Sunday, April 24, 2011

DINAR IRAQ: NAIK 1 SEN DULULAH!!!!

Apakah yang menghambat Bank Pusat Iraq dari menilai semula matawang Dinarnya. Antara tugas atau fungsi utama Bank Negara ialah mengawal inflasi negaranya. Saya rasa inilah yang mengkhuatirkan Bank Negara Iraq jika nilai matawangnya naik. Kenaikan nilai matawang dinar akan menaikan kuasa beli rakyat Iraq dan sekaligus menyebabkan inflasi atau kenaikan harga barang.

Antara strategi mengawal inflasi oleh sebuah bank pusat ialah menaikkan kadar bunga supaya menggalakkan rakyatnya menyimpan dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Strategi lain ialah sebuah negara itu mesti berdikari dalam pengeluaran makanannya. Maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, isu pengeluaran makanan diperkatakan di Iraq. Bayangkanlah jika rakyat Iraq yang bakal menjadi "kaya" tetapi bekalan makanannya pula kekurangan. Ini akan menyebabkan tekanan harga kepada barangan Iraq. Maka inilah yang dirisaukan oleh Bank Pusat Iraq.

Lantas apa yang perlu dibuat oleh Iraq dalam menggarap isu ini. Lazimnya bank pusat kena mengambil langkah berhati-hati dan secara perlahan-lahan menaikkan matawangnya dan berikhtiar menarik lambakan wang di pasaran melalui strategi menggalakan rakyat menabung.  Tetapi dalam kes di Iraq, rakyatnya masih lagi dalam keadaan menerima kadar gaji dan upah yang rendah. Kerajaan Iraq kena menimbangkan kenaikan kadar gaji dan upah rakyat Iraq supaya keluar dari paras kemiskinan.

Disinilah faktor tolak dan tarik Iraq untuk menilai semula dinarnya. Maka anda janganlah hairan jika kerajaan Iraq hanya akan menaikkan nilai dinarnya  pada kadar satu sen USD sahaja. Dan ada juga pendapat yang  mengatakan Dinar akan dinilai semula selepas Obama tamat tempoh Presiden Amerika. Jika Donald Trumph yang menjadi Presiden Amerika, barulah usaha menaikkan nilai dinar Iraq akan dibuat dengan  lebih agresif lagi. Ha ha. Mengapa? Kerana Donal Trumph pun sudah membeli Dinar sebanyak 30 juta USD. Engkau orang baru beli 30,000 Dinar pun dah macam nak rak menunggu RV. Woooo. Jangan mare.

Ramai yang nak tahu tarikh RV dari saya melalui sms. Saya tak jawab. Yang boleh saya katakan disini ialah sebelum akhir tahun ini. Parlimen Iraq masih banyak kena luluskan pelbagai perundangan lagi untuk memperkemaskan sistem kewangan Iraq. Kelewatan kelulusan ini adalah lantaran kelewatan perlantikan PM pada tahun lalu. Jika tak ada hal dulu, maka proses ini sudah lama dibereskan. Sekaligus nampaklah bayang RV dengan lebih jelas lagi. Wooo.

(Nota: Jangan hubungi saya sehingga Khamis ini kerana saya berada di luar Tanah Air. Cari cicak tokek. Ha ha.)

Thursday, April 14, 2011

DINAR IRAQ: TUNGGU KELULUSAN PARLIMEN

Dua hari berturut-turut  keluar  berita  di Baghdad mengatakan Bank Pusat Iraq telah menghantar cadangan ke parlimennya  untuk membuang kosong pada matawang Dinarnya. Apakah maksud cadangan ini.

Sebagai fahaman asas mari kita kembali   belajar matematik di  Darjah 1  semula:

Angka asas yang pertama ialah 1.

Jika tambah satu kosong - Jadilah 10. 
Jika tambah dua kosong - Jadilah 100
Jika tambah  tiga kosong - Jadilah 1,000

Nilai matawang sesuatu negara  sering dibandingkan  kadar pertukaran dengan  dolar Amerika atau USD.  Jika besar kadar pertukaran sesuatu matawang  dengan USD, maknanya lebih kecillah nilai mata wang itu.  Maka, lagi kurang kosong kepada matawang Dinar,  makin  tinggilah nilainya.

Kini 1,170 Dinar = USD 1.00.  Untuk mudah kita katakan 1,000 Dinar = USD 1.00.  Maka jika kerajaan Iraq membuang 3 kosong pada nilai  Dinar, maka nilainya ialah  1 Dinar = USD 1.00.  Membuang kosong pada nilai Dinar Iraq adalah memberi makna, nilai matawang  adalah  menaik. Jika anda ada 10,000 Dinar, ianya akan bernilai USD 10,000.00  atau  bersamaan RM 30,000.00

Namun ada juga pihak yang mentafsirkan buang 3 kosong itu ialah Iraq akan membuat note atau matawang baru. Pemegang Dinar  sedia ada akan menukar kepada note baru, di mana note baru sudah tiada 3 kosong   lagi dalam matawang dinarnya. Note 25,000 Dinar akan digantikan menjadi note 25 Dinar sahaja.  Jika ini yang berlaku, walaupun Dinar naik ke USD 3.00 pun, SEMUA PIHAK AKAN RUGI.  Bak kata Just Hopin - hancur dunia. Dan jangan sesekali mengandaikan bahwa hanya note 25K dan note 10K sahaja yang terlibat dalam pembuangan tiga kosong, tetapi semua note 5K, note 1,000 Dinar,  250 Dinar dan 50 Dinar pun akan mengalami kesan yang sama juga.

Antara dua tafsiran pebuangan 3 kosong itu, ramai yang cenderung kepada tafsiran pertama. Berdoalah itu yang akan terjadi.

Nampak gaya RV semakin hampir pula, tanpa menunggu Iraq join WTO. Kalau tak apa guna kelulusan parlimen dipohon. Lazimnya apabila di bawa ke parlimen, kelulusan mesti di buat pada sessi parlimen yang sedang bersidang. Kini parlimen Iraq sedang bersidang. Apa lagi, bolehlah   kita mengintai Merz di mana yang patut!!!!

PELUANG KHAS UNTUK 10 ORANG SAHAJA. KLIK INI


Friday, April 8, 2011

ADUHAI RV - 2

Kota Rom tidak dibina dalam tempoh satu hari. Begitulah kata sang pujangga. Begitu juga dengan Iraq. Bukan mudah Iraq menyertai dan diterima sebagai anggota WTO. Banyak kondisi dan syarat yang perlu disempurnakan oleh Iraq untuk menyertai WTO. Keperluan sebagai sebuah negara yang liberal dalam sistem perekonomian memerlukan Iraq mengambil langkah-langkah yang stategik lagi. Begitulah kesimpulan dari berita yang saya baca di sini.

Lantaran itu parlimen Iraq  yang sedang bersidang  kini sibuk mengemaskini  rang-undang undang yang membolehkan Iraq berinteraksi dengan dunia  luar dengan  lebih yakin lagi. Bacalah pelbagai isu yang sedang dibincang di parlimen di sini.  

Yang paling  tak syok sekali ialah  apabila  IMF bersetuju dengan Iraq yang masih mengekalkan nilai Dinarnya seperti sekarang. Hujahnya ialah untuk mengelakkan inflasi. Baca di sini.

Kebanyakan ahli ekonomi merasa pelik mengapa dinar Iraq tidak menaik dalam keadaan ekonominya ke arah lebih baik dalam tempoh tujuh tahun  kebelakangan ini.  Jika pada tahun 2003 nilai  Dinar ialah: 3,000 Dinar = USD 1.00  dan naik pada 1170 Dinar = USD 1.00 pada 2007, mengapakah nilainya terus kekal dan tidak naik langsung sehingga sekarang. Logiknya nilai Dinar itu sudah mencecah ke paras 1 Dinar = USD 1.00 pada tahun 2011, berdasarkan kadar kenaikan antara 2003 ke 2007.  Mengapa nilai Dinar tidak naik selaras dengan kenaikan ekonomi Iraq?. Bukan sahaja tak logik dari segi matemetik tetapi sekaligus semacam ada konspirasi  dengan sengaja  tak mahu menaikkan nilai Dinar Iraq. Kena lantik Suruhan Jaya DiRaja untuk menyiasat nampaknya. Woooo

Lapuran prestasi ekonomi selalunya adalah setahun sekali.  Bagi syarikat Unit Trust, lapurannya  adalah enam bulan sekali. Paling kuat pun lain-lain lapuran perniagaan adalah 3 bulan sekali. Tetapi ada satu lapuran kena dibuat setiap hari. Ha ha. Tahukah anda lapuran apa?. Macam nak sewel masing-masing kalau tak ada berita Dinar. Woooo.  Saya  akan bagi tau ke talipon anda jika berlaku RV. Tak payahlah sms setiap malam. Bagi sesiapa nak borak hal dinar setiap hari, jadilah sahabat kepada Just Hopin melalui face booknya.  Kalau tak ada face book, malulah kat orang Jelebu tu....

Tuan Nazri pengamal Reiki mengatakan RV pada bulan Jun. Saya tak jamin pendapat itu benar atau tidak. Kalau saya, nak rv malam ini juga. Ridzuan Johor bukan sahaja tangan sudah gatal tetapi ketiaknya pun sudah gatal. Wooo.

Bagi saya, salah satu isyarat kuat RV ialah apabila Iraq telah mengeluarkan minyak sebanyak 4 juta tong sehari, iaitu sama dengan prestasinya pada tahun 2003, sebelum Amerika menjarah Iraq. Kini, Iraq baru mnengeluarkan minyak sebanyak 2.7 juta tong sehari dan dikatakan akan mencecah 3 juta tong sehari pada akhir tahun ini. Jika Iraq melipatgandakan usaha pengeluaran minyak dalam tempoh terdekat ini, maka tidak mustahil, ianya akan mencecah 4 juta tong sehari pada akhir tahun ini juga. Inilah yang telah diarahkan oleh Nuri Al Maliki pada awal tahun ini.  Maka kita akan memantau berita prestasi Iraq dalam pengeluaran minyak dari bulan ke bulan.  Antara sumber sahih hal ekonomi Iraq, baca di sini.

Manakala itu bajet Amerika masih dalam ketidaktentuan. Baca ini.

Sambil itu damaikan hati anda dengan mengingati Allah jua. Bak kata Imam Shafie, jika hati anda masih tidak aman tenteram, berdoalah kepada Allah supaya digantikan dengan hati yang lain pula. Ha ha. Serius ni bib.

Saya harap Just Hopin akan melayan anda setiap malam melalui face booknya. Sudah beberapa orang yang telah join   FB Just Hopin. Maka amanlah saya sekejap. Wooo.

Jumpa semula  pada 17hb April.  Saya  nak bermunajat untuk Sarawak  pula. Woooo.

Tuesday, March 29, 2011

JUMPA SELEPAS 8 APRIL 2011

Saya akan mengemaskini blog ini selepas 8hb April 2011.  Untuk sementara waktu ini  saya nak mengintai pokok getah untuk disapu dengan Radja Karet.

Tetapi jika ada berita yang menarik,  saya akan menulis lebih awal lagi. 

Harapnya anda semua bekerjalah seperti biasa  disamping memohon kepada Allah swt agar hajat kita diperkenankanNya.  Tetapi ada juga yang tak suka akan cakap saya ini. Katanya mengunakan ugama pula  Ha ha. Apa boleh buat. Takkan nak minta hajat kat jin pula. Wooo

Monday, March 28, 2011

DINAR IRAQ: PENENTU BAJET US?

Terkejut saya apabila Saudara Rafie Yaakob mengatakan bajet Amerika  bagi tahun 2011  belum diluluskan lagi. Dalam keadaan ekonomi Amerika yang parah, maka  potongan  berbilon dollar  dalam bajetnya akan dilakukan. Apabila saya menyiasat berita ini, memang ada kebenarannya. 

Menurut rakan Rafie di US, kemungkinan bajet Amerika diluluskan pada 8hb April 2011, sebaik sahaja dinar Iraq diapungkan. Ini tak pelik kerana salah satu sumber pendapatan Amerika pada masa hadapan ialah cukai dari  pertukaran Dinar Iraq oleh rakyatnya. Ya, semasa Bush menjadi Presiden  dahulu, Amerika meluluskan 2 rang undang-undang yang meluluskan rakyatnya untuk membeli dan menyimpan Dinar Iraq.  Bush sendiri mendesak agar Dinar diapungkan pada harga USD 5.00. Wau, macam tak percaya bib. Tetapi itulah realitinya.

Saya belum lagi dapat perkhabaran rasmi berita pengapungan Dinar Iraq. Ada pun berita dinar Iraq  telah rv di Iraq, US dan UK adalah mengarut belaka. Jika rv, maka satu dunia rv lahhh oi. Salah satu sifat kebenaran ialah "konsisten". Misalnya kes l....t Anwar; lapuran polis, lapuran doktor, pengakuan Saiful mestilah kosnsisten  faktanya. Jika fakta antara satu sama lain bertentangan, maka kes penuh keraguan dan pembohongan belaka. Begitu juga dengan  dinar, lapuran web bank negara Iraq mesti seiring sama dengan lapuran web-web dinar yang lain. Jika web bank negara Iraq masih melelong dinar pada harga 1170 dinar = USD 1.00, mana mungkin dinar telah di rv ke USD 3.80   di UK dan US pula. Maka saya harap anda semua khususnya Tuan Azril Shah Alam janganlah bertanya kepada saya akan satu soalan yang tak ada value itu. Ha ha. Wooo. Jangan mare ya.

Lantas bilakah dinar akan diapungkan? Jika rezki, sesaat pun Allah swt tidak tangguhkan. Amin. Orang Limbang pun sudah tak sabar nak kaya tuu.

TQ Rafie bagi idea baru untuk saya menulis hari ini.

Friday, March 25, 2011

DINAR IRAQ: RELAX BROTHER

Waktu Iraq lewat beberapa jam dari negara kita. Manakala waktu  US lagilah lambat dari kita. Jam 8 malam Malaysa bersamaan  dengan  jam 8 pagi di US.  Maka,  apa-apa pun berita secara rasmi hanya akan kita perolehi pada Isnin hadapan. Ini   yang tak syoknya bagi sang penanti macam anda semua ini. Alangkah baik jika kita boleh berzikir sementara menanti pengumuman hal apungan dinar  ini. Buatlah macam Shukri  Besut   yang sentiasa bermunajat kepada Allah  sambil memohon agar apungan disegerakan.

Ketika ini parlimen Iraq sibuk meluluskan pelbagai rang undang-undang termasuklah yang  berkaitan  perbankan dan kewangan  negara Iraq. Iraq memerlukan satu sistem yang telus dan bersifat global. Nuri Al Maliki mendakwa Iraq kini adalah negara yang paling stabil di Timur Tengah. Al maklomlah Iraq kini adalah  sebuah negara yang berperlembagaan dan dan kerajaannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Taklah semacam Arab Saudi, Yaman, Jordan dan lain-lain yang masih mengamalkan sistem feudal beraja!!!!

Tak payahlah sms bertanyakan rv kepada saya. Tambahan pula kalau no hp pun saya tak kenal. Hanya pembeli dinar dari saya sahaja yang saya simpan  no hpnya. Jika  anda pembeli dinar dari saya, sila maklomkan nama anda kepada saya apabila membuat sms. Kok ada yang saya tertinggal nama pembeli  dari saya. Kalau Ridzuan, Zaba Mohidin tak payahlah bagi tau kerana namanya top di hp saya. Woooo 

Bagi peminat dan pemilik  dinar  lain, sila buka blog ini selalu. Free sahaja. Ha ha.

Harap-harap jangan ada yang mengaku berpejabat di alamat pejabat saya sudahlah!!!!.

Jika rasa nak balik muda, lihat ini. 

Thursday, March 24, 2011

DINAR IRAQ: TUNGGU ESOK

Banyak sms bertanyakan sudahkah rv. Malah ada yang mengatakan  dinar sudah boleh ditukar di UK dan US. Wau. Ha ha. Fakta sms itu sendiri sudah tak betul. Macam   mana nak percaya. Jika rv, maka  kita boleh menukar dinar  di seluruh dunialah.

Ya, esok baru berakhir rundingan samada Iraq akan diterima sebagai anggota WTO atau tidak. Menurut tok nujum Dinar, dengan penyertaan Iraq dalam WTO, maka sewajarnyalah Iraq mengapungkan dinarnya. Apakah Iraq akan berbuat demikian. Itu yang suspennya.

Jika sudah apung, saya akan maklumkan dalam blog ini. Jangan panik tak tentu arah. Lewat seminggu tukar dinar pun tak apa. Lambat tukar lambat dapat RM. Lambat dibelanjakan. Lambat habis. Ha ha.

Anda ada sedikit masa lagi untuk memiliki dinar. Peluang sekali seumur hidup. Wooo.

Orang kampong baca ini.

Wednesday, March 23, 2011

DINAR IRAQ: KAD VISA DI IRAQ

Logiknya bagi sebuah negara yang kecil nilai matawangnya, maka ia memerlukan note yang berangka besar. Misalnya Indonesia ada 100,000 rupiah dan Turki pernah ada note 20 juta lirar.  Bagi Iraq pula selepas kejatuhan nilai Dinarnya pada 2003, ia terpaksa  mengadakan note  25,000 Dinar. Jikalau tidak, rakyat Iraq kena bawa duit berkepul apabila berbelanja di pasarnya. Ha ha.

Sebaliknya bagi negara  yang tinggi nilai matawangnya, maka negara itu perlu ada note atau coin yang berangka kecil pula, Misalnya Kuwait yang ada note 1/4 (suku )  dinar  dan coin 5 fils  hingga 100 fils.


Sejak 2003 hingga kini, Iraq ada 7 note iaitu:  

50  Dinar
250 Dinar
500 Dinar
1,000 Dinar
5,000 Dinar
10,000 Dinar
25,000 Dinar

Iraq  telah bersedia dengan coin  25 Dinar dan 100 Dinar yang belum lagi dimasukkan ke pasaran.   Sebarang pertukaran nilai dan note Iraq, sila rujuk di sesawang ini.

Jangan  dengar atau percaya dari  sumber lain. Hal wang Iraq, hanya sumber dari Bank Negara Iraq sahaja yang SAH.  Wooo.

Kita masih menanti hasil rundingan IMF dengan pihak berkuasa Iraq berkaitan isu apungan Dinarnya. Tetapi isyarat semakin dekat apabila kad Visa telah dipelawa untuk diperkenalkan di Iraq. Tidak ada maknanya jika kad  Visa  diperkenalkan  jika ianya tidak boleh digunakan di luar Iraq. Dan jika kad visa boleh digunakan di luar Iraq, maknanya Dinar Iraq sudah diperlakukan di luar Iraq. Lantaran  itu, apa pak?  Ya, engkau orang bakal menjadi jutawanlah!!!!  

Woooo

Nota: Untuk orang kampong sahaja - baca ini. 


Monday, March 21, 2011

DINAR IRAQ: JUTAWAN PUN KENA BERGURU

Tak ada yang paling lucu dalam hidup saya ini apabila mengenangkan berapa ramai orang yang dah mula risau jika wangnya akan berjuta dalam tempoh terdekat ini.  Soalan melalui sms yang memerlukan jawapan yang panjang tak mampu saya menjawab dengan percuma. Kok ajak saya minum teh bolehlah tahan. Tetapi kalau wang bakal sejuta,  kena nasi Iranlah oi. Kalau sebelum jutawan kedekut, maknanya selepas jutawan pun akan kedekut juga. Ha ha.

Ada persoalan yang tak boleh saya terangkan dalam blog ini. Ha ha. Strategi bib. Wooo. Kena jumpa berdepan dengan saya untuk berguru. Nak jadi jutawan pun kena berguru oi. Banyak isu apabila sudah jadi jutawan ini.

Apa pun kini  ramai yang tak tidur malam menunggu apungan Dinar. Sori le kepada sesiapa yang saya tak jawab smsnya. Si Shukri Besut  lagilah tak  boleh  tidur. Nasiblah dia suka merenung bulan.  Bulan partinya. Ha ha. Sori Shukriku. 1 love u. Wooo.

Oh ya, peliknya ada juga yang tak percaya cerita Dinar Iraq ini tetapi dok baca blog ini setiap hari. Depa risau kalau kita kaya. Wooo.


Sunday, March 20, 2011

DINAR IRAQ: DEBARAN MINGGU INI

Pengeluaran minyak Iraq  dijangka sebanyak 3 juta tong sehari menjelang akhir tahun 2011. Matlamat pengeluaran minyak dalam tempoh  4 ke 5  tahun  akan datang ialah 10 juta tong sehari. Berdasarkan rekod pencapaian kini dan pelbagai  perjanjian  baru  yang dibuat  dengan  syarikat pengeluar minyak,   adalah dijangka  matlamat ini akan menuju kepada sasaran  10 juta tong sehari. Berapa punya kaya bib!!!

Krisis politik di Timur  Tengah  kini memberikan pulangan positif kepada Iraq kerana harga  minyak  melonjak ke lebih USD 100.00 setong, walhal unjuran bajet Iraq hanya USD 70.00 setong sahaja.  Ekonomi Iraq semakin optimis sebenarnya. Malah menurut sumber tradisi, antara tanda akhir zaman   ialah Iraq dan Iran akan mengetuai dunia Islam. Takbir!!!!

Rundingan pegawai IMF telah bermula di Baghdad sejak 18 Mac lalu. Apakah natijahnya   PADA MNGGU INI?  Isa Monceh, Roslan Genting. Shukri Besut, Roslee Taiping, Ridzuan Johor dan ramai lagi sudah tak tidur malam menanti Dinar diapungkan. Woooo.

Bank Negara Iraq sendiri bersetuju nilai dinar Iraq adalah seiring dengan nilai pengeluaran minyaknya kerana minyak memberikan sumbangan 95% kepada pendapatan negaranya. Fokus asal nilai  dinar dinaikan ialah    pada 2012   tetapi memandangkan harga minyak  telah  meningkat ke USD 100.00 setong berbanding dengan ramalan harga asal USD 70.00 sahaja, maka tak mustahil  nilai dinar akan naik pada tahun ini juga. Tambahan pula Iraq akan menyertai WTO pada November ini. Bacaan lanjut di sini.

Bagi saya selaku penganut mazhab ekonomi - nilai matawang Iraq kini tidak menggambarkan  nilai yang sebenarnya. Apakah Malaysia yang mengeluar minyak 600,000 tong sehari berbanding dengan Iraq 2.7 juta tong sehari lebih besar nilai mata wangnya dari Iraq 100 kali ganda? Jika nilaiya  sama pun boleh dikira logik, jika pun tidak lebih dari nilai RM.


Bagi sesiapa yang tak faham dengan rahsia menyimpan dinar Iraq, bolehlah saya ringkaskan seperti berikut:

  • Beli dan simpan dinar Iraq
  • Jual selepas diapungkan ketika nilainya melepasi  USD 0.01 - satu sen USD le. Itu pun dah untung 100%.
Kalau tak faham juga, talipon saya. Jangan sms, tak larat saya nak menulisnya. Woooo.

POTENSI DINAR IRAQ 2011

Bacaan khas untuk pembaca baru blog ini.

Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003)  ke USD 3.30 (1990)

Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq.   Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq. 

Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik,  bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.

Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010,   kini  Iraq  telah  mempunyai Perdana Menteri baru dan   barisan  kabinetnya.  Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.

Tentera Iraq pula telah mula  mengambil alih peranan tentera Amerika yang  mulai  keluar sejak 31hb Ogos  2010.  Kini. hanya tinggal 50,000  orang tentera Amerika  dan   kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011.  Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja - bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya   selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir  2003.  Ini  merupakan satu  anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di  Iraq.  Iraq kini  sebagai "negara emas"  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga  atau  selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq.   Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang "melelong" matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya.  Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar?   Ya, setiap bulan bank asing   membeli   dinar Iraq sebanyak  USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

Soalan seterusnya ialah bilakah   Dinar Iraq akan naik. Faktor ekonomi merupakan faktor terpenting untuk membolehkan Dinar Iraq untuk naik. Pada masa sekarang pengeluaran minyak Iraq ialah antara 2.6 juta tong sehari.  Pengeluaran  sebanyak 2.6 juta tong sehari ini adalah pengeluaran terrtinggi  Iraq dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.  Dijangka pada 2012, Iraq akan mengeluarkan 4.5 juta tong sehari.  Namun, PM Iraq, Nuri Al Maliki  telah mengarahkan supaya Iraq mencapai sasaran pengeluaran minyak sebanyak 8 juta tong sehari dalam tempoh yang segera.  Apabila paras pengeluaran hariannya melepasi 3 juta sehari dan menuju ke 5 juta tong sehari, maka tidak mustahil pada bila-bila masa nilai Dinar akan dikaji semula dan dinaikkan  secara perlahan-perlahan. Pihak Iraq   mungkin akan mengapungkan Dinar Iraq dipasaran dengan penetapan harga awal   sebanyak  USD 0.30.  Namun, baru-baru ini Kementerian Perancangan Iraq mencadangkan supaya nilai Dinar  dinaikkan ke  USD 1.134  untuk selama tiga tahun. Selepas itu baru dikaji semula nilainya.  Cadangan ini menarik sekali  kerana   menurut kajian Kementerian Perancangan  bahwa nilai Dinar sebanyak USD 3.134 itu adalah  satu nilai yang   "sepatutnya"  dan memudahkan pihak luar berurusan dengan Iraq.

Kita mengharapkan dinar  akan naik  dalam tempoh segera kerana Iraq bakal menyertai WTO pada bulan  November  2011. Dinar perlu diapungkan  awal supaya ianya mencapai ke satu tahap nilai yang stabil menjelang bulan November nanti apabila Iraq join WTO. Tak molek sungguh kalau Iraq menyertai  WTO  tanpa terlebih dahulu wangnya terapung dengan nilai yang kukuh dan stabil.   Itulah pandangan ramai ahli ekonomi.

Isu-isu lain seperti kononnya dinar akan dibuang 3 kosong adalah karut kerana langkah ini bukannya akan menaikan nilai Dinar tetapi akan mengurangkan nilai Dinar.  Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan  bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang. Apakah itu maksud pemulihan ekonomi Iraq. Saya dah naik malas nak cerita hal ini  kerana bahasa matawang yang mengatakan buang 3 kosong itu adalah  memberi  maksud untuk menaikan nilai Dinar,  ianya  perlu menjadikan  nilai 1000 dinar ke 1 Dinar bersamaan 1 USD. Bukannya  note 10,000 itu jadi 10. Patutlah orang kita ini lemah sangat  kefahaman dalam matematik. Ha ha.

Cerita note baru pun satu hal. Bukan  mudah bagi  sesebuah negara  menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh  yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan.  Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Mana ada logik bib. Gunalah otak sikit. Duit satu sen Malaysia yang nak dibuang pun kena bagi notis setahun juga. Woooo. Inikan wang Dinar yang dah melampuh kat pasaran dunia. Kok jadi macam tu, ramai yang bunuh diri nanti. Ha ha.

Pemilikan  Dinar Iraq (saya tidak mengistilahkan sebagai "pelaburan") adalah skim lambat kaya,  khususnya yang telah memilik   dinar   sejak 2006,  bukannya skim cepat kaya.  Tetapi yang baru memiliki Dinar pada 2011,  maka anda adalah beruntung kerana pada bila-bila masa mulai sekarang, dinar akan diapungkan.   Wau.  Untung juga yang lambat tau hal dinar ini. Taklah terasa "lama" menanti. Namun ada juga yang dah "gila" tak sabau manunggu walaupun sehari.  Wooo.


Nota:

Harga Dinar dan Potensinya:

Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:

10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00

20,000 Dinar Iraq pada harga RM 320.00 berpotensi menjadi RM 20,000.00

25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00

30,000 Dinar Iraq pada harga RM 450.00 berpotensi menjadi RM 30,000.00

50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00 (note 10K, 5 keping atau note 25K, 2 keping)

500,000 Dinar pada harga RM 7,500.00 berpotensi menjadi RM 500,000.00

Saya hanya menjual note 10K dan 25K sahaja. Pembelian tunai atau melalui kad kredit, sila datang terus ke pejabat. Belian secara on line sila sms kepada saya untuk dapatkan no akaun.

Emel: alifx59@gmail.com

Wednesday, March 16, 2011

DINAR IRAQ: MINGGU YANG DINANTIKAN

Risikan dalaman mengatakan nilai apungan ialah USD3.20 ke USD 3.40. Tak mustahil nilai ini kerana pengeluaran minyak Iraq sekarang  adalah tertinggi dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Walaupun Iraq masih melelong matawangnya  tetapi mungkin lelongan ini dihentikan sebaik sahaja Dinar diapungkan. Tidak mustahil, strategi ini akan dibuat. Wooo.

Ramai yang tengah berkira-kira, berapakah nilai RM jika apungan pada USD 3.20. Jawapannya ialah hampir RM10.00. Bayangkanlah jika ada 500,000 Dinar, akan menjadi  RM 5 juta bib. Boleh pencen dah dengan duduk dan minum-minum di Kopitiam sahaja. Ha ha.

Kita tunggu antara 18 hingga 25 Mac ini. Tak gerenti. Tetapi itulah harapan kita. Wauuu. Doa kasi lebih ya. Jangan lupa sedekah dulu, baru rezeki muncul secara tiba-tiba.

Tuesday, March 15, 2011

DINAR IRAQ: MAC YANG SEMAKIN MENDEBARKAN

Menurut risikan dalaman di luar negara, proses apungan kini  dalam sentuhan terakhir pihak berkuasa Iraq. Saya tak bercadang menyebut tarikh jangkaannya kerana takut     pembaca blog ini  akan mengganggu saya di  tengah malam. Ha ha. Apa pun dalam bulan Mac  inilah  katanya. Maka sesiapa yang dah booking dinar, sila settelkan pembayaran sebelum Sabtu ini ya... Wooo

Ada yang risau  kerana tak yakin Money Changer  boleh membayar pertukaran  Dinar nanti.  Ya, bukan semua Money Changer menerima pertukaran Dinar. Apabila sampai masanya, Insyaallah saya akan bagi tau Money Changer mana yang akan menerima tukaran   Dinar. Kok sempat nanti, saya akan mohon lesen Money Changer sendiri pulak. Ha ha. Hanya satu tambahan syarat   jika   menukar Dinar  dengan saya  nanti ialah  kena belanja saya nasi Iran.

Apabila sampai masanya, tukarlah dinar secara beransur-ansur misalnya 10,000 Dinar dahulu. Apabila keaadaan sudah lama dan stabil, mungkin  pihak  Bank pun akan menerima  tukaran Dinar.  Ketika ini jika nak tukar sejuta dinar sekali gus pun tak mengapa. Ha ha. Dengar kabar orang kuat CIMB pun ada pulohan juta Dinar.

Ada orang bertanya kenapa saya menjual dinar jika tahu  dinar  akan diapungkan dalam masa terdekat ini. Jawapannya ialah saya telah pun  menyimpan sejumlah dinar - cukup untuk  berehat panjang dan round  dunia setahun. Ha ha. Hanya saya peruntukkan  sedikit dinar lagi untuk berkongsi dengan rakan di luar sana sambil saya mendapat habuan duit teh untuk  minum bersama  dengan  Yusof tauke cicak. Dah lupa pula nama cicak tu. Wooo

Mengapa membeli Dinar dari saya?. Ya, saya ada kontek dengan pihak luar untuk pertukaran Dinar jika bermasaalah  nanti. Ha ha. Orang "lama"  katakan.

Friday, March 11, 2011

DINAR IRAQ: ISU BUANG 3 KOSONG

According to media reports, Iraq’s Central Bank said on Tuesday that the decision to remove the three zeros from the Iraqi currency would require consultation with the next government.

Quoting a consultant refered to as Mohammed Saleh, the report says that deleting three zeros from the currency would negatively affect Iraqi citizens, but would facilitate foreign exchange transactions and bank deposit and withdrawal.

Komen Moderator: Berita di atas bertarikh 20 Okt 2010  dalam  web Iraq  Busines News.  Saya selalu menjawab kepada rakan pemilik dinar  yang bertanyakan hal  ini. Jika penghapusan 3 kosong di buat ke atas dinar - maka bukan sahaja kita yang akan bankrap tetapi satu dunia  pun  akan bankrap. Ha ha.  Dan jika buang 3 kosong dibuat, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada note 25K sahaja tetapi semua note  Dinar seperti  note 50  Dinar, note 1,000, note 5,000 dan note 10,000 juga  akan  menerima kesan yang sama. Tidak benarlah jika ada pendapat yang mengatakan note kecil dinar tidak menerima kesannya. Logik matematik mesti konsistenlah.   Woooo. Pokoknya Bank Negara Iraq pun tak ada sebut hal buang 3 kosong ini. Hanya cakap-cakap  di dalam web dan forum sahaja.


Monday, March 7, 2011

IRAQ BAYAR HUTANG USD 2.7 BILION

Baru-baru ini Kerajaan dan Bank Negara Iraq telah menjelaskan hutang sebanyak USD 2.7 bilion kepada 3,500 kontaktor asing. Pembayaran hutang ini adalah hutang Iraq sejak 2004 apabila Iraq membangunkan semula negaranya.

Ada dua kesan utama pembayaran hutang ini:

Pertama, ianya memberi keyakinan kepada kontraktor luar yang ingin melaksanakan projek-projek  di Iraq  pada masa akan datang. Iraq telah berjanji kepada rakyatnya untuk melengkapkan kemudahan elektrik dalam tempoh 15 bulan dari sekarang!!!   Malaysiaku pun tak berani buat janji macam tu oi. Padan muka kau Sarawak dan Sabah yang masih banyak kawasan yang bergelap lagi. Wooo.

Kedua, apabila dinar diapungkan, maka matawang dinar tidak akan terancam dengan  sebarang  spekluasi oleh para kreditors Iraq yang berjumlah USD 2.7 bilion itu.  Iraq mengambil langkah yang bijak sebelum matawang Dinar diapungkan. Rupa-rupanya hal hutang ini juga menyebabkan Dinar ada sedikit  lewat untuk diapungkan. Ha ha. Lega hati si Yusof Kg Baru, KL apabila mendengar Dinar akan diapungkan dalam bulan Mac atau April ini. Ha ha. Maklomlah kereta tempahan dah siap untuk dikeluarkan. Wooo.

Ya, Mac bulan mendebarkan. Jika tak apung juga  sebelum 31 Mei, Perbendaharaan Amerika pun kata, negaranya akan bankrap. BN - Bankrap Negara. Wooo. Maka jika nak beli dinar, belilah sebelum 31 Mac. Maka bolehlah kita beramai-ramai ke Mekah buat Umrah.

Thursday, March 3, 2011

AS boleh 'pokai' tidak lama lagi

Sumber: Utusan Malaysia,  3hb Mac 2011. Muka surat 22.

WASHINGTON 2 Mac - Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat mencapai hadnya kepada AS$14.29 trilion (RM43.44 trilion) tidak lama lagi, sekali gus memaksa penggubal dasar berbuat sesuatu untuk mengelak kerajaan tumbang, kata pihak Perbendaharaan AS.

Pegawai Perbendaharaan Kanannya, Mary Miller berkata, Jabatan Perbendaharaan menjangkakan hutang negara itu akan mencapai hadnya menjelang 15 April hingga 31 Mei ini.. Katanya, AS hanya mempunyai beberapa minggu sahaja sebelum negara itu mengalami kehabisan tunai untuk membayar segala bil perbelanjaannya.

Perbendaharaan telah menjangkakan had hutang itu akan melepasi lebih awal berbanding unjuran antara 5 April dan 31 Mei ini.
Amaran itu dibuat berikutan penggubal undang-undang AS sedang bertungkus-lumus 'berjuang' untuk mengurangkan perbelanjaan, antara langkah sementara bagi mengelakkan penutupan kerajaan.

Walaupun isu menaikkan had tertinggi hutang dan usaha memberikan pembiayaan berterusan kepada kerajaan bukannya berkait, tetapi ia bercelaru kerana terperangkap dalam perjanjian politik Washington.
Pihak yang tidak sehaluan dengan Presiden AS, Barack Obama pula telah mengekang kenaikan had hutang kerana khuatir terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat agak melampau oleh Demokrat.  Isu had hutang menjadi hangat selepas Republikan mengambil kuasa dalam Perwakilan AS pada Januari lalu, menyebabkan Obama hanya mempunyai kuasa kepada Senat. - AFP

(Nota Moderator: Apakah RV Dinar akan menjadi penyelamat kepada US? )

Monday, February 28, 2011

MAC YANG MENDEBARKAN

Perkembangan politik di Asia Barat kini, walaupun baik untuk jangka panjang tetapi dalam tempoh pendek meresahkan umat dunia. Harga minyak tentu sekali naik. Campur tangan asing pula akan lebih aktif kerana setiap negara asing ada kepentingan ekonomi dan politik di dalam negara Arab itu. Mudahnya dapatlah dibuat kesimpulan - rakyat akan bangkit kerana "roti" dan "ideologi". 

Di Iraq pun rakyatnya bangkit kerana menuntut kerajaannya mempercepatkan usaha-usaha  melengkapakan prasarana  negara. Apa guna wang minyak berbilion, jika kemudahan asas  untuk rakyat pun dilambat-lambatkan. Nuri Al Maliki telah berjanji membereskan hal ini dalam tempoh 15 bulan sahaja. Jangan jadi macam Sarawak   sudah le. Wooo. Tetap undi BN walaupun jurang pendapatan rakyat begitu teruk sekali.

Dilapurkan wakil kerajaan China berada di Baghdad minggu lalu kerana menandatangani persetujuan dinar Iraq diapungkan. China perlu bersetuju kerana Amerika mahu membayar hutangnya dengan China dengan menggunakan DINAR IRAQ. Trilion hutang Amerika dengan China oi. Manakala itu wakil IMF sedang berada di kota Bahgdad kini   untuk  membincangkan  secara serius berkaitan dengan RV. Wau. Kalau semuanya beres, mungkin pada bulan Mac atau April ini juga ,  ramailah pembaca blog ini kena belanja saya minum teh tarik. Apa punya kedekut u orang dah. Belanja nasi arab le. Wooo. 

Ada orang  sering bertanya " boleh percaya ke dinar akan diapungkan dan naik naik ke USD 0.30 ke USD 3.22".

Jawapan saya mudah - sesebuah negara mesti mengambil langkah mengapunglan wangnya. Soalnya bila. Itu sahaja persoalannya. Yang kita boleh perkatakan  kini, lihatlah persekitaran negara berkenaan - yang menunjukkan tanda-tanda dinar akan diapungkan. Moga-moga awan gelap tanda hujan akan turun. Kalau tak turun, kita nak salahkan siapa? Takkan nak bakar Jabatan Kaji Cuaca pula. Woooo.

Saya sibuk ke Merlimau. Maka blog ini tidak akan dikemaskini selalu. Hidup kenalah berpolitik oi. Kalau tak, orang atas dok kebas duit rakyat pun tak sedar-sedar. Hidup Rakyat!!!!

Monday, February 21, 2011

DINAR IRAQ: BURSA IRAQ NO 2

Wang akan beredar antara dua pasaran utama dalam negara iaitu di Bursa Saham atau di Pasaran Wang (Bank). Jika pasaran saham baik, maka para pelabur akan memasuki pasaran saham untuk mendapat  pulangan yang lebih baik dari menyimpan di Bank. Jika pasaran saham merudum dan Bank menawarkan kadar faedah yang lebih baik dari perolehan di Pasaran saham, maka ramailah yang memindahkan wangnya ke bank pula. Inilah gelagat ekonomi dan para penyimpan wang. Maka tak hairanlah kepada kita, jika ada Pak Man Telo baru yang  menawarkan skim untung 10% sebulan, maka berebut-rebutlah orang ramai mencari pak Man Telo. Tau-tau kantoi!!! Wooo. 

Di Timur Tengah, dikatakan Pasaran Saham Iraq adalah yang kedua baik pulangannya. Pulangannya pada tahun ini sehingga 7 Februari lalu   ialah  14.6%.  Yang pertama ialah  Iran iaitu 16.4%. Jika ini angkanya dan faktanya, ekonomi Iraq sedang berada di jajaran yang betul.  Bursa Saham adalah salah satu petunjuk ekonomi sesebuah negara. Yang memeranjatkan kita ialah  Bursa Saham Iraq, baru sahaja ada 100 syarikat yang disenaraikan berbanding dengan Iran yang telah ada 400 syarikat. 

Maka tak hairanlah kepada saya jika ada cakap-cakap, kabinet Iraq sedang membincangkan isu apungan Dinar ini. Awan   dah   gelap mendungnya  tetapi tak tahu bila  nak hujan. Si Akmal Klang   dah menggigil nak tukar dinar.  Wooo

Berita lanjut di sini. 

Saturday, February 19, 2011

DINAR IRAQ: EMEL MENARIK

Ini emel yang saya terima dua hari lalu untuk tatapan pembaca blog ini. Terpulanglah kepada anda untuk menimbangkan info ini. Ha ha. Saya tak edit langsung ayat dan ejaannya. Wooo


Assalamualaikum Tuan,

Didoakan tuan sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT. Disini saya ingin berkongsi cerita dgn tuan tentang dinar iraq (harap-harap akan menjadi kenyataan). Utk pengetahuan tuan, saya ada menyimpan Dinar Iraq pada jumlah yang agak banyak (saya mendapat info daripada TV1 rancangan global@1 pada 21/10/2010 <takkan RTM nak tipu kut> dan search kat internet tentang Dinar Iraq dan mengikuti perkembangan semasa Iraq) . Dalam waktu yang sama juga saya beritahu kawan bahawa Dinar Iraq akan diapungkan dan berharap kawan dapat menyimpan barang 100,000 IQD sekurang2nya dan tidaklah saya terkilan nanti bila Dinar ini betul2 diapungkan, so, sama-samalah menikmati rezeki yang Allah beri....(Amin). Tetapi malang bagi saya kerana mendapat respon yg amat menyakitkan hati dan menebalkan kulit telinga mendengar ulasan dari kawan saya (other word dia tak percaya semua tipu, dia kata). Pendekan citer abang kepada kawan saya ni adalah bekas salah seorang one of director kat Sime Darby Bhd. dan sekarang bisnesmen dan berurusan di Abu Dhabi. 
Pada seminggu sebelum Raya Cina yang lepas abang kawan saya menghadiri satu jamuan makan malam bersama-sama ahli korporat di Abu Dhabi dan salah seorang jemputan VVIP adalah menteri kanan Iraq. Semasa jamuan itu ada dikalangan ahli korporat bertanyakan kepada menteri tersebut tentang Dinar Iraq bilakah dinar iraq akan diapungkan. Ini kerana menteri tersebut di dalam ucapannya mengalu-alukan kepada pelabur-pelabur yg ada pada malam itu utk datang ke Iraq dan melabur di Iraq. Jawapan yang menteri iraq berikan adalah seperti berikut: rancangan dinar iraq akan diapung selewat-lewatnya pada bulan April 2011 atas alasan: 1. Iraq dijangkakan akan menyertai WTO pada hujung tahun 2011. yg ke 2. Mendapat tekanan daripada Amerika dan IMF. 

Berbalik kepada citer kawan saya tadi, dalam masa abang dia berada di UAE abangnya telah membeli dinar iraq sebanyak 25 juta dan apabila balik ke Malaysia dia memberitahu adik beradik termasuk kawan saya tadi dan membuat tempahan sebanyak 25 juta lagi (kongsi adik beradik. kawan saya sudah dapat dinarnya) kerana anaknya belajar disana. Kawan saya sekarang telah membeli sebanyak 6 juta dan memberitahu saya sekarang dia percaya kerana berita yang dia terima daripada mulut abang dia sendiri. 


Saya sekarang banyak membaca di dalam blog termasuk blog tuan tentang dinar iraq nih. Persoalan saya ni adakah berkemungkinan info yang saya terima ini betul dan akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat. walaubagaimanapun saya tetap percaya bahawa dinar iraq akan diapungkan cuma masa yang akan menentukan...rasa2nya tuan pun bersependapat dengan saya kut.


Saya berharap kita dapat selalu saling bertukar-tukar info tentang dinar.

Terima kasih.    


TUSIMAN BIN SURIP 

Wednesday, February 16, 2011

DINAR IRAQ: KESAN POLITIK DI MESIR DAN TUNISIA 2

Pergolakan politik di Tumur Tengah menarik perhatian dunia termasuklah pemegang Dinar Iraq. Ha ha. Macamlah menyimpan dinar 10 juta. Wooo.

Kebanyakan negara Arab  mengamalkan sistem beraja. Negara kaya, pemimpin hidup mewah dan pro Amerika atau Israel.  Malangnya rakyat terbanyak masih belum mendapat pembelaan yang secukupnya dan paling penting kebebasan bersuara semacam tiada. Itulah yang terjadi kepada  Tunusia dan Mesir.

Jika perubahan berlaku melalui kebangkitan rakyat, maka kita mengharapkan satu sistem baru pemerintahan secara demokrasi yang  bebas, telus  dan adil akan dapat ditegakkan. Jika ini yang berlaku, maka  Timur Tengah akan menjadi satu rantau politik dan ekonomi yang cerah masa hadapannya dan sekaligus sebagai naga ekonomi yang baru.

Bagi saya, ini akan memberi sinaran baru  secara tak langsung kepada Dinar Iraq juga.

Bangkitlah wahai rakyat Arab. Musnahlah Israel!!!

Klik ini 

Tuesday, February 15, 2011

DINAR IRAQ: NOTE BESAR DAN NOTE KECIL

Minggu lalu saya jalan-jalan ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur dan menyinggah di sebuah syarikat Money Changer. Manalah tau kok dinar Iraq telah diapungkan dan boleh dijual. Ha ha.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kadar pertukaran dolar Amerika berlainan antara note USD 50 dengan note-note kecil USD seperti USD 1, USD 5 dan USD 10.   Kadar pertukaran note USD 50.00 ialah RM 3.00 tetapi note kecil USD 1.00, USD 5.00 dan USD 10.00 ialah 2.60 sahaja. Maknanya kadar pertukaran note besar adalah leboh tinggi dari note kecil USD.

Maka saya terus terbayang apabila dinar diapungkan nanti, adakah note besar Dinar Iraq  seperti 25K dan 10K adalah lebih tinggi kadar pertukarannya berbanding dengaan note kecil seperti 5K, 1K dan 50 Dinar. Logiknya ada kerana note kecil akan  membebankan  urusniaga  dalam proses pertukaran dan perpindahan wang  secara fizikal.  Jika tujuan pelaburan, adalah elok kita menyimpan note besar atau sederhama seperti note 25K dan 10k. Orang ramai memerlukan note kecil kerana tujuan berbelanja di pasar sahaja.

Jiwa mahu besar bib. Tujuan dan strategi kita menyimpan Dinar berkaitan sekali dengan tujuan kita menyimpan dinar. Kita menyimpan dinar adalah  dengan tujuan pelaburan, bukannya kerana nak berbelanja. Maka tak hairanlah rakyat Amerika hanya tertarik dengan note 25K dan note 10K.

Thursday, February 10, 2011

DINAR IRAQ: BANK ASING AMBIL RISKO?

Iraq di era pasca Saddam sebenarnya sedang melalui satu fasa satu sistem politik demokrasi  moden. Sebuah negara moden yang ada perlembagaan, parlimen, institusi kehakiman yang teratur, had kuasa tentera, keseimbangan kuasa antara PM dan Presiden dan kewujudan pelbagai institusi awam yang di bawah kuasa parlimen memerlukan Iraq belajar mengamalkan secara sebaiknya.

Antara institusi penting di Iraq sudah pastilah Bank Pusatnya yang bertanggung jawab secara langsung membangunkan sistem kewangan negara yang terbaik dan mengikut piawaian antara bangsa. Bank Pusat Iraq atau CBI memilki sumber manusia yang kompeten. Kejayaan CBI memulihkan inflasi, mengurangkan hutang luar, dan memberi keyakinan kepada bank asing membeli dinarnya yang dilelong setiap minggu menunjukkan kehebatan pengurusan CBI.

 Kalau kita ragu dengan simpanan dinar Iraq, maka kita wajar bertanya mengapakah bank asing sanggup membeli setiap lelongan dinar Iraq itu. Agaknya bodoh sungguh bank asing itu yang sanggup membeli dinar  atau kita terlalu takut dengan satu risko yang yang tak pun boleh menyebabkan kita mati? Ha ha. Jika bank asing sanggup mengambil risko ratusan juta dolar, mengapa kita tak sanggup mengambil risiko RM 160.00 untuk memiliki 10,000 Dinar yang dikatakan berpotensi menjadi RM 10,000.00. Wooo. Tak guna cakap lebih ya sahabat!!!!

Wednesday, February 9, 2011

DINAR IRAQ: REZAB LUAR IRAQ

Kekukuhan ekonomi dan matawang sesuatu negara antara lain dipengaruhi oleh jumlah  rezab luarnya yang mungkin dalam bentuk matawang asing,  emas atau bon luar.  Ibarat seorang induvidu yang mahu hidup selesa, maka ia mampu hidup tanpa ada pendapatan masuk untuk beberapa bulan  dengan berbekalkan wang simpanannya. Bagi sebuah negara  pula  selalu dikaitkan dengan kemampuannya untuk mengimpot bahan makan selama enam bulan,  tanpa bergantung adanya pendapatan masuk. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, aspek ini selalu ditekankan semasa pembentangan bajet. Tetapi sekarang ini, bukan sahaja rezab luar negara semakin menurun, malah wang rezab Felda pun dah susut ke mana. Wau.

Di rantau Asia, Korea Selatan dikatakan sebagai sebuah negara yang kuat kadar rezab luarnya.    Pada akhir Oktober 2010,   kadar rezabnya meningkat sebanyak 2.61 bilion dan mencecah ke USD 295.96 bilion.

Malaysia negara tercintaku pula, kadar rezabnya semakin menurun. Pada 15 Julai 2008, kadar rezabnya RM 408.8 bilion. Pada 15 Julai 2009 menurun ke RM 321.7 bilion.  Dan pada 15 Julai 2010,  jeng jeng jeng.  menurun lagi menjadi RM 309.9 bilion.

Iraq yang baru pulih dari perang pun ada rezab luar sebanyak USD 50 bilion ( kurang lebih RM 150 bilion). Hanya satu kelebihan Iraq ialah  mereka sering menegaskan bahwa  mereka ada rezab minyak di dalam muka buminya sebanyak 500 bilion tong. Ha ha. Malaysia pula dok bisiing dan meraung bahwa minyaknya semakin habis.

Maka salah satu usaha yang patut dbuat oleh Iraq ialah meningatkan  kadar rezab luarnya sebagai strategi meningkatkan  nilai dinarnya. Setakat ini mereka hanya berbangga menstabilkan nilai dinarnya sahaja. Kita mahu dinar naik ke paras 10 sen USD sebagai titik mula!!

Oh ya, dinar akan terapung sebaik sahaja Gabenor  Bank Negara mengakhiri ucapan  mengumumkan dinarnya diapung. Dinar sama sekali  tidak boleh diumumkan akan diapungkan pada esok atau isnin depan    kerana itu bukan prosidur yang betul.   Bagi kita sebagai penunggu apungan dinar, hanya boleh meramalkan  apungan dinar pada satu jeda masa yang manasabah sahaja misalnya enam bulan sebelum Iraq menyertai WTO. Maka tarikh terbaik kita jangkakan dinar  akan  naik ialah antara sekarang sehingga Mei 2011. Wau. Jika tak ada wang, simpan sedikit demi sedikit ya. Kok terliur nanti. Mulakan dengan 10,000 Dinar pada nilai RM 160.00 sahaja. Paling kurang pun boleh pi Umrah nanti. Woooo.


Monday, February 7, 2011

SIAPA BERKUASA KE ATAS BANK PUSAT IRAQ?

Pada awal Februari ini,  Mahkamah Agung Iraq telah  memutuskan bahawa  beberapa Institusi Kerajaan seperti BPR, SPR, SUHAKAM dan juga termasuk Bank Pusat Iraq diletakkan di bawah  pengawasan  KABINET  dan  bukan  di bawah pengwasan  PARLIMEN.    Padahal berdasarkan perlembagaan baru Iraq yang telah disusun dengan agak tergesa gesa  selepas Perang 2003 dahulu, badan badan tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen. Bagaimanapun, Nouri Al Maliki berhujah dan   Mahkamah Agung bersetuju bahawa definisi "pemantauan pengawasan kuasa" adalah longgar atau samar samar.

Sebaik sahaja keputusan itu dimaklumkan, Gabenor Bank Iraq, Sinan Al Shabibi telah bersuara dengan  mengatakan bahawa keputusan   meletakkan Bank Pusat Iraq di bawah KABINET akan membuka ruang risiko aset  di luar negaranya  termasuk Dana Pembangunan Iraq  di Federal Reserves New York, USA yang berjumlah lebih USD50 Billion boleh diakses oleh ahli ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Dan katanya lagi, adalah tidak menjadi masalah untuk kami menyelaraskan kerja kami dengan KABINET.  Bagaimanapun Bank Pusat Iraq    akan menuntut KEMERDEKAAN/kebebasan dari KABINET. Memetik kata Sinan Al Shabibi:

'The bank is independent, financially and administratively, and therefore all procedures and policies that it adopts are independent,'he said after meeting lawmakers in parliament."

Lalu, Nouri al Maliki pula memberikan respon dengan mengatakan bahawa ""The day WILL NOT come when we tell the Central Bank we  want  to use any part of the bank's reserves for the state's budget,".

Sementara itu, Ketua SPR Iraq, Faraj al Haidari berkata, penguasaan KABINET sekarang ke atas badan badan tersebut tidak akan memberi   kesan negatif,    tetapi isunya ialah bagaimana pada masa depan jika ada SEBUAH PARTI yang akan mendapat MAJORITI pemerintahan di KABINET?

Selepas perang 2003, Development Fund or Iraq (DFI) telah diwujudkan di bawah kuasa PBB untuk bertindak sebagai akaun penerima  pendapatan untuk hasil jualan minyak Iraq dan lain lain dana yang dirampas semasa Perang 2003 @ USD926.7 yang mana USD650 Juta  dari jumlah tersebut adalah milik anak Saddam, Uday.   USD8.8 Billion sahaja telah tidak diakaunkan    dan   digunakan  untuk pengurusan selepas  pencerobohan/peperangan 2003,   untuk tujuan seperti pembelian (trading) minyak secara haram.    Akaun ini terletak di Federal Reserve Bank,  New York. Akaun ini akan expired menjelang 30 June 2011 ini. Justeru semalam Parlimen telah mengarahkan Bank Pusat Iraq untuk membuka  akaun untuk membolehkan pemindahan dana tersebut dilakukan segera sebelum  ada kemungkinan risiko dituntut oleh pihak asing.

Justeru itu, beberpa hari lalu,  Parlimen   Iraq telah mengarahkan diwujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji IMPLIKASI apabila badan badan tersebut   diletakkan di bawah KABINET.

Pembangkang  berpendapat  keputusan itu telah mengganggu "Sistem Demokasi"    kerana kelihatannya pihak Syiah telah mula ingin MELEBARKAN    kuasa   ke atas badan badan tersebut.

Manakala itu, Speaker Parlimen Iraq,  Osama al Nujaifi (Sunni) berkata keputusan Mahkamah itu adalah satu bentuk ANCAMAN kepada  DEMOKRASI dan PERLEMBAGAAN. Dan menurutnya lagi, Parlimen akan bersidang dan membuat deraf baru undang undang untuk melakukan   REFORMASI ke atas MAHKAMAH, contohnya dari segi kaedah pemecatan hakim atau pun cara pemilihan hakim.  Tak nak ada hakim yang telah   membuat   keputusan yang "mengancam sistem demokrasi" itu.

Tapi bak kata Nouri al Maliki,    keputusan telah dibuat,   IMPOSSIBLE untuk  ditarik balik.


Isu ini berkait rapat siapakah yang berkuasa untuk memutuskan dinar diapungkan  nanti. Jika PM dan Gabenor Bank Negara Iraq bersetuju Dinar diapungkan, tidak menjadi masalah. Tetapi jika salah seorang tak bersetuju, ianya memungkinkan Dinar mengambil masa untuk diapungkan.  Orang politik lazimnya nak cepat tetapi orang pentadbiran terlalu berhati-hati dan lambat membuat keputusan.  Al Maliki pernah memberi komitmen untuk menilai semula dinar. Tetapi fundamental ekonomi Iraq  kini   yang semakin baik   semacam tak memberi inspirasi kepada Gabenor Bank Pusat Iraq untuk segera  menilai semula  dinarnya.   Alahai ....nak kena demo ke? Ha ha.  Orang Semanggol dah tak sabar le....

Sunday, February 6, 2011

BAJET IRAQ 2011 DILULUSKAN

BAGHDAD / Aswat al-Iraq: Spokesman of the Iraqi government said on Sunday that the government approved the 2011 federal budget with 96.6 trillion Iraqi dinars.

“The Council of Ministers approved the federal budget of 2011 during an extraordinary session at 96.6 trillion dinars,” Ali al-Dabbagh said in a statement received by Aswat al-Iraq news agency.

“The operational budget is 66.6 trillion dinars, while the investment budget is 30 trillion dinars,” he added.

“The outcome is 80.9 trillion dinars after exporting 2.2 million barrels at a price of 76.5 dollar per barrel, including 100,000 barrels export from Kurdistan,” he explained, pointing out that the deficit reached 15.7 trillion dinars.

“The finance minister has been authorized to borrow 4.5 billion dollars from, the international Monetary Fund, in addition to 2 billion dollars from the World Bank,” he said.


Note Moderator: Ada satu isu penting lagi selepas isu kelulusan bajet ini. Tunggu.....saya  masih di Taiping.

Wednesday, February 2, 2011

DINAR IRAQ: KESAN POLITIK DI MESIR DAN TUNISIA

Pergolakan politik di Tunisia dan Mesir memberi impak kepada negara lain sekitarnya. Yaman, Moroko dan Bahrain pun akan mengalami suasana yang sama. Kebanyakan negara di Timur Tengah adalah mengamalkan demokrasi palsu dan berkuku besi tanpa disedari oleh dunia luar.

Kita berharap satu perubahan yang baik di kalangan negara-negara Arab ini. Satu sistem demokrasi yang tulin dan pemerintahan yang mendukung aspirasi rakyat akan dilaksanakan. Biarlah rakyat yang memilih pimpinannya secara telus, bukannya dimanipulasi oleh tentera dan polis seperti yang terjadi di Mesir.

Kegawatan poltik akan memberi kesan kepada negara sekitar termasuk Iraq. Maka tak dapat tidak, kestabilan politik serantau amat mempengaruhi kepada ekonomi Iraq. Mungkin positif dan mungkin negatif. Kita tunggu apa kesan selanjutnya. Yang pasti minyak semakin naik harga. Wooo. Menteri Malaysia pun dah tak berani umumkan harga minyak naik. Dan menjelang 2013, harga minyak Malaysia akan  naik turun mengikut harga pasaran dunia setiap hari kerana Malaysia  mengikut WTO mengamalkan perdagangan bebas. Mampuslah kita.  Yang kenyang ialah kapitalis juga. Padan muka kau dok memilih kerajaan yang mengutamakan korporat dan mengkhianat rakyat.

Monday, January 31, 2011

DINAR IRAQ: BACKUP PELABURAN MASA DEPAN

Saya sudah pun berkongsi idea betapa pentingnya setiap pelaburan kita  perlu dibackup. Mungkin jika pelaburan  kita setakat RM 3,000 ke bawah, ianya tidak memerlukan backup.  Maklomlah sikit sangat. Tak ralat jika kita kerugian RM 3,000.00. Tetapi siapa yang rasa ralat, eloklah membuat backup yang sepatutnya.

Sekali lagi saya cadangkan bebarapa pilihan backup yang saya lihat  ada di sekeliling kita. Pertama menyimpan emas kerana kenaikannya antara 20 ke 30% setahun. Pulangan 100% untuk jangka masa 3 ke 5 tahun tu. Kos permulaan membeli emas pun tak banyak kerana kita boleh membeli pada kadar beberapa gram sahaja. Harga emas boleh dilihat di .http://www.saudagaremas.com/


Kedua, projek ternakan ikan arowana di Bukit Merah. Pulangannya antara 50 ke 100% setahun. Tetapi kita kena berkongsi dengan  rakan lain supaya mengurangkan risko kematian. Rakan saya di Yayasan Ehya El Sharif, Gunung Semanggol,  Ustaz Wafir mengendalikan perkongsian ternakan iakan ini. No Talipon beliau 019-5708465. Hubungi beliau jika berminat dan melawatlah kolam ternakan ikan arowana di sana.

Tahun 2010 adalah tahun potfolio dinar. Tahun 2011adalah tahun potfolio emas dan arowana. Begitulah hidup dengan sentiasa merancang untuk masa hadapan. Tetapi jika wang banyak, belilah hartanah ditengah-tengah kota KL. Jika tak cukup wang, join sahaja Amanah Harta Berhad. Wooo.



Sunday, January 30, 2011

PERBAHASAN PARLIMEN IRAQ DITANGGUHKAN

BAGHDAD / Aswat al-Iraq: The Iraqi Parliament has began its session on Sunday to discuss the country's security developments, under chairmanship of Parliament Speaker, Usama al-Nujeify, according to the Parliament's media office.

"The Parliament has held its session, attended by 240 Legislatures, under chairmship of its Speaker, Usama al-Nujeify, to discuss the security events in different Iraqi provinces," the Director of the Parliament's media office told Aswat al-Iraq news agency.


He said that the session's agenda also includes "the second reading of the State's General Budget for the year 2011, as well as the discussion of the measures taken by the Iraqi Directorate of Nationality & Passports in Baghdad and other Iraqi provinces."

The Parliament had completed its first reading of the General Budget on 16/1/2011, postponing its second reading after its day-off that took place on the occasion of the anniversary of the 40th Day of the Martyrdom of Imam Hussein Bin-Ali, Prophet Mohammed's Grandson in the dawn of Islam.

The revenues of Iraq's 2011 Federal General Budget is counted on basis of the revenues achieved from its crude oil exports, based on an average of US$73 per barrel and a daily export reaching 2,250,000 barrels, including 150,000 barrels per day (bpd), exported from North Iraq's kurdistan Region.
 
Sumber: Ashwt Al Iraq

Wednesday, January 26, 2011

DINAR IRAQ: HUTANG IRAQ KINI

Kini, hutang negara Iraq lebih kurang USD 60 bilion. Jumlah ini lebih kurang sama dengan hutang negaraku Malaysia. Ha ha.  Asal hutang Iraq pada 2003 ialah USD130 bilion.   Baki hutang  ini  telah mengambil kira penghapusan  yang dibuat  oleh negara-negara dari Kelab Paris  . Kelab  Paris  dianggotai  oleh  negara-negara di Eropah  yang dianggap sebagai  "Along" Dunia.   
Hutang negara ada hubungan dengan nilai  matawang. Dikatakan Switzerland dan Singapura adalah negara yang tak punya hutang luar. Maka, tak hairanlah  matawang   mereka  sentiasa menguat. Oleh kerana negara ini berasaskan ekonomi perkhidmatan, maka  mereka tidak membuat strategi untuk menurunkan nilai matawangnya, seperti yang diamalkan oleh  Jepun dan China. Jepun dan China sentiasa menjaga agar matawangnya tidak menaik secara keterlaluan bagi mempastikan ekspot barangannya kompetetif di pasaran. 

Kita juga kena memantau baki hutang Iraq. Jika Iraq dapat menurunkan 50% hutangnya, maka pada bebila masa sahaja nilai Dinar akan naik walaupun tanpa RV.  Dinar pun boleh menaik tanpa RV. Pada 2003, nilai USD 1.00  bersamaan 4,000 Dinar. Kini, USD 1.00 bersamaan 1170 Dinar.  Saya pun hairan mengapa nilai dinar kekal begitu sahaja tanpa kenaikan kerana logiknya ekonomi Iraq semakin baik. Jika berdasarkan purata kenaikan sejak 2003, nilai Dinar kini   sepatutnya ditahap  USD 1.00 bersamaan 900 Dinar.  Jika pada paras ini, maka RV akan berlaku secara tabie, tanpa memerlukan lonjakan luar biasa seperti mana yang dikhuatiri oleh "orang-orang yang tak mahu kita kaya". Ha ha.

Masih ada orang yang meminta saya mengesahkan status apungan dinar setiap  hari. Tak payahlah buat macam tu. Cukuplah  anda  menyemak di sesawang CBI atau membaca blog ini. Jika benar-benar dinar diapung, saya akan maklomkan kepada anda semua  khususnya  yang membeli dinar dari blog ini, insyaallah.

Bagi saya,  bulan Mac hingga Mei adalah jangka masa yang terbaik dinar diapungkan. Tetapi kuasa muktamad adalah ditangan CBI. Kita hanya melihat tanda-tanda hujan nak turun sahaja. Wooo. Jangan marah jika ramalan cuaca tak tepat.

Tuesday, January 25, 2011

BACK-UP PELABURAN ANDA - 2

Apa sahaja pelaburan kita perlu diback-up supaya kita tak puteh mata kehilangan wang. Hilang tenaga dan masa tak apa tetapi hilang wang semacam tak boleh diterima, walhal masa dan tenaga  pun bernilai juga. Ha ha.

Semua pelaburan ada unsur risiko. Sektor  hartanah dan saham pun tak menjamin ianya kekal stabil. Ada masanya merudum juga. Hanya pada jangka panjang, sesuatu potfolio pelaburan itu dianggap lebih selamat dan paling kurang kekal nilainya. Daripada  rugi, dapat modal pun jadilah. Saya pernah melabur dalam Unit Trust yang kononnya ada rekod pulangan 40% selama 3 tahun. Saya pun melaburlah. Tetapi apabila genap 3 tahun, setakat dapat duit pokok sahaja. Sabar ajalah. Wooo. Kalau tak sunggup rugi, anda jangan sesekali   melabur apa pun. Ha ha. Tetapi dalam hidup ini, kalau tak melabur, semacam anda menjadi malaikat, tak terliur dengan peluang keuntungan. Sebagai manusia, kita kena makmurkan dunia. Dan salah satu cara memakmurkan dunia  ialah dengan  melabur. Kalau anda tak melabur ASB, maka  PNB akan ditutup dan ramai yang jadi penganggur termasuk Hamid Kama Piah. Ha ha.

Dalam sejarah hanya emas dan minyak yang terus naik harga kerana tawarannya terhad berbanding dengan permintaan. Nilai emas terus naik antara 20 ke 30% setiap tahun. Elok rasanya setiap rakyat Malaysia menyimpan emas paling kurang 100 gm. Kalau boleh sekilo seorang. Di India, yang dikatakan miskin tu pun, purata rakyatnya menyimpan emas sebanyak 5kg sekeluarga. Wau. Fasal  itulah apabila India menghadap krisis ekonomi, maka India akan menjual reserve emasnya ke London Gold Exchange. Dan PM India yang bijak tu pun, tercengang apabila mendengar Anwar Ibrahim berbicara soal ekonomi Islam.  Wooo. Jangan tak tak tahu bib. (Hj Ahmad Ghazi Bukit Mertajam  mesti syok baca statement ini. Woo) Semasa krisis ekonomi 1998, rakyat Korea menyedekahkan emas mereka kepada kerajaannya. Malaysia lain pula gayanya. Kerajaan Malaysia amat baik sekali, disediakan dana harta untuk buy back mana-mana syarikat kroni yang nak mampus. Yang kaya dibantu. Yang miskin ditindas. Nasib  kau  le  oi!!!!

Maka saya cadangkan anda mula menyimpan Dinar Emas. Mulakan dengan 1 Dinar sahaja. Dapatkan dari www.saudagaremas.com/. Nak jadi agen beliau pun boleh. Ha ha. Saya dapat teh free sahaja.

Monday, January 24, 2011

SYARAT APUNGAN DINAR IRAQ

Ada 2 kejayaan besar Iraq dalam beberapa tahun ini selepas tentera Amerika  keluar dari Iraq. Pertama, ialah menambah keluaran minyaknya. Kedua ialah mengawal kadar inflasi dan kini  dikatakan setakat 3% ke 5% sahaja.

Kekangan kadar inflasi akan membantu nilai matawang kekal atau menaik secara tabie. Manakala pertambahan pendapatan negara, dan dalam kes Iraq ialah melalui keluaran minyaknya, akan mempastikan negara mampu menyediakan keperluan barangan untuk rakyat dengan secukupnya bagi mengelakkan desakan permintaan yang mengakibatkan kesan inflasi. Manifestasi kestabilan  dinar Iraq dapat dilihat dalam tempoh setahun lalu.

Inflasi yang menimpa Iraq pada 2003 adalah kerana faktor "perang" dan  bukan kerana faktor-faktor seperti yang dialami oleh negara-negara  lain. Inflasi Iraq menjatuhkan nilai matawang Dinar sehingga menyebabkan Iraq memerlukan note besar.  Sepatutnya selepas aman dan diikuti dengan pertumbuhan ekonomi yang baik,  merujuk kepada Keluaran Negara Kasar dan kadar inflasinya, maka nilai Dinar Iraq sepatutnya kembali kepada nilai asal  Kalau dahulu, rakyat Iraq, tiba-tiba menjadi papa, maka apa salahnya rakyat Iraq kembali kaya semula secara tiba-tiba. Ha ha. 

Bagi saya, yang menghalang matawang Dinar menaik semula adalah kerana Bank Negara Iraq terus mencetak dan menjual matawangnya. Walaupun ini semacam satu "soft loan"  yang diperlukan oleh Iraq, ia sepatutnya dihentikan kerana Iraq hendaklah berusaha mengurus negara melalui pendapatan minyaknya. Kalau pada 2003, tak ada sumber pendapatan tetapi kini sudah ada 2.7 juta tong minyak sehari. 

Jangan jadi macam Dolar Amerika  yang terus jatuh kerana ia melambakkan matawangnya ke pasaran dunia tanpa ada sandaran emas. Iraq juga hendaklah memberhentikan lambakan dinarnya. Cukup sudahlah  yang ada dinar di tangan  anda sekarang. Kalau ada 10K pun jadilah, agar tak terkilan. Wooo.  

Kekuatan Dinar Iraq pada masa hadapan adalah bersandarkan reserve minyak tetapi  mesti ada hadnya. Kalau berlebih, kok payah buy back nanti. Wahai Gabenor Bank Negara Iraq, anta dengarlah ana punya nasihat ini.  Dan yang penting paling sekali, pembaca blog ini dah tak tahan menanti apungan Dinar. Kalau mereka  gila, anta punya salahlah  wahai Gabenor Bank Negara Iraq. Woooo.


Saturday, January 22, 2011

DINAR IRAQ: ISYARAT PENTING 2.

Ada beberapa info berkaitan dengan Iraq, jika dirumuskan, akan memberi bayangan proses apungan Dinar semakin hampir. 

Pertamanya keazaman PM Iraq, Nuri Al Malki yang mahukan disegerakan proses pengeluaran minyak ke tahap 8 juta tong sehari. Keduanya ialah kenyataan Menteri Minyak Iraq yang mengumumkan pertambahan keluaran minyak setiap minggu sebanyak 100,000 tong. Maka  dalam tempoh  setahun akan  mencapai tahap pengeluaran  5 juta tong sehari. 

Maka kenyataan Nuri Al Maliki disokong dengan fakta yang dikeluarkan oleh Menteri Minyaknya.Wau, tidak mustahillah Iraq akan mengeluarkan minyak sebanyak  8 juta tong sehari menjelang tahun 2012.

Dengan rezab minyak Iraq sebayak 500 bilion  tong, maka   Iraq akan menjadi pengeluar minyak terbesar  dunia  dalam  tempoh beberapa tahun lagi. Berdasarkan rekod lalu Iraq, jumlah pengeluarannya yang tertinggi sekali ialah pada tahun sebelum 1990, iaitu 4.2 juta tong sehari.

Hakikatnya Iraq kini, berada di lorong ekonomi yang betul dan sukses. Hanya yang kta minta ialah kestabilan politik dan keselamatan negara yang terjamin.

Kehadiran Naib Presiden Amerika ke Iraq bebarapa hari lalu  memberi petunjuk  yang  amat penting  kepada kedua-dua buah  negara itu. Manakala  China  pula  telah mendesak Amerika   memperbaiki ekonomi dan mengawal kejatuhan matawang dolar kerana China menyimpan reserve dolar  dan bon Amerika yang banyak sekali.  Jika dolar terus merudum, China pun boleh rugi yang bukan sedikit nilainya.  Lebih  USD 150 bilion  bib.

Apakah strategi terbaik kepada Amerika?  Hanya pelaburan telaga minyak Amerika di Iraq dan reserve   dinar Iraqnya sahaja sebagai jalan singkat untuk Amerika membangkitkan ekonomi dan matawangnya. Kita di Malaysia hanya menunmpang kapal Amerika sahaja. Moga tak tenggelam dan harapnya terapung dengan nilai Dinar Iraq ke USD 1.49. Wooo. Kalau tak ramai yang menangis air mata buaya. Jual cicaklah lepas ini. Wooo.

Friday, January 21, 2011

POLITIK WANG

Apabila  sesebuah negara dalam peperangan, maka matawangnya akan jatuh merudum. Rakyat yang bijak akan menukar sebahagian besar wang simpanannya kepada simpanan  emas atau matawang asing yang difikirkan stabil. Itulah yang berlaku ketika zaman perang dunia kedua.  Malah jika kita perhatikan di Thailand pun macam itu juga. Apabila ada rusuhan, matawang Bhat akan jatuh. Selepas aman semula, matawang Bhat naik semula. Kalau kita ada modal besar, kita berpeluang mengaut keuntungan 10% dalam tempoh seminggu atau sebulan sahaja. Ha ha. Tapi kalau ada RM 160.00 sahaja, maka layak beli Dinar Iraq sahaja. Wooo.

Begitu juga ketika Amerika memasuki Iraq pada tahun 2003,  ramai  rakyat   Iraq menukar dinar kepada matawang USD. Namun pada 2 tahun terakhir ini, rakyat Iraq menukar simpanan matawang USD ke Dinar pula kerana menjangka nilai Dinar akan naik semula.

Dalam sejarah moden, apabila Jerman Barat dan German Timur bercantum  semula, maka rakyat German Timur beruntung sekali kerana matawang German  Timur yang pada asalnya  lebih rendah nilainya dari matawang German Barat telah boleh ditukarkan ke matawang German yang baru pada nilai yang lebih tinggi nilainya. Rakyat German Barat naik merajuk apabila hal ini dilakukan. Namun dasar itu tetap berjalan, kerana setiap pertukaran polisi baru tidak boleh merugikan mana-mana pihak. Rakyat German Barat tidak rugi kerana nilai pertukarannya pada kadar yang sama. Hanya mereka tak untung sahaja seperti yang diperolehi oleh  rakyat German. Timur.


Demikian serba sedikit coretan   politik wang di zaman moden ini. Ini bukan kesah politik wang dalam Umno. Wooo. Maaf ye kepada pecinta Umno.

Nota: posting saya semalam  ada yang tak faham. Jika tak faham kena talipon atau jumpa saya. Fasal itulah para mahasiswa kena ke bilik kuliah walupun cerdik. Lebih mudah memahami dengan mendengar dari membaca kerana kita nampak gaya sang pensyarah. Wooo.

Thursday, January 20, 2011

APUNGAN DINAR IRAQ: IMPLIKASI 1

Ada beberapa persoalan dan keraguan orang ramai terhadap kenaikan nilai dinar Iraq apabila diapungkan  nanti. Apa akan terjadi kepada Iraq jika tetiba rakyat Iraq menjadi kaya akibat apungan dinarnya. Nak kaya pun, orang risaukan. Mengapa ya.

Sebenarnya apabila dinar naik semula ke harga asal seperti zaman akhir Saddam (2003)  iaitu USD 0.30 = 1 Dinar, maka  rakyat Iraq  kembali semula ke taraf hidup  asalnya sahaja, malah lebih rendah lagi kerana faktor inflasi telah melalui tempoh 7 tahun. Apabila nilai dinar jatuh ke paras bawah satu sen USD pada 2003, maka rakyat Iraq sebenarnya  jatuh  " miskin." secara relatifnya. Oleh kerana nilai dinar jatuh ketika itu, maka kos barangan secara relatifnya semakin mahal. Maka ia memerlukan sejumlah nilai dinar yang lebih besar lagi untuk memliki semua barangan. Maka note seperti 25K dan 10K diperlukan.

Apabila nilai dinar naik semula nanti, orang Iraq hanya kembali kepada taraf hidup asal. Hanya mereka beruntung jika berbelanja di luar negara kerana kuasa belinya lebih besar jika shoping di luar negara. Lihat kes RM dan Dollar Singapura. Kalau dulu RM dan Dollar Singapura sama nilainya tetapi lama kelamaan nilai Dollar Singapura makin naik. Bagi orang Singapura yang berbelanja di dalam Singapura, ianya tidak memberi kesan kepada kosnya tetapi jika mereka berbelanja di Johor Bharu, maka mereka terasa seperti orang kaya baru. Sebaliknya jika orang Malaysia berbelanja di Malaysia, tak memberi kesan kepadanya. Tetapi jika kita berbelanja di Singapura, maka kita terus jadi miskin. Wooo.

Dengan kata lain, nilai mata wang memberi kesan dan makna yang berlainan jika kita berbelanja di dua negara yang berlainan nilai matawangnya.  Tak hairanlah ketika nilai Dinar Iraq pada USD 3.20 pada sebelum 1990, Iraq adalah sebuah negara yang memberi peluang belajar percuma kepada mahasiswa luar negara. Lantaran itu, kita selalu bercakap, bekerja di US tetapi berbelanja di Malaysia. Paling kurang pun kita kata, orang Bangla yang bekerja di Maaysia mampu menyara diri mereka disini dan keluarganya di Bangladesh sekaligus. Mereka tak sibuk pun buat personal loan macam kita di sini. Ha ha ha.

Wednesday, January 19, 2011

ADUHAI RV

Kekadang saya naik  kesian dengan pemilik dinar yang percaya  berita angin,   kononnya  dinar sudah rv di beberapa buah negara.  Hukum dan  prinsip pengurusan kewangan antara bangsa adalah standard dan konsisten.Jika sesuatu matawang telah diapungklan, maka ia akan laku di mana-mana dalam dunia ini.  Sebaliknya, jika negara yang empunya matawang belum mengapungkan matawangnya, maka  wang itu tidaklah boleh dijual beli secara rasmi  di negara lain. Walaubagaimana pun ada kes sesuatu matawang  yang belum diapungkan,   laku  di sekitar negara jiran mengikut nilai semasa negara yang empunya matawang. Macam kes RM pada 1998 hingga 2005, walaupun belum ditarik tambatannya, maka ia boleh dijual beli di sekitar sempadan Malaysia di Singapura, Thailand dan Indonesia, mengikut nilai tambatan RM.

Walaupun saya hendak sangat dinar Iraq diapungkan  segera, dan kalau boleh jam 3 pagi nanti, tetapi saya tak bersedia mengatakan dinar sudah di rv di Jordan dan Syria  jika belum dapat pengesahan rasmi dari Bank Negara Iraq. Hanya sumber dari CBI sahaja yang wajar kita terima. Tengok selalu sesawang CBI   di sini. 

Macam manalah saya hendak percaya dan menghormati bebudak forum dinar dan pelbagai facebook, jika mereka mengatakan saya sedang disiasat oleh BNM, walhal saya sedang enak dalam dakapan isteri saya. Ha ha. Biasanya orang-orang yang suka mereka-reka  cerita tak betul ini,  semacam ada penyakit dalam hati mereka. Eloklah diubati dengan berzikir kepada Allah kerana golongan berpenyakit hati  ini terdedah dengan sifat munafik. Barang dijauhkan oleh Allah. Muka saya ada di tepi blog, no hp ada, no tel pejabat ada, emel ada dan jika nak minum sama pun dipersilakan. So, janganlah buat perkara mengarut. Amat malang sekali jika sang munafik hanya berlagak macam ayam jantan berkokok tanpa menunjukkan dirinya. Gerenti hantu puchong tu. Wooo. Ha ha,  sesekali orang tua ni nak mengata juga. 

Insyaallah saya akan melapurkan berita Iraq dari masa ke semasa.

Tuesday, January 18, 2011

PROSPEK APUNGAN DINAR 2011


Malaysia menanti 2011 dengan penuh debaran. PRU 13 dijangkan antara Mac dan Jun 2011. Tetapi penyimpan Dinar Iraq bukannya menanti PRU 13. Mereka  menanti Dinar diapungkan. Wooo. Dah tak larat menanti. Menanti satu penyeksaan, katanya. Ha ha.

Tempoh 2011 hingga 2013  adalah tempoh masa yang manasabah untuk membolehkan Dinar diapungkan. Banyak sebab mengapa Dinar telah layak diapungkan. Antaranya:
  • Tentera Amerika telah berundur. Baki tentera Amerika adalah seramai 50,000 orang dan dijangka akan meningglkan Iraq keseluruhannya menjelang akhir tahun ini. 

  • Pengeluaran minyak telah melebehi 2.6 juta tong sehari adalah jumlah pengeluaran yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun ini. Nuri Al Malki sedang mengarahkan jumlah pengeluaran  minyak  ditingkatkan sehingga 8 juta tong sehari dalam tempoh segera. Kita mahu bergerak pantas, katanya. 

  • Iraq akan menyertai WTO pada November ini. Maka wangnya wajar diapungkan supaya layak menyertai ekonomi dunia yang global.

  • Pelaburan asing semakin hebat di Iraq. Mereka memerlukan matawang Iraq  berada dalam pasaran wang bagi memudahkan wang mereka keluar masuk dari Iraq.

  • Ekonomi Amerika semakin parah. Amerika adalah negara yang paling   banyak menyimpan Dinar Iraq. Kenaikan nilai Dinar akan memberi sumber baru kepada Amerika. Amerika akan membeli minyak Iraq  dengan kos terendah dan sekaligus menjana kewangan kepadanya.

  • Iraq perlu mengembalikan kegemilangan nilai dinarnya. Hanya dek kerana  perang sahaja nilai asalnya sebanyak USD 0.30 pada 2003 telah jatuh ke bawah paras  satu sen USD. Ia perlu kembali ke nilai asal iaitu USD 0.30 dan seterusnya ke nilai USD 3.22, seperti nilainya pada 1990.

Wahai pemilik Dinar, anda hanya perlu memantau nilai Dinar ini hanya seminggu  sekali sahaja. Ha ha. Kalau hari-hari dok tanya, boleh jadi gila oi. Woooo. Jangan mare.