Menurut berita yang diumumkan semalam oleh Menteri Pertahanan Iraq bahwa 30,000 orang tentera Amerika telah meninggalkan Iraq menuju ke Kuwait. Pada tahun lalu dikatakan terdapat lebih kurang 50,000 orang tentera Amerika masih berada lagi di Iraq.
Menurut perancangan asal kesemua tentera Amerika perlu dikeluarkan dari Iraq sebelum Hari Krismas tahun ini.
Rakyat Amerika dan Obama sendiri mahu tentera Amerika keluar dari Iraq, walaupun ada sebahagian pihak di Amerika mahukan tentera Amerika kekal di Iraq untuk menjamin keselamatan di sana.
Moga-moga pengunduran tentera Amerika dari Iraq ini akan mempercepatkan lagi kepercayaan dunia kepada Iraq dalam mengurus negaranya sendiri dan paling penting bagi penyimpan dinar ialah dinar akan diapungkan dengan segera. Woooo.