Thursday, October 11, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: CBI TANGGUH BUANG 3 KOSONG

CBI baru saja mengumumkan penangguhan  rancangan pembuangan 3 kosong untuk sementara waktu. Tidak pula dinyatakan berapa lama. Maka pelbagai analisa baru dibuat oleh peminat RV. Ha ha.

Bagi saya, usaha-usaha memperkukuhan asas ekonomi dan kewangan Iraq perlu diutamakan supaya nilai Dinar selaras dengan kekuatan ekonominya.  Iraq mesti membuktikan nilai matawangnya setanding dengan matawang asing. Kekuatan ekonomi  yang utama ialah negara bebas dari hutang luar dan rizab yang mencukupi. Singapura dan Australia adalah contoh dua negara yang bebas hutang luar dan kuat rizabnya. Maka tak hairanlah matawang kedua-dua negara ini lebih stabil dari USD atau RM!!!!

Peminat Dinar Malaysia suka sangat mengambil berita dari chating forum di internet yang kebanyakannya adalah bersifat khabar angin. Saya terima sms yang karut dan kelakar. Ada yang mengatakan Dinar sudah RV tetapi hanya untuk orang VIP sahaja. Ha ha. Berita macam ini pun ada yang percaya. Woooo.  Ada yang mengatakan Dinar dan RV tetapi di dalam Iraq sahaja. Ada yang mengatakan Dinar sudah boleh di tukar di Singapura. Saya rasa itu semua kenyataan dari mimpi orang yang menyampaikan berita itu sahaja. Ha ha.

Eloklah kita relax dulu. Tunggu sahaja apa nak jadi pada 2013.  2013 adalah tahun yang menjadi harapan kita. Kuwait mengambil masa 13 tahun untuk RV. Dinar Iraq baru 9 tahun!!!!

Saya habiskan masa  dua minggu menyelidik kononnya ada pihak mahu beli USD pada harga RM 3.50. Semuanya auta belaka. Ha ha. Perabis duit teh sahaja. Woooo.