Tuesday, November 15, 2016

JUTAWAN DINAR JADI PRESIDEN AMERIKA

Akhirnya jutawan hartanah Donald Trump (DT) menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke 45.Walaupun pada ketika fasa kempen presiden, DT tidak disokong oleh media arus perdana AS, team kempen DT berjaya meyakinkan majoriti rakyat Amerika untuk memilih DT sebagai pengganti Obama.

Donald Trump pernah dilaporkan membeli Dinar Iraq ratusan juta dollar. Adakah Donald Trump akan membantu Iraq untuk memulihkan dan meningkatkan prestasi ekonomi Iraq sehingga nilainya akan naik kembali ke nilai asal? 


DT sudah pasti sedar bahawa rakyat Amerika juga ramai yang memiliki Dinar Iraq. Sebagai salah satu strategi membantu ramai rakyat AS, Trump sepatutnya melakukan usaha-usaha yang terbaik untuk meningkatkan dinar Iraq. 

DT juga dilaporkan tidak suka penglibatan AS di Afghanistan, Libya, Iraq dan Syria. Jika Trump menarik sokongan AS ke atas pemberontak-pemberontak di Syria, maka dijangka kerajaan Syria akan berjaya menghapuskan golongan penentang di Syria. Dengan ini, keamanan akan lebih wujud lebih cepat lagi.

Mari kita sama-sama menunggu Donald Trump masuk ke rumah putih pada 20 Januari 2017.Moga Dinar Iraq kembali cerah ke nilai asal. Sementara menanti Dinar Iraq naik, pesakit strok & kencing manis makanlah Cellmaxx ---> www.cellmaxx.my

Yang kencing manis, dialisis dan buah pinggang mulai rosak, minumlah Arabic Gum - Al Manna --> www.pemboronggumarabic.blogspot.my

Wooooo....

Tuesday, July 19, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

DARI :

ALI MAIDIN



Jika ada penyakit penyakit yang mahu disembuhkan, cubalah usaha dengan klik di sini  .
Peluang bisnes paling baik masa ini, boleh jadi agen.

Thursday, June 9, 2016

Satu-satunya produk yang membantu pesakit diabetes & buah pinggang ialah Arabic Gum

Alhamdulillah, sudah ramai yang mengamalkan Gum Arabic Al Manna warisan kaum Nabi Musa ini setiap hari dan merasakan kesihatannya semakin bertambah baik dari hari ke hari.
.
.
ANDA MENGALAMI MASALAH INI ?
=======================

✔ Kandungan gula dalam darah yg tinggi dan tak terkawal
✔ Sudah mula jumpa doktor setiap bulan utk medical checkup
✔ Setiap 3 hari sekali akan ke pusat dialisis
✔ Kadar kolesterol tinggi
✔ Jarang2 pergi ke tandas untuk membuang
✔ Luka di kaki lambat sembuh
✔ Kaki bengkak berdenyut-denyut lepas makan kekacang, seafood dsb
✔ Perut terasa sebu
✔ Tekanan darah selalu tinggi dan tak stabil.
.
.
Khusus utk pesakit :-

 Diabetis
 Buah Pinggang
 Dialisis
 Gout
 Sembelit
 Darah Tinggi
 Masalah Perkencingan
 Masalah Usus 



Ada ahli keluarga / anda sendiri menderita dgn penyakit di atas ?


Jgn biar lama-lama. kalau makin merebak makin lambat nak baik. Cuba ikhtiar dgn amalkan GUM ARABIC AL MANNA segera. Cepat cuba, cepat sembuh.





Al Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat asli tanpa pengawet yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.
.
.
󾠤 Testimoni 󾠤
------------------

󾮗 " Ianya sangat berkesan dgn Izin Allah, berdasarkan pengalaman sendiri setelah saya sekeluarga menggunakannya semenjak setahun yg lepas sehingga kini. Dari anak saya yg paling kecil sehingga tok di kampung dah jadi pengguna setia makanan ini.InsyaAllah."

󾮗 Menakjubkan. Saya dah senang ke tandas. sakit sembelit semboh. Kadar gula dalam darah pun terkawal. Tekanan darah terkawal. Saya telah mengamalkan produk gum arab sudah hampir 6 bulan hasilnya amat berkesan.
.
.
Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic.
.
Bacaan Lanjut -> http://www.pemboronggumarabic.blogspot.my
.
.
Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, berusaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
.
.
Cukuplah sakit bertahun-tahun, terasa serik nak berpantang. Berilah hadiah pada diri anda , kakak, abang, ayah , mak , atau kawan-kawan anda Gum Arabic ini.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengedar dikehendaki ! Dapatkan Harga Promosi Sempena Ramadhan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harga :

1 peket R̶M̶4̶0̶   RM 30
5 peket R̶M̶1̶5̶0̶  RM 100
10 peket R̶M̶2̶5̶0̶  RM 190
.
** FREE POS Semenanjung

Hubungi kami ( tak perlu PM )
*******************************

☎  012-2104244 ( Ali Maidin ) - Perunding
☎  012-9066432 ( Pn Rob )
☎  03-40244859 Kaunter

Bacaan Lanjut -> http://www.pemboronggumarabic.blogspot.my

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. REBUT PROMOSI RAMADHAN INI. DAPATKAN HARGA BORONG DAN TERENDAH DARI KAMI.

Thursday, March 17, 2016

Harga Minyak Tidak Konsisten

Politik timur tengah menjadi tumpuan dunia. Isu yg tidak pernah reda ialah isu Palestin dan beberapa tahun yang lalu timbul isu di Syria pula. Kini 5 juta rakyat Syria menjadi pelarian ke negara-negara luar dan memberi bebanan kepada negara yang menerima pelarian tersebut termasuk di Iraq . Di samping itu, isu Yaman menambahkan lagi rencam permasalahan di Timur Tengah .Yang paling aman sekarang ialah di Iran sahaja. Kini Iran bebas berdagang ke luar negara dan tiba-tiba ramai penyimpan matawang mencari Riyal Iran . 

Harga minyak dunia ada tanda-tanda naik tetapi tidak konsisten , jatuh pula ke paras $30 dollar. Kejatuhan harga minyak menjejaskan pendapatan negara-negara pengeluar minyak termasuk Iraq. Saya beranggap , selagi harga minyak tidak naik ke paras yang tinggi , nilai dinar Iraq tidak akan naik kerana sudah menjadi hukum ekonomi nilai matawang seiring dengan pendapatan sesuatu negara. Oleh itu, saya menasihatkan penyimpan dinar bertenang. berdoa dan buatlah kerja-kerja lain yang boleh menambah pendapatan kita dari sumber yang lain pula . 

Jika di keliling anda ada orang strok, menghidap kanser , sakit sendi & otot , syorkanlah makan Cellmaxx. Lihat di sini .

Lelaki bukan lelaki jika tidak menjengah blog ini. Baca di sini.

Satu-satunya produk yang membantu pesakit kencing & buah pinggang ialah Arabic Gum. Ataupun dalam bahasa Al Quran disebut Al-Manna

Friday, January 29, 2016

CABARAN & HARAPAN 2016

Selamat Tahun Baru 2016 walaupun Januari tinggal 2 hari lagi. Hahaha. Saya sibuk mengesan wang 2.6 billion tetapi rupa-rupanya telah dipulangkan semula kepada Raja Arab. Wooo.


Tahun 2016 merupakan tahun yg mencabar kepada negara-negara pengeluar minyak,termasuklah Malaysia sehingga memaksa Najib membuat ubahsuai kepada bajetnya pada hari semalam. Tetapi nasib Malaysia lebih baik dari Iraq kerana Malaysia ada GST, di Iraq tidak ada. Hahaha. Di ramalkan kadar pertumbuhan Malaysia 4-4.5 % dan Iraq pula kadarnya 3.1% sahaja. Dengan melihat kadar pertumbuhan Iraq 3.1%, maka ianya tidak menggambarkan prospek yg cerah kecualilah tiba-tiba harga minyak akan melonjak semula ke paras USD80 se-tong. Tetapi kebanyakan peramal ekonomi menganggarkan harga minyak kalau naik pun sehingga USD 50 sahaja pada tahun ini. 


Selain daripada cabaran harga minyak yg rendah, Iraq juga masih menghadapi ancaman IS. Kedua-dua cabaran ini perlulah diatasi oleh Iraq sebelum  boleh melihat ekonominya dipacu dgn hebat. Oleh itu, bagi penyimpan dinar simpanlah dinar baik-baik. Jangan sesekali diberi kepada orang lain yg kononnya mendakwa dapat menukarkan wang itu apabila telah RV. Jika setelah RV, sesiapa pun boleh menukarnya di Money Changer / Bank dgn mudah.


Berita gembira utk orang lelaki , bacalah disini 

Berita gembira utk orang strok - bacalah disini

Berita gembira utk org yg ada gangguan buah pinggang, bacalah disini

Berita gembira utk org yg mahu dilihat muda, bacalah disini

Org yg ketiaknya busuk, bacalah ini.

Tuesday, October 27, 2015

Prospek ekonomi Iraq 2016

Bajet 2016 Malaysia telahpun dibentangkan oleh PM Najib pada Jumaat lalu. Tapi bajet Iraq belum dengar lagi bilakah akan dibentangkan. Biasanya bajet di Iraq mengambil masa untuk diluluskan. Walaupun Iraq ada sistem parlimen tetapi perjalanannya tidaklah sebaik parlimen di negara barat atau Asia.


Bajet Malaysia menghadapi cabaran kerana harga minyak yang jatuh merudum sehinggakan Najib bersyukur kerana telah memperkenalkan GST sebagai sumber pendapatan baru. Iraq juga akan menghadapi nasib yang sama seperti Malaysia kerana 90% pendapatan Iraq adalah dari minyak. Dengan ini, Iraq akan menghadapi bajet yang defisit dalam ekonomi Iraq. Secara tak langsung ia juga mempengaruhi kekuatan matawang. Maka dalam masa terdekat ini, nilai dinar Iraq akan mengharungi ranjau yang berduri.


Walaupun aktiviti ekonomi dan perdagangan Iraq berjalan seperti biasa tetapi dengan keadaan harga minyak yang merudum ianya tidak membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Iraq. Kita akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi akan prestasi ekonomi Iraq apabila bajet 2016 Iraq nanti. Mari kita nantikan. Moga-moga sesuatu yang positif ditunjukkan walaupun kita tahu senarionya penuh cabaran.


Org strok memang banyak yang baik apabila makan Cellmaxx .Banyak testimoni yang saya terima. Dan orang yang nak menjaga dan membaiki masalah buah pinggang. tiada produk lain setakat ini kecuali Gum Arabic Al Manna.

Saturday, October 3, 2015

Apabila Dato' berlagak PM Iraq

Pada Ahad lalu heboh di akhbar mingguan Metro cerita Dinar. Saya sudah menjangka cerita ini akan meletup suatu hari nanti. Kes ini adalah kerana seorang penjual Dinar yang tidak memberi Dinar kepada pembelinya, sebaliknya menyimpan sendiri dan menjanjikan jika Dinar tidak RV pada tarikh tertentu, pembeli Dinar akan mendapat bayaran 2 x ganda dari belian dinar. Apabila kes ini dilaporkan kepada polis dan dilaporkan oleh akhbar, maka cerita salah laku penjual dinar itu sudah dicampuradukkan dengan prospek Dinar Iraq.

Tidak siapapun boleh menjanjikan bila tarikh RV yang tepat, malah pihak berkuasa Iraq pun sendiri tidak pernah menyatakan apa-apa tentang nilai masa depan Dinar Iraq. Hanya spekulator ekonomi sahaja yang mengharapkan dan meramalkan dinar Iraq berpotensi naik kerana Iraq merupakan salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia. Memanglah sesuatu yang melucukan apabila pembeli dinar percaya kepada seorang Dato' penjual dinar yang meramalkan tarikh RV, macam seolah-olah dia perdana Menteri Iraq. Hahahahahaha.

Bagi sang pembeli Dinar yang membeli dinar daripada Dato dan tidak menerima dinar pun merupakan suatu tindakan yang bodoh. Kerana beli wang mestilah dapat wang. Jika wang disimpan oleh orang lain, maulana serban 7 tingkat akan melesapkannya juga. Woooo.

Pergolakan Timur Tengah yang begitu hebat sekarang khususnya pelarian Syria dan Iraq serta kejatuhan harga minyak yang terus menerus, sesungguhnya menjejaskan pendapatan negara teluk termasuk Iraq.Oleh itu dalam tempoh beberapa bulan ini, kita boleh melupakan tentang RV sehinggalah apabila kita melihatkan tanda-tanda harga minyak menaik semula. 

Sementara menunggu RV , mari kita berborak-borak mengenai Dinar dan ekonomi dunia di Kedai Nachos @Chewbit Station , Mamak Republic Batu Caves, sambil makan Nachos keluaran saya sendiri. Hari-hari ada kedai wooo....!


Harap posting ini memuaskan hari semua yang menelefon dan whatsapp kepada saya.


Wednesday, August 26, 2015

Teori Pusingan Ekonomi

Teori pusingan ekonomi telah benar-benar terjadi kepada Malaysia. RM 4.20 sedollar US pada 1998 kini berlaku lagi pada Malaysia hari ini. Kita tidak tahu berapa lama nilai ini akan kekal RM4.20. Rakyat Malaysia akan terasa kesannya dalam beberapa bulan lagi jika nilai itu terus kekal.


Teori pusingan ekonomi juga berlaku kepada Iran. Kini Iran telah terlepas daripada sekatan ekonomi antarabangsa. Britain akan membuka pejabat kedutaannya di Tehran dan Iran pula akan membuka pejabat kedutaannya di London. Sebenarnya negara-negara Eropah amat rindu untuk berdagang dengan Iran kerana Iran lebih stabil politiknya berbanding negara-negara Arab yg lain. Di Iran tidak berlaku pertempuran antara etnik ataupun antara mazhab. Dan rakyatnya bersatu dibawah kepimpinan ulamaknya.


Selepas Malaysia & Iran melalui pusingan ekonominya maka kita mengharap Iraq juga akan melalui pusingan ekonominya pula. Dan sudah tentulah kita mengharapkan nilai dinarnya yg gilang gemilang. Maka anda pun akan tersenyum dan bersorak gembira. Berdasarkan apa yg berlaku dlm ekonomi dunia kita berkeyakinan teori pusingan ekonomi akan tetap berlaku di Iraq.


Selamat RV oh Dinar Iraq ku..woo.

Jika anda atau keluarga atau sahabat yg sakit sendi, susah sembahyang berdiri, strok dan macam-macam sakit lain,  makanlah Cellmaxx.

Boleh hubungi saya 012-2104244 Ali Maidin

Masih boleh beli Dinar Iraq jika tak mahu terlepas peluang jadi kaya. Woo.

Wednesday, August 12, 2015

RM Menjunam

Rasanya semua penyimpan dinar sudah puas berhari raya. Kalau masih tak puas berhari raya lagi tangguhkanlah sambutannya pada tahun hadapan pula. Hahaha.


Saya tak menulis apa apa dalam blog ini sejak beberapa minggu yang lalu kerana memang tidak ada berita dinar yang panas untuk dikongsikan bersama. Kini yang panas cerita 1MDB dan kejatuhan RM yang hari ni telah pun mencecah RM 4.00 sedollar.


Nampaknya teori pusingan kejatuhan RM  berlaku di Malaysia tetapi kenaikan Dinar Iraq tidak pula berlaku lagi.


Akhir-akhir ini, ada juga penyimpan dinar sibuk mencari Riyal Iran kerana menjangkakan Riyal Iran akan naik, selepas sekatan ekonomi terhadapnya digugurkan oleh antarabangsa. Oleh kerana saya pun tidak tahu nilai Riyal Iran semasa zaman shah dulu maka saya tidak dpt membandingkan nilainya pada masa zaman skrg.


Namun jika sesiapa ada info, bolehlah dimasukkan ke dalam blog ini.


Jika ada sedara mara adik beradik yang strok, boleh mencuba Cellmaxx.  

2 kotak RM 280 
Ali 012-2104244

Boleh dengar kakak ni punya testimoni. Subhanallah..hebat ! 

Saturday, June 20, 2015

BERDOALAH UNTUK RV

Selamat Menyambut Ramadhan. Moga penyimpan dinar tekun beribadah, tidak diganggu oleh tarikh RV. Ha..ha.... Mengikut Adam Montana, penganalisis dinar dari Amerika.. dinar tidak akan RV sehingga Aidilfitri ini. Memanglah menjadi amalan di dunia Arab pada bulan Ramadhan depa lebih menumpukan masa kepada ibadah dan tidur. Tak ada masa nak pikir isu-isu besar dalam ekonomi atau pentadbiran. 


Kita terdengar menjelang Ramadhan beberapa hari yang lalu, ISIS berjaya menembak jet tentera Iraq. Walaupun ISIS tidak ada negara, hanya sekadar sebuah kumpulan tetapi keupayaannya melawan sebuah negara berdaulat seperti Iraq amat menakjubkan kita. Jika Iraq seorang diri melawan ISIS mungkin sukar atau lambat untuk berjaya. Iraq perlu bantuan luar. Moga-moga selepas Aidilfitri nanti, gerakan membersihkan Iraq dapat dilakukan secara agresif. 


Kalau berlaku RV sekarang kita akan menikmati nilai tukaran yang lebih besar lagi kerana nilai USD telah melampaui RM3.70. Satu ketika dulu gabenor bank negara Malaysia mengatakan US Dollar naik kerana faktor saikologi tetapi anggapan ini semakin meleset. Kerana Isu 1MDB telah menjatuhkan kadar penarafan kredit Malaysia, sekaligus menjatuhkan nilai RM.


Seperti Iraq, Malaysia juga menghadapi isu yang sama. Matawang jatuh kerana faktor kredit dan hutang luar yang membebankan dan makin kita risaukan lagi jika negara kita tidak mampu membayar hutang luar mengikut jadual. Apabila Dr M membalun Najib ianya bukan sesuatu yang pelik, kerana Mahathir tahu akan risiko hutang luar. Dr M sendiri menghadapi isu yang sama pada tahun 1997 / 1998.  Apabila Nazir Razak, adik Najib Razak tidak puas hati kepada abangnya sendiri, maka kondisi ekonomi negara kita amat mencemaskan. Kos hidup makin naik, kadar upah tidak berubah, peluang pekerjaan semakin kecil, kuasa beli pengguna semakin menurun - itulah tanda-tanda Malaysia diancam bahaya. Apakan daya, rakyat Malaysiaku tetap percaya dengan Najib Razak termasuk Abdul Hadi Awang.  Alahai Pas ....


Penyakit buah pinggang dikatakan tidak ada ubatnya, tetapi testimoni Gum Arabic memberi harapan kepada pesakit buah pinggang. Baca di sini http://pemboronggumarabic.blogspot.com/

Tuesday, June 9, 2015

Tunggu minyak 90 dollar

2 minggu yang lalu saya menerima whatsapp yang menunjukkan carta matawang asing yang nilai dinar Iraq bersamaan 1usd & 3usd. Sungguh pelik sekali bagaimana carta ini direkacipta untuk mensyokkan penyimpan dinar. Sungguhpun kita berharap nilai dinar naik ke 1usd / 3usd, tetapi janganlah sampai menjadi gila menyebarkan berita-berita palsu tentang kenaikan dinar  yang belum sahih, 


Dalam tempoh yang sama juga saya menerima panggilan dari sang broker yang mahu membeli dinar sebanyak 250 juta dinar dan ada yang 1 trilion. Di pasaran kini wujud sekumpulan orang yang mewar-warkan mereka mahu membeli dinar beratus juta dan meminta sesiapa untuk mengumpulkan dinar sebanyak itu. Tetapi bila kita telah mengumpulkan dinar sebanyak itu, pembeli itu pun hilang lesap. Tak tahulah apa niat mereka membuat perangai tersebut. Jadi sesiapa pembaca blog ini janganlah terpengaruh dengan orang-orang yang kononnya nak membeli beratus juta dinar. Buang masa dan perabih beras sahaja. 


Situasi politik di Iraq merisaukan kita kerana gerakan IS begitu agresif menawan beberapa wilayah dalam Iraq. Tentera Iraq seolah-olah tidak mampu melawan gerakan IS ini. Amerika dan Iran adalah 2 negara yang berminat untuk membantu Iraq melawan IS tetapi kedua-dua negara ini tidak mahu dilihat bersama-sama membantu tentera Iraq melawan IS kerana kita tahu Iran dan Iraq adalah musuh ketat antara satu sama lain. Iran ada kepentingan dengan Iraq kerana majoriti rakyat Iraq adalah bermazhab Syiah dan Amerika pula berkepentingan dengan Iraq kerana memiliki telaga minyak di negera tersebut. Kita harap Iran & Amerika janganlah malu-malu untuk membantu Iraq melawan IS.


Kondisi ekonomi dunia sekarang agak kalut kerana masalah bencana alam dan isu orang pelarian samada di Eropah ataupun di Asia. Walaupun harga minyak mulai beransur naik tetapi suasana muram ekonomi akan terus berlangsung dalam 2015 ini. Bagi kita rakyat Malaysia dengan begitu mudah mengenalpasti samada ekonomi ini baik atau tidak dengan melihat harga komoditi kita iaitu getah dan sawit naik atau tidak. Jika naik, ekonomi dunia maknanya bagus. Dan sebaliknya. Jadi, nilai dinar Iraq juga bergantung kepada suasana ekonomi Iraq. Jika harga minyak dunia masih rendah, maka secara automatik nilai dinarnya tidak akan naik. Jika harga minyak melebihi 90USD barulah kita boleh berangan-angan dgn kenaikan dinar Iraq. 


Sementara nak menunggu dinar Iraq naik, marilah kita menjaga kesihatan kita untuk merasa laba ke atas kenaikan dinar iraq nanti. Oleh itu bagi pesakit buah pinggang makanlah Gum Arabic. Dan pesakit sendi & otot makanlah Cellmaxx. Hubungilah saya untuk menjadi agen Gum Arabic & Cellmaxx 012-2104244 . Woooo .




Tuesday, May 12, 2015

CBI Sabotaj Dinarnya Sendiri.

1 Mei telah berlalu. Ramai org telah kaya. Bukan kaya kerana telah RV. Tapi kerana kaya dibayar 2 kali ganda daripada harga pembelian dinarnya dari seseorang di Malaysia ini. Hahaha.

Di pasaran ada dikalangan penjual dinar yg menjanjikan yangg muluk muluk dan sanggup membayar 2x ganda jika dinar tidak RV. Walaupun RV itu akan berlaku tetapi tiada siapa pun yang boleh menjanjikan tarikh sebenar RV. Bank negara yg punya kuasa untuk meng Rv pun tidak menjanjikan apa apa. Kita memang berharap dan berdoa utk RV tetapi kita tak boleh berbohong bahawa kita tahu tarikh RV.


Dilaporkan Parlimen Iraq telah meluluskan penerbitan dinar Iraq dalam note yg baru yg bernilai 50k, 100k, dan 200k. Penerbitan Note note besar ini memberi pelbagai makna dan tafsiran. Adakah note baru ini diwujudkan kerana bank negara iraq ingin memperkenalkan note baru yg lebih tinggi kualiti ciri ciri keselamatannya atau adakah kerana nilai dinar tidak akan naik dalam masa yg terdekat. Note yang besar menggambarkan matawangnya bernilai terlalu kecil dan sebaliknya. Ada kajian mengatakan bahawa bank negara iraq akan melupuskan note note dinar yang bernilai kecil dan fokusnya kepada note dinar 500 ke bawah. Maka saya cadangkan sesiapa yang ada menyimpan note dinar 500 ke bawah bolehlah dijual semula.


Harga minyak semakin menaik. Kita doakan Iraq akan meningkatkan pendapatannya melalui kenaikan harga minyak dan mewujudkan surpulus ( lebihan belanjawan ). Iraq begitu teruk sekali ekonominya mengalami dengan menghadapi defisit belanjawan selepas kejatuhan harga minyak beberapa bulan yang lalu. Maka tidak hairanlah bank negara iraq tidak berfikir untuk meningkatkan nilai dinarnya.


Ada beberapa web antarabangsa yang menganalisa betapa pelik dan hairan terhadap sikap bank negara Iraq yang tidak membenarkan kenaikan dinar Iraq sejak 2009 walhal nilai dinar itu secara fundamentalnya layak naik sepertimana berlaku antara tahun 2003 hingga 2009. Jika kenaikan dinar Iraq naik seperti trend 2003 hingga 2009 maka dengan mudah nilai dinar Iraq itu skrg bernilai 1USD. Sikap bank negara Iraq ini seolah olah ada konspirasi untuk mensabotaj penyimpan dinar meraih kenikmatan dari keuntungan dinar iraq. Bank negara Iraq sanggup membiarkan rakyatnya papa kedana dengan nilai dinarnya yang terlalu rendah sekarang.

Bak kata P. Ramlee 'apa punya turrrr daaaaaa'.

Kita memerlukan sel yg sentiasa hidup. Sel dalam tubuh kita sentiasa mati dan perlu dijana semula. Apabila kita berumur 25 thn ke atas, sum sum tulang tidak lagi produktif dan memerlukan rangsangan untuk menjanakan sel. Cellmaxx makanan ajaib mampu menjana 4 juta sel dengan sekali makan.

Sel yang subur dalam badan kita akan memudahkan menyerap vitamin lain dan khasiat ubat yang kita makan. Baik utk pesakit sendi sendi. Ekzema. Diabetis. Darah tinggi. Strok. Kanser. Asma dll.
Cerita lanjut di www.cellmaxx.my

Friday, April 3, 2015

Teori Pusingan Ekonomi

Tahun 2015 dan 2016 adalah merupakan tahun harapan dinar Iraq di RV.

Dinar Kuwait  melonjak semula ke  USD  3.4 pada 2003 setelah ia jatuh ke USD 30 sen pada 1990. Atas asas inilah  ramai orang meramalkan dinar Iraq akan mengikut rentak nilai Kuwait iaitu mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk ke paras asalnya.  Walaupun sejarah selalu berulang, tetapi ia bukanlah sesuatu yang 'gerenti', namun kita berharap sangatlah Dinar Iraq akan mengulangi Dinar Kuwait. 

Di akhbar Iraq ada menyatakan bahawa akan ada konvensyen kewangan antarabangsa yang akan di adakan di Baghdad pada Oktober 2015. Berita inilah dijadikan alasan seolah-olah konvensyen ini akan membincangkan nasib dinar Iraq. 

Ahli ahli nujum dinar Iraq di Malaysia meramalkan dinar akan naik pada bulan Mei atau selewat-lewatnya Oktober. Mudah-mudahan ramalan ahli nujum ini tepat seperti ramalan nujum pak belalang. hahaha. 

Bagi saya, teori pusingan ekonomi 10 tahun sedikit sebanyak akan mebawa impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Iraq, walaupun kini sudah memasuki 12 tahun , maka adalah diharapkan ia tidak akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menyempurnakan teori pusingan ekonomi itu. Jika tidak ada isu ISIS dan kejatuhan harga petrol barangkali ekonomi Iraq pada masa ini sudah cukup memberangsangkan Iraq. 

Dalam masa yang sama, senarion di Iran yang mula mendapat kelonggaran daripada sekatan ekonomi antarabangsa diharap dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi serantau timur tengah dan sekaligus memberi impak kepada Iraq. 

Apabila Iraq kini telah menguatkuasakan matawangnya tidak boleh dibawa keluar maka ini adalah tanda penting Iraq menjaga matawangnya  tidak melambak di pasaran sekaligus tidak membenarkan spekulator mengeksploitasi dinar di pasaran khususnya dinar yang berada di luar negara. 

Oleh kerana tidak lama lagi akan kaya, jagalah kesihatan baik-baik. Makanlah CELLMAXX dan GUM ARABIC. 

Thursday, March 26, 2015

Dinar Iraq 'GERENTI' atau PROSPEK ?

Antara soalan yang menarik bagi pembeli dinar baru ialah , adakah dinar iraq 'gerenti' RV ? 


Fuhh ! Ini soalan maut. Mana ada  perkara dalam dunia ini gerenti. Kapal terbang pun boleh terhempas, malah boleh hilang sehingga tak dijumpai .


Bercakap soal ekonomi atau pelaburan, ianya tidak ada jawapan gerenti tetapi ialah prospek. Sesuatu negara dalam dunia global dan moden , sesuatu matawang mestilah diapungkan di pasaran .Hanya negara yang disekat ekonominya macam Iran, wangnya tidak diapungkan dan dijual beli di pasaran. Kini Iraq pasca Saddam Husein memasuki era baru politik dan ekonomi. Maka tidak dapat tidak wangnya satu hari nanti perlu diapungkan dan dinilai semula dari nilai sekarang. Oleh kerana Iraq merupakan pengeluar minyak terbesar dunia suatu masa dahulu dan masih lagi menyimpan rezab minyak dan gas dunia, maka ia dikatakan berpotensi menjadi negara terkaya dunia. Lantaran itulah dinar dikatakan kembali menguat seperti nilainya paling kurang pada USD 30sen, iaitu pada akhir tahun 2003 sebelum Saddam dijatuhkan oleh Amerika.


Soalnya kini , apakah yang menjadi halangan utama pada RV setelah kini telah memasuki tahun yang ke 12 matawang dinar Iraq yg sedang kita pegang ini. Ada yang menyimpan di bawah bantal sehingga termimpi-mimpi di malam hari. Bila bangun pagi terus menelepon saya sudah boleh tukar ka ? Woooo.


2 Halangan besar  untuk dinar Iraq RV pada masa kini, iaitu :

- ancaman militan IS
-harga minya yang merudum kini.


Kita sambung cerita minggu depan. Sambil tu, makanlah Gum Arabic untuk mencegah darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.




Tuesday, March 17, 2015

Note 50 Dinar ditarik dari pasaran

Sudah sah bank negara Iraq menarik balik note 50 dinar dari pasarannya dalam tempoh 2 bulan dari sekarang.


Bagi sesiapa yang memiliki note 50 dinar, lupakan saja untuk memulangkannya ke Bank Negara Iraq kerana nilainya terlalu kecil iaitu tidak sampai 15 sen. Tetapi jika anda ada note 50 dinar sebanyak 1 juta dinar, eloklah dibuat usaha untuk menghantar dinar Iraq ini ke Iraq. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan antara kita hanya memiliki note 50 dinar sekeping sahaja kerana beberapa tahun yang lalu penjual penjual dinar menjual set dinar yang mengandungi sekeping note 50 dinar. 


Saya akan berbicara lagi tentang isu IS pada beberapa hari lagi akan datang kerana hari ini terlalu sibuk melayan penyimpan-penyimpan dinar yang tak sabar menanti RV. Woo.

Friday, March 6, 2015

Harga Dinar Naik

Bulan Februari adalah bulan kelahiran saya. Dah tua-tua ini tak ada lah majlis makan kek lagi. Takut gula naik. Woo. Tetapi ada yang lebih seronok lagi pada bulan Februari yang lalu ianya adalah bulan panik nak RV. Banyak SMS dan panggilan talipon yang saya terima bertanyakan  bagaimana nak tukar dinar Iraq. Apabila saya menjawab belum RV lagi, ada orang berkata di Iraq dah RV, hanya Malaysia sahaja yang belum. Ini pun satu yang lucu kerana mana mungkin nilai dinar  tidak sama antara lain-lain negara. Ikut kau lah luncai oi. Wooo..


Kini harga dinar naik bukan kerana nilai dinar naik tetapi kerana kenaikan nilai USD. Jika dulu 1000 USD adalah RM 3000. Kini ia bernilai RM 3600. Pengimport dinar negara ini terpaksa menaikkan harga jualan dinar kerana kenaikan tukaran nilai USD.


Hanya nasihat saya kepada bakal pembeli baru dinar, jika membeli dinar mestilah mendapat dinar. Bukan sekadar mendapat surat perjanjian memiliki dinar dari sang penjual. Cerita kerajaan Iraq mahu menarik note 50, adalah tidak sahih lagi. Maka sesiapa yang ada note 50 dinar, janganlah panik. 


Dalam bab RV , jangan sesekali terpengaruh dengan berita dalam web Dinar Guru kerana web ini selalu buat berita palsu sahaja. Yang pasti RV pasti berlaku :

Kalau tak hari ini, esok RV.
Kalau tak minggu ini, minggu depan RV
Kalau tak bulan ini, bulan depan RV.
Kalau tak tahun ni, tahun depan RV. Woo.

Jika dah tak sanggup menunggu RV dan menghadapi kesesakan wang, juallah dinar kepada saya. Hahaha.


Untuk rambut anda sentiasa dilihat remaja, gunakanlah Syampu BSY.

Saturday, February 28, 2015

IS halangan utama RV sekarang

Saya tidak menulis sejak 13 Februari lalu kerana bersiap sedia untuk terbang ke Dubai untuk menukar Dinar Iraq jika benar-benar berlaku RV. Ramai yang menelepon saya kenapa tidak berlalu RV seperti yang diramalkan dalam satu forum pada beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya hanya Bank Negara Iraq sahaja yang boleh mengumumkan RV. Bukan sesiapa dalam dunia ini. Itu pun bank negara akan membuat RV tanpa mengumumkan terlebih dahulu. Jika Bank Negara Iraq mengumumkan tarikh RV, ianya bersalahan dengan prinsip kewangan dan sistem perbankan dunia. 


Kita hanya boleh menjangka bila sesuatu matawang itu akan menguat dengan melihat indikator ekonomi sesuatu negara. Antaranya ialah melihat imbangan perdagangan sesebuah negara. Jika sesuatu negara itu, eksportnya melebih import, maka negara itu akan mencipta pendapatan yang berlebihan ( surpulus ). Situasi ini pada jangka panjang akan menyebabkan belanjawan tahunan negara itu akan berimbang. Iaitu jumlah perbelanjaan dan pendapatan negara itu lebih kurang sama. Jika belanjawan negara itu masih lagi defisit ianya menggambarkan negara itu tidak cukup pendapatan untuk membiayai perbelanjaan negara. Sekaligus ianya menyebabkan matawangnya tidak kuat.


Justeru itu penyimpan Dinar Iraq seharusnya melihat perkembangan eksport Iraq dan belanjawan tahunannya supaya kita lebih peka kepada nilai dinar semasa dan potensinya pada masa depan. 


Dalam situasi sekarang indikator segera yang perlu kita lihat adakah bank negara Iraq masih meneruskan aktiviti melelong dinarnya setiap bulan. Jika sudah lebih 3 bulan dinar Iraq tidak dilelong, itu adalah tanda tanda bank negara Iraq puas hati dengan jumlah edaran wang dinarnya. Jika edaran wang dinar tidak bertambah di pasaran dan wujud permintaan kepada dinar itu, maka berpotensi untuk naik. Situasi inilah yang perlu kita lihat secara serius.


Meramalkan Dinar Iraq naik, bukan berdasarkan mimpi seseorang . Tetapi ia berdasarkan fundamental ekonomi Iraq. Maka penyimpan dinar Iraq jangan sesekali mendengar khabar angin dari jalan Chow Kit. Sentiasalah melihat laporan ekonomi Iraq dalam web bank negara Iraq , akhbar dan web-web ekonomi di Iraq.


Mulai sekarang, sehingga akhir  2016 yang mahu kita lihat juga pengganas IS mestilah dinyahkan dari Iraq. Jika tidak, ia mengganggu pertumbuhan ekonomi Iraq. Faktor IS adalah faktor utama pada masa kini untuk membolehkan RV berlaku. Selagi kita mendengar IS masih berada di Iraq, jangan kita mimpikan RV itu berlaku. 


Jadi, sementara menanti RV mari kita tolong pesakit diabetis, darah tinggi dan buah pinggang untuk makan Gum Arabic. 



Friday, February 13, 2015

RV dan keperluan Apungan.

Beberapa hari yang lalu kecoh dinar akan RV dalam bulan Februari ini atau selewat-lewatnya 1 Mei 2015. Bagi saya jika tepat ramalan itu, bersyukurlah kepada Allah Taala. Tetapi jika tak berlaku janganlah tuan-tuan menghempas kepala sendiri. Hahaha. 


Sebenarnya dalam kes Dinar Iraq, ada 2 isu utama.  Pertama, ialah Revalue atau penilaian semula dinar iraq. Kedua, isu apungan dinar di pasaran wang. 


Hakikatnya, revalue boleh berlaku samada wang itu belum diapungkan atau telah diapungkan di pasaran. Jika wang dinar itu belum diapungkan di pasaran, maka nilainya ditentukan oleh Bank Negara Iraq. Tetapi jika dinar telah diapungkan, maka nilainya ditentukan oleh pasaran wang itu sendiri. 


Nilai dinar Iraq ini telah pun naik sejak November 2003 sehingga sekarang. Bank negara Iraq telah pun mengRV ( menilai semula nilainya ) sejak 2003 hingga sekarang bermula dengan nilai 4000 Dinar / 1 USD ke 1300 Dinar , ke 1230 Dinar dan kini 1167 Dinar/ 1USD. Tetapi nilai ini tidak signifikan kepada kita selaku penyimpan dinar. Kita mahu sekurang-kurangnya nilai dinar itu USD0.30 sepertimana nilai sebelum Amerika masuk Iraq pada 2003.


Katakan, Bank Negara Iraq menilai dinar iraq ini ke USD 0.30 atau lebih lagi daripada itu, barulah bank negara Iraq membuat tindakan yang bermakna untuk mengapungkan dinar ini. Yang nak saya tegaskan pada tulisan ini ialah bank negara Iraq mempunyai kuasa untuk menaikkan nilai yang signifikan berbanding matawang asing lain supaya apabila ia diapungkan ke pasaran, dinar itu setanding dengan nilai matawang negara - negara jirannya.


Di sini, bank negara Iraq hanya akan mengambil keputusan mengapungkan dinarnya ke pasaran antarabangsa apabila ia benar-benar yakin matawangnya stabil & tidak jatuh menjunam apabila ia berada di pasaran. Kalau tidak reputasi Iraq akan jatuh dan memberi kesan buruk kepada ekonomi Iraq.


Bagi saya, Bank negara Iraq lebih tahu senario ekonomi dan matawangnya. Semua bank negara dalam dunia ini berusaha memperkuatkan nilai matawangnya, termasuklah Iraq. Indikator utama yang perlu untuk kita menjangkakan nilai dinar ini naik hingga USD 0.30, sekurang-kurangnya, Iraq perlu mengeluarkan minyak sebanyak 5 juta tong sehari. Kini Iraq baru mengeluarkan 3juta tong sahaja. Itulah persoalannya sekarang, bilakah Iraq mampu mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari ?


Moga-moga tak ada orang hentak kepala pada 1 Mei 2015. Wooooo.


Selamat Makan Limau !

Tuesday, January 27, 2015

1 sen USD pun berbaloi

Ringgit Malaysia terus melemah dan diramalkan terus melemah. Jika RV berlaku dalam masa terdekat , maka penyimpan dinar akan meraih keuntungan yang lebih lagi kerana 1 USD bersamaan RM 3.60 .

Bayangkan :-

Jika dinar naik USD 1 sen  (RM 0.036) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 3600 .

Jika naik USD 10 sen atau (RM0.36) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 36 000 .

Jika naik USD 30sen  (RM1.08) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 108 000 .


Alangkah beruntungnya penyimpan dinar yang hanya memiliki 100 000 dinar dgn kos yang begitu minimum sekali sudah dapat meraih keuntungan yang begitu besar.

Cukup dengan kenaikan 1 sen USD sahaja,  penyimpan dinar sudah pulang modal dan mendapat keuntungan lebih 100%.

Jadi, bersegeralah anda memiliki sekurang-kurangnya 100 000 dinar supaya anda tidak putih mata.





Tuesday, January 20, 2015

USD mengganas

Dunia amnya dan Malaysia khasnya memasuki tahun 2015 dengan cabaran ekonomi yang sengit dalam tempoh sedekad ini . Tiba-tiba kejatuhan harga minyak pada harga sekitar usd 50 setong telah mengurangkan sumber pendapatan negara pengeluar minyak.bank negara Rusia sendiri terpaksa menampung akan kejatuhan matawangnya. Nampaknya strategi Amerika untuk menjatuhkan ekonomi Rusia telah berjaya. Tetapi perbuatan Amerika ini juga menyusahkan negara-negara lain dalam dunia ini termasuk Malaysia.

Najib, PM Malaysia akan menyusun semula belanjawan 2015 akibat kehilangan besar pendapatan dari eksport minyak. Tambahan pula dilanda dengan bencana banjir baru-baru ini yang memakan kos berbilion ringgit nilainya.

Walaupun Iraq sebagai salah satu negara pengeluar minyak terbesar dunia, harga runcit minyak di Iraq adalah lebih mahal berbanding negara-negara pengeluar yang lain. Berikut ini kedudukan harga runcit minyak dunia.



Cabaran Iraq utk mengatasi defisit negaranya semakin sukar kerana harga minyak dunia sudah jatuh. Di samping jumlah pengeluaran minyak oleh negara pengeluar kini telah dikurangkan. Nilai dinar Iraq hanya boleh naik jika Iraq mengalami belanjawan lebihan dan sudah pasti sumber pendapatan utamanya ialah dari minyak. Dengan keadaan harga minyak yang jatuh, jika Iraq mahu menguatkan ekonominya dlm keadaan pengeluaran minyak berkurang skrg, maka Iraq sewajarnya meningkatkan matawangnya supaya ia boleh meningkatkan tukaran matawang asingnya berdasarkam jumlah eksportnya yg bakal berkurangan pada tahun 2015 ini.

Krisis harga minyak yg berlaku sekarang adalah lebih kurang sama pada awal tahun 70an dahulu ketika saya masih lagi sekolah menengah rendah, setiap hari media massa menganalisis ancaman krisis ekonomi akibat ancaman harga minyak.

Dalam tempoh terdekat ini peminat dinar jgn rasa pelik jika kerajaan membuat langkah mengurangkan perbelanjaan negara. Ketika saya bertugas di jabatan kerajaan dahulu nak tukar sebatang pensel pun sukar. Apabila negara berjimat rakyat tidak akan rasa limpahan rezeki negara. Maka tidak dapat tidak pendapatan rakyat semakin berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.

Maka, reaksi pantas dari rakyat utk menambahkan pendapatan ialah join MLM . Mlm itu ialah multi level marketing atau meniaga larut malam. Jadi sesiapa yang ramai disekeliling anda yang sakit darah tinggi, buah pinggang atau diabetis, juallah Gum Arabic. Jadilah agen dengan menghubungi saya 012 2104244.


Harga dinar terus naik kerana harga USD terus naik. Apa boleh buat? Kini Amerika jadi hero.

Friday, January 9, 2015

Jika RV hari ini, untung lebih besar.

Selamat datang tahun 2015. Semakin hampir RV. Moga impian jadi kenyataan.

Seperti ramalan harga minyak merudum ke USD 50 se tong. Tanpa disedari 1USD = RM 3.50. Maka kos mengimport sudah meningkat 50 sen bagi setiap dollar. Dinar Iraq pun semakin mahal kerana nilai dollar yang meningkat. Beruntunglah orang yang membeli dinar terdahulu.

Tidak mustahil 1 USD akan pergi ke RM 3.80 semula. Kalau RV hari ini, maka 1 juta dinar akan menjadi RM 3.5 juta. Wooo...

Katanya ada usaha di parlimen untuk meningkatkan nilai RV. Tapi saya tak jumpa sumber berita sahih itu. Sesiapa yang terjumpa berita itu sila emel kepada saya alifx59@gmail.com

Sempena Januari ini saya menawarkan Gum Arabic 20 peket RM 500 ( Harga biasa RM540). Berminat untuk menjadi pengedar, hubungi saya. Gum Arabic terbaik untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis.

1 peket RM 40 ( 150gram )
5 peket RM 175
10 peket RM 270

Pos Percuma. War-warkan kepada semua pesakit buah pinggang. Ini hadiah alami.

Kuliah Gum Arabic


Untuk waras beras dan keras. Catu aba masih tersedia  lagi. Hubungi 012-2104244 Ali.

Tuesday, December 23, 2014

2 tahun lagi RV ?

8 hari lagi akan berakhir tahun 2014. Bermakna sudah 11 tahun dinar baru berada di pasaran. Tinggal 2 tahun lagi genap 13 tahun sepertimana tempah RV Dinar Kuwait. Adakah dinar iraq akan mengikuti jejak langkah dinar Kuwait? Apapun tempohnya semakin hampir lagi.

Khabarnya CBI telah mengeluarkan note 25K yang baru yang dikatakan mempunyai lebih baik ciri-ciri keselamatannya. Setakat ini CBI tidaklah mengatakan note lama tidak perlu ditukar ke note yang baru ini. Saya pun masih belum dapat note cetakan baru. Bila dah dapat nanti saya akan beritahu apakah kelainannya.

Sejak akhir2 ini saya banyak menerima pertanyaan kononnya Dinar Iraq telah RV. Nampaknya pasaran berita angin semakin panas. Tak tahulah apa maksud khabar angin ini diwar warkan. Adakah untuk melakukan dinar iraq atau mendebarkan hati penyimpan dinar. Yang pening saya. Duk jawab sms tuan tuan.

Saya mengharapkan pembaca dinar iraq serta sahabat / saudara maranya terkena penyakit buah pinggang. Jika dah kena atau buah pinggang sudah mula rosak, gunakanlah Gum Arabic makanan sejak zaman Nabi Musa. Baca di sini. Nak jadi pengedar, call saya 012 2104244

Thursday, December 4, 2014

Dinar Iraq dalam senarion Isis

Berikut adalah tulisan Hishamudin Rais berkaitan Isis dimana semuanya ini adalah percaturan Amerika Syarikat.


November 16, 2014 "ICH" - "The Independent"- The Islamic State (Isis) has recruited an army hundreds of thousands strong, far larger than previous estimates by the CIA, according to a senior Kurdish leader. He said the ability of Isis to attack on many widely separated fronts in Iraq and Syria at the same time shows that the number of militant fighters is at least 200,000, seven or eight times bigger than foreign in intelligence estimates of up to 31,500 men. 

Dari mana agaknya perlu saya mulakan surah ini? Dari detik mana wajib saya jadikan patukan kelahiran ISIS? Saya bertanya kerana saya ingin berlaku adil ketika kita bersama-sama membaca salasilah dan memahami ISIS.

Kepada anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 9 November 2011 dua bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena-mena telah runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini telah berubah. Dunia hari ini bukan seperti dunia sebelum ledakan WTC.

Biar saya rungkai sejarah. Ketika ledakan 9/11 berlaku saya dikurung di Kamunting. Justeru, tidak banyak lambakan berita yang masuk. Tetapi saya masih ingat bagaimana pada minggu pertama setelah 9/11 ada muncul 'kisah' agen Saddam Hussein bertemu dengan wakil Mohamed Atta di Praque. Muhamad Atta dikatakan daripada kumpulan Al-Qaeda. Si Atta ini juga pemimpin 19 'pengganas' yang dikatakan telah meledakkan WTC.

Begitu pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah maklumat ini dikatakan telah diketahui lima bulan sebelum ledakan. Tetapi, hairan bin takjub, tidak ada apa-apa yang dilakukan.

Akhirnya pada 19 Mac 2003 Iraq telah diserang oleh Amerika atas tuduhan Saddan Hussein memiliki senjata pemusnah atau weapon of mass destruction. Tetiba kesah Saddam bersubahat dengan Al-Qaeda meledakkan WTC hilang ghaib begitu sahaja.

Saya mengulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu. Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati. Tetapi perang tidak mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin melebar.

Setelah Baghdad jatuh ,yang datang menjadi wakil Rumah Putih di Baghdad ialah seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama mamat Bremer ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah dari kerajaan Saddam. Pegawai kerajaan, guru sekolah, pensyarah, pemandu, wartawan semua dibuang kerja.

Paling memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan.

Mengikut lojik Bremer, semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat dilupuskan.

Maka perang gerila anti-Amerika dan antikolonial bermula. Perang gerila ini ini dipandu dan dipimpin oleh bekas soldadu dan tentera yang masih setia dengan Saddam. Mereka terdiri dari pelbagai jalur termasuk kaum nasionalis, kaum agamawan juga dari kabilah-kabilah suku Badwi yang memiliki kesetiaan kepada ketua kabilah.

Perang gerila ini menghuru harakan Rumah Putih. Ramai soldadu Amerika dan sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan.

Seperti kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan dengan Perang Gerila Rakyat Malaya, Amerika juga menggunakan taktik 'pecah perintah'. Kalau di Tanah Melayu, kaum Cina dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu, Cina dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq, penganut Sunni dan Syiah digaduh-gaduhkan.

Satu malam yang gelap agen Amerika secara sulit telah meledakan masjid Sunni. Satu minggu kemudian agen yang sama telah meledakkan masjid Syiah. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Syiah dibunuh. Semua ini dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setiakawan yang dibina di zaman kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab.

Wilayah Utara Iraq menjadi negara Kurdish. Dari Baghdad ke Basrah menjadi wilayah Syiah. Penganut Sunni menduduki di antara dua kawasan ini. Kota Baghdad yang kosmopolitan di mana warga kota tidak memilih mukim Sunni atau Syiah kini hancur. Dalam kota Baghdad, daerah dan mukim mula dipisah-pisah melalui mazhab.

Taktik pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat.

Ketika inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011, Obama mengumumkan semua soldadu dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki.

Iraq Baru bawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan. Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Syiah. Sikap berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini gagal untuk melahirkan Iraq Baru pasca-Saddam.

Pilihan raya 2010 telah memperlihatkan cara pengundi memilih. Sama seperti yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1955, Melayu undi Melayu, Cina undi Cina. Di Iraq, Syiah undi Syiah dan Sunni undi Sunni. Sikap sekterian mazhab ini semakin menebal.

Pertelingkahan Shia/Syiah ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seoarang Sunni hidup dalam buangan di Doha.

Sikap sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi menteri kewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada bulan Disember 2012, sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi yang amat-amat dihormati di kalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur.

Ketika semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang sahih dalam penjara Iraq, ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan oleh soldadu Maliki.

Dalam masa yang sama kumplan Rela Syiah terus menerus membunuh anak-anak muda Sunni walau pun mereka tidak terlibat dalam apa gerakan politik. Syiah bunuh Sunni menjadi lumrah hinggakan saban hari mayat bergelimpangan ditemui di pinggir jalan.

Ketika ini juga Amerika sedang menjalankan strategi induk untuk mendominasi telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepung dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu. Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffi telah mati dibunuh, maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria.

Amerika menyerang Syria adalah sebahagian daripada tindakan yang telah dilakar dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah perintah'. Di Iraq, Amerika mendokong kerajaan Syiah manakala di Syria Amerika menyokong Sunni untuk menggodam Bashir yang dikatakan dari mazhab Syiah.

Perang Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawangan Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria, Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai pejuang Sunni.

Saudi, Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis macam kumpulan-kumpulan Sunni yang dikatakan ingin menumbangkan kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan sekutunya. Amerika, Britain, Perancis dan Turki telah terlibat secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di Damascus.

Di sinilah Al-Qaeda yang berpengalaman dalam taktik perang gerila telah membuktikan ketrampilan mereka. Kalau dahulu mereka hanya menunggu duit zakat dan sedekah, kini duit dan senjata datang mencurah-curah. Mereka juga telah mula menjalankan 'road block' untuk memungut cukai, melakukan 'rompakan' untuk menambah dana. Al-Qaeda juga telah berjaya menawan telaga minyak di Syria.

Pada bulan April 2013, warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi, Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetiakawan.

Dalam suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa pilihan raya telah dijalankan dan hasilnya menteri Sunni ditangkap. Tunjuk perasaan telah dilakukan. Hasilnya ramai yang ditembak mati. Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata.

Lima bulan sesudah pembantaian di Huwija, Al-Qaeda telah menyerang penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila.

Dengan senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni, Al-Qaeda telah menyerang Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas soldadu Maliki tidak ada keupayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda ini.

Pada bulan April 2013, Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq dan Levant (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin. ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq, malah menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakkan kembali sistem Khalifah Islam.

Laungan Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru laungan inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan tentang ISIS.


Sumber link --> http://www.malaysiakini.com/columns/282191

Wednesday, November 19, 2014

MENJANA WANG DENGAN DINAR IRAQ

Penyimpan dinar  boleh berasa lega hari ini kerana ancaman ISIS di Iraq sudah boleh ditangani oleh Iraq dengan sokongan Iran dan Amerika. Amerika pun terpaksa tabik dengan Iran yang berjaya membantu Iraq menghambat keluar ISIS.

Seperti saya katakan dahulu,  menyimpan dinar Iraq adalah secara sederhana sahaja.  Jangan sampai tak ada lngsunng dan jangan sampai berlebihan.  Jika ada 100,000 dinar, jika dinar naik USD 0.30,  maka ia akan bernilai RM 100,000.00.  Dengan hanya bermodal tak sampai setengah ribu anda sudah ada punya potensi pendapatan RM 100,000.00

Jika anda  ada  3 juta dinar iraq dengan modal tak sampai RM10,000, potensi income anda ialah RM 3 juta. Jika dinar tak naik naik dan anda  malas menunggunya lagi, jika di jual pun anda hanya rugi tak sampai satu ribu  ringgit sahaja  sahaja. Kira berbaloi antara potensi denkan kerugian jika menyyimpan Dinar Iraq.

Saya ingin memberi peluang  kepada anda dengan  membeli dan  menyimpan dinar dengan  saya.  Amda  membeli dinar kepada saya sebanyak  3 juta  dan meyerahkan kepada saya untuk urus niaga selama 4 bulan  - anda akan menjana keuntungan antara 40 ke 50%. Peluang terbuka kepada 3 orang sahaja.   Berminat sms atau tel saya 012 2104244.





Tuesday, November 4, 2014

SELAMAT MENANTI RV

Hanya matawang yang telah diapungkan sahaja akan diniagakan di pasaran matawang

Pelik sekali  apabila ada berita kononnya Dinar Iraq akan masuk dalam pasaran  forex, dalam keadaan matawang ini belum pun  diapungkan oleh CBI.  Saya malas nak berbalah dengan pembawa berita yang penuh semangat  mengatakan dinar akan naik kerana akan diniagakan dalam pasaran wang wang  pada  beberapa hari  yang  lalu.  Ha ha. 

Mulai Khamis ini sehingga Rabu depan saya  bercuti dari melayan pelanggan dinar kerana sibuk kenduri kahwin.  Sibuk melayan tetamu dari luar negara. Ha ha.  Global katakan.   Sesi teh tarik petang petang pun di tangguhkan juga.   

Selamat Menanti. Menanti RV. Woooo.  Opps, saya juga menanti keuntungan emas 100% pada awal Februari nanti.  Yang lain tunggu saya kaya dahulu baru join. Woooo.

Jumpa lagi....






Friday, October 17, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: STOK SEMAKIN SUKAR

Akhir akhir ini Dinar Iraq  semakin sukar masuk ke negara ini.  Adakah kerajaan Iraq sudah mengambil langkah tegas menghalang pengaliran keluar matawangnya?   Jika usaha ini dibuat, ada tanda tanda Dinar akan diperkuatkan nilainya.   Saya pun berharap sangat dinar diapungkan dalam tempoh terdekat. Kesian tengok kawan kawan kita yang dok termimpi  kahwin puteri raja. Ha ha.

Ramai yang bertanya tentang seminar perniagaan emas pada 25 hb akan datang. Jika anda tidak punya modal RM 54,000.00  pun masih ada peluang menyertai perniagaan ini secara kecil-kecilan. Tak rugi jika anda hadir mendapatkan infonya. Sudah 16 orang mengesahkan kehadiran, Masih ada 14 kekosongan lagi. Sila sahkan kehadiran anda  ke 012 2104244.



Wednesday, October 8, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: EMAS OH EMAS

Insan yang kononnya hendak membeli 1 bilion dinar sudah hilang entah kemana. Haha. Di pasaran memang ada orang macan ini.  Bikin gempar sahaja. Jika nak buang masa dengan minum teh, bolehlah setakat sekali sahaja. Ha ha.  Pada tahun lepas, saya pernah ditawarkan oleh seseorang untuk membeli wang USD pada kadar tukaran RM 3.50. Apabila  kita bawa USD, depa   tak mahu jumpa kita. Kesian sang broker  kerana memalukan mereka sahaja.
 . 
Salah  seorang sahabat  saya  yang mememiliki  dinar  dan mempunyai rakannya yang berasal dari Iraq,, berkeyakinan Dinar Iraq akan menaik pada taun 2015. Kenapa dia pilih tahun 2015, tidaklah saya tahu. Kasyaf agaknya.  Ha ha.

Saya penyimpan   gold bar Public Gold.  Adalah beberapa gram. Jangan sampai tak merasa  laba jika harga emas naik. Setakat ini jika ada sesuatu peluang perniagaan jangka pendek, saya gadaikan  sahaja.  Selepas close urus niaga, saya tebus semula emas tersebut.   Kini  saya  berpeluang memulakanan perniagaan emas secara kecil-kecilan.  Tak perlu premis perniagaan   dan  tak perlu mencari pelanggan awam. Hanya menjual kepada kilang emas sahaja.  Bagi sesiapa yang ada modak RM 54,000.00  sudah boleh memulakan perniagaan ini. Syarat lain ialah ada syarikat perniagaan dan memadai syarikat enterprise sahaja. Keuntungan bersih kurang lebih 10% sebulan dan berpeluang menjana stok emas sehingga 1 kg dalam tempoh enam ke dua belas bulan.

Saya   memepelawa    10  orang  sahaja    untuk  menjadi   usahawan emas   Satu taklimat khas akan diadakan pada Sabtu, 25 Oktober jam 10.30 pagi   di  No 1A, Jalan Sarikei, Off  Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Taklimat   hanya 45 minit sahaja. Sahkan penyertaan anda. Setakat 10 orang sahaja.

Sesiapa  yang tak ada modal RM 54,000.00, masih berpeluang menjana wang dengan menyewa emas 916 atau gold bar pada kadar RM 5.00 setiap 1 gram.   Jika ada 100 gram dapatlah RM 500 sebulan.  Tak percaya ke?   Peluang jangan dilepaslah bib. SMS  atau Tel saya  012-2104244.



Friday, September 26, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: NAIK 30%?

Di pasaran kehidupan banyak cerita bagaimana orang mahu membuat wang dengan segera.  Pelbagai idea, usaha dan cara  diperkenalkan.  Ada yang berjaya, kurang berjaya dan ada juga yang gagal langsung atau gagal separuh. Ha ha.

Hari ini saya dihubungi oleh  seseorang yang mahu  membeli sebanyak 1 bilion dinar Iraq. Ha ha. Janganlah terperanjat. Dia kata.  Dinar akan naik 30% lagi selepas 6 Oktober ini,   Jika benar , Alhamdulilah.   Tetapi insan tersebut hanya mengambil sekeping dinar 25K untuk memeriksa keasliannya. Jika ok, dia  akan beli 20 juta dinar.  So, saya tunggulah pada minggu hadapan untuk insan tersebut membeli 20 juta dinar dan selepas itu 1 bilion dinar. Saya pun tak ada stok  1 bilion dinar. Siapa nak bagi modal kepada saya. Ha ha.

Apa pun kita buat kena berpada pada. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Dinar ada prospek tetapi bukan semua wang kita perlu digunakan untuk membeli dinar. Dinar mungkin lambat naik atau tak naik tetapi janganlah sampai takut sehingga langsung tak mahu menyimpan sedikit dinar.   Simpanlah ala kadar. Kok naik, merasa juga kita. Jika tak naik, taklah  kita jadi gila. Wooo.

 OK, selamat menunggu hari  raya aidil adha.

Jika ada saudara mara yang sakit buah pinggang dan kencing manis, makan ini.




Thursday, September 11, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: KABINET OK

Kabinet Iraq sudah terbentuk tetapi ada rasa tak puas hati beberapa pihak. Moga kerajaan ini stabil supaya urusan pentadbiran negara berjalan dengan licin. Kekadang kelakar negara Arab, macam tak tau nak guna sistem demokrasi secara  betul dan teratur.

Dalam beberapa hari  terakhir ini, ramai yang bertanya adakah RV akan berlaku dalam bulan September ini. Saya pun tiada sumber sahih yang mengatakan RV akan berlaku pada bulan ini.  Khabar angin sahaja agaknya.  Tiada sebarang kenyataan dari Bank Negara Iraq yang membolehkan kita   memhami  bahawa Dinar akan RV dalam masa terdekat.

Apa pun  kita akan terus menunggu dengan optimis akan kenaikan nilai Dinar Iraq. Takkan   Iraq nak biarkan matawangnya di bawah paras 1 sen Malaysia!!!

Pastikan anda terus sihat untuk menanti RV dengan menggunakan cellmaxx.    Woooo.


Saturday, September 6, 2014

DINAR IRAQ TERKINI: SHABIBI DIPENJARA

Bekas Gabenor Bank Negara Iraq Sinan al-Shabibi.  dihukum  penjara 7 tahun kerana kes rasuah di era pentadbirannya. Kini beliau  berada  di Tokyo.  Kok tak balik Iraq dah. Ha ha.

Kita dok tunggu rv tetapi Iraq sedang menmikirkan bagaimana  nak dakwa Shabibi. Fasal tu lambat RV kot. Woooo.

Seorang kawan saya ada menyimpan 25,000 Dinar. Dia punya pantau  perkembangan Iraq mengalahkan memantau hal ehwal Malaysia. Ha ha. Begitu prihatin sekali dengan nasib dinar.  Kekadang saya diupdate oleh beliau sendiri.    Ha ha. Senang kerja saya. Bila RV  nanti saya belanja ke Bandung. Wooo.

Pelik juga Iraq ini,  pemberontak ISIS masih belum mampu dinyahkan lagi.  Sebuah negara tidak ada kekuatan tentera melawan kelompok kecil dari luar.  Tak hairan jika Iraq tak peka dengan nilai Dinarnya. Jika negara lain, jika matawangnya jatuh, cepat cepat dibuat tindakan menguatkan mata  wangnya  semula. Moga PM baru Iraq akan mengatasi isu ini.

 Makanlah cellmax yang mampu menjana 4 juta sel  baru setiap hari  untuk mengatasi pelbagai penyakit. Kaya, tetapi sakit, tak syok le.  Baca  di sini.