Parlimen Iraq dijangka akan bersidang semula selepas cuti aidil fitri. Pak Arab tak beraya sangat macam orang Melayu sehingga sebulan. Ha ha. Depa makan biskut kedai sahaja. Orang Melayu ada biskut samprit sehingga dodol berkilo-kilo.
Juru cakap Bank Negara Iraq berpegang teguh dengan rancangannya untuk mengeluarkan note baru tetapi dalam masa yang sama dinar Iraq masih dilelong dengan rancaknya menjelang aidil fitri. Kita masih kurang jelas apakah akan terjadi kepada nilai sebenar selepas diperkenalkan note baru. Ada dua kenyataan yang bertentangan terhadap isu ini. Pertama, dikatakan ianya tidak merubah nilai dinar berbanding dengan mata wang asing. Kedua, dikatakan nilai dinar akan lebih "berkuasa beli" berbanding dengan matawang asing.
Saya rasa ini adalah cabaran paling besar kepada Gabenor Bank Negara Iraq untuk meyakinkan pihak parlimen untuk membuat keputusan terhadap perubahan matawangnya.
Jika dinar dinilai semula dan menaik kadar pertukarannya dengan wang asing, maka Iraq memerlukan note yang lebih kecil untuk penggunaan harian rakyat Iraq. Tetapi jika sekadar mahu membuang 3 kosong pada matawangnya sekarang, dan diganti dengan matawang yang baru pula tanpa ada kenaikan nilai dinar - maka Iraq hanya menghabiskan duitnya, menambah kos untuk mencetak matawang baru sahaja. Apa punya tuuur daaaa.
Kita kena lebih serius di dalam bulan September khususnya apabila Parlimen Iraq bersidang. Nampak gaya penyimpan dinar lebih peka dengan ekonomi Iraq dari ekonomi Malaysia. Wooooo!!!!
Oh ya, SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMINAT DINAR IRAQ. MAAF ZAHIR BATIN. ORANG MELAYU RAYA SEBULAN. HA HA.
Oh ya, SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMINAT DINAR IRAQ. MAAF ZAHIR BATIN. ORANG MELAYU RAYA SEBULAN. HA HA.