Monday, August 13, 2012

DINAR IRAQ TERKINI: RIZAB IRAQ MENINGKAT

Jika tak ada aral, Ahad ini hari raya. Ha ha. Orang Melayu, bukan sahaja sebulan berpuasa tetapi raya pun sebulan  juga. Hakikatnya Raya itu sehari sahaja pada 1 Syawal dan diikuti dengan 6 hari puasa sunat dalam bulan Syawal. Tetapi sudah menjadi "tradisi" Malayu, sambutannya sudah jadi sebulan. Semua nak berjamu pada bulan Syawal. Sepatutnya menjamu, terbaiknya pada bulan Ramadhan ini. Apa boleh buat, tradisi mengalahkan "ugama" kekadangnya.

Nampaknya cerita note baru dan kajian semula dinar Iraq semakin banyak dibicarakan  oleh ramai pihak di Iraq. Wau, apakah tahun 2013 akan memberi imbuhan seperti yang kita nantikan selama ini. Berkali kali saya coretkan dalam blog ini,  paling kurang pun nilai Dinar Iraq ini mestilah USD 0.10.  Sebagai sebuah negara utama pengeluar minyak dan gas dunia, apakah nilai sepatutnya bagi Dinar?   Jordan yang tak ada minyak itu pun, nilai dinarnya melebehi RM 5.00.

Rizab luar Iraq pun sudah melebehi USD 68 bilion. Salah satu faktor kenaikan nilai Dinar ialah Iraq perlu menambahkan rizab luarnya dari masa ke semasa. Disamping itu inflasi mesti dikekang pada kurang 2 angka.  Dalam kes pelaburan luar, tak siapa menafikan ianya menarik minat semua negara dunia untuk datang ke Iraq. Baik Amerika atau China, minyak merupakan faktor yang menggamit mereka ke Iraq!!!!

OK, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Baik baik memandu kereta. Saman had laju, minima RM 2,000.00  sekarang. Boleh bangklrap kita wei!!!!!