Selasa hadapan, WTO akan berjumpa dengan Menteri Kewangan Iraq. Kita tunggu apa hasil perbincangannya.
Seminggu lalu, sempena aidil adha, CBI tidak melelong dinar. Ramai yang panik, kononnya dinar akan RV dalam sehari dua ini. Kalau sebulan CBI sudah tidak melelong, mungkin benar spekulasi tersebut. Mungkin minggu hadapan CBI akan mneruskan tugasnya melelong dinar lagi. Apa pun kita lihat dahulu.
Pengunduran tentera Amerika dari Iraq telah bermula dan dijangka berakhir sehingga Julai 2012. Kebanyakan tentera ini ditempatkan di Kuwait. Jelas Amerka tetap mengusai negara Teluk demi kepentigan ekonominya.
Ekonomi Iraq dijangka mengalami pertumbuhan yang lebih laju dari negara China dalam tempoh dua tahun akan datang. Pendapatan Iraq pada 2011 adalah sekitar USD 75-80 bilion dan dijangka meningkat sekali ganda sehingga USD 150 - 160 bilion menjelang 2016. Semuanya ini menggiurkan dunia luar untuk melabur di Iraq. Apakah Dinar Iraq tidak ada sebab untuk naik? Semua orang bersetuju, nilai dinar Iraq bukan seperti nilai sekarang. Kita menunggu CBI terbuka hatinya untuk menilai semula Dinarnya pada kadar yang manasabah. Kawan lamaku Mohamad Belia di Jitra sudah tak sabar hendak jadi jutawan. Woooo