Saturday, October 3, 2015

Apabila Dato' berlagak PM Iraq

Pada Ahad lalu heboh di akhbar mingguan Metro cerita Dinar. Saya sudah menjangka cerita ini akan meletup suatu hari nanti. Kes ini adalah kerana seorang penjual Dinar yang tidak memberi Dinar kepada pembelinya, sebaliknya menyimpan sendiri dan menjanjikan jika Dinar tidak RV pada tarikh tertentu, pembeli Dinar akan mendapat bayaran 2 x ganda dari belian dinar. Apabila kes ini dilaporkan kepada polis dan dilaporkan oleh akhbar, maka cerita salah laku penjual dinar itu sudah dicampuradukkan dengan prospek Dinar Iraq.

Tidak siapapun boleh menjanjikan bila tarikh RV yang tepat, malah pihak berkuasa Iraq pun sendiri tidak pernah menyatakan apa-apa tentang nilai masa depan Dinar Iraq. Hanya spekulator ekonomi sahaja yang mengharapkan dan meramalkan dinar Iraq berpotensi naik kerana Iraq merupakan salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia. Memanglah sesuatu yang melucukan apabila pembeli dinar percaya kepada seorang Dato' penjual dinar yang meramalkan tarikh RV, macam seolah-olah dia perdana Menteri Iraq. Hahahahahaha.

Bagi sang pembeli Dinar yang membeli dinar daripada Dato dan tidak menerima dinar pun merupakan suatu tindakan yang bodoh. Kerana beli wang mestilah dapat wang. Jika wang disimpan oleh orang lain, maulana serban 7 tingkat akan melesapkannya juga. Woooo.

Pergolakan Timur Tengah yang begitu hebat sekarang khususnya pelarian Syria dan Iraq serta kejatuhan harga minyak yang terus menerus, sesungguhnya menjejaskan pendapatan negara teluk termasuk Iraq.Oleh itu dalam tempoh beberapa bulan ini, kita boleh melupakan tentang RV sehinggalah apabila kita melihatkan tanda-tanda harga minyak menaik semula. 

Sementara menunggu RV , mari kita berborak-borak mengenai Dinar dan ekonomi dunia di Kedai Nachos @Chewbit Station , Mamak Republic Batu Caves, sambil makan Nachos keluaran saya sendiri. Hari-hari ada kedai wooo....!


Harap posting ini memuaskan hari semua yang menelefon dan whatsapp kepada saya.