Friday, April 27, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: MEI?

Ahli Ekonomi berpendapat Iraq perlu dibebaskan dari Bab 7  supaya nilai wang dinarnya  tidak  diancam  dengan tuntutan hutang luar. Tanpa ancaman ini, barulah nilainya lebih bebas untuk menaik lagi.

Dua hari lalu dilaporkan bahwa PPB membayar pampasan sebanyak USD 1 bilion kepada Kuwait atas kes  perang Iraq-Kuwait  pada 1990 lalu. Pelik juga kenapa PBB yang membayarnya, bukan Iraq yang kena bayar. Adakah PBB, yang dibawah  "pengaruh"  Amerika  mahukan Iraq segera bebas dari Bab 7.  Isu  Bab 7  akan cuba ditamatkan  pada selewat-lewatnya akhir Jun ini. Jika ya,  cerah masa depan  RV  Dinar Iraq.  Malah kini, kononnya dikatakan ada sendikit membeli Dinar pada nilai RM 0.30 bagi 1 dinar. Kita akan tahu hasilnya pada bulan Mei ini. Tak taulah samada  1 Mei atau 15 Mei atau 31 Mei.  Tunggu sahaja. Jika betul Dinar dapat ditukarkan kepada nilai RM 0.30, saya pun nak tukar. Wooo.

Kali ini saya melihat kabinet Iraq memberi perhatian serius kepada nilai Dinar.  Ya, jika  sebuah negara tidak mahu wangnya diapungkan, maka negara itu adalah negara primitif. Wang kyat yang tenggelam sejak 1977, akhirnya terpaksa diapunglan juga pada 1 April lalu. Tetapi saya tidak tahu adakah sesiapa yang menjadi jutawan dengan apugan Kyat?  Ha ha.

Dalam perkembagan yang lain pula, beberapa bank asing sudah mulai membeli  ekuiti bank tempatan Iraq.  Ini membayangkan bank asing  amat  yakin sekali kepada prospek  ekonomi dan  nilai  matawang Iraq. Jika dinar  akan melemah, bank asing tidak akan berminat  membelinya.  Tindakan bank asing ini menambahkan iman saya kepada nilai Dinar Iraq. Woooo.

Ya, melabur kepada anak, yang paling baik sekali. Dapatkan makanan cerdas minda terbaik dan terawal di pasaran. Klik di sini.

Saturday, April 21, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: SYARAT MENGGANDA PENDAPATAN

Sebagai muslim pra syarat kejayaan dalam kehidupan ialah mentaati Allah. Bukan sukar hendak mentaati Allah. Lebih mudah dari main bola atau tengok bola di stadium. Perkara asasnya ialah buat yang wajib dan menjauhi yang haram sahaja. Yang wajib bukannya banyak pun  dan bukan semua kena buat   serentak.  Setiap yang wajib  ada syarat-syaratnya  terlebih dahulu, barulah   wajib dibuat.

Syahadah, mudah je, dah buat pun.

Solat, setakat lima waktu sahaja. Jika musafir lebih 5km atau sibuk kerja, boleh jamak. Lebih baik jamak dari qadha. Ha ha.

Puasa, tunggu ramadhan baru kena  buat. Bukan kena buat hari-hari pun. 

Zakat, jika cukup nisab dan haul - baru kena bayar.  Secara puratanya, kadar zakat ialah 2.5% sahaja. Sikit sangat tu,  Belanja  hisap rokok,  bil talipon dan internet lagi banyak dari itu. Ha ha.

Haji- jika dah ada wang cukup, baru buat. itupun sekali sahaja seumur hidup. 

Mudahnya, yang sering perlu kita buat ialah solat. Kalau selalu solat sehari lima kali, ianya akan terrasa ringan. Yang kaki berniaga pasar malam, belajarlah cara-cara menjamak solat.

Kita tidak dikatakan  suskses, jika mengabaikan solat.  Walaupun kita kaya atau  besar pangkat - tak dikira sukses jika mengabaikan solat.   Kalau miskin dan kecil pangkat  serta tidak solat,  lagilah malang nampaknya.  Jangan ponteng solat bib. Putus hubungan kita dengan Alah, jika tak solat. 5  minit sahaja. Makan pun lebih lama lagi!!!!!

Syarat pertama mengganda pendapatan ialah TAAT KEPADA ALLAH.  IBADAT PERTAMANYA IALAH SOLAT.  Kekadang kita marah  orang murtad, tetapi  tak solat pun kira  macam dah  tak beragama  juga. Maaf saya cakap begini, macam omputeh cakap - sory to say. Woooo.

Untung 100% jika promote produk ini. Jangan tak klik ya.


Wednesday, April 18, 2012

DINAR IRAQ: TAK TAHAN MAKAN GAJI DAAA

Minggu lalu hangat diperkatakan bahwa Kabinet Iraq menolak cadangan membuang 3 kosong pada note dinarnya. Malah Shabibi, Gabenor CBI bakal digantikan dengan orang lain pada akhir tahun ini.  Semacam ada satu perancangan lain pula dikalangan pihak berkuasa dalam kabinet Iraq.  Kabinet mempunyai panel penasihat ekonomi  sendiri yang kadang-kadang dilihat tidak sama pandangannya dengan pihak CBI dalam sesuatu isu ekonomi.

Pergolakan di Syria dan ancaman Amerika ke atas Iran menyebabkan rakyat di negara-negara Arab  menukar matawang negara sendiri kepada USD.  Secara relatifnya nilai Dinar jatuh berbanding dengan USD juga. Kerajaan Iraq amat sensitif dengan perkara ini. Kejatuhan nilai Iraq akan menyebabkan kuasa beli rakyat Iraq semakin menurun.  Maka kerajaan Iraq sedang berusaha memulihkan nilai Dinarnya. 

Seperti lapuran lalu, Iraq sedang terus berunding dengan Kuwait untuk  meyelesaikan isu Bab 7. Isu ini semcam menghambat kemajuan ekonomi Iraq dan ianya perlu diselesaikan segera.  

Harga minyak dunia semakin naik. Negara pengeluar minyak  seperti Iraq   akan mendapat limpahan keuntungan.  Jika Bajet 2013 Iraq adalah positif, maka harapan RV semakin cerah. Itulah pendapat para peramal ekonomi.  Tetapi kita mahu RV tahun ini juga. Ramai kawan-kawan dah tak tahan "kojo" makan gaji.  Woooo.



Hidup kena bergaya, baru orang percaya. Klik di SINI


Tuesday, April 10, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: TERINGAT 1990

Rancangan membuang 3 kosong ke atas Dinar Iraq memerlukan Iraq memperkukuhkan matawang itu sendiri terlebih dahulu. Jika tidak, nilai  sejuta Dinar sekarang akan menjadi 100,000 Dinar sahaja. Ianya bukan mengkayakan rakyat Iraq tetapi mengpapakan mereka.  Demikianlah pendapat sebahagian pakar ekonomi. 

Dalam kes Dinar Kuwait  yang jatuh merudum ke USD 0.30 dari USD 3.40 pada 1990, tidak timbul isu pembuangan 3 kosong, selepas nilainya menaik semula pada 2003.  Rakyat Kuwait  papa tiba-tiba pada 1990 dan  tiba-tiba  kaya   pada 2003. Ha ha.  Kononnya dilapurkan adalah beberapa orang rakyat Malaysia menumpang tuah akan kenaikan Dinar Kuwait itu.

Rasa terkilan pula kerana tak  tahu akan "peluang" semacam ini pada 1990  dahulu. Ketika itu politik Malaysia pun agak rancak juga kerana Tengku Razaleigh sedang sibuk melawan Dr Mahathir. Ha ha.  Saya pun amat bersemangat. Ketika  itu  sedang belajar sepenuh masa di INTAN.  Saya sanggup  ponteng kuliah dan pergi kempen pilihan raya umum di Terengganu.   Bila balik, kena surat tunjuk sebab. Wooo. Akhirnya saya  tidak berhajat makan gaji lagi dan terus meletak  jawatan pada awal 1993. Berkelanalah  saya   ke alam bisnes  sehingga sekarang.  Sambil tu bertandinglah di dalam pilihan raya pada 1995 dan 1999. Wooo.

Nampaknya Kuawait dan Iraq sedang bekerja keras menyelesaikan isu pampasan yang berkaitan dengan Perang 1990.   Kedua-duannya mahu selesaikan kes ini  sebelum Jun 2012  atau tidak mahu mengheret sehingga tahun selanjutnya.  Memang ada kenyataan yang mahu dinar dipulihkan sebelum akhir 2013. Tetapi kita tidaklah mahu menunggu sehingga detik malam 31hb Disember 2013. Kalau boleh seebelum detik malam 31hb Disembe r 2012. Ha ha.

Sementara itu berdoalah dan buatlah pelaburan yang lain pula. Simpanlah emas, perak, hartanah atau belajar main saham secara betul dan teratur.  Saya baru nak gunakan ilmu yang saya belajar 30 tahun dahulu untuk main saham.  Ha ha. Dula tak ada wang mahu main saham. Woooo.

Mahu Dinar Iraq, hubungi saya 012-2104244. Yapedu-pedu.

Monday, April 9, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: BELAJARLAH ILMU PELABURAN

Saya galakkan para penyimpan dinar mempelajari ilmu pelaburan. Bacalah buku, bacalah blog atau website,  hadiri kursus atau seminar berkala  atau  studi sepenuh masa atau separuh masa di universiti. Ilmu pelaburan memandu kita menentukan keputusan atas sesuatu pelaburan semasa.  Setiap pelaburan ada kekurangan dan kelebihannya. Ianya bergantung kepada sumber dana  dan tujuan pelaburan kita.  Jangan terlalu fanatik kepada satu-satu pelaburan sahaja. Ha ha. 

Dengan pelaburan kita sedikit demi sedikit, akhirnya kita mahu wang bikin wang. Ituah pencen sebenar. Jika pelaburan kita memberi pulangan lebih dari gaji bulanan kita,  itulah tandanya pelaburan anda sudah dikatakan sukses.   Orang yang terjun ke alam pelaburan adalah orang yang berusaha menyimpan wang berlebihan ke tempat yang menjana wang. Jika anda tidak punya wang berlebihan, anda kena berfikir dan bertindak untuk mendapatkan wang berlebihan dari keperluan harian anda. Bagaimana?  Samada kurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan. Ha ha.  Jika wang sentiasa kurang, impian mau tambah isteri akan lebur. Wooooo.

Jika  nak main saham di Bursa Malaysia, bacalah di sini.  



Saturday, April 7, 2012

DINAR IRAQ: MELABUR DALAM SYARIKAT MINYAK

Saya tidak menjawab sms berkaitan dengan Kyat. Pohon maaf ya kerana saya tidak menumpukan kajian berkaItan  denagn  Kyat. Cerita kyat beberapa hari lalu kerana respon terhadap situasi semasa di mana kyat diapungkan oleh pihak berkuasa Myanmar. Nampaknya sumber dari pelbagai web,  berbeza-beza rate pertukarannya sehingga mengelirukan pelbagai pihak.  Nak tahu rate sebenar, tukarlah kyat di Burma terus. Woooo.

Persidangan Negara-Negara Arab di Baghdad minggu lalu  memberi rangsangan supaya Iraq dan Kuwait menyelesaikan isu-isu sosio politiknya. Kesan Perang Teluk pada 1990 masih menghambat hubungan Iraq-Kuwait.  Iraq masih terbeban dengan bayaran ganti rugi kepada Kuwait. Beban ini kekadang lebih teruk tanggungannya dari  hutang luar Iraq itu sendiri. Sesebuah negara yang punya tanggungan luar  akan memberi kesan kepada nilai matawang. Ya, Singapura yang langsung tiada hutang luar adalah lebih baik ekonominya dan tinggi nilai   matawangnya berbanding dengan Malaysia. Jika kita tak main sentimen bangsa, alangkah hebatnya Singapura  -  yang lebih baik urus tadbirnya, bebas rasuah, tinggi pendapatan perkapita,  lebih bersih dan indah  dari negaraku. Ha ha. Apa boleh buat hujan emas di negeri orang....

Bebarapa hari lalu rate dinar berbanding dengan USD adalah jatuh berbanding dengan dua bulan lalu. Adakah ini kerana faktor dalam Iraq atau faktor Syria yang memberi kesan kepada Iraq sekaligus.  Namun, rate rasmi di CBI masih kekal lagi. Kekadang rate pasaran tidak mengikut rate rasmi kerajaan. Ini sebenarnya merupakan cabaran kepada sesuatu kerajaan mengawal aliran matawang mereka sendiri serta mengawal kemasukan dan pengeluaran matawang asing.  Malaysia satu masa dahulu pernah menawarkan rate yang lebih tinggi kepada kemasukan USD, walaupun rate rasmi telah ditetapkan. Itu, ketika RM diikat. Kini sudah bebas masuk dan keluar. 

Iraq sebenarnya telah merancang Bajet 2013.  JIka Bajet 2013 adalah positif, harapan RV semakin cerah. Kita tunggu apa yang akan terjadi. Dengan harga minyak terus menaik, maka pendapatan Iraq pun akan terus meningkat. Satu kajian pakar pelaburan mengatakan melaburlah dalam syarikat minyak kerana harga minyak akan terus menaik seperti emas dan perak juga.  Bagi penyimpan dinar Iraq, mereka melabur dalam negara minyak, bukan setakat dalam syarikat minyak. Ha ha.  Jika di Amerika, saham syarikat minyak sudah bernilai melebehi USD 1,000 seunit!!!!!



Wednesday, April 4, 2012

DINAR IRAQ: WANG TETAP DIAPUNGKAN

Walaupun  Myanmar atau Burma belum pun mengamalkan sistem demokrasi  sepenuhnya,  tetapi matawangnya telah diapungkan. Kini pasaran yang menentukan nilai Kyat, bukannya pihak berkuasa Myanmar. Kyat diikat sejak tahun 1977 dan selepas 35 tahun, akhirnya matawang  itu  terpaksa dibebaskan di pasaran. Kes ini memberi keyakinan kepada kita bahwa Dinar Iraq tetap bakal diapungkan. Isunya ialah MASA. Oleh kerana Iraq telah pulih sistem demokrasinya, malah lebih baik dari era Saddam, maka ramai  meramalkan ianya akan lebih cepat lagi. Malah,  pelbagai kenyataan Bank Negara  Iraq sendiri yang menyebutkan perkara apungan ini  dalam tempoh terdekat. Makin kencang dada masing-masing. Yang tak ada Dinar Iraq tak payahlah menyibuk pula, samada apung ke tidak. Ha ha. Biarlah kami yang menyimpan Dinar Iraq ini nak rugi ke nak untung. Ha ha. Kalau takut risko, satu benda pun kita tak buat di dunia ini!!!!

Dalam kes Kyat tidak ada cerita buang 3 kosong, walaupun nilainya 816 Kyat bersamaan USD 1.00, lebih kurang dengan nilai Dinar Iraq iaitu 1161 Dinar bersamaan 1 USD.  Beberapa hari lalu ada kenyataan yang menyebut  untuk mengurangkan nilai USD  berbanding dengan Dinar Iraq. Ini satu kenyataan yang agak pelik juga. Mengurangkan nilai USD bermakna secara tak langsung menaikkan nilai Dinar Iraq. Sebaliknya jika menaikan nilai Dinar Iraq, secara tak langsung menurunkan nilai USD. Ha ha. Teringat pula saya pada tahun akhir 1990an dahulu apabila Ghafar Baba   mengatakan RM tak jatuh tetapi wang luar yang naik. Terkedu Ahli Ekonomi nak menjawab hujah Ghafar Baba. Woooo.

Menurut CBI, penghapusan 3 kosong atas dinarnya tidak memerlukan undang-undang baru yang perlu diluluskan di parlimen. Ianya memadai dengan satu peraturan   oleh CBI sahaja. Kita masih suspen apakah bentuk dan kaedah  pembuangan 3 kosong itu. Yang pasti, ia tidak akan merugikan penyimpan Dinar kerana itu satu kesalahan besar dalam pengurusan ekonomi  dunia. Namun bagi kita penyimpan Dinar Iraq, mahu untung juga!!!! Wooooo.


Bekalan di setiap rumah, klik di sini.

Tuesday, April 3, 2012

KYAT OH KYAT

Rupa-rupanya dalam senyap senyap ramai juga penyimpan wang Myanmar atau Burma - Kyat. Ha ha. Kyat tidak pernah ada rekod lama yang menunjukkan nilainya yang tinggi seperti Dinar Iraq. Maka niat atau harapan melihat Kyat naik melambung apabila diapungkan semalam tidaklah terjadi atau menjadi. Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat. Tetapi semalam banyak web site yang masih mencatat nilai Kyat yang lama. Apa lagi ramailah yang berangan menjadi kaya.

Setakat ini Money Changer atau Bank di Malaysia belum mengadakan perkhidmatan jual beli wang Kyat, walaupun ratenya sudah ada di web site Bank Negara Malaysia.

Nilai 5,000 Kyat sekarang  tidak sampai RM 20.00. Tak tahulah bilakah  5,000 Kyat boleh menjadi RM 100.00. Kita tunggu khdimat  Air Asia keYangon, Myanmar untok  makan tomyam   dengan  kyat yang kita  miliki. Saya pernah makan tomyan di Yangon pada akhir 1990an. Lebih sedap dari tomyam Thai. Wooo.  Saya pergi  ke Myanmar dahulu   bersama Hj Subky Latif, wartawan dan veteran politikus Pas. Kebetulan sepupu Hj Subky adalah duta Malaysia di sana. Apa lagi dapat makan  freelah. Ha ha.

Mulai hari ini  SMS  berkaitan kyat, saya tak jawab. Talipon sahaja. Wooo. Mau kasi untong Celcom!!!!!

Cerita kyat  dalam blog ini akan ditamatkan selepas ini. Ini blog Dinar Iraq daaaaa. Woooo.

Jiwa mahu tenang bib. Klik di sini.

Monday, April 2, 2012

BERAPA NILAI KYAT HARI INI?

Berapa nilai Kyat Burma yang diapungkan pada jam 9.30 pagi  ini. 

Jika sesiapa dapat info awal, sila sms kepada saya di 012-2104244.  Tak sabar nak tahu. Macamlah ada 100 juta  kyat. Ha ha.

Jika nak pelindung jin, dapatkan di sini. Woooo 

TERKINI

Nilai pertukaran Kyat dangan RM:

1 MYR = 2.0980485857 MMK
1 Malaysian Ringgit = 2.0980485857 Myanmar Kyat
100 MYR = 209.80485857 MMK
100 Malaysian Ringgit = 209.80485857 Myanmar Kyat 

(as of 2nd April 2012)

Sumber di sini. 

Soalnya, adakah kyat di tangan anda sekarang kyat yang original. Wooo. Jika ya, ramai yang kaya hari ini, termasuk saya. Woooo.

TERKINI - jam 4.30 petang

Rate pertukaran yang lebih dipercayai ialah 818 kyat = USD 1.00.
Ha. ha. tak jadi kaya nampaknya. Wooo.  Sumber dari sini.
 

Saturday, March 31, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: KYAT YANG TERAPUNG

Kita menunggu Dinar Iraq diapungkan tetapi yang bakal terapung pada esok, 1 April ialah matawang Burma, kyat.  Kyat diikat dari pasaran sejak 1977.  Akhirnya Burma terpaksa menerima liberalisasi ekonomi  dengan mengapungkan matawang kyatnya. Kadar pertukaran rasmi kerajaan Burma ialah 8.5 kyat = 1 USD  tetapi rate black market ialah 850 kyat bersamaan 1 USD.  Maka kita tak tahu apakah rate apungannya  pada  Isnin,  2 April nanti. Saya tak menjual kyat. Ha ha.  Dikatakan ramai yang menjual 5,000 kyat bersamaan dengan  harga  RM 70.00 di Malaysia sekarang. Jika apungan pada 8.5 kyat bersamaan 1 USD, ramailah yang kaya. tetapi jika diapungkan pada 850 kyat bersamaan 1 USD, maka ramailah yang papa pula, termasuklah  saya. Woooo.

Bagi sesiapa ada wang ratusan ribu, boleh beli wang kyat. Jika naik 1 sen USD, sahaja, sudah untung banyak.

Burma lambat mengapungkan matawangnya kerana kerajaannya diperintah oleh regim tentera yang tertutup sistem politik dan sistem ekonominya.  Jika sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi bebas,  maka sistem ekonominya pun bersifat terbuka. Maka tak dapat tidak, jika matawangnya diikat, maka ianya akan diapungkan juga pada satu masa nanti.  Janganlah khuatir, Iraq yang memang seebuah negara demokrasi dan mengamalkan ekonomi terbuka, tetap akan mengapungkan matawangnya.  ia tidak akan lama seperti Burma kerana Burma adalah regim tertutup. 

Persidangan Arab yang sedang berlangsung di Baghdad membawa harapan baru. Kuwait berjanji akan menamatkan bab 7 ke atas Iraq.  


Monday, March 26, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APUNG DULU, BARU TUKAR NOTE BARU

Beberapa hari lalu isu pembuangan 3 kosong ke atas dinar Iraq muncul semula.  Kita masih celaru apakah maksud pembuangan 3 kosong ini.  Adakah ianya membawa maksud  1 Dinar bersamaan dengan 1 USD. Kini nilainya adalah 1,161 Dinar = 1 USD.  Atau pihak CBI akan memperkenalkan note baru yang tiada 3 kosong, misalnya 25000 akan jadi 25 sahaja.  Dengan ini matawang Dinar lama akan bersamaan dengan Dinar baru, misalnya 25,000 Dinar lama akan bersamaan 25 Dinar baru. Tempoh penggunaan Dinar lama akan diizinkan sehingga satu jangka masa yang ditentukan misalnya 1 ke 3 tahun.  Turki adalah negara yang pernah melakukan perkara ini.

Selepas Dinar lama ditarik kesemuanya dari pasaran dalam tempoh yang ditetapkan, barulah selepas itu agaknya dinar mula diapungkan. Jika ini berlaku, maka ianya tidak memberi keuntungan yang lumayan kepada kita semua. Rakyat Amerika mesti mengamuk punya. Wooo. Yang kita mahu ialah Dinar itu diapungkan dahulu, kemudiannya barulah ditukar kepada note baru!!!. Jika ini yang berlaku, barulah kita menjadi OKB - Orang Kaya Baru. Ha ha.

Apa pun, kita nantikanlah  Sementara itu, buatlah kerja macam biasa. Rais Gemas  boleh  buka  restoran tomyam  yang baru lagi.   Biar tambah  restoran  jadi  empat. Jangan tambah isteri jadi  empat.  Kok terbang  periuk belanga. Ha ha. Jangan mare.

Wednesday, March 21, 2012

DINAR IRAQ: SEPATUTNYA USD 1.00 DAH

Sejak cerita tanah dikeluarkan dalam blog ini, ramai pula yang mengsms kepada saya untuk menjual tanah. Tetapi, kekadang butiran  tanah yang mahu dijual tak lengkap. Ha ha. Macam mana nak promote. Namun ada seorang sahabat kita di Kelantan telah membangun blog khas untuk menjual tanah di Kelantan. Baca di sini.  Orang Kelantan bolehlah menjengahnya.


Menurut khabarnya, kabinet Iraq sedang menderaf rang undang-undang meluluskan bayaran gantirugi sebanyak USD 300 juta kepada Syarikat Penerbangan Kuwait. Mungkin ini sebahagian pampasan yang dituntut oleh Kuwait atas perang 1990. Rasanya banyak lagi yang Iraq kena bayar. Rundingan masih berjalan untuk menamatkan isu ini.  Katanya, Maliki  mahu   selesaikan  masaalah ini dalam tahun inu juga dan sebolehnya sebelum Jun 2012.  Selepas itu, kita berharap nilai Dinar akan berubah. Jika tidak USD 1.00, kita harap USD 0.30. Woooo.

 Logiknya, jika pada 2003,  nilai Dinar ialah  4,000 Dinar bersaman USD 1.00, dan meningkat kepada 1,170 Dinar pada 2009,   mengapa pula sejak 2009 hingga kini nilai Dinar  tidak berubah kepada USD 1.00? Jika perubahan itu konsisten seperti 6 tahun pertama sejak 2003,  maka logiknya nilai Dinar kini adalah bersamaan USD 1.00. Semacam ada sesuatu yang tak kena kepada dasar kewangan Iraq. Apa, mereka tak mahu kita jadi jutawan ke.  Kesian le kat kekawan kita yang nak pencen segera. Ha ha. Isa dari Gemenceh pun sudah ready menggantung pisau torehannya.  Malah ada yang mahu kahwin dengan   janda muda jika Dinar meletup. Terpaksa pi memancing untuk melupakan janda muda, katanya. Woooo.

PRODUK BAIK, BISNES PUN BAIK. KLIK DI SINI

Friday, March 16, 2012

DINAR IRAQ: MAINLAH SAHAM JIKA NAK UNTUNG HARIAN

Setiap orang kena ada kerja utama. Kerja utama untuk menyara diri dan ahli keluarga. Dalam Islam, tugas ini dianggap ibadah. Dapat pahala. Tetapi janganlah sampai tinggal ibadat wajib seperti solat. Bukan main, kerja boleh  sampai 8 jam tetapi tak boleh bagi masa 10 minit untuk solat wajib. Itu sudah dikira "tarak patut". Ha ha.

Ada orang dengan satu kerja utama, sudah berlebih wangnya. Tak perlu kerja atau membuat aktiviti lain. Bukan sahaja cukup untuk  anak bini, tetapi boleh  melancung dan membuat simpanan hari tua. Tetapi ramai juga tak cukup. Jika tak cukup, kenalah buat kerja tambahan lain. Ha ha. Maka pelbagai aktiviti dibuat. Dari tanam cili, ternak ikan, bela cacing, jual emas, niaga pasar malam, niaga MLM, jadi broker tanah, main forex, main saham dan jual orang (jual pekerja asing le). Wooo. Bautlah apa sahaja, asalkan halal. Jika tak berjaya tetap dapat pahala. Pahala berusaha. Ha ha. Betullah, jangan tak percaya.

Ada orang cari income  harian atau bulanan. Ada orang cari income tahunan. Ada orang cari income sedekad (10 tahun). Penyimpan Dinar Iraq adalah  pencari income sedekad. Ha ha. Tetapi gayanya macam mencari income harian. Tu yang tak kena tu. Bagi orang yang suka memantau dinar setiap hari,  alangkah baiknya mencari income harian. Antaranya ialah dengan "main saham" di BSKL. Ha ha.  Sekarang jika anda ada  wang RM 50,000, anda diberi loan RM 150,000 untuk main saham. Nak tau cerita lanjut, sila belanja teh saya. SMS tak layan. Talipon akan dilayan. Woooo. Biar Maxis untung lebih. Ha ha.

Wednesday, March 7, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: BERITA TERKINI

Bagi penyimpan Dinar Iraq, mereka kepingin berita Dinar Iraq  setiap masa. Berita lain tak penting.  Yang penting berita Dinar Iraq sahaja. Tak lalu makan, jika tak tak dapat berita Dinae Iraq. Woooo.

Oleh kerana saya agak sibuk mulai sekarang dengan projek ayam di Sabah, maka saya tidak dapat mengemaskini berita berkaitan Dinar Iraq.  Maka saya cadangkan anda membaca berita dinar Iraq di sini:

                                                             http://americancontractor.com/


Penulis tersebut tinggal di Iraq. Maka beritanya agak boleh dipakai. Ha ha.

Ok, selamat membaca.

Tuesday, March 6, 2012

DINAR IRAQ TERKINI; NOTE LAMA KEKAL

Minggu lalu, Shabibi, Gabenor CBI menafikan bahwa CBI akan mengeluarkan note baru. Beliau menegaskan tiada keperluan untuk itu dan CBI masih  mengekalkan note sedia ada.

Dalam kes Dinar Iraq, banyak berita yang dilapurkan oleh pihak  ketiga, bukannya terus dari CBI. Dengan itu banyak berita bersifat spekulasi. Yang menggelabahnya ialah penyimpan Dinar Iraq. Maklomlah masing-masing menyimpan 10 juta Dinar. Woooo

Ramai bertanya "confrm ke Dinar naik". Jawapannya paling tepat ialah "Tak comfirm naik tetapi logiknya naik". Ha ha.  Kalau "comfirm", maknanya wajib naik. Kalau "logik", maknanya harus naik. Kita bukan Tuhan nak wajibkan naik. Tetapi kita adalah manusia yang menggunakan kekuatan akal untuk menjangka prospek sesuatu perkara. Jangan sampai sakit jiwa dan tidak tenang perasaan apabila menyimpan Dinar Iraq. Jika jadi begitu, sudah di kira "haram" menyimpan Dinar. Ha ha.  Kaya biar tenang. Nak kaya,  lagi kena tenang.  Woooo

Sambil menunggu Dinar naik, simpanlah apa yang patut. Ada sebuah syarikat menjual dan membeli balik semula emas pada harga yang sama dalam tempoh 4 bulan. Dalam tempoh itu anda diberi imbuhan (hibah) 1.5% setiap bulan. Tetapi setakat 4 bulan sahaja. Selepas itu boleh beli emas lagi  pada harga semasa yang baru pula. Minima belian 50 gm emas, kurang lebih RM 10,000. Jika ada wang RM 10,000 dan minat, sila jumpa saya. SMS  dan talipon tak layan. Ha ha.

Friday, March 2, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: HEBATNYA KOTA NAJAF

Salah satu kehebatan negara Iraq ialah adanya sebuah kota bernama Najaf. Ia merupakan pusat ilmu, bukan sahaja untuk Iraq tetapi sekaligus untuk Timur Tengah. Ramai ulama besar lahir di sini. Antaranya Almarhum Imam Khomeini  yang ditakuti oleh Amerika  dan  Almarhum Fadhlullah Husein, bekas ketua Hizbullah Lubnan yang ditakuti oleh Israel.

Apa sahaja yang diucapkan oleh Imam Khomeini dan Fadhlullah Husein akan dianalisa dan direspon oleh Amerika.  Ketika Fadhlullah Husien meninggal dunia pada Julai 2010, ada seorang wartawan  barat memuji peribadi Fadhlullah Husien.  Amerika  terus mengambil tindakan  dengan mengarah majikannya memecat wartawan tersebut.  Puji Fadhlullah pun Amerika takut wei.

Pandangan Fadhlulah samada melalui khutbah jumaat, kuliah, tulisan atau wawancara dengan beliau - mengkagumkan ummat Islam dan penganut ugama lain. Kepimpinannya di Lubanan dihormati dan diterima oleh rakyat Lubnan  tanpa mengira ugama, bangsa, mazhab dan ideologi politik. Perjuangannya melangit dan membumi.  Malah pimpinan negara Lubnan sentiasa akur dengan pandangan Fadhlullah Husin. Mengapa dan apa rahsianya. Hari  Selasa depan, saya bagi tau. Sekarang mau makan mee bandung di bawah opis saya dulu. Ada orang nak belanja. Wooo



Wednesday, February 29, 2012

DINAR IRAQ: LADANG KELAPA SAWIT DIKEHENDAKI

Lazimnya ramai  penjual tanah sibuk mencari pembeli. Tetapi kali ini sang pembeli  pula sibuk  mencari tanah ladang kelapa sawit di Negeri Sembilan.

Jika sesiapa ada ladang kelapa sawit yang mahu dijual di Negeri Sembilan sila hubungi Saudara Yasir di talian 03-4031 5786.

Jangan lupa belanja teh saya ya....

Cerita panas dinar yang sahih belum ada lagi, walaupun ada berita kononnya bank telah dapat surat yang mengatakan dinar akan diapungkan 2 hari lagi. Woooo
 

Tuesday, February 28, 2012

DINAR IRAQ TERKINI; REZAB MAHU NAIK DAA

Angka kecil atau besar kepada note tidak penting bagi sesuatu matawang. Apa yang penting ialah kadar pertukarannya dengan matawang asing. Yang mahu berubah ialah nilainya bukan notenya. Dan semua mahu matawang masing-masing makin menguat.

Salah satu sebab nilai  mata wang naik  ialah kadar rezab  negaranya  yang tinggi. Sebelum 1990, kadar rezab emas Iraq amatlah tinggi. Apabila Iraq sibuk berperang dengan Iran pada 1990 dan diikuti dengan pencerobohan Amerika pada 2003, maka rezab Iraq merudum. Sekaligus nilai Dinarnya juga merudum.

Maka salah satu usaha Iraq mahu meningkatkan nilai Dinarnya ialah dengan meningkatkan kadar rezab   samada dalam bentuk emas atau simpanan wang asing.  Kini kadar rezabnya ialah USD 60 bilion.  Jika pengeluaran minyaknya bertambah dari masa ke semasa, maka kadar rezabnya akan  mudah ditambah. Dan sudah pasti kadar rezab perlu  didukung dengan bajet yang positif.   Setakat ini bajet Iraq belum lagi positif. Dikatakan Bajet 2013 mempunyai harapan untuk positif. Ha ha. 

Cerita cerita note baru dan buang 3 kosong terhadap  Dinar  Iraq memberi pelbagai tafsiran. Sebahagian ahli ekonomi  berpendapat, jika pembuangan 3 kosong itu bukan kerana kenaikan dinar, ianya akan membebankan Iraq sahaja dengan kos membuat note baru.  Yang penting ekonomi diperkuatkan bukannya  sibuk dengan note matawang yang kurang kosong. Ekonomi Jepun tetap kuat walaupun  notenya yang  100 Yen bersamaan 1 USD.


Friday, February 24, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: PROSPEK YANG CERAH

Kenaikan nilai sesuatu matawang adalah berkolerasi (seiring) dengan kekuatan ekonomi sesuatu negara. Salah satu indikator kekuatan ekonomi  ialah jumlah ekspot  melebehi jumlah impotnya. Ini dikatakan Imbangan Perdagangan. Lebihan ekspot atau impot akan memberi kesan kepada aliran masuk dan keluar wang sesuatu negara. 

Lebihan ekspot akan menambahkan rezab.  Rezab yang kukuh akan menguatkan nilai matawang sesuatu negara pula. Rentetan faktor ekonomi inilah yang perlu kita lihat apabila mahu menilai kekuatan sesuatu matawang. Ianya bukan seperti lampau ajaib Aladin, yang membolehkan sesuatu matawang naik secara mengejut. Ha ha. 

Dengan 90% pendapatan Iraq ialah dari hasil minyak yang diperlukan sangat oleh ekonomi dunia, maka tidak dapat tidak, Irak akan muncul sebagai sebuah negara yang kuat ekonominya. Pencerobohan Amerika ke  atas Iraq pada 2003 bukanlah kerana   kejahatan  Saddam Husin  tetapi lebih kepada niat Amerika yang mahu membolot sumber minyak  Iraq.  Niat nak menyerang Iran pun kerana minyak juga  sebenarnya. Kini Amerika cukup risau dengan negara China yang sudah menjadi pembeli besar minyak dunia. 

Saya merasakan Iraq akan lebih kukoh pendapatannya, ekonominya  dan rizabnya apabila pengeluaran minyaknya mencapai tahap 4 juta tong sehari, sama seperti tahun  2003.  Tahun ini dijangka mencapai sasaran ke 3.2 juta tong sehari. Apakah pada tahun 2013, Iraq akan mencapai sasaran 4 juta tong sehari.  Jika ya, maka Iraq akan kembali kepada kekuatan asal ekonominya pada 2003. Dan pada 2003, nilai Dinar Iraq ialah USD 0.30. Apakah pada 2013, nilai Dinar Iraq pun akan kembali seperti itu juga. Tidak mustahil akan  terjadi. Mari kita nantikan, kok panjang umur. Ha ha.

Sambil menanti apungan Dinar, buatlah kerja lain macam biasa. Jangan gelabah sangat apabila mendengar komen negatif terhadap dinar Iraq. Bisnes lain pun  ada unsur risko juga. Kerja makan gaji ada risko. Pelaburan saham ada risko.  Simpan emas pun ada risko. Ha ha. Kok dikebas isteri tersayang. Woo.

Ya, jangan biarkan anak anda ketinggalan zaman. Baca ini.


Thursday, February 23, 2012

DINAR IRAQ: MAMPUKAH IRAQ MEMBELI SEMULA

Ada beberapa orang penyimpan Dinar Iraq membangkitkan persoalan adakah Iraq mampu membeli Dinarnya selepas diapungkan pada harga yang agak tinggi berbanding dengan harga sekarang. Tambahan pula jumlah edaran Dinar Iraq kini  sudah bertrilion pula. 

Sesuatu matawang yang sudah diapungkan, maka ianya bolehlah dianggap sebagai satu komoditi yang boleh dijual beli secara bebas di peringkat global.  Selepas RV nanti, matawang Iraq sudah boleh digunakan oleh mana-mana negara untuk membeli apa sahaja produk dan perkhidmatan dari mana-mana negara  lain juga. Ianya tak semestinya dihantar balik ke Iraq.  Contohnya, Malaysia boleh mengguna Dinar Iraq  untuk membeli produk dari India atau China kerana matawang Iraq sudah diperlakukan di peringkat antara bangsa.  Malaysia sendiri menyimpan matawang asing sebagai rezab negara misalnya USD, Euro atau Yen.  Jika rezab itu sudah berlebihan, maka Malaysia boleh  mengguna matawang tersebut  untuk mngimpot produk negara lai, tanpa mengguna Ringgit Malaysia. 

Ya, sementara  menantikan Dinar Iraq diapungkan, buatlah kerja lain tanpa modal secara  sambilan. Jadilah broker dengan mengguna air liur anda sahaja. Saudara Jamal dari Sepang sedang mencari pembeli tanah pakciknya di Sepang  selauas 1.2 ekar, lot tepi, 2 km dari bandar Sepang berharga RM 480,000.00. Jika nak tahu leih lanjut, sila hubungi Jamal di talian 013-341 2090

Bicara meneroka peluang bikin wang akan diadakan pada Sabtu ini di pejabat saya mulai jam 11 pagi hingga 12 tengahari. 



Wednesday, February 22, 2012

DINAR IRAQ:: dengan senyum bikin wang

Penyimpan Dinar Iraq cukup rajin menyemak kadar pertukaran Dinar Iraq setiap hari di website. Banyak website yang menyediakan info kadar pertukaran matawang. Malangnya ada website yang tidak update. Malah ada yang masih menunjukkan kadar pertukaran pada tahun 1990 iaitu 1 Dinar bersamaan USD 3.10. Ha ha. Maka kelam kabutlah dibuatnya. Apa lagi, mereka sudah mahu pergi ke Money Changer untuk menukar Dinar Iraq.  Wooo.

Kadar pertukaran Dinar Iraq paling sahih dan rasmi ialah mnerusi website CBI iaitu di sini

                                        http://www.cbi.iq/


Ya, sambil menanti Dinar diapungkan, lihatlah peluang lain sekeliling kita. Nak tahu peluang kena ramai kawan, kena ramai kontek  dan kena rajin bersembang. Dalam borak-borak maka terbocorlah peluang yang tidak disangka-sangka. Ha ha. Mulakan dengan peluang yang kecil, bisnes yang kecil  atau bisnes yang mudah. Ada yang dengan senyum sahaja, sudah boleh bikin wang. Ha ha. Nak tahu rahsianya marilah ke BICARA MENEROKA PELUANG BIKIN WANG PADA SABTU INI JAM 11 PAGI DI PEJABAT SAYA. PERCUMA SAHAJA. MINUM TEH  PUN SAYA BELANJA . Saya akan dedahkan rahsia angka 72  jika membeli hartanah!!!!!.  Wooo.

Untuk anda yang ada anak berumur satu tahun ke atas, baca ini.  


Tuesday, February 21, 2012

DINAR IRAQ: BUANG 3 KOSONG SEPTEMBER INI?

Ada berita mengatakan proses buang 3 kosong terhadap Dinar Iraq akan dibuat pada September ini. Berita ini tidak berasal dari  sumber yang berautoriti. Pihak berkuasa Iraq masih belum memutuskan cara mana penghapusan 3 kosong ini akan dilakukan.  Usaha membuang 3 kosong  memberi pelbagai tafsiran dan implikasi jika dilaksanakan nanti.  Maka tidak hairanlah parlimen Iraq pun kini amat peka jika CBI akan melaksanakan proses itu.   Buat masa ini, janganlah kita kecoh sangat. Tunggu dan lihat sahaja. 

Bagi saya,  apa pun usaha CBI, ianya tidak boleh merugikan pemegang Dinar Iraq. Jika ianya merugikan pemegang Dinar,  bukan anda sahaja yang akan mengetuk kepala tetapi seluruh rakyat Iraq akan keluar berdemo sambil menepuk dada. Ha ha.

Antara peluang yang baik ialah menjadi "broker" tanpa modal misalnya agen menjual hartanah atau ladang. Sahabat saya, Saudara Helmi dari Kota Bharu sedang mencari pembeli sebuah ladang kelapa sawit  di Gua Musang  seluas 5,000 ekar yang berumur 5 ke 6 tahun.  Anda boleh dapatkan pembeli dan berurusanlah dengan Helmi di talian 019-246 5255. Jika dapat kamsyen jangan lupa belanja saya makan di Restoran Sekinchan. Woooo

Saya pula sedang mencari tanah dalam Negeri Sembilan yang luasnya melebehi 20 ekar  untuk di sewa sahaja. Jika ada taliponlah saya 012-2104244.

Jika anda ada peluang lain, sila beritau saya. Sessi bicara Meneroka Peluang Bikin Wang akan diadakan di pejabat saya No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada Sabtu ini jam 11 pagi. Yang tak pernah dan belum berniaga pun boleh datang.  Manalah tau, ini langkah pertama anda menjadi jutawan!!!. Wooo





Monday, February 20, 2012

DINAR IRAQ : 3 cara mengganda wang

Bagi peminat dan penyimpan Dinar Iraq yang mahukan berita Iraq setiap hari  di facebook, bolehlah menjadi rakan kepada Just Hopin. Beiau adalah antara orang yang sentiasa peka dengan berita Iraq.  Jika RV, sudah pasti beliaulah orang pertama yang memberitahu kita. Ha ha. Melalui rakan-rakan Just Hopin, banyaklah ulasan yang mungkin bersifat spekulasi atau info yang baik. Terpulanglah kepada anda untuk menimbangkannya. 

Banyak sms yang saya terima. Walaupun soalannya pendik tetapi memerlukan jawapan yang panjang. Maka saya tak menjawab secara sms. Jika saya tak jawab dalam sehari, eloklah talipon saya sahaja. Bukan apa, sekadar nak bagi Celcom untung. Woooo. Sebenarnya tak larat  nak tulis. 

Ada juga emel yang bertanya perkara yang telah saya huraikan dalam blog  ini. Jika saya tak jawab, baca dan hadamkan blog ini ya. Ha ha.

Anda boleh mengganda wang anda melalui 3 cara iaitu BISNES, PELABURAN HARTANAH DAN  PELABURAN SAHAM. Setiap satu ada kelebihan dan batasannnya. Maka anda perlu bijak dan berstrategi apabila mencebur di dalam bidang berkenaaan. Oh ya kita mahu mengganda wang kita, kerana kita mahu pencen awal.  Untuk borak-borak hal tersebut, saya melapangkan masa pada setiap Sabtu jam 11 pagi  - bicara peluang menjana wang. Free sahaja. Kalau anda tiada duit teh, biar saya yang belanja. Woooo. Geng Genting Highland sudah ready nak turun minggu ini, katanya.

Saturday, February 18, 2012

DINAR IRAQ: MENEROKA BANYAK PELUANG

Kekuatan matawang berkait rapat dengan kekuatan ekonomi dan kestabilan poltik.   Lapuran kemajuan ekonomi  dibuat secara berkala misalnya paling cepat 3 bulan sekali.  Kini semua negara sedang memulakan pelaksanaan bajet tahunannya.  Bulan Mei baru kita tahu kesannya serba sedikit. Pelik juga jika penyimpan dinar Iraq mahu tahu perkembangan ekonomi Iraq setiap hari atau minggu atau bulan. Ha ha. Buat masa ini, eloklah mengkaji peluang yang lain pula. Takkanlah hidup ini hanya bergantung dengan kenaikan dinar Iraq sahaja. Kenaikan  Dinar Iraq hanya salah satu peluang yang perlu kita teroka  sahaja, bukannya satu-satunya peluang yang kita teroka.

Di hadapan kita terbentang peluang lain yang boleh kita garap. Jangan fanatik dengan satu peluang sahaja. Jangan gila dinar sahaja. Jangan gila emas sahaja. Jangan gila hartanah sahaja. Jangan gila saham sahaja. Jangan gila MLM sahaja. Jangan gila takaful sahaja. Teroka peluang at wright time. Hal wright time inilah yang kita kena belajar. Boleh belajar sama saya hanya dengan minum teh sahaja feenya. Wooo.

Saya akan mulakan bicara MENEROKA BANYAK PELUANG  setiap Sabtu jam 11 pagi sehingga jam 12 tengahari  mulai minggu hadapan. Anda boleh dapatkan idea pelbagai peluang mencipta wang, walaupun  dengan modal serendah  RM 50.00 sahaja. Ha ha. Yang penting modal kecil untung berganda. Yang ada peluang pun boleh datang untuk berkongsi dengan orang lain pula.  

Jangan lupa BICARA MENEROKA  PELUANG BIKIN WANG SETIAP SABTU JAM  11 pagi -12 tengahari SETIAP SABTU DI NO 1A, JALAN SARIKEI, OFF JALAN PAHANG, KUALA LUMPUR. 

Sunday, February 5, 2012

DINAR IRAQ: TEORI 10 TAHUN SEMAKIN HAMPIR

Harapan adalah cerah sekali untuk Iraq menyelesaikan  Bab 7  sebelum Jun tahun ini. PM Iraq akan ke Kuwait sekali lagi pada bulan Mac akan datang  untuk memetrai perjanjian menamatkan Bab 7 tersebut. Kuwait dan Iraq bersetuju meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua pihak.

Selepas tamatnya tekanan Bab 7  ke atas Iraq, maka adalah diharapkan Iraq akan lebih agresif dalam aktiviti ekonomi  dan perdagangannya, khususnya menarik pelaburan luar.  Semakin ramai pelaburan luar masuk ke Iraq, maka semakin perlulah Iraq mengapungkan dinarnya bagi memberi keyakinan kepada dunia. luar.

Nampak gaya teori pusingan ekonomi 10 Tahun semakin  benar.  Tunggu sahajalah. Itulah modal yang paling besar bagi sang penyimpan Dinar Iraq. Bagi yang tak mahu percaya, tidak ada kesalahan untuk  tidak  mempercayainya.  Ha ha.  Tetapi yang paling kelakar ialah - walaupun tak percaya dengan prospek dinar, hamba Allah itu masih tetap memliki dinar dan terus membaca blog ini. Wooo.

Tuesday, January 31, 2012

DINAR IRAQ: BOLEH PENCEN?

Sekejap sahaja telah berlalu 30 hari bagi tahun 2012. Ha ha. Para penyimpan dinar sentiasa membilang hari menanti RV. Tahun 2012 dan 2013 adalah tahun tahun dijangka  akan berlakunya RV.  Walaupun anda  telah  menyimpan dinar seawal  2003, tetapi kita sedar bahwa RV akan hanya berlaku di antara tahun 2012 atau 2013.

Kini prospek politik  Iraq adalah menjurus ke arah yang lebih stabil  lagi  dan  ekonominya  pula  ke arah lebih pantas membangun.  PM Iraq kini sibuk dengan usaha-usha menghapuskan bab 7 kerana para pelabur luar, khususnya institusi kewangan hanya berminat melabur jika Bab 7 telah dibebaskan dari Iraq.

Mutakhir ini, CBI dan beberapa ahli parlimen Iraq sering memberi kenyataan  berkaitan dengan kenaikan nilai Dinar. Kita harap cakap-cakap ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat. Kalau cepat dinar ini naik, ramai kawan-kawan saya nak hantar surat untuk pencen awal. Woooo. Tak larat dah nak ke pejabat setiap hari!!!!

Nota: Jemputan untuk projek JV ayam telah ditutup.

Thursday, January 26, 2012

DINAR IRAQ: ANTARA CERITA KELAKAR

Dalam menanti RV Dinar Iraq, maka terkeluarlah pelbagai cerita kelakar. Antaranya ialah:
  • Dinar sudah diapungkan dan boleh ditukar di Singapura  dan Jordan.
  • Kadar tukaran dinar dalam negara Iraq adalah bersamaan dengan USD 3.00
  • Hanya note kecil dinar sahaja akan laku apabila RV nanti 
Hakikatnya   ialah   apabila sesuatu matawang yang telah diapungkan, maka ianya boleh ditukarkan di semua negara. Tidak timbul cerita matawang itu boleh ditukarkan di sesuatu negara tertentu sahaja. 

Tetapi bagi matawang yang belum diapungkan, kekadang  ianya boleh ditukar di negara jirannya. Misalnya matawang Dinar Iraq boleh ditukar di Jordan dan Arab Saudi. Namun, kadar pertukarannya adalah sama dengan kadar nilai di Iraq. Ha ha. Tarak untunglah.

Bagi saya  pada masa ini, kita perlu  menanti berita penghapusan bab 7, PBB dan kemasukan Iraq dalam WTO. Ini merupakan titik pembuka yang penting untuk Iraq memenuhi syarat  untuk RV. 

Nota: Tawaran JV projek ayam terbuka sehingga 31hb Januari. Ada baki RM 200K. Selepas ini akan dibuka kepada sang tauke Money Changer pula. Ha ha.

Friday, January 20, 2012

DINAR IRAQ NAIK 3.4%!!!!

Peminat Dinar Iraq  dikejutkan oleh berita kenaikan nilai Dinar sebanyak 3.4% iaitu dari nilai lama 1171 ke 1166  Dinar berbanding dengan 1 USD. Sudah hampir 3 tahun nilai dinar ini tidak berubah. Kita pun pelik mengapa nilai ini tidak berubah walhal faktor asas ekonomi Iraq semakin baik.  Jelaslah akhirnya CBI terpaksa membuat sesuatu kepada Dinarnya.

Antara sebab Dinar mulai mengalami kenaikan ialah kerana rezab wang asingnya  telah meningkat ke USD 60 bilion (sebelum ini USD 50 bilion), lebihan akaun pembayaran semasa berbanding KDNK dan kawalan kadar inflasi yang lebih baik.

Menurut CBI, matawang Iraq tidak akan ditukar dalam tempoh dua tahun ini. Apakah Dinar Iraq akan diapungkan terlebih dahulu sebelum matawang ini ditukar. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
Ya,  anda masih  boleh menambah koleksi dinar lagi. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu membuat potfolio pelaburan.  Emas  dan perak adalah alternatif  pelaburan  lain. Tetapi jika gaji anda sudah berlebih-lebih, tak payahlah nak  sibuk-sibuk membuat fotfolio pelaburan. Hanya baik-baiklah  menjaga prestasi kerja anda supaya bos tak buang anda dari pekrjaan anda sekarang. Wooo. Saya hanya mampu belanja anda makan tengahari selama 3 hari sahaja  jika anda dibuang kerja. Ha ha.

Nota: Projek ayam masih menawrkan peluang JV sebanyak RM 220,000. Seorang minima RM 50,000. Kurang sikit pun tak apa. Lebih sikit pun tak apa. Ha ha. 

Ok, selamat bercuti panjang.

Friday, January 13, 2012

DINAR IRAQ MASIH DILELONG LAGI

Iraq masih melelong dinarnya. Malah nampak semakin besar kuantitinya.  Iraq seolah-olah memerlukan dana luar yang lebih besar untuk membangunkan ekonominya. Jika untuk perbelanjaan negara, saya rasa hasil royalti minyaknya sudah mencukupi. Mungkin Iraq mahu menggandakan usaha pembangunanya secara intensif. Lagi cepat Iraq dibangunkan lagi cepat makmur negaranya. Tetapi harapan kita, biarlah rakyatnya sendiri yang lebih  merasai nikmat kemakmuran ekonomi  negaranya, bukan orang luar Iraq.

Yang pasti pasukan bola Iraq adalah antara yang kuat di kalangan negara Asia. Malaysia masih jauh berbanding Iraq dalam bab bola ini. Ha ha. Redhuan Johor mesti setuju dengan pendapat saya ini.

Pekembangan projek ayam di Sabah:  Sudah ada 4 rakan kongsi yang mengeluarkan modal RM 200,000.00.  Kami masih menawarkan kepada 5 orang lagi. Setiap orang minima RM 50,000.   Boleh hubungi saya melalui emel alifx59@gmail.com  atau talipon 012-2104244.  Tetapi mulai esok sehingga pagi Selasa ini, saya berada di Jogjakarta menziarahi saudara mara sebelah isteri saya.



Tuesday, January 10, 2012

DINAR IRAQ: 2.9 juta tong minyak sehari

Kini, sudah ada cakap-cakap di kalangan Ahli Parlimen Irag yang menggesa dinar Iraq dinaikkan nilainya berbanding   dengan  matawang USD. Dalam masa yang sama PM Iraq sibuk sekali ulang alik  ke Kuwait  dalam bulan Januari ini untuk meleraikan isu bab 7, PBB. Memang menjadi visi utama ekonomi Iraq untuk menyelesaikan bayaran pampasan perang Itraq-Kuwait pada 1990 lalu.Jika Iraq berjaya melangsaikan bayaran pampasan ini, ekonomi Iraq akan semakin bebas dan kuat lagi. Maka faktor tambahan untuk RV semakin kencang lagi. Wauuu.

Februari ini, pengeluaran minyak dijangka 2.9 juta tong sehari. Kaya kaya kaya Iraq oi. 

Sementara menunggu dinar meletup kena buat bisnes lain. Ha ha. baru sahaja balik dari Kota Kinabalu. Sudah dapat tempahan ayam daging 4 tan sehari atau 120 tan sebulan. Perlu modal belian ayam sebanyak RM 450,000.00. Wau. Mau kongsi? Satu orang minima RM 50,000.00 sahaja. Untung? Sebulan kurang lebih 10%. Boleh bayar untung sebulan sekali. Jika berhajat emel kepada saya alifx59@gmail.com atau talipon terus saya 012-2104244. Ha ha. mau wang jangan kedekut bil talipon. Woooo. Atau mai pejabat saya No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, KL. Tel 03-4024 4859



Thursday, January 5, 2012

DINAR IRAQ: SENARIO 2012

Berikut adalah pandangan Just Hopin, seorang pemerhati ekonomi dan politik Iraq - khususnya berkaitan dengan Dinar Iraq:



A few of us have been around since the dinar was first speculated to rise in value. But majority of us came on board over the past couple of years.

2010 and 2011 is likely the most active years during this lengthy journey. We all witnessed history as Iraq transformed into a new country, developing a government, developing an economy, and maintaining a democracy.

Its rare in history we can watch with a close eye the building of a democracy.

No, its not perfect but nor was the United States at its inception. The United States continues to develop a democracy meanwhile respecting the framework the founding fathers gave us. Iraq is in the same situation.

I realize the constant progress we see in the news on a daily basis (as of late) is encouraging. However I also realize the false and misleading intel generated from the rumor mills offsets this excitement.

While we haven't reached a point in history that we can look back on a glorious revaluation of the dinar we can look back to see major achievements Iraq has made.

2012 for Iraq will be evermore exciting.

We are seeing key elements come to a close that has been anticipated for years..these issues include an approved banking reform law, HCL Law, Investment Law, Iraq-Kuwait relations restored, all Chapter VII sanctions lifted, and Currency Reform.

These particular issues may directly or indirectly be important to the RV. Time will only tell us the truth.

Iraqi politicians appear to feel the urgency to pass these essential laws and meet important thresholds in order to keep progress moving forward as it begins to act as a sovereign country.

As I have mentioned before Iraq will meet a a crossroad.

Today we are seeing Iraq demonstrate tremendous growth potential, foreign investors are on the doorstep of Iraq, oil is pumping bringing in record revenues, and Kiplinger today announced Iraq will be the fastest growing economy in the world in 2012.

The current laws in place will allow the continued growth however eventually key investment laws will be needed, private sector growth will need to take place, international trade will become an issue (WTO), a tradeable currency will become necessary, and sanctions will need to be lifted to ease the fear of foreign investors.

Therefore in the next few weeks watch for key legislative issues and continued Chapter VII discussion to take place.

In the length of time I have been involved I have never been more attentive to the news emerging from Iraq. I urge you to do the same.

These are exciting times.

Keep you faith

Tuesday, January 3, 2012

2012: MEMBURU PELUANG

Penyimpan Dinar Iraq adalah manusia  "memburu"   peluang.   Pemburu sentiasa "menanti"  bilakah mangsa buruan akan muncul.   Begitu jugalah dengan Dinar Iraq - bilakah akan "muncul'  apungan Dinar.  Ha ha. Ada yang terus bertanya saya apabila masuk sahaja tahun baru 2012, adakah dinar sudah diapungkan. Tak sabar  menanti nampaknya. Jantung mahu kuat bib!!!!

Masuk 2012 tentu ada masalah yang dihadapi. Bagaimana menempuh masalah?  Orang bisnes sentiasa melihat masalah secara positif.  Masalah mencabar minda dan tenaga kita. Sebenarnya minda dan upaya kita masih banyak belum digunakan atau ditingkatkan penggunaannya.   Tingkatkanlah!!!!  Orang bisnes juga melihat masalah dipersekitaran sebagai PELUANG untuk direbut. Peluang pula seperti  kilat datangnya. Rebutlah segera. Itulah pesan Saidina Ali, seorang sahabat Nabi yang genius dalam ilmu.  Berapa banyak masalah di  persekitaran anda? Perhatikanlah. Moga ianya menjadi peluang  mengganda pendapatan anda!!!!

Wau...Saya ada peluang terbaik untuk mengekspot ayam halal ke Sabah. Nak kongsi bersama,  emel kepada  saya  alifx59@gmail.com atau talipon 012-2104244.  Tetapi modal minima untuk berkongsi ialah RM 50,000.00.   Bukan 50,000 Dinar tau. Ha ha. Hanya 5 rakan kongsi sahaja diperlukan.

Wednesday, December 28, 2011

TANDA TANDA RV 2012 - NANTIKAN DENGAN DEBARAN

Ramai yang bertanya bilakah rv. Siapalah saya nak menyebut tarikhnya. Ha ha. Manalah saya tahu perkara akan datang. Gabenor CBI pun tak mahu beri apa-apa signal kepada kita. Kita hanya boleh meramalkan tanda-tanda hari nak hujan sahaja. Tetapi belum tentu akan hujan. Woo

Antara tanda-tanda penting akan RV ialah:
  1. Bab 7, PBB dimansuhkan.
  2. Iraq menyertai WTO secara rasmi
  3. Lelongan Dinar dihentikan oleh CBI
  4. Pengeluaran minyak Iraq sebanyak 4 juta tong sehari.
Mari kita nantikan pada 2012. Jantung mahu kuat, hati mahu sabar ketika menanti.  Harap jangan hantar surat pencen dahulu.  Woooo





Friday, December 23, 2011

2 RANJAU LAGI!!!!


Mutakhir ini, CBI melelong dinarnya dengan banyak sekali untuk mendapat dollar Amerika. Perkara ini tidak baik  kerana akan menjejaskan nilai  matawang dinar.  Iraq sepatutnya secara perlahan-lahan mengurangkan lelongan dinarnya untuk menaikkan nilainya di pasaran apabila rv nanti.

Menurut laporan media umum,  tamat sudah proses pengunduran tentera Amerika  dari Iraq. Tetapi mereka semua bermukim di Kuwait. Ala kulli hal, rantau Arab tetap menjadi jajahan Amerika. Ini yang Iran tak berkenan!!!!

Ada dua ranjau atau liku yang Iraq perlu dilepasi iaitu  penamatan Bab 7, PBB dan kemasukan dalam WTO.  Soal pelaburan asing ke Iraq serta hasil minyak Iraq, ianya amat meyakinkan kita.  Adalah suatu yang tidak manasabah bagi sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia, matawangnya dibawah nilai USD 0.01.  Kebanyakan negara yang menamakan dinar dalam mawangnya adalah mempunyai nilai paling kurang USD 1.00.  Lantas, Iraq pun sepatutnya begitu. Malah dari segi sejarahnya, matawang Dinar Iraq pernah mencecah USD 3.30 dan yang paling terendah ialah USD 0.30.

Oh dinar, ramai yang tak tidur malam mengenang rv. Woooo.

Saturday, December 17, 2011

PEMBEBASAN DINAR IRAQ

BERITA berkaitan dengan Iraq mulai meluas di media umum.

Isu pengunduran tentera Amerika  dari Iraq menarik perhatian media massa. 25hb Disember  menjadi detik penting kepada Iraq dan Amerika. CBI sudah tak sabar meraikannya. CBI berasa bebas untuk mencatur masadepannya. Apakah CBI akan membebaskan dinarnya di pasaran. Itulah yang kita nantikan!!!!!

Untung berganda - AGENT NEGERI DI PELAWA. KLIK DI SINI

Monday, December 12, 2011

3 RANJAU RV

Ada 3  peristiwa yang perlu dinantikan untuk melihat kemungkinan RV:

Pertama: Pengguguran Bab 7. Rundingan sedang berjalan. Bab 7 ini adalah berkaitan dengan bayaran pampasan yang dikenakan ke atas Iraq akibat menyerang Kuwait pada 1990 dahulu. Kuwait dan Iraq sedang mengatur terma bayaran dan penghapusan bayaran pampasan ini.  Aliran tunai atau cash flow Iraq terganggu jika Iraq masih lagi   membayar pampasan perang ini.

Kedua:  Pengeluaran tentera Amerika dari Iraq menjelang 25 hb Disember ini. CBI atau Bank Negara Iraq mengatakan Iraq akan menuju pembebasan ekonomi sebaik sahaja tentera Amerika berundur dari Iraq. Apakah maksud dan kesan pembebasan ekonmi itu?  Amat suspen sekali. Adakah rv akan muncul. Maka janganlah kita tidur selepas 25 Disember ini. Ha ha.

Ketiga: Penyertaan Iraq dalam WTO. Setakat ini WTO belum mengumumkan status Iraq. Lagi cepat Iraq menyertai WTO, lagi cepat Iraq menuju destinasi RVnya.

Ya, 3 liku dan ranjau ini perlu dilalui oleh Iraq untuk mempercepatkan RV. Semuanya sudah dihujung terowong. Tetapi entah bila nak melepasinya. Moga ia muncul pada 2012. Ada orang halus kata, "bulan Februari ini". Ha ha.

Friday, December 2, 2011

PERTUMBUHAN IRAQ TERTINGGI DI DUNIA!!!!

Penyerangan Amerika ke atas Iraq  pada 2003 menyebabkan keruntuhan ekonomi Iraq, sekaligus matawang dinarnya merudum keparas bawah par -  kurang satu sen Malaysia. Iraq terpaksa membangunkan semula   sistem politik dan pemerintahan yang  berasaskan sistem  demokrasi  yang diterima pleh rakyatnya. Kini Maliki, PM Iraq mengistiharkan bahwa Iraq adalah sebuah negara berdaulat sebaik sahaja Amerika mengeluarkan pasukan tenteranya dari Iraq dan dijangka tamat prosesnya pada akhir Disember ini atau Jun 2012.

Dalam tempoh 8 tahun terakhir ini, Iraq melipatgandakan usaha pembangunannya. Rekod dunia menunjukkan kadar pertumbuhan Iraqlah yang tertinggi atau nombor satu dalam dunia!!!!     Tak percaya?  Baca kenyataan ini  DI SINI

Jika Kuwait mengambil masa selama 13 tahun untuk dinarnya kembali pulih ke nilai asal, tetapi Iraq dijangka  mengambil masa tidak melebehi 10 tahun sahaja.   Tahun 2011 akan berakhir dalam tempoh 29 hari lagi. Adakah ianya akan berlaku menjelang kemasukan tahun baru 2012. Nantikanlah dengan penuh debaran. Debaran yang disukai ialah penanti   apungan Dinar. Ha ha.

Kalau sebelum ini, peramal matawang sahaja yang membicarakan isu buang 3 kosong, tetapi kini, pihak CBI yang selalu membicarakan hal ini. . Adalah tidak patut berlaku jika pembuangan 3 kosong itu menurunkan nilai dinar misalnya 25,000 Dinar menjadi 25 Dinar kerana ini bukan menaikkan nilai Dinar tetapi sebaliknya menjatuhkan nilai dinar  ke arah lebih teruk lagi.  Yang kita harapkan  ialah nilai dinar  naik  ke USD 0.85 dari nilai  sekarang pada kadar USD 0.00085 -  pun buang 3 kosong juga.!!!!!. Dan inilah harapan awal sejak penjualan dinar yang berbilon USD di seluruh dinia   sejak akhir tahun 2003. Kalau tak menjadi seperti itu, terpaksalah kita ke Iraq  untuk minum kopi Arab sambil tepuk dada menyambut 10 Muharam di sana. Ha ha   Jangan tepuk   dada   sampai berdarah sudahlah. Kok balik Malaysia di tahan JAKIM. Woooo.

Monday, November 21, 2011

RV: AKHIRNYA AKAN TIBA JUA

Beberapa hari lalu CBI kerap membuat kenyataan berkaitan dengan penghapusan 3 kosong terhadap dinar Iraq.  Tetapi tak tahulah bilakah tarikh tepat untuk dilaksanakan. Apabila rakan dinar  bertanya bilakah  akan rv, maka  itu adalah satu soalan yang tidak boleh dijawab kerana tidak siapa pun diberitahu bilakah akan rv, hatta PM Iraq sendiri!!!

Hanya jika anda telah memiliki dinar di tangan, maka anda tidak perlu khuatir kerana masa rv akan sampai jua akhirnya. Ekonomi Iraq semakin baik. Keperluan RV  dikehendaki oleh semua pihak. Maka tak dapat tidak, masa RV akan sampai jua.

Lebih baik menanti  RV dinar dalam keadaan dinar sudah berada di tangan dari menanti RV tanpa dinar di tangan. Ha ha.

Monday, November 14, 2011

DINAR IRAQ: MINDA KAYA

Berikut emel dari Saudara Mohd Nizam yang wajar kita berkongsi bersama bertajuk MINDA KAYA:

Salam Ali

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan  oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.  (Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada  100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini   saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan   orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
   Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
   Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
   Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
   Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
   Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
   Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
   Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
   Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
   Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
    Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
    Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
    Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
    Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar   dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,   saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat  perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, "think rich to get rich!"

Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam

Saturday, November 12, 2011

SELASA DEPAN !!!!!

Selasa hadapan, WTO akan berjumpa dengan Menteri Kewangan Iraq. Kita tunggu apa hasil perbincangannya. 

Seminggu lalu, sempena aidil adha, CBI tidak melelong dinar. Ramai yang panik, kononnya dinar akan RV dalam sehari  dua ini. Kalau  sebulan  CBI sudah tidak melelong, mungkin benar spekulasi tersebut.  Mungkin minggu hadapan CBI akan mneruskan  tugasnya melelong dinar lagi. Apa pun kita lihat dahulu. 

Pengunduran tentera  Amerika dari Iraq telah bermula dan dijangka berakhir sehingga Julai 2012. Kebanyakan tentera ini ditempatkan di Kuwait. Jelas  Amerka  tetap mengusai negara Teluk demi kepentigan ekonominya.


Ekonomi Iraq dijangka mengalami pertumbuhan yang lebih laju dari negara China dalam tempoh dua tahun akan datang. Pendapatan Iraq pada 2011 adalah  sekitar  USD 75-80 bilion dan dijangka meningkat sekali ganda sehingga USD 150 - 160 bilion menjelang 2016. Semuanya ini menggiurkan dunia luar untuk melabur di Iraq. Apakah Dinar Iraq tidak ada sebab untuk naik?   Semua orang bersetuju, nilai dinar Iraq bukan seperti nilai sekarang. Kita menunggu CBI terbuka hatinya   untuk menilai semula Dinarnya pada kadar yang manasabah.   Kawan  lamaku   Mohamad Belia di Jitra sudah tak sabar hendak jadi jutawan. Woooo


Thursday, November 10, 2011

TENTERA AMERIKA MULAI KELUAR!!!

Menurut berita yang diumumkan semalam oleh Menteri Pertahanan Iraq bahwa 30,000 orang tentera Amerika telah meninggalkan Iraq menuju ke Kuwait.  Pada tahun lalu dikatakan terdapat lebih kurang 50,000 orang tentera Amerika masih berada lagi di Iraq.

Menurut perancangan asal kesemua tentera Amerika perlu dikeluarkan dari Iraq sebelum Hari Krismas tahun ini.

Rakyat Amerika dan Obama sendiri  mahu tentera Amerika keluar dari Iraq, walaupun ada sebahagian pihak di Amerika mahukan tentera Amerika kekal di Iraq untuk menjamin keselamatan di sana.

Moga-moga pengunduran tentera Amerika dari Iraq ini akan mempercepatkan lagi kepercayaan dunia kepada Iraq dalam mengurus negaranya sendiri dan paling penting bagi penyimpan dinar ialah dinar akan diapungkan dengan segera. Woooo.

Wednesday, November 9, 2011

70:30

Ini adalah emel Saudara Mohd Nizam kepada saya untuk kita kongsi bersama:

Salam Ali,

Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik
atau formula yang biasa digunakan oleh mereka-
mereka yang telah berjaya dalam hidup.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat
anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan
bersama keluarga atau teman rapat anda.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada
2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini
termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan
shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari
jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga
ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,
anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)
sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk
menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan,
samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma
kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa
kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi,
anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus,
beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu
yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui
sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan
anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan
bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika
anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira
walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan
teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa
hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak
ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun
dah pencen.

ali, jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan,
dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.


Demi Kejayaan Anda,
Mohd Nizam

Tuesday, November 8, 2011

EKONOMI BOLEH DIRAMAL

Oleh kerana  tidak ada  berita yang menarik berkaitan dengan dinar Iraq,  maka saya tidak mengemaskini blog  ini.  Namun ada pula yang resah gelisah pula. Ha ha. Kesian ya. Sebenarnya saya telah memberi beberapa link pada posting lalu untuk anda  mengetahui perkembangan dinar Iraq  tanpa membaca blog saya. 

Ekonomi berubah dari masa ke semasa seperti politik juga. Kita meramalkan masa depan berdasarkan fakta lalu dan masa kini. Mungkin tepat, mungkin hampir tepat dan mungkin salah terus. Ianya bukan al-quran atau hadis yang 100% benar dan akan terjadi. Walaupun  prospek   ekonomi   boleh diramal  tetapi kita tidak tidak mampu meramalkan secara tepat bilakah ianya akan terjadi.   Sebelum ini, ekonomis meramalkan China akan menjadi kuasa ekonomi dunia menyaingi US. Kini, ianya benar benar terjadi.  Jepun pun dianggap begitu. Tetapi Jepun dilanda tsunami. Maka terganggulah ekonomi Jepun buat sementara waktu. Sekarang Jepun memikirkan bagaimana nak beri makan kepada rakyatnya!!!!


Sesiapa  pun  boleh  memberi pandangan  apa sahaja. Anda boleh percaya atau tidak. Anda boleh bersetuju atau tidak. Jika anda percaya tetapi ianya tak berlaku, janganlah kecewa. Kita mengharap Amanah Saham Johor dan Amanah  Saham Terengganu menaik tetapi menjunam juga. Kalau tak mahu risko, jangan main dunia pelaburan!!!. Ha ha.

Prospek ekonomi boleh diramalkan, bukannya suatu yang sukar:

Iraq akan bebas dari kuasa tentera Amerika. Ianya terjadi sudah.

Iraq akan memulihkan ekonominya. Benar, ianya telah mulai  berlaku.

Irak akan mengeluarkan minyak 3 juta tong sehari. Benar, ianya telah menghampiri ke angka teresebut.

Iraq akan melangsaikan hutang luarnya. Benar, ianya telah berjaya dikurangkan

Irak akan menambahkan rezabnya. Benar, ianya telah berjaya dibuat.

Iraq akan  menarik ramai pelabur luar. Kini melambak syarikat yang masuk ke Iraq.

Hanya Iraq belum mengapungkan dinarnya sahaja. Ha ha. Tunggu sahaja le. Wooo. Kok ditunggu memang terasa lama. Kalau buat tak tau, sekejap sahaja. Kesian  jika ada yang sakit jiwa dan marah-marah dinar tak apung. Tak dapek den nolong do. Wooooo. Kan saya dah tegaskan antara sekarang sehingga 2013!!!!!.




Tuesday, October 25, 2011

jika rezki tak ke mana

Pada tahun lalu, peramal ekonomi mengatakan Bajet Iraq 2012 akan surplus kerana harga minyak sekitar USD 115.00  setong.  Tetapi kini harga minyak dijangka setakat USD 85.00 sahaja. Maka Iraq akan mengalami defisit dalam bajetnya pada tahun 2012. Ini adalah satu faktor yang menangguhkan RV kepada dinarnya.

Jika Iraq berjaya meningkatkan pegeluaran minyak secara agresif ke 4 juta tong sehari, maka harapan RV adalah cerah. Pada akhir tahun ini  dijangka Iraq akan mengeluarkan minyak ke 3 juta tong sehari.

Dalam masa yang sama, Iraq perlu membenteras rasuah dan meningkatkan kecekapaan dalam urus tadbirnya. Jika tidak, dunia luar lambat melabur secara agresif ke Iraq. 

Tugas  kita yang menyimpan dinar ialah mendoakan agar Iraq segera makmor ekonominya!!!!

Sementara itu kita boleh mengeteh di mana yang patut. Wooo. Jika rezki, sesaat pun Allah tak tangguhkan!!!!

Sunday, October 23, 2011

DINAR IRAQ: BILA MAU APUNG DAA

Sering benar peminat dinar bertanya kepada saya, bilakah rv?

Saya jawab : paling cepat esok. paling lambat 2013. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Ha ha.

Yang pasti pihak CBI dan parlimen Iraq  sudah berkira-kira  bagaimana nak menguatkan dinarnya!!!!!

Ini zaman menunggu bukan zaman membeli lagi. Jika ada yang masih bertanya betul ke tidak boleh jadi kaya dengan dinar iraq ini - saya dah malas menjawabnya. Wooo

Monday, October 17, 2011

BUAT WANG DALAM TIDUR

Saudara Mohd Nizam, salah seorang ahli motivasi internet mengatakan:

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.


Ya, salah satu cara membuat wang semasa tidur adalah di sini.

Friday, October 14, 2011

DINAR IRAQ: PERSIAPAN MENJADI JUTAWAN

Hasrat utama kita menyimpan Dinar Iraq ialah mahu menjadi jutawan beriman. Janganlah malu bercita-cita menjadi jutawan. Ha ha. Bercita-cita tidak dikenakan bayaran. Macam-macam cara  orang hendak menjadi jutawan. Salah satu caranya ialah menyimpan Dinar Iraq dan kita berharap agar dinar Iraq   akan  terapung dengan beribu-ribu peratus seperti Dinar Kuwait dahulu.

Sementara itu marilah kita mendengar cara hidup orang-orang yang sudah pun menjadi jutawan. Ha ha. Baca  di sini.

Thursday, October 13, 2011

DINAR IRAQ: CABARAN INFLASI

Berita dan cadangan penghapusan tiga kosong kepada Dinar Iraq memberi kesan kepada ekonomi Iraq khususnya turun naik harga barangan makanan di sana.  Rakyat memberi respon samada membeli atau  menjual emas serta mahu menyimpan US dollar atau dinar.

Agaknya mereka pun macam kita juga, dok berhujah samada pembuangan 3 kosong ini akan manaikkan atau menjatuhkan nilai Dinar. Logiknya sesuatu tindakan ekonomi oleh sesebuah negara mestilah menguntungkan rakyatnya. Kini, yang merisaukan kerajaan Iraq ialah inflasi. Tak guna gaji naik atau matwang naik, jika harga barang terus naik!

Di Malaysia kini pun, jika makan tengahari, kosnya sudah naik sekali ganda. Dula, makan tengahari di resoran biasa antara RM 3 ke RM 4 sahaja,  tetapi  kini paling jimatpun RM 8.00. Maka tak hairanlah jika ada yang tak sabar-sabar, malah ada yang marah-marah - mengapalah dinar tak naik-naik. Woooo.


Tuesday, October 11, 2011

DINAR IRAQ: SEMUA YAKIN AKAN NAIK

Beberapa kenyataan dari juru cakap CBI dan Penasihat Ekonomi PM Iraq, dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Nilai Dinar wajar dinaikkan ke paras paling kurang ke tahap USD 1.00

2. Note baru perlu diperkanalkan dengan cadangan note yang paling besar ialah 20 Dinar

3. Proses menukar note sedia ada ke note baru memerlukan bajet yang amat besar

4. Iraq kena berhati-hati dengan pegawai yang akan salah guna kuasa, rasuah, ketidakcekapan dalam proses menukar ke matawang baru bagi megelakkan maatawang palsu.

5. Proses kenaikan nilai Dinar adalah selaras dengan kenaikan ekonomi Iraq

6. Proses mendidik rakyat menerima note baru memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun.

Ya, bagi kita proses apungan dilihat secara mudah iaitu dengan menunggu pengistiharan dari CBI -  bahawa mulai hari ini nilai dinar diistiharkan bersamaan dengan USD 1.00. Ha ha, tidak sebegitu rupanya. Mereka kena menimbang banyak faktor. 

Apa pun yang pasti,  semua mengaku  bahwa  nilai dinar perlu  dinaikkan. Soalnya bila? Ramai yang sudah tak sabar hendak pencen, tak sanggup menunggu umur 60 tahun. Sementara itu, eloklah berjinak-jinak dengan peluang baru di sini.

Sunday, October 9, 2011

KITA TUNGGU BAJET IRAQ

CBI sentiasa ditemui dan dipantau oleh pelbagai institusi atau badan kewangan dunia. Pelbagai sessi dailog diadakan antara kedua pihak. Pihak luar masih belum berpuas hati dengan persediaan CBI dalam menghadapi  cabaran kewangan di peringkat  global. Namun pihak luar amat yakin dengan kemampuan ekonomi Iraq kerana Iraq merupakan negara terbesar dalam rezab minyak dan gas!!!

Cabaran terbesar CBI ialah memperkukuhkan instrumen kewangan seiring dengan kehendak dunia. Apungan dinar memerlukan satu instrumen yang kukuh. Rumah Iraq kena siap menerima tetamunya. Iraq bukan sahaja akan berdagang menggunakan US dollar, tetapi terpaksa menerima semua matawang dunia selepas dinarnya diapungkan. Dan barang tentu, Iraq pun  kena bersedia menerima RM  juga.

Cabaran Iraq bukan sekadar membuang 3 kosong pada notenya, tetapi bagaimana Iraq mampu mengurus keluar masuk semua matawang dunia  selepas meliberalisasikan ekonominya!!!!

Kita masih menunggu perbahasan Bajet Iraq.  Esok, kita tunggu Anwar membahas Bajet Najib pula. Yang pasti cukai impot seluar  dalam sudah turun. Boleh jadi Superman selepas ini - pakai seluar dalam di luar.

Woooo

Friday, October 7, 2011

KU PELUK DINAR DAN PERAK!!!

Kita terlepas peluang kenaikan Dinar Kuwait pada 2003 selepas ia jatuh merudum pada 1990. Tanpa internet, info lambat sampai kepada kita. Alhamdulillah, prospek dinar Iraq sempat digarap. Hanya menunggu masa, ianya diapungkan!!!  Ramai yang sudah berangan macam-macam. Woooo

Tetapi janganlah hidup ini hanya memfokus kepada peluang dinar Iraq sahaja. Di hadapan kita  masih banyak  peluang lain yang memberangsangkan kita. Antaranya ialah silver atau perak. Baca di sini.

Bak kata orang tua-tua: berjagung-jagung dahulu, sementara menanti padi masak. Jika masak kedua-duanya sekali,   maka ke Londonlah   kita!!!

Woooo

Thursday, October 6, 2011

Ucapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara  yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar  4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang
musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri1 jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.

18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion2, apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak.

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.

23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 20114 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi5 membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%6.

25. Makanya, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:

a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan.

27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;

f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan “salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.

ANWAR IBRAHIM