Dunia amnya dan Malaysia khasnya memasuki tahun 2015 dengan
cabaran ekonomi yang sengit dalam tempoh sedekad ini . Tiba-tiba kejatuhan harga minyak
pada harga sekitar usd 50 setong telah mengurangkan sumber pendapatan negara
pengeluar minyak.bank negara Rusia sendiri terpaksa menampung akan kejatuhan
matawangnya. Nampaknya strategi Amerika untuk menjatuhkan ekonomi Rusia telah
berjaya. Tetapi perbuatan Amerika ini juga menyusahkan negara-negara lain dalam dunia
ini termasuk Malaysia.
Najib, PM Malaysia akan menyusun semula belanjawan 2015
akibat kehilangan besar pendapatan dari eksport minyak. Tambahan pula dilanda
dengan bencana banjir baru-baru ini yang memakan kos berbilion ringgit nilainya.
Walaupun Iraq sebagai salah satu negara pengeluar minyak
terbesar dunia, harga runcit minyak di Iraq adalah lebih mahal berbanding
negara-negara pengeluar yang lain. Berikut ini kedudukan harga runcit minyak dunia.
Cabaran Iraq utk mengatasi defisit negaranya semakin sukar
kerana harga minyak dunia sudah jatuh. Di samping jumlah pengeluaran minyak
oleh negara pengeluar kini telah dikurangkan. Nilai dinar Iraq hanya boleh naik
jika Iraq mengalami belanjawan lebihan dan sudah pasti sumber pendapatan
utamanya ialah dari minyak. Dengan keadaan harga minyak yang jatuh, jika Iraq
mahu menguatkan ekonominya dlm keadaan pengeluaran minyak berkurang skrg, maka Iraq sewajarnya meningkatkan matawangnya supaya ia boleh meningkatkan tukaran
matawang asingnya berdasarkam jumlah eksportnya yg bakal berkurangan pada tahun
2015 ini.
Krisis harga minyak yg berlaku sekarang adalah lebih kurang
sama pada awal tahun 70an dahulu ketika saya masih lagi sekolah menengah
rendah, setiap hari media massa menganalisis ancaman krisis ekonomi akibat
ancaman harga minyak.
Dalam tempoh terdekat ini peminat
dinar jgn rasa pelik jika kerajaan membuat langkah mengurangkan perbelanjaan
negara. Ketika saya bertugas di jabatan kerajaan dahulu nak tukar sebatang
pensel pun sukar. Apabila negara berjimat rakyat tidak akan rasa limpahan
rezeki negara. Maka tidak dapat tidak pendapatan rakyat semakin berkurangan dan
kadar pengangguran akan meningkat.
Maka, reaksi pantas dari rakyat utk menambahkan pendapatan
ialah join MLM . Mlm itu ialah multi level marketing atau meniaga larut malam. Jadi
sesiapa yang ramai disekeliling anda yang sakit darah tinggi, buah pinggang atau
diabetis, juallah Gum Arabic. Jadilah agen dengan menghubungi saya 012 2104244.
Harga dinar terus naik kerana harga USD terus naik. Apa boleh buat? Kini Amerika jadi hero.