Tuesday, July 3, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: IRAQ LOBI AMERIKA UNTUK WTO

Ada perkhabaran mengatakan Bank Negara Iraq menangguhkan cadangan membuang 3 kosong pada Dinarnya dalam tempoh 2 tahun lagi. Sebelum ini dilaporkan Iraq  akan memperkenalkan note baru dan digunakan bersekali dengan note lama. Macam macam cerita  yang kita terima  berkaitan dengan matawang  Iraq.  Kekadang lebih baik jangan baca berita hal matawang Dinar ini. Boleh naik pening kepala kita dibuatnya. Asyik berubah sahaja laporannya. Ha ha.  

Terbaru, dikatakan Menteri Perdagangan Iraq sedang melobi Amerika untuk menyokong Iraq menyertai WTO. Cerita Iraq dan WTO pun satu hal lagi. Dulu, dikatakan Iraq dalam proses akhir diterima sebagai anggota WTO. Setelah lebih 12 bulan pun, tak nampak bayang yang Iraq akan diterima sebagai anggota WTO. Kononnya sistem perbankan dan kewangan Iraq belum ke tahap melayakkan mereka diterima sebagai anggota WTO. 

Ada penyimpan Dinar yang berhasrat memulakan perniagaan tetapi langsung tiada modal.  Ha ha. Kalau tak ada modal, kenalah cari modal. Modal bergantung jenis perniagaan. Apa pun seseorang itu mesti memulakan simpanan. Ada orang buat sumpanan paksaan ke atas dirinya. Setahun dua cukuplah memulakan satu perniagaan kecil. Tetapi ada juga, malah mungkin yang ramai macam ini - iaitu tak ada wang lebihan untuk disimpan!!!!  Untuk golongan ini jawapannya ialah buat kerja lebih masa atau buat kerja tambahan yang lain  sehingga memungkinkan anda boleh membuat simpanan.

Janganlah terasa pelik sangat jika dikatakan kena  buat kerja tambahan. Seorang Doktor perubatan di hospital kerajaan pun bertugas di klinik swasta. Seorang guru  pun  buat kerja tusyen. Seorang polis biasa  pun buat kerja pelayan di restoran. Seorang pembantu pejabat pun  berniaga di pasar  malam. Seorang kerani  pun  buat kerja memesin rumput di hujung minggu di taman-taman perumahan. Pokoknya halal dan sesekali jangan makan rasuah!!!!! Inilah yang dirumuskan oleh Azizi Ali dalam bukunya "Pesara Jutawan" - Anda perlu menyimpan  dari  kerja tambahan anda!!!!

Moga mulakan hari ini - kumpul modal dengan kerja tambahan. Jika malas, hapah pun tak merasa. Woooo.  Tiada lampu ajaib Aladdin.

Jika malas makan ini.   Insyallah ringan badan.