Wednesday, February 20, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: MATAWANG BARU?

Menurut satu sumber, Pihak Berkuasa Iraq akan menentukan keputusan berkaitan dengan percetakan matawang baru Iraq pada bulan Mac atau April ini.  Sukar ditentukan apakah bentuk matawang itu  dan kesannya kepada nilai Dinar Iraq.

Yang saya yakin, apa pun polisi dan perubahan matawang Iraq, ianya tidak akan merugikan penyimpan matawang Dinar Iraq kerana ianya bertentangan dan kepentingan awam. Apa pun undang-undang  yang dibuat, ianya tidak boleh menjejaskan atau merugikan  mana-mana pihak.

So,  kita tunggu sebarang perubahan pada bulan Mac dan April. Sekarang bersiap sedia untuk memangkah. Wooooo




Wednesday, February 13, 2013

DINAR IRAQ: BERITA PANAS

Sudah ada cerita dan gosip di Baghdad  supaya  nilai  Dinar dinaikkan ke  USD 1.00  = 1,000 Dinar,  tetapi pihak berkuasa Iraq berpendapat kenaikan nilai Dinar mestilah berdasarkan kekuatan asas ekonomi Iraq itu sendiri.  Maka tak dapat tidak Iraq akan terus bekerja memperkukuhkan ekonominya. Ianya secara tak langsung akan menaikkan nilai Dinar nanti. Tunggu sahajalah!!!

Sumber sahih nilai Dinar Iraq adalah di web Bank Negara Iraq. Lihat di sini.

Saya hairan kerana masih ramai lagi terpengaruh dengan cerita-cerita  yang tak logik berkaitan dengan Dinar Iraq. Antaranya Dinar sudah bernilai USD 1.00 di Singapura. Ha ha. Kalau betul nilai Dinar sudah naik, sayalah orang pertama yang akan menukarnya  dan mengajak semua makan nasi Arab di Jalan Semarak, KL. Wooooo

Saya berharap agar penyimpan Dinar duduk dengan tenang. Tak payahlah kecoh tak tentu arah. Jika lewat tukar dinar jika ianya sudah rv pun tak apa. Lewat sebulan, bukannya susut wang itu!!!!

Saya tak kemaskini blog ini jika tiada berita yang panas. Wooo. Jika nak panas minumlah ini. Woooo.