Pada bulan puasa ini janganlah ada orang yang tiba-tiba sms kepada saya mengatakan Dinar sudah naik ke USD 3.40. Tak percaya, kok betul pulak. Ha ha. Setakat ini Just Hopin hanya melaporkan tentang desakan supaya nilai Dinar Iraq naik setara dengan USD. Baru desakan sahaja. Bila nak naik tak tahulah. Tetapi kalau selalu didesak, maknanya tak lama lagilah tu. Wooo.
Nak tunggu dalam setahun lagi pun ramai yang dah keletihan. Inikan pula 3 tahun. Ha ha. Orang Amerika pun gian juga macam orang Malaysia dalam hal dinar ini. Semua impian bakal terlaksana jika Dinar naik. Hanya Abby Abadi sahaja tak perlu menunggu Dinar naik untuk kawin baru. Melepaslah engkau orang. Ha ha.
Saya telah bagi link Just Hopin untuk anda semua mendapat berita Dinar Iraq. Setakat ini laporan Just Hopin dikira boleh pakailah berbanding web-web lain yang agak keterlaluan "ramalannya".
Ok, 15 hari lagi kita raya. Woooo. Puasa jangan tak puasa. Tarawih jangan tak tarawih. Saya berbuka dari masjid ke masjid. Jumpa kawan baru dari Bangla dan Pakistan. Ha ha. Orang Melayu lebih suka berbuka di rumah.