Ramai mengharapkan Dinar Iraq diRV pada bulan ini. Siapa yang tak mahu? Senua orang mahu!!! Ha ha. Kita nak tamatkan zaman penantian RV. Dan tamatkan penjengahan blog ini. Ha ha. Saya pun tak perlu menjawab sms dari pelbagai orang yang tak dikenali. Wooooo.
RV boleh melalui dua cara. Pertama, dalam keadaan Dinar masih ditambat (tanpa apungan). Walaupun Dinar ditambat, CBI boleh menaikan nilai Dinarnya sedikit demi sedikit dari dari masa ke semasa. Nilai Dinar pada akhir 2003 ialah antara 4000-5000 Dinar bagi setiap USD. Ianya meningkat sedikit demi sedikit dan sehingga kini pada jajaran harga 1,166 Dinar pada setiap USD. Cukup menghairankan nilai Dinar naik agak cepat pada tahun 2003 ke 2007 tetapi amat perlahan antara 2007 hingga sekarang. Jika kadar kenaikan berdasarkan antara tahun 2003 hingga 2007, maka nilai Dinar sepatutnya sudah mencecah ke USD 1.00. Wau. Mengapa ini tidak berlaku. Itu yang peliknya. Semacam ada misterinya. Tanpa apungan, kenaikan nilai Dinar ditentukan dan dipengarui oleh CBI sendiri, bukannya pasaran.
RV kaedah kedua ialah CBI mengapungkan Dinarnya dan membiarkan pasaran menentukan harga Dinar. Walaupun faktor asas ekonomi Iraq mempengaruhi nilai Dinar, tetapi pasaran yang akan memberi respon secara muktamad. Jika ini berlaku, rasanya Dinar akan naik secara perlahan-lahan berdasarkan kekuatan ekspot minyaknya. Cara ini pun OK juga. Kita mengharap sangat CBI mengapungkan dinarnya dan biarlah harga dinar ditentukan oleh pasaran, Tetapi jika CBI menetapkan harga mula Dinar di pasaran misalnya USD 1.00, lagilah baik. Meletuplah bib. Ramai rakyat Malaysia yang akan hantar surat notis berhenti kerja. Makin bertambah penganggur jutawan. Wooooo
Marilah kita berdoa kepada Allah swt dan menyeru kepada CBI: BEBASKAN TAMBATAN DINAR IRAQ KE PASARAN.