Tuesday, June 26, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: JUTAWAN DENGAN MODAL 1 SEN

Sidang parlimen Iraq telah bermula. Banyak isu yang dibincangkan. Isu politik, ekonomi dan kewangan menarik perhatian semua pihak. Dikatakan kerajaan Iraq sedang memperuntukkan USD 60 bilion untuk membuang 3 kosong pada Dinarnya. Tak jelas, apakah Iraq akan memperkenalkan satu matawang baru yang nilainya sama dengan nilai sekarang atau nilai yang lebih tinggi lagi. Jika matawang baru tetapi nilainya tetap sama, apalah gunanya matawang baru dibuat. Bak kata orang Rembau - perabis boreh yo?. Ha ha.  Ini yang memeningkan ramai penganalisa Dinar. Ha ha

Penyimpan Dinar menyimpan impian. Impian nak kaya. Ha ha. Bukan sekadar kaya sahaja, tetapi mahu jadi jutawan!!!!.  Namun hidup ini bukan sekadar ada satu cara mencapai impian. Kena pelbagaikan strategi dan cara. Siapa tak mahu jadi jutawan. Jual kacang pun boleh jadi jutawan. Bagaimana?  Nak tahu kena bayar "fee"lah. Setakat secawan kopi Radix, takkan tak boleh kot. Wooo. 


Ada penganalisa mengunjurkan dari wang satu sen pun boleh jadi jutawan. Syaratnya buat gandaan 100% dari setiap transaksi niaga. Cuba buat kiraan bermula dengan satu sen dan gandakan 100%. Pada kiraan yang ke 27, gandaan telah menjadi 1,342,177!!!!!  Apa bisnesnya ya?   Kata orang - projek perumahan!!!! Kata geng motivasi - Impian biar besar, tapi mulakan dengan kecil-kecilan. Kalau secara kecil-kecilan pun tak boleh nak mula, berdoalah agar Allah memberi kita hati yang baru - hati yang berjiwa besar!!!!. 

Ya, untuk pembesaran dan pelaburan jangka panjang yag baik, ada di sini.