Wednesday, June 9, 2010

14 JUN PARLIMEN IRAQ BERSIDANG

Insyallah parlimen Iraq akan  bersidang pada 14 Jun hadapan. Agenda utama ialah melantik Speaker dan Presiden baru Iraq. Kemudian Presiden akan melantik wakil dari parti yang menang majoriti terbesar untuk membentuk kerajaan baru dalam tempoh 30 hari.

Kemudian bermulalah sebuah kerajaan baru berdasarkan sistem demokrasi berparlimen buat penggal kedua selepas era Saddam Husin.

Kita menantikan apakah polisi kerajaan baru   Iraq  terhadap nilai dinarnya. Berdasarkan  peraturan berkaitan dengan pembentukan kerajaan baru Iraq ini, maka tidak hairanlah ada berita yang meramalkan dinar bakal diapungkan pada bulan  Ogos 2010. Ramalan  awal  bahwa dinar akan  di"revalue " pada bulan Jun   adalah   kerana mengandaikan  keputusan pilihan raya  pada Mac lalu tidak  dikira semula. Logiknya ada.

Walaupun saya seperti pembeli dinar lain - mengharapkan dinar akan diapungkan dengan kadar segera, masih menganggap masa yang manasabah untuk dinar diapungkan ialah pada 2013. Namun sebarang ramalan sedia ada perlu diambil kira kerana Malaysia pun secara tiba-tiba melepaskan tambatan ringgitnya  tanpa notis pada 2005 lalu.

Sumber berita di sini.