Semua pihak bergembira selepas Iraq dibebaskan dari Bab 7.
Kini, semua orang akan mengaitkan kekuatan ekonomi Iraq dengan kenaikan nilai Dinarnya. Tetapi sang penyimpan Dinar sudah kehabisan stamina untuk menunggu RV. Woooo.
Sebenarnya, waktu menungu RV adalah dari sekarang sehingga 2016. Mengapa? Kerana sejak dahulu lagi, penganalisa ekonomi mengatakan Dinar Iraq akan RV pada tahun ke 10 hingga ke tahun 13 dari tahun 2003. Tetapi salah andalah yang selalu menunggu RV sebelum masuk tahun ke 10. Maklomlah banyak hutang yang belum dibayar dan impian yang mahu disempurnakan.
Hakikat sebenarnya RV adalah dijangka dalam tempoh 1 hngga 3 tahun dari sekarang. Jika lebih awal, kurang dari setahun, ianya adalah bonus untuk kita semua. Dinar Kuwait dahulu pun mengambil masa selama 13 tahun untuk naik sehingga USD 3.30 selepas jatuh USD 0.30. Tak syok ayat saya ini kerana semua mengharapkan Dinar naik pada bulan Ramadhan ini. Tetapi saya bercakap tentang logik ekonomi. Minta maaf kepada En Hanapi oi. Ha ha.
Saya berasa sedih juga jika anda terlalu hanya mengharapkan Dinar Iraq sahaja untuk menyelesaikan hutang dan menyempurnakan impian anda. Ha ha. Buatlah kerja sambilan yang lain. Tanam sayur maman pun boleh kaya bib. Wooo. Tak percaya, tanyalah Hj Rais, tauke Nabila Tomyam, di Gemas. Kalau tidak jom jadi pengedar catuaba. Woooo.