Wednesday, July 25, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: APUNGAN SEMAKIN HAMPIR

Diam tak diam, sudah masuk 6 Ramadhan, malam ini. Masa,  jika ditunggu memang lama. Tetapi jika sudah berlalu, terasa sekejap sahaja.  Walau terlewat, saya ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ini. Moga jangan tinggalkan solat. Tidak ada makna puasa, tanpa bersolat. Solat asas  segala ibadah untuk diterima oleh Allah SWT. Opps, sedikit ingatan sahaja.

Ketika  CBI mempekenalkan note baru pada akhir 2003, sebagai mengganti note  lama  di era Saddam Husin - tidak pula kita mendengar pelbagai kecoh dan spekulasi. CBI dengan tegas mengatakan note lama perlu ditukar dalam tempoh 6 bulan sahaja. Note baru, yang kini kita pegang sekarang - dilihat lebih berkualiti dan dicetak oleh Syarikat De La Rue, UK.

Ada dua sebab, mengapa Iraq  mengganti note lama ke note  baru pada akhir 2003.   Pertama:   Kualiti wang kertas zaman Saddam tidak menepati piawaian antara bangsa. Iamya mudah dipalsukan dan diciplak oleh sesiapa   pun.  Namun begitu, nilai teredahnya ialah USD 0.30  bagi setiap Dinar. Hebat juga kan...

Sebab kedua mengapa Iraq perlu megadakan note baru adalah kerana Iraq memerlukan satu note yang mempunyai angka yang besar. Lantaran serangan Amerika ke atas Iraq, Iraq  mengalami kejatuhan matawang, kenaikan inflasi yang melampau  dan sekaligus kenaikan harga barang yang tinggi. Maka  tidak dapat tidak satu note yang besar diperlulan untuk memudahkan bayaran kepada harga sesuatu barangan. Jika tidak, sesorang kena membawa note kecil yang banyak.  Bayangkan satu barangan dulunya  1 Dinar, kini telah menjadi 1000 Dinar. Jenuhlah kena bawa note 1,000 keping jika masih menggunakan note lama.  Logiknya mudah, apabila matawang jatuh, maka sesuatu negara akan menggunakan note yang berangka besar. Sebaliknya, jika matawang negara itu kuat, maka negara itu menggunakan note yang berangka kecil.  Contohnya Malaysia dan Indonesia. 

Kini  sekali lagi kita mendengar ura-ura Iraq mahu  menukar notenya. Apakah tujuan  Iraq mahu menukarkan note Dinarnya.  Adakah kerana note ini   tidak  menepati  piawaian antara bangsa, Rasanya perkara ini tidak relevan sama sekali.  Atau adakah kerana "nilai" Dinar akan menaik sehingga memerlukan satu note yang kecil semula seperti zaman Saddam atau sebelum zaman Saddam  dahulu.  

Bagi saya,  kenaikan sesuatu  matawang adalah secara evolusi dan bertahap-tahap.  Logiknya nilai Dinar mestilah menuju ke nilai satu sen USD terlebih dahulu. Kemudian barulah kita bercakap soal nilai yang lebih besar lagi dari nilai satu sen USD  itu. Jika ini yang CBI fikirkan dan rancangkan, ianya tidak akan menggemparkan dunia.  Jika sudah mencecah nilai satu sen USD, maka sudah pasti nilai USD 0.30 akan mudah ditujunya!!!!!!
 
Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:
  • 10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00
  • 20,000 Dinar Iraq pada harga RM 300.00 berpotensi menjadi RM 20,000.00
  • 25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00
  • 30,000 Dinar Iraq pada harga RM 450.00 berpotensi menjadi RM 30,000.00
  • 50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00 (note 10K, 5 keping atau note 25K, 2 keping)

Ya, APUNGAN SEMAKIN HAMPIR....