Rasanya masing-masing dah puas beraya di kampong. Mulai minggu ini, orang KL akan mula sibuk dengan pelbagai jamuan raya dan open house pula. Ha ha. Inilah hebatnya Melayu Malaysia - raya sebulan. Wooo.
Pada pertengahan Ramadhan lalu, saya ada menerima emel dari seorang pemerhati Dinar dari Amerika bernama Adam Montana. Beliau mengatakan dalam tempoh 6 minggu, akan ada berita baik berkaitan dengan Dinar. Tidak pula dijelaskan apa detailnya. Tunggu sahajalah. Namun, kekadang Adam Montana ini pun, kaki spekulasi juga. Maka saya lebih suka menunggu sampai masanya, barulah menghebohkan kepada anda semua. Takut, tak ada apa-apa pun!!!. Woooo.
Berita berkaitan dengan penukaran matawang Dinar dan penghapusan 3 kosong, semacam sudah reda sekarang. Agaknya pelbagai pihak di Iraq semakin bercelaru dengan idea tersebut dari segi pelaksanaannya. Kita disinilah jangan memandai membuat pelbagai andaian pula. Ha ha. Kok menambah huru hara perasaan lagi. Lebih baik bersabar dengan "tunggu dan lihat" dahulu.
Moga selepas Ramadan ini, hikmah Ramadan meresap ke dalam jiwa kita dan kekal sehingga Ramadan akan datang.
Terima kasih yang sms SELAMAT HARI RAYA kepada saya. Saya dah ucapkan dalam blog ini, cukuplah ya. Ha ha.