Hampir genap sebulan saya tak menulis di blog ini. Syok juga melupakan alam dinar sekejap. Tetapi si Mohd Hairul di Kem Terendak selalu sahaja menalipon saya bertanya khabar Dinar Iraq. Dia sudah tak sabar nak berhenti kerja, katanya. Ha ha.
Siapa yang rajin membuka web Just Hopin. bolehlah mengupdate info dari Iraq. Mutakhir ini, banyak pihak di Iraq tak puas hati dengan nilai Iraq. Panas punggung Gabenor CBI dibuatnya. Woooo.
Politik Timur Tengah cukup bergolak. Ianya serba sedikit mengganggu kemajuan ekonomi negara-negara di Timut Tengah. Salah satu cara dinar boleh dinaikkan ialah Iraq mesti mewajibkan pembelian minyaknya dengan Dinar Iraq. Inilah yang dibuat oleh SaddaM Husin sehingga memaksa Amerika menyerang Iraq pada 2003. Beranikah PM Iraq sekarang berbuat demikian? Kita tengok dulu....
OK, esok saya beraya di Jogjakarta selama 4 hari. Jangan sms dan call saya. Wooooo. Kasi peluang sama saya mahu beruzlah. Ha ha.