagi, walaupun pada tahun lalu meramalkan Bajet 2012 akan positif.

Bajet 2012 adalah penting untuk melihat unjuran ekonomi Iraq pada masa hadapan. Kedudukan pendapatan dan hutang luar akan mempengaruhi kadar tukaran matawangnya.

Gabenor CBI telah   mengeluarkan satu pendapatnya baru-baru ini; dengan mengatakan bahwa Iraq akan menjual minyaknya dan perlu dibayar melalui Dinar Iraq. Dengan kata lain,  pihak negara  luar  akan menjadikan Dinar Iraq sebagai salah satu rezab matawang asing bagi membolehkan mereka membeli minyak Iraq. Maka cerahlah nasib   dinar Iraq!!!!

Kita masih menanti isyarat yang sohih berkaitan dengan pengapungan dinar atau pertukaran matawang Dinar yang baru. Banyak berita yang masih bersifat spekulasi lagi!!!!

Untuk itu bersabarlah. Kok gila nanti. Kalau angau boleh tahan juga. Woooo.

Friday, September 16, 2011

DINAR IRAQ: STATUS TERKINI

Bukan beraya sangat  sehingga tidak mengemaskini blog ini tetapi saya sedang memerhatikan berita-berita yang sahih dari kota Baghdad berkaitan dengan isu RV dinar.  Nampaknya apa yang dilapurkan oleh beberapa web di  luar negara  Iraq dan beberapa kenyataan dari CBI  sendiri,  semacam menimbulkan pelbagai tafsiran kepada kita  semua.

Ada dua kenyataan yang sedang kita perhatikan dengan serius. Pertama tentang pertukaran note baru yang tidak ada 3 kosong, tanpa ada kenyataan berkaitan dengan nilainya.  Jika 25000 Dinar menjadi 25 Dinar tanpa ada sebarang perubahan  kepada nilai Dinar, maka hakikatnya kerajaan Iraq mahu menjatuhkan nilai Dinarnya  ke arah yang lebih parah lagi. Tindakan ini  semcam tidak logik. Kerajaan Iraq dilapurkan  sedang menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji akan kesan pertukaran wang yang  membuang 3 kosong pada dinarnya,  maka saya melihat usaha-usaha CBI masih lagi diragui oleh pihak Kerajaan  Iraq. PM Iraq  ada  Penasihat Ekonominya sendiri untuk mengkaji sebarang cadangan dari pihak berkuasa lain di Iraq. 

Cadangan rv secara jelas seperti tidak disebut oleh CBI dan PM Iraq. Dalam keadaan rizabnya semakin meningkat dari USD 50 bilion ke USD 65 bilion dan hasil minyaknya telah meningkat ke 2.9 juta tong sehari; proses kenaikan nilai dinar secara natural tidak berlaku. Sudah agak lama nilai Dinat terikat kepada 1,1170 Dinar bersamaan dengan USD 1.00. Malah dengan kejatuhan nilai  USD di pasaran dunia pun, ianya tidak memberi impak kepada nilai Dinar. Amat pelik.

Bagi saya  berita dinar akan lebih meyakinkan selepas pembentangan bajet Iraq 2012. Tunggu sahajalah!!!!

Sambil itu, apakah rancangan Iraq menyertai WTO pada November akan berlaku?   Macam sudah lesap beritanya. Haiya!!!!




Thursday, September 1, 2011

DINAR IRAQ: APA KEPUTUSAN PARLIMEN?

Parlimen Iraq dijangka akan bersidang semula selepas cuti aidil fitri. Pak Arab tak beraya sangat macam orang Melayu sehingga sebulan. Ha ha. Depa makan biskut kedai sahaja. Orang Melayu ada biskut samprit sehingga dodol berkilo-kilo. 

Juru cakap Bank Negara Iraq berpegang teguh dengan rancangannya untuk mengeluarkan note baru tetapi dalam masa  yang sama dinar Iraq masih dilelong dengan rancaknya  menjelang aidil fitri. Kita masih kurang jelas apakah akan terjadi kepada nilai sebenar selepas diperkenalkan note baru. Ada dua kenyataan yang bertentangan terhadap isu ini. Pertama, dikatakan ianya tidak merubah nilai dinar berbanding dengan mata wang asing. Kedua, dikatakan nilai dinar akan lebih "berkuasa beli" berbanding dengan matawang asing. 

Saya rasa ini adalah cabaran paling besar kepada Gabenor Bank Negara Iraq untuk meyakinkan pihak parlimen  untuk  membuat keputusan terhadap perubahan matawangnya. 

Jika  dinar  dinilai semula dan menaik kadar pertukarannya dengan wang asing, maka Iraq  memerlukan note yang lebih kecil untuk penggunaan harian rakyat Iraq. Tetapi jika sekadar mahu membuang 3 kosong pada matawangnya sekarang, dan diganti dengan matawang yang baru  pula tanpa ada kenaikan nilai dinar - maka Iraq hanya menghabiskan duitnya, menambah kos untuk mencetak matawang baru sahaja.  Apa punya tuuur daaaa.

Kita kena lebih serius di dalam bulan September khususnya  apabila Parlimen Iraq bersidang. Nampak gaya penyimpan dinar lebih peka dengan ekonomi Iraq dari ekonomi Malaysia. Wooooo!!!!

Oh ya, SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMINAT DINAR IRAQ. MAAF ZAHIR BATIN. ORANG MELAYU RAYA SEBULAN. HA HA.


Wednesday, August 24, 2011

48 billion dollars in Iraqi oil exports in 7 months


BAGHDAD / Aswat al-Iraq: Iraqi oil exports for the last seven months reached to 10.464 million barrels with an income over 48 billion dollars, ministry of oil sources said today.

Oil ministry spokesman Asim Jihad told Aswat al-Iraq that the ministry is continuing its efforts to increase exports .

On the other hand, he pointed out that crude oil exports for last July reached to 67.2 million barrels with a revenue of 7.311 billion barrels.

The exports from Basrah reached to 53 million barrels with a revenue of 5.739 billion dollars, he added.

Kirkuk exports reached to 14.2 million barrels with a revenue of 1.572 billion dollars.

The average selling price reached to 108.795 dollar per barrel.


Sunday, August 21, 2011

DINAR IRAQ: RAYALAH DULU

Lapuran mengatakan Kementerian Kewangan Iraq sedang berbincang dengan Bank Dunia untuk penyediaan Bajet Iraq 2012.  Jarang benar kita dengar negara lain berbuat demikian, di mana Bank Dunia turut campur tangan dalam penyediaan bajet sesebuah negara. Deraf bajet Iraq perlu dibentang di parlimen pada awal  September ini dan perlu diluluskan sebelum akhir tahun 2012. Kali  ini Iraq tak mahu kelulusan bajetnya  berlarutan sehingga awal tahun akan datang sepertimana yang berlaku pada Bajet 2011.

Sementara itu lelongan Dinar semakin rancak sehingga ratusan juta USD setiap hari pada minggu lalu. Bagi saya ini satu yang pelik jika rancangan RV dan penukaran note baru mahu dibuat. Iraq seolah-olah masih memerlukan kemasukan wang dari sumber lelongan Dinarnya dan tidak mampu bergantung semata-mata  dengan ekspot minyaknya.  95% sumber pendapatan Iraq adalah dari jualan minyaknya. 

Ramai yang risau akan jumlah edaran Dinar yang sudah bertrilion di pasaran. Walaupun bunyinya trilion tetapi nilai sebenar dalam USD, mungkin bilion sahaja. Oh, ramai yang risau jika rv nanti dan nilai dinar bersamaan  USD 1.00, maka jumlah edaran Dinar akan sampai ke tahap trilion pula.  Bagi saya Dinar tidak akan naik secara mengejut tetapi secara beransur-ansur misalnya bermula dengan satu sen atau sepuluh sen USD. Iraq atau pasaran akan membeli balik (buy back) dinar pada harga murah dan Iraq akan melupuskan  Dinar  dari edaran di pasaran  secara beransur-ansur  Saya telah membincangkan perkara ini pada posting tahun lalu. Jika tak jumpa atau lupa atau tak faham, kenalah  berjumpa dengan saya selepas solat tarawih di Restoran Rafiya, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Takkan secawan teh pun tak boleh belanja. Kenalah ada pengerasnya jika hendak ilmu ya sheikhhhh.

Cerita-cerita  dinar nak RV pada bulan Ramadan ini adalah untuk mengsyokkan anda sahaja. Penyertaan ke WTO dan Bajet Iraq 2012 adalah rangsangan utama, pada masa ini untuk dinar di RV. Maka antara bulan November dan Disember sahajalah antara tarikh yang paling awal untuk Dinar di RV. Itupun jika Bajet Iraq positif dan WTO menerima keanggotaan Iraq. Untuk itu berayalah dulu dengan biskut kering sahaja. Ha ha.

Wednesday, August 10, 2011

DINAR IRAQ: RV ATAU TUKAR NOTE DULU?

Pada akhir  2003 nilai Dinar Iraq ialah 4,000 Dinar bersamaan dengan USD 1.00. Ianya meningkat sedikit demi sedikit sehinggalah pada tahun 2009, nilainya ialah 1,170 Dinar bersamaan dengan USD 1.00. Ini bermakna kenaikannya adalah melebehi 100%. Mengapakah nilainya tidak menaik selepas kondisi ekonomi dan politik Iraq semakin baik? Kalau tidak RV pun sepatutnya nilai Dinar telah naik dan tidak kekal seperti nilai sekarang?

Kononya cadangan menukar note baru Dinar nanti adalah untuk  memperkukuhkan nilai dinar dengan membuang tiga kosong pada angka dinar itu.  Kita masih tertanya-tanya apakah implikasi kepada rakyat Iraq yang menggunakan dinar pada perbelanjaan hariannya nanti. Adakah peniaga Iraq akan meletakkan dua tanda harga pada setiap barangan. Pertama, dengan nilai Dinar yang baru dan yang kedua, dengan nilai dinar lama. Ini pernah damalkan di Turki.

Isu pertukaran note lama ke note yang baru tidak merisaukan saya kerana saya yakin pihak berkuasa Iraq akan memberi tempoh yang cukup  untuk penyimpan Dinar menukarnya. Turki mengambil masa lebih lima tahun berbuat demikian.

Jika RV terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan pertukaran note baru, itulah yang sebaiknya.

Jika tukar note terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan RV, maka kita memerlukan kadar RV melebehi USD 5.00, barulah berbaloi. Ha ha.


Drama dinar Iraq masih suspen di akhir episodnya. Woooo.


create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, August 6, 2011

DINAR IRAQ: TUNGGU WTO DAN BAJET 2012

Mutakhir ini ada kenyataan dari Bank Negara Iraq yang berazam untuk memperkukuhkan nilai Dinarnya. Ia tak menyebut usaha RV secara jelas tetapi dalam tempoh tiga bulan dari sekarang  akan memperkenalkan  wang syiling untuk 500 dan 1,000 Dinar. Bagi saya jika ada matawang syiling 500 dan 1,000 Dinar, ianya tidak membayangkan Dinar akan menaik dalam tempoh tersebut. Jika Iraq mengadakan matawang yang lebih kecil lagi misalnya 1, 2, 5 dan 10 Dinar - barulah  boleh dikatakan Dinar bakal menaik nilainya.

Ada berita tak rasmi atau lebih mudah saya katakan khabar angin yang mengatakan Maliki telah berbincang dengan pihak US untuk menaikan nilai Dinarnya ke USD 4.00.  Saya suka berita ini tetapi kerana sumbernya tak sohih dan lebih kearah spekulasi, maka sukar bagi saya hendak mempercayainya.  Ada beberapa sesawang luar negara yang sentiasa mengatakan RV akan berlaku dalam beberapa jam lagi. Sentiasa "beberapa jam" lagi. Maka ramailah yang ternanti-nanti tanpa tidur malam untuk menunggu siang hari esoknya. Ha ha. 

Saya lebih  cenderung menunggu pengistiharan  rasmi penyertaan Iraq ke WTO dan pembentangan Bajet Iraq 2012 untuk melihat kemungkinan RV dengan lebih yakin lagi. Jika bajet Iraq positif dalam keadaan ekonomi US dan Eropah yang semakin tenat, maka RV Dinar tidak menjadi halangan dari sudut keperluan ekonomi Iraq.

Masaalah hutang US bukanlah satu sebab utama untuk RVnya Dinar Iraq. Bukan tugas utama Iraq untuk selesaikan masalah ekonomi US. Dinar naik kerana ekonomi Iraq yang semakin baik. Iraq pula tak mahu kenaikan dinarnya akan menyebabkan inflasi secara mengejut akibat kenaikan kuasa beli rakyatnya. Ada perbezaaan kes antara Dinar Kuwait dengan Dinar Iraq iaitu Kuwait tak gila mencetak matawangnya tetapi Iraq saban hari melelong dinarnya.  Lantaran itu saya masih berpegang kepada teori asal saya bahwa Dinar Iraq akan kembali kepada  nilai asalnya yang terakhir pada 2003 iaitu USD 0.30 sahaja. Tetapi jika nilainya naik sehingga USD 4.00, saya tak marah!!!! Wooooo.

Moga memberi penjelasan kepada sms rakan Dinar.

Tuesday, August 2, 2011

DINAR IRAQ: YANG DI TUNGGU RAMADAN INI

Kini kita sudah berada di dalam bulan Ramadan. Kita menunggu ketibaan malam lailatul qadr. Dan tak salah jika kita menunggu  sama  hari  RV. Ha ha.

Ramai yang beranggapan krisis hutang di US, membolehkan RV dinar Iraq dilakukan dengan segera. Dalam kontek ekonomi, masalah ekonomi US tidak ada kena mengena dengan ekonomi Iraq. RV dinar  Iraq adalah kerana untuk keperluan ekonomi Iraq bukan untuk menyelesaikan masalah ekonomi US. Tetapi jika Iraq mengRV dinarnya, ianya sedikit sebanyak membantu reserve US. Namun ianya tak boleh menyelesaikan semua masalah ekonomi  US.


Di US, bukan sahaja negaranya yang terbeban dengan hutang lantaran terlibat dengan peperangan di luar negra, tetapi syarikat dan rakyatnya terbelenggu dengan hutang. Rakyat US telah menggunakan hutang kad kreditnya sejumlah 10 tahun pendapatannya akan datang. Wau. Apa tak bankrapnya.


Ada sumber mengatakan Iraq sedang menunggu kelulusan parlimennya untuk mengeluarkan note baru. Dan note baru ini telah mengambil kira akan pembuangan 3 kosong. Namun buang 3 kosong pada  nilai atau pada angka matawangnya   masih tak dapat dipertentukan.  Saya telah memperkatakan isu ini  pada posting sebelum ini. 

Rasanya parlimen Iraq tak bersidang pada bulan Ramadan. Jika bersidang, di luar kebiasaan budaya Arab yang tidak bekerja di bulan puasa. Wooo.

Terima kasih  atas sms  ucapan selamat  puasa dari anda semua. Hebat-hebat ucapannya. Yang mampu saya lakukan ialah mengaminkannya sahaja. Ha ha. Pendek, tetapi bermakna  tuuuu.

Friday, July 29, 2011

DINAR IRAQ: ISYARAT RV

Walaupun isu Bab 7, PBB  telah ditarik balik ke atas Iraq pada akhir tahun lalu, tetapi pelaksanaannya masih belum disempurnakan. Kerajaan Kuwait dan Iraq masih lagi belum memuktamadkan penamatan isu ini. Lantaran itu, RV semcam terhambat dek isu ini. Saya turut khuatir, jika isu Bab 7, PBB ini  juga akan melambatkan penyertaan Iraq ke WTO pada November  akan datang.

Sahabat lama saya  Razali Jusoh al Kelantani mengatakan RV ibarat mati. Ha ha. Ianya semakin dekat tetapi tak diketahui bila masanya yang tepat. Wooo.

Perkembangan dan laporan ekonomi lazimnya dibuat setiap suku tahun, setengah tahun dan satu tahun. Maka kita akan melihat kemajuan untuk rv seperti itu juga. Tak mungkin  signal rv akan diperolehi pada setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan. Jika ada orang selalu bertanya bila rv pada saban hari, maka ianya satu yang diluar  kebiasaan!!!! Ha ha.

Sebab untuk RV ada kena mengena dengan kemajuan ekonomi Iraq. Antara indikatornya ialah kadar  pertumbuhan,  Keluaran Negara Kasar, kadar bunga, kadar pengangguran, jumlah hutang luar, jumlah simpanan dan lain-lain. Laporan suku tahun yang akan datang ialah pada  30hb September. Lazimnya laporan tersebut akan dikeluarkan 2 atau 3 bulan selepas itu. Maka bulan November atau Disember adalah bulan yang kita tunggu untuk mengetahui kekuatan ekonomi Iraq pada suku tahun ketiganya. Tambahan pula Iraq sudah berkira-kira dengan Bajet 2012 pula. Maka signal RV akan lebih jelas pada ketika itu. Jika RV lebih awal dari itu, kira bonuslah ya. Ha ha.

Seboleh mungkin saya akan memberi gambaran rv secara logik berdasarkan senario ekonomi Iraq dan bukannnya khabar angin di face book. Woooo. 

Baru balik dari Ghuangzo. Teh tarik tak ada di sana. Teh China sahaja. Boleh kurus bibbbb.

SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL MUBARAK. MOGA BERJUMPA MALAM LAILATUL QADR.  UTAMAKAN PERSEDIAAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN DARI AIDIL FITRI. IBADAH DI BULAN RAMADHAN SELAMA 30 HARI. AIDIL FITRI SATU HARI SAHAJA!!!! TETAPI MELAYU JADI "GILA" DI BULAN SYAAWAL SELAMA 30 HARI JUGA.  WOOOOOO


Wednesday, July 20, 2011

DINAR IRAQ: BUANG ATAU ANGKAT NILAI?

Seminggu yang lalu penuh dengan pelbagai berita yang memungkinkan kita bergembira dan mungkin juga  kita akan bersedih. Isu penilaian semula (RV) dan  redenominasi (pengecilan matawang)  membawa pelbagai tafsiran dan kemungkinan. Yang memeningkan kita ialah apabila sumber berita  itu  dikatakan dari Bank Negara Iraq (CBI), tetapi kemudiannya dinafikan oleh Bank Negara Iraq sendiri.  Tambah pelik lagi  ialah yang selalu buat kenyataan ialah Penasihat CBI dan bukannya dari Gabenor CBI itu sendiri.  Antara kedua orang  ini, kekadang infonya adalah bertentangan pula. Yang pening tentulah kita yang dok menanti bulan jatuh ke riba. Ramai yang dah krititikal, yang "sosak"  hendak menyambut raya, yang nak kahwin, yang nak ke Eropah dan bersedia hendak ke Brazil.  Wooo

Pada 22 Jun lalu, Bank Negara Iraq mengumumkan dan  membuat keputusan untuk menyusun semula mata wang tempatan dalam usaha untuk membangunkan sistem pembayaran di negara ini.  IMF pula akan memberi  sokongan   kepada   Iraq  sekiranya Iraq  mengambil   tindakan  strategik ekonomi termasuk penswastaan ​​bank-bank, " menaikkan tiga sifar" daripada mata wangnya  dan membayar  hutang dan pampasan perang.  

Isu  3 kosong  pada Dinar Iraq menimbulkan kekeliruan kerana ayat yang sering digunakan ialah "remove" 3 zero atau "raise" 3 zero.  "Remove" lebih ke arah membuat note baru yang kecil atau redenominasi. Jika "raise"  pula,  lebih ke arah meningkatkan nilai dinar, misalnya dari 1,000 dinar bersamaan USD 1.00 akan menjadi nilai  baru yang lebih kuat  iaitu 1 Dinar bersamaan USD 1.00.

Jika Iraq hendak kuatkan ekonominya, supaya bank komersil Iraq tidak bankrap, agar Ameika tak rugi,  dan demi penyimpan Dinar Malaysia  tidak berputeh mata, maka tindakan yang sepatutnya dibuat oleh Iraq ialah "raise" 3 zero - mengangkat 3 kosong pada dinarnya - yang membawa maksud dalam istilah ekonomi - meningkatkan nilai matawang Dinarnya. Moga moga ini yang terjadi. Jika tidak, satu malapetaka dunia  yang baru akan melanda di awal abad 21  selepas Greece bankrap!!!!.







Saya bercuti ke Ghuangzhoo mulai 23 hb ini. Wooo. Pandai-pandailah  kau orang menjaga diri. Jangan gantung diri di pokok tauge sudah le!!!!. Woooo

Wednesday, July 13, 2011

DINAR IRAQ: BILA MAHU APUNG DAAA...

Saya sering ditanya "apa perkembangan dinar". Ini soalan yang terlalu mudah dijawab. Jawapanya  ialah  samada sudah apung atau belum apung, Ha ha. Yang banyak perkembangan ialah ekonomi Iraq. Kehidupan mestilah terus berjalan dan berkembang  setiap hari. Jika nak tahu perkembangan Iraq, bacalah sesawang yang telah saya sebutkan dalam blog ini sebelum ini. Woo

Soalan lain yang sering juga ditanya ialah bilakah dinar akan diapungkan. Soalan ini pun telah saya jawab banyak kali dalam blog ini. Saya tak tahu bila tarikh tepatnya tetapi berdasarkan ilmu setakat sekolah atap di Gemencheh dahulu, saya menjangkakan tarikh apungan  pada 3 situasi  berikut:

Pertama: Sebelum November 2011 - iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi menyertai WTO. Iraq dikatakan akan menyertai WTO pada November  ini. Maka dalam tempoh 4 bulan ini,  bila-bila masa sahaja dinar boleh diapungkan sepatutnya. Tak pelik hal ini  kerana CBI telah pun menghantar cadangan revalue dan redenominasi kepada jemaah menteri pada awal Jun lalu. Terpulanglah kepada jemaah menteri mahu meluluskan dengan segera atau  tidak. Jika cepat alhamdulilllah. Jika lambat, haram jadah bak kata orang Melaka. Wooo.  Atau:

Kedua - Apabila pengeluaran minyak Iraq mencecah 4 juta tong sehari. Ketika nilai dinar bersamaan USD 0.30  pada 2003, pengeluaran minyak adalah 4 juta tong sehari. Pada masa itu harga minyak mungkin tak sampai USD 50.00 setong.  Adalah dijangka Iraq akan mencecah pengeluaran minyak 4 juta tong sehari pada tahun 2012. Tak tahulah samada pada awal tahun atau pertengahan tahun atau di akhir tahun.  Kini harga minyak  adalah melebehi USD 100.00 setong. Mungkin pada tahun 2012, harganya akan melebehi paras tersebut. Dengan ini Iraq akan  lebih kaya dari tahun 2003 kerana jumlah pengeluaran minyaknya pada tahap yang sama tetapi pada harga yang lebih tinggi dua kali ganda. Mengikut hukum ekonomi dan kewangan, nilai matawang sesuatu negara itu akan naik selaras dengan pendapatan dan kekuatan ekonominya. Maka adalah satu yang pelik jika nilai dinar tak naik ketika Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke tahap asalnya semula  seperti  pada tahun 2003. Jika tak naik juga pada ketika itu nanti, saya cadangkan kita buat demo di hadapan kedutaan Iraq di  Kuala Lumpur. Ha ha. Ridzuan dan Roslan Genting boleh memimpin demo ini. Wooo. Atau :

Ketiga - Pada tahun 2013, selaras dengan teori  Pusingan Ekonomi 10 Tahun. Dinar jatuh pada 2003. Akan naik semula selepas 10 tahun pada 2013. Banyak situasi ekonomi berlaku secara pusingan selama  10 tahun. Betul ke tak betul, kita tunggu sahajalah ya. Ha ha. Jika betul tak kena bayar. Jika salah tak kena saman. Wooo.

Bagi sesiapa yang tak tahan menanti, saya tak ada ubatnya. Saya boleh tahan sehingga 2013 kerana itu adalah umur pencen saya. Jika tak meletup juga pada tahun 2013, maka saya akan  beli tiket ke Baghdad untuk minum teh bersama  P. Ramli dan 40 orang penyamun di sana. Atau habiskan wang dinar  dengan  makan kebab pun boleh juga.  Ha ha. Jangan mare...Moga-moga tak ada orang yang membakar dinar dan kemudian berkata 'puas hati aku". Wooooo.



Friday, July 8, 2011

DINAR IRAQ: IRAQ TERBITKAN BON

Iraq dijangka akan menerbitkan bon pada awal tahun hadapan. Kali terakhir Iraq menjual bon ialah pada tahun 2006. Sesebuah  negara yang mampu menerbitkan bon adalah kerana keyakinan kepada prestasi ekonominya dan kemampuannya untuk menjelaskan hutang luarnya.

Iraq berjaya mengurangkan hutang luarnya sebanyak USD 135 bilion pada 2003 ke USD 40 bilion pada masa kini. Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa  bagi Iraq  sehingga dikatakan Iraq adalah negara kedua tertinggi kadar pertumbuhanya selepas Qatar berbanding dengan  negara-negara lain  di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.  Maka tidak hairanlah IMF begitu yakin dengan ekonomi Iraq. Berita  ini amat baik untuk faktor ke arah RV. Woooo

Jika pada tahun 2003, 4000 Dinar bersamaan USD 1.00 dan pada 2006 telah mencapai nilai 1200 Dinar bersamaan USD 1.00, mengapakah nilai dinar seperti tidak berubah sehingga sekarang?. Jika mengikut kadar kenaikan secara puratanya, maka nilai dinar kini sepatutnya adalah  1 Dinar bersamaan USD 1.00.  Soalnya mengapa ini tidak berlaku walhal ekonomi Iraq semakin baik. Kadang-kadang rasa nak belangkong kepala Gabenor Bank Negara Iraq ini. Ha ha ha.

Hiburan menanti RV klik di sini.


Monday, July 4, 2011

DINAR IRAQ: NOTE BARU?

Menurut Dekan Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi,  Universiti Baghdad, Alaa Farhan, pertukaran matawang Iraq jika dibuat, ianya  tidak akan memberi kesan kepada nilainya kerana nilai matawang Iraq adalah bergantung dan berkait  dengan pembangunan ekonomi Iraq  itu sendiri.

Sebab utama matawang Iraq itu akan  ditukar  nanti  adalah kerana hendak mempastikan saiz matawang dan kualiti kertas matawang  itu boleh digunakan di mesin ATM. 

Sementara itu ada seorang jurucakap  Bank Negara Iraq mengatakan  bahwa CBI akan berusaha membuang 3 kosong dari matawang Iraq dalam tempoh segera dan paling lewatnya pada akhir Jun 2012. Apakah maksud membuang 3 kosong ini masih  tidak jelas lagi dari segi modus operandinya. Adakah kerana mahu menaikkan nilai dinar dari 1,170 ke 1.17 Dinar bersamaan USD 1.00   atau hendak menjadikan  25,000 Dinar ke 25 Dinar melalui matawang dinar yang baru. Ramai yang beranggap pilihan yang paling betul ialah menaikkan nilai Dinar dari 1,170  Dinar ke 1.17 Dinar bersamaan USD 1.00.  Pendapat  ini sama dengan pendapat Alaa Farhan, Dekan Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi, Universiti Baghdad.

Wednesday, June 29, 2011

DINAR IRAQ: NANTIKAN SAHAJA

Dalam tempoh 48 jam ini, marilah kita menanti  perkhabaran rasmi dari Iraq. 

Ada satu sms yang saya terima sebentar tadi yang mengatakan rate pertukaran Dinar Iraq ialah USD 1.00 = 1.15 Dinar. Selepas saya semak, satu lagi kekeliruan telah berlaku di pasaran sms. Entahlah, manusia suka menghebohkan berita yang belum pasti benar.  Woooo.

Mungkin PM Iraq sedang berhempas pulas memikirkan apakah pilihan cadangan yang terbaik dalam usaha meningkatkan ekonomi Iraq, termasuklah  mengkaji semula nilai Dinarnya.

Tunggulah. Menanti tak kena bayar. Ha ha

Tuesday, June 28, 2011

REVALUE ATAU REDENOMINASI?

Nuri al Maliki  telah mengarahkan supaya Gabenor Bank Negara Iraq tidak dibenarkan  keluar negaranya sehingga menyebabkan Gabenor berkenaan tidak dapat menghadiri satu persidangan di Rom. Ini berkaitan dengan  cadangan CBI untuk membuat matawang baru kepada jemaah menteri pada minggu lalu.  Nampaknya jemaah menteri semacam ada idea lain dalam isu penilaian semula (rv) dan pemecahan mata wang  yang kecil (redenominasi)

Isu yang menjadi misteri kepada kita ialah:

1. Adakah CBI  akan membuat revalue (penilaian  semula)  terlebih dahulu dan selepas itu mengadakan  mata yang  wang kecil (redenominasi). Jika ini berlaku, maka hasrat kita untuk  menjadi jutawan akan tercapai. Atau

2. Adakah CBI akan membuat matawang baru dengan angka pecahan yang kecil tanpa ada revalue (penilaian semula). Jika ini berlaku, maka kita tak untung dan tak rugi  tetapi buang masa kita sahaja -  yang letih menanti sekian lama.  Dah lama berangan kaya  katakan. Ha ha. 

Bagi kes ke 2 diatas, ada dua kemungkinan pula yang akan berlaku:

1. CBI akan membenarkan kita menukar note besar kepada note kecil. Notenya tetap bernama Dinar Iraq. Misalya sekeping note 25,000 ditukar untuk mendapatkan note 100 Dinar sebanyak 250 keping.  Jika selepas itu   rv atau nilai dinar naik secara beransur-ansur pun kita tetap akan beruntung. Atau

2. CBI mengadakan note baru misalnya dinamakan New Iraqi Dinar. Kemudian semua note lama ditukar dengan note baru yang telah telah dibuang 3 kosong, misalnya note lama 25000 Dinar lama akan ditukar ganti dengan note baru 25 Dinar. Kes ini  sama dengan kes Turki. Jika rv, ianya rv atas note baru. Jika ini berlaku, rv tidak memberi makna kepada kita. Saya rasa Amerika akan menyerang Iraq semula kerana Amerika akan rugi berbilion  dollar  lagi.  Woooo.

Jika tak faham boleh talipon saya. SMS tak akan dijawab. Ha ha.

Thursday, June 23, 2011

DINAR IRAQ: SUSPEN 30 JUN

Beberapa hari yang  lalu, Gabenor Bank Negara Iraq  telah dipanggil secara  secara mengejut untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada jemaah menteri Iraq berkaitan dengan  penilaian semula dan re-denominasi  dinar Iraq.  Pihak PM dan jemaah menteri Iraq amat prihatin apakah yang akan dilakukan oleh gabenor Bank Negara Iraq terhadap rakyatnya  nanti.

Nampaknya  isu RV semakin rancak dan serius tetapi  infonya amat rahsia sekali. Pihak di luar Bank Negara Iraq sahaja yang membuat pelbagai ramalan dan spekulasi.  Ada yang menyatakan Bank Negara Iraq sedang mencetak  beberapa note baru yag kecil  sebagai persediaan kepada kenaikan nilai dinar Iraq. Jika dinar Iraq naik, maka note kecillah diperlukan di pasaran  untuk kemudahan berbelanja. Dikatakan nanti note yang paling besar ialah note 100 Dinar sahaja. 

Yang paling menyeronokkan  kononnya  dinar akan RV pada akhir Jun ini. Mari kita nantikan. Menanti tak kena bayar, kecuali anda menanti di kopitiam - bayarlah duit teh sendiri. Woooo.

Thursday, June 16, 2011

CERITA KEDUA

Rakan saya namanya T. Pada tahun 1986 saya berpindah tempat kerja dari Jitra ke KL. Selepas habis waktu pejabat, saya pun selalu singgah di sebuah kedai buku, tempat T bertugas.  T hanya pekerja biasa tetapi apa yang beliau buat adalah melebehi dari pekerja biasa.

Bos kedai buku ini menyerahkan hampir kesemua tugas mengurus kedai buku ini kepada T. Dari melayan pelanggan, menyusun atur buku, membersih kedai, membuat tempahan buku, membuat bayaran belian buku, melayan pembekal - semuanya diurus oleh T. Ha ha. macam tauke sebenar pula.

Dan yang paling menarik, sahabat saya T ini juga bijak mengurus dan menerbitkan kaset, poster, majalah dan buku. Semua urusan pra penerbitan beliau urusakan. Alah biasa tegal biasa. Beliau gembira dan mudah sahaja menguruskan kerja-kerja tersebut. Alang-alang pekerja biasa tentu tak mahu lakukan kerja-kerja diluar tugas hakiki. Ha ha.

Akhirnya T diberi balasan oleh Allah atas kerja lebihnya selama ini. Seorang tauke toko buku menawarkan kepada T untuk mengambil alih sebuah kedai buku di Hentian Pudu Raya. Ambil alih dulu, bayar kemudian. Agaknya tauke buku ini ini yakin dengan pengalaman T yang sedang mengurus kedai buku seperti miliknya sendiri, walaupun dimiliki oleh orang lain. Ha ha.

Kini T ada beberapa buah cawangan kedai buku. Jualannya di Pesta Buku di PWTC untuk beberapa hari sahaja mencecah RM 200 ke RM 300 ribu. Wau. Malah beliau juga menerbitkan buku, kaset dan poster. Pengalamannya memudahkan beliau menjadi   tauke  kedai buku dan sekaligus sebagai penerbit buku. Pernah keluar di tv 3 dalam sessi khas memperomosikan buku dan kaset terbitannya.

Inilah berkat orang yang sanggup buat kerja lebih, ringan tulang dan amanah kepada bosnya. Semua sikap dan tingkah laku kita diperhatikan orang. Akhirnya dibalas oleh Allah melalui manusia di muka bumi ini. So, janganlah anda mengungkit jika buat kerja lebih. Insyaallah Allah akan membalasnya. Cepat atau lambat, Allah yang lebih tahu bila sepatutnya diberikan kepada kita.

Tuesday, June 14, 2011

KERJA LUAR BIASA

Sementara menantikan dinar Iraq diapungkan, eloklah saya mencatat cerita-cerita  orang yang berjaya dalam bisnes.  Saya tak akan sebut namanya, sekadar menggunakan nama samaran sahaja. Ha ha. Kesah benar orang yang pernah saya jumpa. 

Orang berjaya ialah orang yang sanggup buat kerja apa yang orang ramai tak sanggup buat. Orang ramai tak sanggup buat sesuatu kerja kerana kerja itu mungkin berat, memerlukan kemahiran, tak ada "status", tak ikut time kerja dan pelbagai lagi.

Seorang kawan saya dari Rembau. Kini bergelar Datuk. Bukan Datuk beli tau. Ha ha. Beliau mulakan kerja dengan kerja mengangkut najis yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sebelum ini, kerja-kerja angkutan najis dibuat oleh buruh India di bawah seliaan JKR.  Oleh kerana kawan saya ini sanggup buat kerja yang tak diminati oleh kontraktor lain, maka sebarang kerja yang payah-payah akan diberikan kepada kawan saya ini. Lama kelamaan beliau mendapat tawaran kerja yang besar nilainya. Alhamdulillah kini menjadi kontraktor besar dan sukses dalam perniagaannya. Ada pasar mini dan stesyen minyak disamping perniagaan teras sebagai kontarktor.

Rahsia kejayaan kawan saya ini ialah sanggup buat kerja yang orang lain tak sanggup buat. Nampak mudah tetapi bagi saya luar biasa semangatnya itu. Shukri Besut setakat beli Radja Karet sahaja. Yang menyapunya pekerjanya. Ha ha. Gurau je Shukri. Wooo.


Saturday, June 11, 2011

DINAR IRAQ: ISU DAN PROSPEK

Bacaan khas untuk pembaca baru blog ini.

Apakah ayat ringkas yang boleh disimpulkan berkaitan dengan potfolio  pemilikan Dinar Iraq. Jawapannya ialah Simpan   Dan Jual  Dinar Iraq Selepas Apungan.   Modal pertama di sini ialah KESABARAN, kerana terpaksa menunggu bilakah wang Dinar ini diapungkan dan dinilai semula (revalue -RV)

Latar Belakang Prospek Pemilikan Dinar:


Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003)  ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq.   Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq. 

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik,  bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010,   kini  Iraq  telah  mempunyai Perdana Menteri baru dan   barisan  kabinetnya.  Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.

Tentera Iraq pula telah mula  mengambil alih peranan tentera Amerika yang  mulai  keluar sejak 31hb Ogos  2010.  Kini. hanya tinggal 50,000  orang tentera Amerika  dan   kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011.  Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya   selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir  2003.  Ini  merupakan satu  anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di  Iraq.  Iraq kini  sebagai "negara emas"  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga  atau  selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq.   Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya.  Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar?   Ya, setiap bulan bank asing   membeli   dinar Iraq sebanyak  USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Isu Isu Note Dinar:


Isu  paling utama berkaitan dengan note Dinar ialah pembuangan 3 kosong  pada notenya. Jika ini dibuat, ianya  bukan menaikan nilai Dinar tetapi  sebaliknya  akan mengurangkan nilai Dinar.  Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan  bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang.   Maka ramai yang berpendapat maksud pembungan 3 kosong   itu  ialah membuang nilainya dari 1,000 dinar bersamaan dengan 1 USD kepada 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD.  Ya, nilai 1000 Dinar  jadi 1 Dinar bersamaan dengan 1 USD, Ia membawa maksud kenaikan nilai  dinar, bukan menukar note 1,000 dinar lama bersamaan dengan note 1  dinar baru.

Isu kedua ialah tentang pertukaran  note baru.  Bukan  mudah bagi  sesebuah negara  menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh  yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan.  Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Mana ada logik bib. Gunalah otak sikit. Duit satu sen Malaysia yang nak dibuang pun kena bagi notis setahun juga. Woooo. Inikan wang Dinar yang dah melampuh kat pasaran dunia. Kok jadi macam tu, ramai yang bunuh diri nanti. Ha ha.



Bilakah Dinar Akan Naik?

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan ramalan ini.

Pertama: Sebelum November 2011, iaitu sebelum Iraq diterima secara rasmi sebagai anggota WTO

Kedua: Apabila Iraq mencapai tahap pengeluaran minyak ke 4 juta tong sehari, sepertimana pada tahun 2003. Iraq dijangka akan mencapai tahap tersebut pada tahun 2012.

Ketiga: Pada 2013, iaitu genap 10 tahun pemulihan Iraq dari serangan Amerika pada 2003 dahulu.


Namun, ada yang berpendapat pada  bila-bila masa dari sekarang kerana kertas cadangan Bank Negera Iraq telah pun disiapkan untuk kelulusan PM dan Parlimen Iraq. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.


Wednesday, June 8, 2011

DINAR IRAQ: SUMBER SAHIH

Nuri Al Maliki kecewa dengan prestasi kerajaannya. Kerajaan campurannya sentiasa terhalang dengan tentangan blok politik yang amat kuat di parlimen. Rancangan Empat Tahun Iraq Iraq akan dinilai semula  dalam tempoh 100 hari lagi.   Berita gempar yang diharapkan tak kunjung tiba. Walaupun pelbagai ramalan dan harapan diwar-warkan, ianya tak muncul. Maka marilah kita meneruskan alam penantian. Ha ha.

Puan Fatimah Kuantan mengatakan berita-berita dari hantu polong perlu dipertimbagakan kerana ia duduk di luar alam  maujud, dimana  manusia tak mengetahuinya.  Ha ha, siapa nak percaya dengan berita dari hantu polong, ikut suka engkaulah. Jangan naik meroyan sudahlah. Bagi saya sumber rasmi adalah dari web rasmi Iraq. Antaranya:



http://en.aswataliraq.info/

Eloklah pembaca blog ini menjengah sesawang di atas jika hendak mendapat lapuran yang sahih. 



Tuesday, June 7, 2011

DINAR IRAQ: BERITA CBI YANG SAH

Mulai saat ini, selalulah melawat sesawang Bank Negara Iraq di sini.

Hanya sumber ini sahaja yang boleh mengesahkan  samada Dinar Iraq telah naik atau tidak.  Saya tidak bertanggung jawab terhadap sebarang khabar angin  dan sms mana-mana hantu polong. Wooo

Monday, June 6, 2011

DINAR IRAQ: FASA MENANTI RV

Kalau sudah rv, usahlah tanya saya. Pergilah tukar terus dinar di Money Changer. Ha  ha. Kononnya ada web yang mengatakan dinar sudah rv. Bukankah sudah berkali-kali saya tegaskan bahwa hanya web CBI sahaja yang  boleh mengesahkan dinar sudah rv atau belum . Yang lain hanya meramalkan sahaja. Wooo

Mulai sekarang bukan masanya bertanyakan  prospek. menyimpan   dinar. Kini adalah  fasa menunggu  bilakah dinar akan diapungkan sahaja.  Maka saya tidak melayan emel atau sms bertanyakan prospek dinar. Masa unuk meyakinkan prospek dinar telah tamat.  Kini, kita tengah  berkira-kira berapa mahu dapat apabila dinar diapungkan. Ha ha. Maafkan saya jika tidak melayan pertanyaan  anda  lagi.

Terima kasihhhh.

Wednesday, June 1, 2011

DINAR IRAQ: PANDAI PANDAILAH MERANCANG

Pagi-pagi lagi Brother Zul dan Afendi sudah sms kepada saya mengatakan kadar apungan pada USD 1.30. Soal kadar apungan tak menjadi masalah kepada kita kerana fundamental ekonomi  Iraq layak mendapat kadar  tukaran kepada lebih USD 1.00. Hanya sebagai mengelak inflasi yang mengejut, Iraq mungkin menaikan nilai dinar secara beransur-ansur.

Isu utama kita ialah bila pihak berkuasa Iraq hendak mengistiharkan RV tersebut. Minggu ini, bulan ini atau dalam tahun ini? Ramai yang sudah nak pencen  dari kerja sekarang.  Ini pun satu hal juga. Kerja tetap kena kerja. Kalau tak kerja nak buat apa. Duit bonus dari dinar adalah untuk potfolio pelaburan kita sahaja. Untung dari potfolio pelaburan dinar itulah yang akan  kita gunakan atau belanjakan. Ha ha. Duit segunung pun boleh habis kalau tak beranak oi. Pandai pandailah merancang kewangan anda apabila mendapat wang dinar nanti.


Nota: Yang telah menempah dinar, sila tamatkan urusniaga sebelum 5hb Jun.

 Yang muda jangan baca.