Saturday, June 20, 2015

BERDOALAH UNTUK RV

Selamat Menyambut Ramadhan. Moga penyimpan dinar tekun beribadah, tidak diganggu oleh tarikh RV. Ha..ha.... Mengikut Adam Montana, penganalisis dinar dari Amerika.. dinar tidak akan RV sehingga Aidilfitri ini. Memanglah menjadi amalan di dunia Arab pada bulan Ramadhan depa lebih menumpukan masa kepada ibadah dan tidur. Tak ada masa nak pikir isu-isu besar dalam ekonomi atau pentadbiran. 


Kita terdengar menjelang Ramadhan beberapa hari yang lalu, ISIS berjaya menembak jet tentera Iraq. Walaupun ISIS tidak ada negara, hanya sekadar sebuah kumpulan tetapi keupayaannya melawan sebuah negara berdaulat seperti Iraq amat menakjubkan kita. Jika Iraq seorang diri melawan ISIS mungkin sukar atau lambat untuk berjaya. Iraq perlu bantuan luar. Moga-moga selepas Aidilfitri nanti, gerakan membersihkan Iraq dapat dilakukan secara agresif. 


Kalau berlaku RV sekarang kita akan menikmati nilai tukaran yang lebih besar lagi kerana nilai USD telah melampaui RM3.70. Satu ketika dulu gabenor bank negara Malaysia mengatakan US Dollar naik kerana faktor saikologi tetapi anggapan ini semakin meleset. Kerana Isu 1MDB telah menjatuhkan kadar penarafan kredit Malaysia, sekaligus menjatuhkan nilai RM.


Seperti Iraq, Malaysia juga menghadapi isu yang sama. Matawang jatuh kerana faktor kredit dan hutang luar yang membebankan dan makin kita risaukan lagi jika negara kita tidak mampu membayar hutang luar mengikut jadual. Apabila Dr M membalun Najib ianya bukan sesuatu yang pelik, kerana Mahathir tahu akan risiko hutang luar. Dr M sendiri menghadapi isu yang sama pada tahun 1997 / 1998.  Apabila Nazir Razak, adik Najib Razak tidak puas hati kepada abangnya sendiri, maka kondisi ekonomi negara kita amat mencemaskan. Kos hidup makin naik, kadar upah tidak berubah, peluang pekerjaan semakin kecil, kuasa beli pengguna semakin menurun - itulah tanda-tanda Malaysia diancam bahaya. Apakan daya, rakyat Malaysiaku tetap percaya dengan Najib Razak termasuk Abdul Hadi Awang.  Alahai Pas ....


Penyakit buah pinggang dikatakan tidak ada ubatnya, tetapi testimoni Gum Arabic memberi harapan kepada pesakit buah pinggang. Baca di sini http://pemboronggumarabic.blogspot.com/