Thursday, March 20, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: BERHENTI LELONG, DEKATLAH RV

Soalan yang selalu ditanya  oleh  peminat dan penyimpan dinar ialah bila RV?

JIka bertanya melalui sms, nasiblah, saya tidak akan menjawabnya. Memenatkan jari saya membalas sms tersebut. Woooo. Jangan marah....

Isyarat besar RV semakin dekat ialah  jika Bank  Negara Iraq (CBI)   telah memberhentikan lelongan dinarnya. Jika  CBI masih melelongkan dinar, ianya bermakna Iraq masih bergantung pendapatan atau wang masuk ke negaranya melalui jualan matawangnya, bukan  berdasarkan pendapatan ekspotnya.  Sesuatu negara hanya kuat apabila jumlah ekspot melebehi impotnya. Barulah ia memberi kesan kepada nilai matawangnya.

Ingat tak ketika Malaysia tergila-gila dengan projek mega pada awal 1990an sehingga  matawang RM jatuh ke RM 4.20 pada 1998?  Ini semua fasal impot sudah melebehi ekspot sehingga terpaksa berhutang dan sekaligus menjejaskan nilai matawang kita.  Soros dikambinghitamkan  sahaja, kononnya yang menyebabkan matawang kita jatuh merudum.


Ok jumpa lagi pada 1 April. Saya mahu   bercuti.