Kini CBI bukan melelong dinar sahaja tetapi sekali gus menjual emas kepada para pelabur.
Mudah sahaja memahami apa hasrat sebalik penjualan emas ini. Ianya bermatlamat meningkatkan rezab CBI. Rezab terbaik adalah emas. Itulah saranan ijmak pakar ekonomi di seluruh dunia. Tetapi di Malaysia emas sudah menjadi produk dalam bisnes MLM. Ha ha. Hebat-hebat Malaysiaku. Untung perniagaan emas adalah kecil sekali, bagaimana boleh diberi bonus yang lumayan kepada anggota MLM. Opss, jangan cakap banyak, nanti hilang kawan yang nak belanja teh sama kita. Woooo.
Moga-moga tindakan menjual emas ini akan meningkatkan rezab CBI dengan segera dan sekaligus menaikkan nilai Dinar. Bila dinar naik, pembaca blog ini juga yang akan senyum panjang. Ada yang sudah tajk sabar... tak sabar menikah dua. Jika ada yang berniat begitu, jangan bagi tau kepada kaum perempuan. Nanti geng perempuan tak mahu berdoa dinar naik. Ha ha.
Ok, selamat makan limau ..... raya china katakan. Saya ke Kuantan pada Sabtu ini, makan kenduri kawin sahabat ketat saya yang dipanggil oleh Mohamad Sabu sebagai Aziz Bateri. Memang jantungnya ada bateri. Ha ha.
Sila klik dan likes jika anda sahabat setia blog ini. Wooooo