Apakah yang menghambat Bank Pusat Iraq dari menilai semula matawang Dinarnya. Antara tugas atau fungsi utama Bank Negara ialah mengawal inflasi negaranya. Saya rasa inilah yang mengkhuatirkan Bank Negara Iraq jika nilai matawangnya naik. Kenaikan nilai matawang dinar akan menaikan kuasa beli rakyat Iraq dan sekaligus menyebabkan inflasi atau kenaikan harga barang.
Antara strategi mengawal inflasi oleh sebuah bank pusat ialah menaikkan kadar bunga supaya menggalakkan rakyatnya menyimpan dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Strategi lain ialah sebuah negara itu mesti berdikari dalam pengeluaran makanannya. Maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, isu pengeluaran makanan diperkatakan di Iraq. Bayangkanlah jika rakyat Iraq yang bakal menjadi "kaya" tetapi bekalan makanannya pula kekurangan. Ini akan menyebabkan tekanan harga kepada barangan Iraq. Maka inilah yang dirisaukan oleh Bank Pusat Iraq.
Lantas apa yang perlu dibuat oleh Iraq dalam menggarap isu ini. Lazimnya bank pusat kena mengambil langkah berhati-hati dan secara perlahan-lahan menaikkan matawangnya dan berikhtiar menarik lambakan wang di pasaran melalui strategi menggalakan rakyat menabung. Tetapi dalam kes di Iraq, rakyatnya masih lagi dalam keadaan menerima kadar gaji dan upah yang rendah. Kerajaan Iraq kena menimbangkan kenaikan kadar gaji dan upah rakyat Iraq supaya keluar dari paras kemiskinan.
Disinilah faktor tolak dan tarik Iraq untuk menilai semula dinarnya. Maka anda janganlah hairan jika kerajaan Iraq hanya akan menaikkan nilai dinarnya pada kadar satu sen USD sahaja. Dan ada juga pendapat yang mengatakan Dinar akan dinilai semula selepas Obama tamat tempoh Presiden Amerika. Jika Donald Trumph yang menjadi Presiden Amerika, barulah usaha menaikkan nilai dinar Iraq akan dibuat dengan lebih agresif lagi. Ha ha. Mengapa? Kerana Donal Trumph pun sudah membeli Dinar sebanyak 30 juta USD. Engkau orang baru beli 30,000 Dinar pun dah macam nak rak menunggu RV. Woooo. Jangan mare.
Ramai yang nak tahu tarikh RV dari saya melalui sms. Saya tak jawab. Yang boleh saya katakan disini ialah sebelum akhir tahun ini. Parlimen Iraq masih banyak kena luluskan pelbagai perundangan lagi untuk memperkemaskan sistem kewangan Iraq. Kelewatan kelulusan ini adalah lantaran kelewatan perlantikan PM pada tahun lalu. Jika tak ada hal dulu, maka proses ini sudah lama dibereskan. Sekaligus nampaklah bayang RV dengan lebih jelas lagi. Wooo.
(Nota: Jangan hubungi saya sehingga Khamis ini kerana saya berada di luar Tanah Air. Cari cicak tokek. Ha ha.)