Bajet 2016 Malaysia telahpun dibentangkan oleh PM Najib pada Jumaat lalu. Tapi bajet Iraq belum dengar lagi bilakah akan dibentangkan. Biasanya bajet di Iraq mengambil masa untuk diluluskan. Walaupun Iraq ada sistem parlimen tetapi perjalanannya tidaklah sebaik parlimen di negara barat atau Asia.
Bajet Malaysia menghadapi cabaran kerana harga minyak yang jatuh merudum sehinggakan Najib bersyukur kerana telah memperkenalkan GST sebagai sumber pendapatan baru. Iraq juga akan menghadapi nasib yang sama seperti Malaysia kerana 90% pendapatan Iraq adalah dari minyak. Dengan ini, Iraq akan menghadapi bajet yang defisit dalam ekonomi Iraq. Secara tak langsung ia juga mempengaruhi kekuatan matawang. Maka dalam masa terdekat ini, nilai dinar Iraq akan mengharungi ranjau yang berduri.
Walaupun aktiviti ekonomi dan perdagangan Iraq berjalan seperti biasa tetapi dengan keadaan harga minyak yang merudum ianya tidak membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Iraq. Kita akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi akan prestasi ekonomi Iraq apabila bajet 2016 Iraq nanti. Mari kita nantikan. Moga-moga sesuatu yang positif ditunjukkan walaupun kita tahu senarionya penuh cabaran.
Org strok memang banyak yang baik apabila makan Cellmaxx .Banyak testimoni yang saya terima. Dan orang yang nak menjaga dan membaiki masalah buah pinggang. tiada produk lain setakat ini kecuali Gum Arabic Al Manna.