Friday, November 2, 2012

DINAR IRAQ: 60 HARI LAGI KE GAME FINAL!!!!

Bagi peminat Dinar Iraq, janganlah risau jika blog ini tidak dikemaskini.  Saya diberitahu, tahun ini, Dinar tidak akan diapungkan. Suasana di Amerika, Syria dan Iran  pada  masa kini  tidak memberi rangsangan yang  baik kepada ekonomi Iraq.  Tambahan pula kes Shabibi yang perlu diatasi oleh CBI.

Dalam tempoh 2 bulan lagi sebelum berakhir 2012, marilah kita bercuti dengan mempelajari pelbagai ilmu dunia dan akhirat.  Ilmu dunia untuk hidup sehingga ...rasanya tak sampai 80 tahun. Susah-susah pun kata orang setakat pulohan tahun sahaja.  Yang penting ilmu akhirat kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan yang tiada kesudahannya... infiniti kata orang matematik. Woooo.

Insyallah saya akan sms kepada penyimpan Dinar jika  tiba-tiba Dinar   diapungkan. Ha ha. Saya masih simpan no talipon saudara semua. Maklomlah selepas ini kita akan menubohkan kelab jutawan Dinar dan kita berumarah beramai-ramai. Jika ada hajat nak pasang satu lagi, cukuplah simpan dalam hati. Jika tidak,  jenuh ke seberang mencari sijil nikah "terbang".  Ha ha. Ini pun satu bisnes juga, mengurus kes poligami. Wooooo.  Saya tak reti tetapi ramai kawan saya di Kelantan, pakar dalam bab ini. Ha ha.

Penganalisa dinar Iraq seperti Just Hopin dan Adam Montana masih berkeyakianan tinggi bahwa Dinar Iraq bakal menguat, dan diapungkan. Mana mungkin matawang asing bernilai kurang 1 sen dari USD. Tambahan pula bagi sebuah negara pengeluar minyak nombor wahid di dunia. Masyaallah, Insyallah, Tawakkaltu alallah. Jika tak jadi juga, nauzubillah, syusahlah kita.....he he.

Ya, 2 bulan lagi kita akan masuk ke game final, menunggu Dinar diapungkan. Ketika Dinar baru  ini  diterbitkan pada 2003, penganalisis meramalkan tahun 2013 adalah sebagai tahun yang ditunggu-tunggu. Bersedialah.