Sudah ada cerita dan gosip di Baghdad supaya nilai Dinar dinaikkan ke USD 1.00 = 1,000 Dinar, tetapi pihak berkuasa Iraq berpendapat kenaikan nilai Dinar mestilah berdasarkan kekuatan asas ekonomi Iraq itu sendiri. Maka tak dapat tidak Iraq akan terus bekerja memperkukuhkan ekonominya. Ianya secara tak langsung akan menaikkan nilai Dinar nanti. Tunggu sahajalah!!!
Sumber sahih nilai Dinar Iraq adalah di web Bank Negara Iraq. Lihat di sini.
Saya hairan kerana masih ramai lagi terpengaruh dengan cerita-cerita yang tak logik berkaitan dengan Dinar Iraq. Antaranya Dinar sudah bernilai USD 1.00 di Singapura. Ha ha. Kalau betul nilai Dinar sudah naik, sayalah orang pertama yang akan menukarnya dan mengajak semua makan nasi Arab di Jalan Semarak, KL. Wooooo
Saya berharap agar penyimpan Dinar duduk dengan tenang. Tak payahlah kecoh tak tentu arah. Jika lewat tukar dinar jika ianya sudah rv pun tak apa. Lewat sebulan, bukannya susut wang itu!!!!
Saya tak kemaskini blog ini jika tiada berita yang panas. Wooo. Jika nak panas minumlah ini. Woooo.