Thursday, October 17, 2013

DINAR IRAQ: MALIKI KE AMERIKA

Negara China bercadang membeli minyak dari Iraq sebanyak 850,000 tong sehari pada tahun 2014.  Jika Iraq  meminta China  membeli  minyak Iraq dengan menggunakan matawang Dinar, sudah pasti nilai dinar akan naik.  Salah satu strategi meningkatkan nilai sesuatu matawang ialah matawang itu digunakan dalam perdagangan antara bangsa.  Apakah Maliki sanggup berbuat demikian?    Yang kita tahu Maliki akan mengadap Obama pada 25 Oktober ini. Untuk apa kita tak tahu.

Ramai yang bertanya bilakah tarikh terakhir perlu memiliki Dinar. Saya jawab sebelum 31 hb Disember 2013, kerana mulai 2014, Dinar sepatutnya diapungkan. Sampai bila Iraq mahu duduk dalam  tempurung?   Tanpa apungan Dinar, ekonomi Iraq tidak bersifat global.  Tak wajar negara pengeluar minyak, nilai matawangnya bernilai kurang 1 sen USD!!!!

Tahun hadapan bercadang ke Dhaka, Bangladesh. mau cari barangan kulit. Siapa mahu bersama?   Tambang kurang lebih RM 1,300 pergi-balik.  Lembu Bangladesh disembelih. Lembu Amerika ditembak. Ha ha. Kita buka pusat kulit halal di KL. Mana boleh tahan menunggu  bulan tak jatuh ke riba lagi. Woooo.

Sila likes di sini.